Keistimewaan Na'ilah
Na'ilah
binti Al-Farafishah adalah wanita yang cukup cantik, tinggi lampai,
berkulit cerah dan mempunyai nilai akhlak yang tinggi. Dia wanita yang
petah berbicara, seorang sasterawan dan juga penyair. Keistimewaan
Na'ilah ini disampaikan oleh Said bin Al-Ash kepada Khalifah Uthman bin
Affan. Tanpa berlengah lagi Khalifah Utman telah mengutus surat kepada
Said untuk memintanya meminang Na'ilah bagi pihaknya. Na'ilah sungguh
setia dan taat kepada suaminya. Oleh kerana dia mempunyai pandangan dan
pentadbiran yang baik, maka Khalifah Uthman sentiasa meminta pendapat
dan pandangan darinya dan kemudiaan membandingkannya pula dengan
pendapat dirinya sendiri.
Peristiwa pahit sepanjang hayatnya
Na'ilah
mempunyai kedudukan istimewa di antara isteri-isteri Khalifah Uthman
yang lain dan mendapat kedudukan yang lebih tinggi daripada muslimat
yang lain. Pengaruhnya kekal sehingga ke zaman pemerintahan Bani
Umaiyah. Namanya mula diperkatakan semenjak pembunuhan suaminya. Mulai
saat itu pelbagai peristiwa pahit menghantuinya.
Semasa
hayatnya bersama Khalifah Uthman, dia sangat ikhlas dan sentiasa berada
di sisi suaminya di dalam segala hal. Malah dia telah mempertahankan
keselamatan suaminya dengan jiwa raganya.
Ketika Fitnah melanda
Ketika
fitnah melanda dan rumahnya dikepong oleh pemberontak, dia kekal berada
di sisi suaminya dan menahan segala pukulan pedang dengan tangan dan
tubuhnya sebelum pukulan itu terkena suaminya. Ketika salah seorang
pemberontak sedang menghayunkan pedangnya untuk menyerang suaminya,
serta merta dia telah menahan pedang itu dengan tangannya sehingga
terputus jari-jarinya. Dia terus menjerit meminta tolong. Lalu seorang
pengawal Khalifah Uthman bernama Rabah segera datang membantunya dan
membunuh pemberontak itu. Namun apabila datang pemberontak kedua telah
berjaya menusukkan pedang ke perut Khalifah Uthman dan membunuhnya.
Na'ilah mengejar pemberontak yang cuba melarikan diri itu sambil menjerit ''Amirul Mukminin dibunuh orang!Amirul Mukminin dibunuh orang!'' sedangkan ketika itu darah masih mengalir dari jari-jemarinya.
Mendahului jenazah suaminya
Selepas
peristiwa pembunuhan Khalifah, tidak seorang pun yang berani untuk
menguruskan dan memandikan jenazah Saidina Uthman Affan.
Sehinggalah Na'ilah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Hawatib bin Abdullah al- Uzza. Mereka juga tidak berani untuk mengebumikan jenazah beliau pada siang hari, akhirnya terpaksa dikebumikan antara waktu maghrib dan isyak, Nailah mendahului mereka dengan membawa lampu kecil untuk menerangi kegelapan malam.
Sehinggalah Na'ilah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Hawatib bin Abdullah al- Uzza. Mereka juga tidak berani untuk mengebumikan jenazah beliau pada siang hari, akhirnya terpaksa dikebumikan antara waktu maghrib dan isyak, Nailah mendahului mereka dengan membawa lampu kecil untuk menerangi kegelapan malam.
Pertelingkahan terus berlaku
Peristiwa
pembunuhan Khalifah inilah yang membawa kepada pertelingkahan dan
perselisihan dua puak di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Justeru,
ratusan ribuan nyawa umat Islam terkorban akibat dari peristiwa ini.
Bagi mendamaikan antara puak ini, Na'ilah telah menghantar surat kepada
Muawiyah yang berbunyi,
Surat
tersebut dihantar bersama pakaian Khalifah yang telah koyak dan
dipenuhi darah. Pada butang bajunya diikat janggut khalifah yang dicabut
oleh Muhammad bin Abu Bakar. Beliau juga turut mengirimkan lima jarinya
yang terpotong sebagai tanda telah berlaku pembelotan dan pembunuhan ke
atas khalifah.
Lamaran Muawiyah ditolak mentah-mentah
Selepas
kewafatan suaminya. Nailah terus diselubungi kesedihan yang teramat
sangat sehingga datang Muawiyah meminangnya. Tetapi pinangan tersebut
ditolak mentah-mentah, untuk mengelakkan dirinya terus dipinang, dia
telah mencabut dan mematahkan gigi supaya dia kelihatan begitu hodoh
sekali. Walaupun Khalifah Uthman telah wafat, baginya tiada perkahwinan
kedua dalam hidupnya. Na'ilah
Al- Farafishah lambang peribadi mulia seorang srikandi Islam yang
sanggup menggadaikan jiwa raganya demi mempertahankan suami tersayang
dan Islam tercinta di zamannya.Dia telah mengatakan,
''Demi Allah, aku tidak akan membenarkan lelaki lain menjamahku, di tempat yang dijamah oleh Uthman sama sekali!''
Kata-kata
tersebut adalah lambang kecintaan dan kesetiaannya kepada suami
tercinta yang telah dibunuh di hadapan mata kepalanya sendiri.Na'ilah
juga banyak menggubah syair dan sajak yang diabadikan untuk suaminya.
No comments:
Post a Comment