بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Showing posts with label Kekuatan. Show all posts
Showing posts with label Kekuatan. Show all posts

Monday, 2 September 2013

Siapkan Diri Galas Tugas Nabi

2 September 2013 adalah tarikh saya mula menyampaikan kuliah maghrib di Surau di Sungai Petani Kedah. Pada bulan ramadhan yang lalu, saya ditugaskan menyampaikan tazkirah ramadhan dan imam terawih sebanyak 5 kali dalam bulan itu.

Dalam tazkirah maghrib pertama saya tadi, sebelum itu sebenarnya saya tidaklah membuat persiapan yang rapi, sekadar fikir dan rancang dalam otak nak cakap apa.

Sebelum saya menuju ke masjid, tiba-tiba saya dibebani rasa takut dan gentar. Saya mula kuatkan azam dan semangat untuk berjuang dan berdakwah di jalan Allah. Nasyid-nasyid jihad saya takwilkan ke arah dakwah, ia membuatkan saya berani dan bersemangat. Ayat Quran yang memotivasi saya jadikan azimat.

Saya pun melaksanakan tugas saya, alhamdulillah berjaya! Orang yang asalnya sedikit tiba-tiba datang semakin ramai. Saya menyampaikan ilmu, sehingga saya sudah kehabisan ilmu, saya masuk ilmu lain pula, kemudian tiba-tiba datang ilham baru, saya cakap panjang sikit lagi.


____________________

Saya fikir bahawa ilmu saya tidak cukup, 
saya merancang untuk meningkatkan ilmu dengan dua cara ini:

1) Saya perlulah menghabiskan pembacaan sebuah buku ilmiah dalam masa dua hari, 
perlulah menghabiskan puluhan buku dalam masa sebulan,
dan ribuan buku dalam masa setahun.

2) Saya juga perlu penuhi masa dengan menuntut ilmu di pondok
dan sentiasa berkelana ke medan ilmu. 

3) Ingatlah tanggungjawab saya ialah penyampai risalah Islam
penyambung perjuangan Anbiya, oleh kerana itu saya perlu kerahkan segala daya dan tenaga untuk mempersiapkan diri semantapnya bagi menggalas tugas itu


____________________

Ayat Quran dan nasyid perjuangan telah membangkitkan keberanian saya untuk berdakwah dan semangat untuk menggalas tugas menyambung perjuangan Anbiya. 



لقد من الله على المؤمنين اذ بعث فيهم رسولا منهم يتلو عليهم اياته ويزكيهم ويعلمهم الكتاب والحكمة وان كانوا من قبل لفي ضلال مبين

Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kepada orang-orang beriman dengan mengutuskan untuk mereka seorang utusan dari kalangan mereka sendiri yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan  membersihkan jiwa mereka dan mengajari mereka Al-kitab dan Al-Hikmah (sunnah) sedangkan mereka sebelum itu berada dalam kesesatan yang nyata

Ali Imran 164


Di antara tugas Nabi dalam ayat di atas ialah:
1) Membacakan ayat-ayat Allah 
2) Mensucikan jiwa manusia
3)Mengajari Al-Kitab (Quran) dan Al-Hikmah (Sunnah)

Said Hawa menulis dalam kitabnya, jundullah bahawa perkara paling asas untuk menjadi tentera Allah ialah Ilmu Pengetahuan. Saya bertanggungjawab untuk meningkatkan daya usaha mendalami ilmu terutamanya di pondok, saya bertanggungjawab untuk mengerahkan segala tenaga untuk mengaut ilmu melalui pembacaan. Kerana saya ditugaskan untuk mengajar pada setiap hari isnin malam selasa di surau tersebut. 

Saya perlu menyelak kisah-kisah ulama mencari ilmu ia akan memotivasi saya untuk menuntut ilmu. Membaca kisah-kisah Nabi dan pendakwah pula akan memotivasi saya untuk berdakwah.

Bahkan, tanggungjawab saya ialah pembawa risalah Islam ke kawasan tersebut! Saya juga bertanggungjawab untuk menghidupkan risalah Islam pada zaman ini! Saya bertanggungjawab untuk menyala dan menerangkan obor keimanan manusia! Saya berlajar di Maktab Mahmud Alor Setar, kemudian sambung ke Universiti Al-Azhar adakah wajar saya berdiam diri membiarkan masyarakat? 

Andai kamu cintakan Allah, maka ikutilah Nabi, nescaya Allah cinta padamu..


Mohamad hudri b md Isa
2 September 2013
10;45pm
Kedah

Wednesday, 28 August 2013

Pembinaan Diri

Pembinaan Insan

Tarbiah itu ada tiga menurut Imam Hasan Al Banna:
1) Aqliah
2) Ruhiah
3) Jasadiah

Atau:
1) Mental
2) Emosi /spritual
3) Fizikal



1) Cara membina Minda/Aqliah/Mental 

ialah dengan pendidikan, dan pembelajaran. Pembelajaran bukan sahaja boleh didapati di sekolah, malah dengan melihat dan berfikir juga adalah satu proses pembelajaran. Membaca juga dapat mencerna idea.

أفلا ينظرون إلى الإبل كيف خلقت
Tidakkah mereka memerhatikan unta seraya memikirkan bagaimana ia diciptakan? 
(Nescaya mereka akan mengetahui bahawa Allah lah Sang Pencipta)

اقراء بسم ربك الذي خلق
Mulakan bacaan dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan


2) Cara membina jiwa/emosi/ruhiah 

ialah dengan memberi dan mendapatkan kasih sayang, dan perhatian manusia, terutamanya keluarga. Melakukan zikullah. Memantapkan iman. Menguatkan semangat. Melatih jiwa bersabar dan bermujahadah. Berpuasa. Hidup sederhana/zuhud. Membuang sifat-sifat mazmumah dan memasukkan sifat-sifat mahmudah ke dalam hati.

قد أفلح من زكاها وقد خاب من دساها
Beruntunglah siapa yang mensucikan jiwanya dan rugilah siapa yang mengotorinya

ليس منا من لم يرحم صغيرنا ولم يوقر كبيرنا
Bukanlah dari golongan umatku, siapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati orang tua


3) Cara membina tubuh badan/fizikal/jasadiah 

ialah dengan makanan, melakukan senaman.

وأعدوالهم ما استطعتم من قوة ومن رباط الخيل
Sediakanlah untuk memerangi mereka segala kekuatan yang mampu kamu sediakan dan juga (kuda) kenderaan perang

ان الله اصطفاه عليكم وزاده بسطة في العلم والجسم
Sesungguhnya Allah telah memilih Thalut sebagai pemimpinmu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan kegagahan tubuh badan

Gambar: Memanjat Tangga Kenari Gunung Jerai
Untuk Menguatkan Mental, jiwa dan fizikal. 
Rasulullah suka memanjat gunung Nur, dan beruzlah di gua hirak.





Mohamad Hudri B Md Isa
28 ogos 2013
9;35pm
Kedah

Thursday, 16 May 2013

Empat Langkah Kemenangan

Kisah Jalut dan Thalut membawa banyak pengajarannya untuk kita. Allah telah memilih Jalut untuk memimpin tentera bagi menakluki Baitul maqdis. Hal ini kerana kebijaksanaan aqalnya dan kekuatan tubuh badannya.
Sedangkan orang ramai tidak menyukainya, kerana dia bukanlah orang kaya.

Ketika Jalut dan tenteranya dalam perjalanan ke medan perang, mereka terjumpa sebatang sungai. Dalam keadaan yang sangat haus dahaga itu, tiba-tiba Jalut mengizinkan tenteranya meminum hanya seteguk air sahaja. Ramai tenteranya yang minum melebihi seteguk kerana gagal menahan rasa dahaga. Rasa dahaga yang keterlaluan membuatkan mereka menjadi hilang  kawalan apabila bertemu air, mereka meminumnya hingga melebihi seteguk.

Sedikit sahaja dari kalangan tenteranya yang taat pada perintahnya, yang dapat menahan rasa dahaga, yang mampu mengawal diri dari rasa lahap terhadap air.

Akibatnya ialah tentera yang minum melebihi had itu merasa lemah untuk meneruskan perjalanan ke medan perang, akhirnya mereka berpatah balik.

Hanya tentera yang minum tidak melebihi had sahaja yang gagah untuk meneruskan perjuangan, mereka dimomokkan bahawa akan kalah di medan perang kelak, kerana bilangan mereka sudah sikit sekarang, akibat pulangnya sebahagian besar tentera-tentera yang sudah lemah.

Lalu mereka menjawab 'berapa banyak terjadinya pihak yang sedikit dapat menewaskan pihak yang ramai'. Tanpa rasa lemah semangat, bahkan mereka yakin mampu mencapai kemenangan.

berlakulah peperangan, dan mereka menang.



Empat Pengajaran yang boleh diambil ialah:

1) Kebijaksanaan aqal dan ilmu pengetahuan

2) Kekuatan lahiriah

3) Kekuatan jiwa, ketahanan diri, zuhud, taqwa

4) Sikap percaya diri, berfikir positive, sentiasa yakin mampu melakukan, optimis



Mohamad Hudri Md Isa
9 mei 2013
2;48am
mesir

Tuesday, 23 April 2013

Kekuatan Kunci Kemenangan

Ada yang menyebarkan idea bahawa umat Islam akan menang hanya dengan doa, zikir dan tawakkal. Tidak perlu berusaha, berjuang.. Menyangka bahawa Allah akan menurunkan mukjizat dari langit kemudian kemenangan pun dicapai dengan mudah. Namun, sebenarnya itu hanyalah mimpi di siang hari.. Lihatlah kepada realiti dan berpijaklah di atas bumi.

Allah Maha Berkuasa menurunkan mukjizatnya untuk memberi kejayaan kepada kita, namun Allah tidak mahu berbuat demikian, sebaliknya Allah memerintahkan kita berusaha untuk meraih kemenangan.

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya." (Al-Anfal; 60)

Ada tiga jenis kekuatan yang Allah suruh kita sediakan dari ayat ini:
1) Quwwah: alat memanah/ senjata
2) Ribathil Khail: kenderaan perang
3) Anfaqtum: duit

Berusaha, membuat persiapan dan persediaan serta mengumpul kekuatan adalah disuruh oleh Islam. Kekuatan lahiriah adalah penting, dan boleh menjadi wajib.

"Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) samada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya) dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Dia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu) dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka. " (Muhammad; 4)

Ayat diatas menerangkan bahawa Allah mampu memberikan kemenangan secara percuma kepada kita, namun Allah tidak mahu berbuat demikian, sebaliknya Allah memerintahkan kita berusaha dan berjuang bagi mencapai kejayaan, kerana Allah ingin menguji kita.

"Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya dan dia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan? Nabi mereka berkata: Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya." (Al-Baqarah; 247)

Ayat di atas pula menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan dan kekuatan tubuh badan adalah kelebihan. Semua itu digunakan untuk berusaha berjuang bagi mencapai kemenangan Islam.


Jelaslah bahawa umat Islam tidak seharusnya berdoa semata-mata untuk mencapai kejayaan. Sebaliknya perlulah memiliki faktor-faktor yang mendorong ke arah kejayaan. Perlu berusaha gigih dan berjuang bagi memperoleh kemenangan. Perlulah memiliki kekuatan lahiriah. 


Mohamad hudri b Md isa
11 feb 2013
9;00PM
madinah nasr, Kaherah, mesir

Wednesday, 20 June 2012

Cara Untuk Berjihad

Sesungguhnya jihad itu bukanlah semudah bermimpi dan berangan-angan di hati. Bukanlah semudah kata-kata di lidah. 


Ia tidak dapat dilakukan tanpa persediaan dan kekuatan. 


 Pada hari ni, umat Islam sentiasa diperangi di merata tempat, namun tiada satu rombongan jihad pun dihantar ke sana untuk berjihad. Mengapakah fardhu jihad tidak dapat dilaksanakan? 


 ***** 


 Kerana umat Islam tiada 2 perkara penting: 

 1) Mujahidin 

 2) Senjata


 ***** 


 Diantara sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang individu untuk menjadi mujahidin ialah IMAN, semangat, jiwa tahan lasak, mental sentiasa berfikiran positive, sabar, ikhlas. Pada hari ini mujahidin tiada kerana kilang untuk melahirkan mujahidin juga tiada. 


Pertama, kita memerlukan kpd kilang yang akan mentarbiyah dan mendidik serta membina manusia menjadi mukmin yang berquality (yang mempunyai sifat2 yang disebut diatas), kelak mereka inilah yang akan menjadi mujahidin InsyaAllah. 


 Kedua, kita memerlukan senjata. kerana mukmin tanpa senjata tidak dapat mengalahkan kafir yang bersenjata. Kita memerlukan kepada senjata yang canggih dan kuat. seperti roket, dan peluru berpandu atau sniper. 


Senjata perlulah dihasilkan, dengan kepakaran (ilmu pengetahuan) dan juga kekuatan ekonomi. Jika tidak mampu menghasilkan, boleh merampas senjata musuh.


Perlu mencari individu yang pakar ilmu menghasilkan senjata yag rela menjadi menjadi penghasil senjata mujahidin, dan perlu mencari individu kaya yang rela menginfaqkan harta fisabilillah agar dapat membeli peralatan mencipta senjata atau untuk membeli senjata.




Dalam hal ini, sudah menjadi kewajipan untuk seseorang itu menjadikan dirinya sebagai mukmin yang berquality seterusnya dia perlulah membentuk seberapa ramai orang lain menjadi mukmin berquality.


Menjadi kewajipan juga untuk mendalami ilmu pengetahuan mengenai cara menghasilkan senjata.


Dan menjadikan kewajipan juga untuk menguasai kekayaan ekonomi.




Hudri Maahadi

Kearah Membina 6 Kekuatan

Enam kekuatan yang jika dicapai oleh umat Islam, maka mereka menjadi umat yang kuat, mereka dapat mempertahankan diri dari musuh, dapat menyebarkan Islam dan mengamalkannya dengan aman, dan dapat mengembangkan empayar Islam:


1) Kekuatan Aqidah (Iman)

2) Kekuatan Akhlak

3) Kekuatan Ilmu Pengetahuan

4) Kekuatan Ekonomi

5) Kekuatan Perpaduan

6) Kekuatan Jihad (mujahidin dan senjata)


Enam kekuatan ini saya dapat dari ceramah ustaz kazim bersama ustaz azhar idrus dalam cd ceramah beliau.
Hudri Maahadi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah