بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Showing posts with label Fitnah Terhadap Islam. Show all posts
Showing posts with label Fitnah Terhadap Islam. Show all posts

Saturday, 18 May 2013

Kesan Pemecahan Negara

Setelah khilafah islam yang berpusat di Turki ditumbangkan oleh yahudi dan sekutunya yang memusuhi Islam,  tanah air Islam telah dirampas dari genggaman umat Islam, kuffar menjajah dan memecah-mecahkan sempadan negara, maka tanah air Islam pun terpecah menjadi negara-negara kecil, lalu diletakkan demokrasi sebagai sistem pemerintahannya untuk menyusahkan proses kebangkitan umat Islam.

Kesan dari pembatasan negara ialah umat Islam Islam dipecah-pecahkan, lalu ditiupkan pula semangat patriotik, nasionalisme, yang semakin membangkitkan semangat yang memecah belahkan kesatuan umat Islam. Bagaikan orang Islam yang bukan sebangsa atau bukan senegaranya itu bukan saudaranya.. Wujudlah perpecahan umat Islam, kerana saling asobiyah dengan negara dan bangsanya. Semangat bangsa dan negara ini salah, kerana ia membawa mudhorat kepada kesatuan umat Islam.

Kesan pemecahan negara-negara juga ialah pengabaian nasib malang umat Islam di negara lain, bagaikan mereka yang ditindas itu bukanlah saudaranya, seolah-olah mereka tiada ada kena mengena dengannya, tiada hubungan dengannya. hanya kerana berbeza negara atau berbeza bangsa.

Hadis Nabi telah mengajar hal yang asal, iaitu seluruh umat Islam itu umpama satu jasad, apabila salah satu anggota jasad merasa sakit, seluruh jasad akan turut merasai sakit. Maksudnya mereka tidak berpecah-pecah, mereka tidak mementingkan masing-masing sahaja, mereka bukanlah tidak saling ambil tahu.

Maka, musuh mudahlah menindas dan membasmi umat Islam di sesebuah negara, lalu negara-negara Islam yang lain hanya boleh lihat, tapi tidak boleh tolong. bahkan tidak tahu langsung apa yang terjadi, kerana berita disekat.

Islam mengajar umatnya untuk berperang andai musuh menyerang sesebuah negara Islam, hinggalah musuh keluar. Namun, hal ini tidak dilaksanakan oleh umat Islam, kerana mereka dipecahkan oleh sempadan negara. Mereka tidak akan berperang atau masuk campur dalam urusan negara orang lain, sekalipun negara orang lain itu negara Islam.

Musuh telah mencatur dunia ini, umat islam pula menjadi penerima nasib malangnya..



Mohamad hudri b md Isa
18 may 2013
5;17PM
Mesir

Saturday, 28 July 2012

Video serangan Rakhine terhadap Islam di Myanmar



MESTI TONTON!

Ya Allah, lindungilah saudara-saudara kami... Ya Allah, bangkitkanlah mujahidin untuk membela agamaMu..

Wednesday, 25 July 2012

Kata-Kata Musuh Islam Terhadap Islam


William Ewart Gladstone (1809-1898), bekas PM Britain zaman Queen Victoria pernah mengucapkan

”Selagi mereka (umat Islam) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini”. 


Ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur’an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan


*****************



Theodore Hertzel, pencetus idea penubuhan negara Yahudi (menulis buku Negara Yahudi : 1895), 


“Misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam. Jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan kekuasaan. Jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil. Laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran” 


– Ucapan beliau di Persidangan Yahudi di Basel, Switzerland : 1897


*****************


Arnold Toynbee menulis dalam bukunya, Islam, Barat dan Masa Depan: 


“Sesungguhnya kesatuan Islam sedang tidur. Tetapi kita mesti meletakkan di bawah perhatian kita bahawa, orang yang tidur boleh jadi akan bangkit.”


*************



Samuel Zweimer, Ketua Organisasi Kristian dalam satu ucapannya di hadapan para orientalis di sebuah konvensyen, 



“Sesungguhnya peranan Kristianisasi yang menyebabkan negara-negara Krsitian mengutus kamu untuk melaksanakannya di negara-negara Muhammad (negara umat Islam) bukanlah untuk memasukkan orang Islam ke dalam agama Krsitian. Sesungguhnya ini adalah kemuliaan yang mereka tidak berhak untuknya. Sesungguhnya peranan kamu ialah mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam supaya ia menjadi satu makhluk yang tiada hubungan yang mengikatnya dengan akhlak yang menjadi pegangan semua ummah dalam kehidupannya. Dengan aktiviti kamu akan jalani, maka kamu telah membentuk tinjauan pra penjajahan di dalam kerajaan-kerajaan Islam. Kamu mesti membekalkan dan mempengaruhi ramai orang bijak pandai dalam kerajaan–kerajaan Islam bagi menjayakan perjalanan di atas jalan yang telah kamu asaskan, iaitu jalan mengeluarkan orang Islam daripada agama Islam. Sesungguhnya kami mahu kamu mempersiapkan satu generasi yang selari dengan apa yang dikehendaki oleh penjajahan iaitu generasi yang tidak mengambil berat terhadap perkara-perkara yang besar, suka bersantai dan malas serta berusaha untuk mencapai kepuasan syahwat dengan apa cara pun. Apabila mereka mengumpul wang, maka ianya hanya untuk kehendak hawa nafsunya dan ianya menjadi matlamatnya dalam kehidupan. Mereka memperelokkan setiap benda demi memuaskan nafsunya. Wahai para penyebar Kristian, apabila kamu lakukan perkara demikian, maka sesungguhnya peranan kamu itu telah sempurna dengan sebaik-baik cara.”


************


Fidel Castro, pemimpin sosialis Cuba mengutarakan sebuah nasihat kepada ahli-ahli diplomatik Israel dengan meluangkan masanya selama 2 jam sebagaimana yang terdapat dalam akhbar Grama, Cuba. Di dalam majalah utama Cuba, Castro berkata kepada mereka, 


“Israel mestilah tidak membiarkan gerakan perjuangan Palestin yang mengambil rupa (dasar) Islam kerana tindakan gerakan-gerakan ini mengambil karakter aqidah dan menjadikannya unggun api semangat yang biasanya ada di dalam masyarakat Islam. Semangat keagamaan Arab ini akan memikat pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain yang seterusnya akan menyebabkan mustahil bagi Israel untuk menjaga kepentingannya. Israel juga mesti berusaha untuk menjadikan setiap Negara Arab di sekitarnya sebagai negara yang berpaksikan dasar sosialis. Sesungguhnya pusingan terakhir bagi mana-mana gerakan penentangan Arab yang mempunyai ciri-ciri sosialis ialah kewujudan bersama Arab yang aman bersama negara sosialis Israel.”

*************


Callaghan, bekas PM Britain menggambarkan ketakutannya terhadap agama Islam yang berkembang pesat di Britain di mana radio Britain telah mengadakan wawancara pada tahun sebelumnya bersama bekas PM Britain tersebut. Juru hebah bertanya beliau tentang topik-topik penting yang akan dibincangkan di konvensyen empat penjuru Guidelope. Jawabnya, 
“Di antara topik-topik tersebut adalah tentang Iran”. Sambil menyambung katanya kepada juru hebah tersebut, “Persoalan Iran mempunyai akar umbi yang dalam. Akar umbi itu yang menyebabkan kita membuat kajian tentang keadaan Turki, Pakistan dan Timur Tengah.” Lalu juru hebah meminta beliau menambahkan penjelasannya. Jawabnya secara ringkas, “ Boleh jadi payah untuk kamu memahami apa yang berlegar di kawasan-kawasan ini. Tetapi sebagai seorang pengamal Kristian yang patuh, maka saya katakan kepada kamu, sesungguhnya di sana terdapat agama yang memusuhi kita di sini yang dirasakan dan diketahui benar-benar oleh penganut Krsitian tulen. Inilah apa yang akan kami bincangkan dalam konvensyen tersebut”


***********



Jewish Cronical, majalah Yahudi Britain mengingatkan tentang kebangkitan pemuda-pemuda Islam, lebih-lebih lagi di universiti-universiti Arab dan Islam. Katanya dalam rencana bertajuk Jihad Pada Jalan Islam, “Pakar-pakar strategi politik Barat akan memperakui kekurangan analisis politik mereka jika mereka membiarkan seruan-seruan yang semakin meningkat yang dihadapi oleh akademi-akademi dan universiti-universiti tempatan di dalam dunia Islam, seperti dibuat semakan terhadap manfaat beragama dan kembali kepada pengajaran Islam yang asas.”



 Lawrence Brown berkata, “Pemimpin-pemimpin kita menakut-nakutkan kita dengan pelbagai bangsa. Tetapi selepas eksperimen, kita tidak dapati rasionalnya terhadap ketakutan-ketakutan tersebut. Mereka menakut-nakutkan kita dengan bahaya Yahudi, Jepun dan Bolshevik, tetapi ternyata kepada kita bahawa Yahudi adalah kawan-kawan kita, Komunis Bolshevik adalah konfiderasi kita, begitu juga dengan Jepun, terdapat Negara-negara besar demokrasi yang menguruskan penentangannya. Tetapi kami dapati bahawa bahaya sebenar terhadap kita terdapat dalam Islam, dalam kekuatannya untuk berkembang serta menguasai dan dalam ketahanannya yang menggerunkan.” 


 Morro Byger menulis dalam bukunya Dunia Arab Masa Kini menyatakan, “Sesungguhnya ketakutan kita terhadap umat Arab dan perhatian kita terhadap mereka bukanlah lahir daripada kewujudan petrol yang banyak. Tetapi kerana sebab Islam. Wajiblah memerangi Islam bagi menghalang kesatuan Arab yang soleh yang boleh membawa kepada kekuatan mereka, kerana kekuatan Arab akan sentiasa beriringan dengan kekuatan Islam, kemuliaannya dan perkembangannya.” 


 Pemimpin Tertinggi Freemason, “Kita hendaklah menguasai golongan wanita. Apabila kita berjaya menguasai mereka, maka kita sogokkan mereka dengan perkara-perkara yang haram. Kita juga hendaklah memisahkan pasukan tentera mereka daripada agama.” Pemimpin Tertinggi Imprealis, “Arak dan nyanyian merupakan dua unsur yang mampu menghancurkan ummat Muhammad dengan berkesan berbanding 1000 laras meriam, maka untuk itu tenggelamkanlah mereka ke dalam kancah maksiat dan materialistik.”


**********



Miyen, seorang pemimpin di Burma membuat kenyataan, “Jangan biarkan orang-orang Islam bebas bergerak kerana mereka akan membangunkan kembali kerajaan Arab (kerajaan Islam).”





http://www.facebook.com/media/set/?set=a.498694273479261.132454.163314510350574&type=3

10 Rancangan Kuffar Untuk Menghancurkan Islam

10 Rancangan Kuffar Untuk Menghancurkan Islam 


1. Lenyapkan sistem pemerintahan Islam. 


2. Menghapuskan Al-Qur’an. 


3. Hancurkan akhlak Muslim, fikiran, hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu. 


4. Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin. 


5. Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya. 


6. Lemahkan bangsa Arab. 


7. Dirikan negara diktator di dunia Islam. 


8. Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat. 


9. Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya. 


10. Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.




http://www.facebook.com/media/set/?set=a.498694273479261.132454.163314510350574&type=3

Monday, 16 July 2012

"Muhammad telah mati dan meninggalkan wanita-wanita"


Bagi umat Islam, 7 Jun adalah tarikh yang amat memilukan kerana pada tarikh tersebutlah Masjid al-Aqsa kembali terjajah. Tentera Israel memasuki Masjid al-Aqsa yang mulia dan mencemarinya dengan pelbagai perbuatan biadab. Mereka bersorak menghina umat Islam dengan melaungkan Khaibar! Khaibar! Mereka menganggap pada hari tersebut penghinaan yang ditimpakan ke atas mereka oleh umat Islam di Madinah pada zaman Rasulullah SAW ditebus dengan jatuhnya Masjid al-Aqsa di tangan Yahudi. Mereka menghina Rasulullah SAW dengan melaungkan "Agama Muhammad sudah mati dan hanya meninggalkan wanita-wanita"; merujuk kepada Negara-negara Arab yang mengalami kekalahan teruk dalam Perang 6 hari tersebut.
Mereka turut memusnahkan laluan (pintu) Maghriba dan merobohkan semua rumah-rumah rakyat Palestin yang mengadap Tembok Buraq (Western Wall) dan menukarnya menjadi satu perkarangan lapang bagi upacara keagamaan Yahudi. Tembok Buraq mereka kuasai dan menamakannya sebagai ‘Kottel’ atau ‘Wailing wall’, satu tindakan yang jelas merampas hak umat Islam yang diperakui oleh Liga Bangsa-Bangsa sebagai warisan Islam. Israel seterusnya mengisytiharkan penggabungan Baitul Maqdis Barat (bahagian Baitul Maqdis yang ditawan pada tahun 1948) dan Baitul Maqdis Timur (yang mereka tawan dalam Perang 6 hari) dan menamakan Baitul Maqdis (Jerusalem) sebagai ibu Negara abadi Israel yang tidak boleh dirunding buat selama-lamanya pada 26 Jun 1967.

Thursday, 12 July 2012

Israel Siapkan Operasi Risikan Untuk Mursi

Mursi Jadi Presiden, Israel Siapkan "Operasi Bulan Sabit Hijau"

Terpilihnya Muhammad Mursi sebagai Presiden Mesir agaknya benar-benar membimbangkan kerajaan Israel. Pemerintah Israel menyiapkan "Operasi Bulan Sabit Hijau." Operasi perisikan yang dibuat badan perisikan Israel Mossad itu bertujuan untuk mengawasi seluruh gerak geri Mursi. Bahkan, operasi khusus itu akan bekerja sama dengan Matsada yang selama ini mempunyai tugas dalam melakukan pembunuhan terhadap tokoh-tokoh tertentu yang dianggap mengancam keselamatan Israel.

"Operasi Bulan Sabit Hijau" bertugas mengumpulkan maklumat tentang Mursi mulai dari makanan, minuman, jumlah jam tangan, perilaku tidur, bangun, di mana duduk, tidur, siapa kawan-kawan dekatnya, keadaan fizikal dan psikologi, pada bila-bila marah, ketawa, senang. Operasi itu juga mengumpul maklumat masa lalu termasuk masa kanak-kanaknya, pertumbuhannya, kerabatnya, pengetahuannya, jirannya, jenis handphone yang digunakan, apakah jurutera keselamatan istana membuat keselamatan bagi telefon Mursi hingga detail setiap tempat pertemuan dan tempat tinggal presiden.

Unit Operasi dan pengambilan Agensi di Mossad dikhabarkan telah menyiapkan file Muhammad Mursi. Selama ini unit tersebut bertanggungjawab melakukan operasi mata-mata di seluruh negara dunia dengan pelbagai biro dan berkedok hubungan diplomasi tidak rasmi.

Selain memata-matai Mursi, "Operasi Bulan Sabit Hijau" juga mengawasi pasukan kerja politiknya. Dalam memudahkan kerjanya, unit itu akan menaja warga Mesir yang punya pengaruh yang dekat presiden untuk memberikan maklumat yang boleh disadap.

Operasi yang difasilitasi teknologi komunikasi super canggih oleh Mossad itu mempunyai empat sasaran utama. Yakni seawal mungkin menghimpun maklumat perkembangan hubungan Mesir di bawah Mursi dan gerakan Hamas Palestin. Kedua, perkembangan hubungan Mesir - Iran. Ketiga, perkembangan hubungan Mesir - Turki. Keempat, pola hubungan presiden dan dewan miiter beserta dinamikanya, termasuk perkembangan perjanjian Camp David.

Akan berhasilkah rencana Mossad yang telah bocor ke media itu? Jika rencana itu benar, agaknya akan terjadi pertarungan sengit antara Mossad dengan Ikhwanul Muslimin yang juga dikenali sebagai pergerakan Islam yang sangat rapi dan paling terancang





http://www.facebook.com/photo.php?fbid=259679347475228&set=p.259679347475228&type=1&theater

Friday, 15 June 2012

Penyerangan Terhadap Islam Di Myanmar

Kronologi Cerita :




 Sejak 3 hb Jun 2012


 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan.


Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk dikawasan kampung lain diseluruh wilayah Arakan. Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain.


 Laporan yang diterima , polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network , dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.


Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan . Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini. Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.


Lebih memeranjatkan kami , pihak keselamatan , polis dan tentera , kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.Walaupun dharurat di istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.


 Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk , namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran dibawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.Setakat ini , berita yang diterima , empat perkampungan telah diserang dan dibakar.


Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan , namun bukan untuk melindungi mereka , akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.




  9 hb Jun 2012 ,


sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.Terbaru , 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar , iaitu Warlispara dan Saki Para ( dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya ) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.


Dari maklumat terkini , semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya .


 Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di Malaysia . Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat.


Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar . Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.


Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit. Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi .


 Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan Umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.


Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan , kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.


 Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setuausha Agong MAPIM


sumber: Klik di sini, gambar-gambar juga disertakan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah