بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Showing posts with label Artikel Tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label Artikel Tarbiyah. Show all posts

Monday, 17 February 2014

Mengukuhkan Tautan Ukhuwah

~‘Mengukuhkan Tautan Ukhuwah’~

Umum mengetahui bahawa asas kekuatan dan kejayaan ialah perpaduan. Tidak hairan perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah di madinah ialah mempersaudarakan kaum anshar dan muhajirin , bukan memecah belahkan masyarakat, bahkan suku Aus dan Khazraj juga dipersatukan. Perpecahan akan mengakibatkan kelemahan serta menghasilkan kemunduran. Firman Allah

ولا تنازعوا فتفشلوا وتذهب ريحكم واصبروا إن الله مع الصابرين
Janganlah kamu berkelahi nanti kamu brpecah dan hilanglah kekuatanmu, hndaklah kamu brsabar Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar.

Malah Allah juga menyuruh agar mmpersatu dan menjaga hubungan sesama muslim, firman Allah:

إنما المؤمنون إخوة فأصلحوا بين أخويكم  واتقوا الله لعلكم ترحمون
Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Maka damaikanlah diantara dua orang saudaramu itu dan brtaqwalah kepada Allah mudah-mudahan kamu diberi rahmat

Hikmah disebalik perintah ini ialah kita dapat mengacapi nikmat keamanan dan keharmonian hidup. Musuh akan gerun melihat perpaduan ini dan mreka sebolehnya cuba untuk mencetuskan pertelingkahan sesame kita.

Contoh seperti peperangan jamal yang berlaku antara saidatina aisyah dan saidina ali, dan peperangan antara khawarij, dan saidina Ali. Semua peperangan itu dicetuskan oleh keturunan yahudi yang ingin untuk melihat prkelahian, perpecahan dan kehancuran umat Islam disbabkan percakaran sesame sndiri.

Ktika mlakukan saf untuk solat berjemaah, kita disuruh untuk merapatkan saf tidak membiarkan saf terputus sebagai simbolik hendaklah kita menjaga hubungan silaturrahim sesame muslim, jangan memutuskan silaturrahim. Hendaklah kita meluruskan saf, tiada yang terlebih ke depan dan tiada yang terlebih ke belakang untuk mengajar kita bahawa hendaklah kita sepakat dan bersatu nscaya kita akan jadi kukuh dan gagah.
Firman Allah:

إن الله يحب الذين يقاتلون في سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص
Ssungguhnya Allah mencintai 0rang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan bagaikan mrka itu binaan yang kukuh.

Maka jelaslah kepada kita bertapa pentingnya ukhwah. Tapi apakah dia ukhuwah?

Ukhwah menurut hasan al banna, mengikat hati-hati dengan ikatan aqidah, ikatan aqidah adalah ikatan yang paling kukuh,ukhwah adalah saudara iman, perpecahan adalah saudara kekufuran, kekuatan pertama adalah kekuatan kesatuan, tiada kesatuan tanpa kecintaan, sekurang-kurang kecintaan ialah brlapang dada, setinggi-tinggi kecintaan ialah mndahulukan kepentingan orang lain berbanding diri.

Menurut Abdullah Nasih ulwan, ukhwah juga adalah kekuatan iman yang melahirkan perasaan kasih, cinta, hormat dan percaya terhadap siapa saja yang diikat dengan ikatan aqidah, iman dan taqwa. Ukhwah akan menghasilkan sikap tolong menolong, mendahulukan kepentingan orang lain, simpati, maaf, dan bantuan di waktu susah.

Jadi, bagaimana cara untuk men’tahaqquq’kan ukhuwah dalam kehidupan seharian?

Untuk merealisasikan ukhuwah, kita berhadapan dengan plabagai cubaan yang boleh mencalarkan ukhwah serta menggugat kesatuan. Antara cubaan tersbut ialah akhlak keji yang ada pada diri kita sendiri. Contohnya seperti mementingkan diri sendiri, tidak menghormati orang lain, tidak menyayangi orang lain, tidak memuliakan orang lain, tidak suka maafkan, tidak berbaik sangka, hasad dngki, mengumpat, dan contoh-contoh yang lain.

Meskipun demikian, Islam telahpun mengajar kita akhlak terpuji dan adab untuk kita amalkan supaya kesatuan ukhuwah dapat dipertahankan walau badai melanda. Masalah ini dapat diselesaikan dengan memperdalami ilmu tasauf, agar kita mengenali sifat-sifat terkeji dan cara untuk menmbersihkannya, mengtahui sifat-sifat terpuji dan cara untuk berhias dengannya supaya kita dapat memperbaiki hubungan kita dengan Allah dan hubungan dengan manusia.

Antara dalil yang menerangkan adab dan akhlak dalam berukhwah ialah:

Sabda Rasulullah:
المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده
Orang Islam ialah orang yang menyelamatkan 0rang2 islam dari kejahatan lidah dan tangannya.

الراحمون يرحمهم الرحمان ارحموا من في الأرض يرحمكم من في السماء
Orang orang yang penyayang disayangi Allah yang Maha Penyayang, sayangilah siapa yang ada di bumi nescaya siapa yang ada di langit akan saying padamu

Perkara paling mudah untuk kita lakukan sebagai silmbol akhlak ialah menceriakan wajah, senyum, memberi salam dan bertanya khabar. Senyuman akan memadamkan api kemarahn yang ada, sekaligus menggembirakan hati orang lain.

Berakhlak melalui wajah ialah dengan menceriakan wajah, akhlak melalui pertuturan ialah melemebutkannya serta jangan meninggikan suara.

فبما رحمة من الله لنت لهم ولو كنت فظا غليظ القلب لانفضوا من حولك فاعف عنهم واستغفرلهم وشاورهم في الأمر
Maka dengan belas kasih Allah, engkau pun bersikap lembut terhadap mereka, sekiranya engkau bersikap kasar keras hati nescaya mereka akan lari darimu, maka maafkanlah mereka, mohon keampunan untuk merka dan berbincanglah dengan mereka.

Sabda Nabi
لا تحاسدوا ولا  تناجشوا ولا تباغضوا ولا تدابروا ولا بيع بعضكم على بيع بعض وكونوا عباد الله اخوانا المسلم اخو المسلم لا يظلمه ولا يخذله ولا يكذبه ولا يحقره التقوي هاهنا –ويشير الى صدره ثلاث مرات – بحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم كل المسلم على المسلم حرام دمه وماله وعرضه
رواه مسلم
Janganberdengki, jangan benci membenci, jangan memulau, jangan menawar lebih dari apa yang ditawarkan oleh saudaramu,hendaklah kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara, muslim adalah saudara muslim, tidak boleh menzaliminya, tidak boleh mengabaikannya, tidak boleh menipunya dan tidak boleh menghinanya, taqwa itu di sini –Nabi tunjuk kepada dadanya tiga kali- cukuplah seseorang itu dianggap jahat apabila dia menghina saudaranya yang muslim, setiap muslim haram menumpahkan darah muslim, haram merampas hartanya, haram menjejaskan kehormatannya.

Firman Allah
يائيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم ولا تجسسوا ولا يغتب بعضكم بعضا أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتموه واتقوا الله إن الله تواب الرحيم
Wahai orang orang beriman, jauhilah kebanyakan pra sangka, sbahagian dari pra sangka itu dosa, janganlah kamu saling mengintip aib dan jangan saling mengumpat, adakah kamu suka makan daging mayat saudaramu sendiri, pastilah kamu tidak suka, maka bertaqwalah kepada Allah Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi maha penyayang
(Hujurat;12)

Kita bukan hanya perlu berakhlak dengan orang islam, malah turut berakhlak dengan orang kafir, dengan kawan-kawan, dengan ahli keluarga, dengan masyarakat, dengan guru dan dengan orang yang lebih tua, lebih muda.

Suatu hari, ktika Nabi tidur di bawah pokok, seorang kafir mendekati baginda, mengambil pedang baginda dan meletakkannya pada leher Rasulullah. Dia Tanya; apa yang dapat menyelamatkanmu sekarang?
Nabi jawab; Allah. Maka gugur pedang tersebut disebabkan kegerunan yang ada dihati kafir itu. Nabi ambil pedang itu dan letak semula ke leher kafir itu seraya bertanya balik soalan yang sama, maka orang itu diam.

Kemudian Nabi memaafkan orang itu dan membebaskannya. Disebabkan sikap dan akhlak yang sungguh baik ini, orang itu kagum dan mengucap kalimah syahadah. Inilah buktinya Islam tersebar dengan akhlak, bukan dengan pedang. Dengan musuhpun Nabi berakhlak, apatah lagi dengan orang Islam sendiri. Disebabkan akhlak, musuh pun bertukar menjadi rakan.

Sebagai penuntut ilmu, kita sebaiknya berukhuwah dengan orang yg b0leh kita berikan manfaat padanya atau orang yang kita mencari manfaat darinya. Elakkan diri dari melakukan kerja-kerja yang boleh menghilangkan focus terhadap menuntut ilmu. Mencegah itu lebih baik dari merubati, elakkan dari masalah persaudaraan yang merugikan, dan selesaikan dengan cara yang paling terbaik  tanpa kekerasan.
Siapa kita berkawan itulah yang akan mencorakkan diri kita, jika berkawan dengan penjual minyak wangi, kita mendapat tempias kewangiannya pada diri kita. Bermasyarakat adalah salah satu cara untuk mencerdaskan minda, kerana melalui hal ini kita akan saling bertukar informasi, idea, fikiran dan maklumat selain bertukar bantuan. Kita akan mendapat faedah dan manfaat baru.

Janganlah menyakitkan hati sesiapa, jika orang menyakitkan hati kita,  maafkan saja, lupakan. Jika kita memberi, jangan harapkan balasan, lupakan saja pemberian. Anggaplah orang lain bagaikan diri kita sendiri, sayangi orang lain seperti kita sayangi diri kita sendiri.

Fikirkan bagaimana perasaan orang lain dengan membayangkan kita berada di tempatnya, tunaikan haknya tanpa diminta, permudahkan urusan orang lain, ringankan diri memberikan pertolongan dengan mengharap balasan Allah.

Cara untuk menyuburkan rasa ukhuwah:
1)      Apabila cinta pada seseorang hendaklah memberitahu orang itu.
2)      Apabila akan berpisah dari seseorang maka hendaklah memohon doanya.
3)      Apabila bertemu, hendaklah menceriakan wajah.
4)      Apabila bertemu, hendaklah segera menghulurkan tangan untuk bersalam
5)      Selalu menziarahinya masa demi masa
6)      Mengucapkan kata-kata yang menggembirakan serta penghargaan
7)      Memberikan hadiah
8)      Perihatin dalam memenuhi keperluannya
9)      Menunaikan hak-hak ukhwah dengan sempurna

Antara hak-hak ukhuwah yang perlu ditunaikan ialah Menyebar dan menjawab salam, Menziarahi orang sakit, Menguruskan jenazah, Memenuhi jemputan, Menolong orang yang dizalimi, menasihati, menghilangkan kesedihan, memudahkan hal yang susah, menutupi aib dan menjauhi sifat-sifat terkeji seperti hasad dengki, marah, zhalim dan penghinaan.

Berdasarkan huraian diatas, maka jelaslah kepada kita cara-cara untuk mengukuhkan tautan ukhuwah.

Kesimpulannya, punca masalah ukhuwah ialah  sikap kita. Maka hendaklah kita mempelajari ilmu akhlak supaya kita dapat mengetahui keburukan sikap kita dan dapat membersihkannya. Serta dapat mengetahui sikap-sikap yang baik supaya kita menghiasi diri dengannya. Apabila kita sudah bersih dari sikap yang buruk dan berakhlak serta beradab, maka masalah ukhwah akan selesai. Apabila ukhuwah disemai ia menghasilkan buah yang enak, iaitu hidup kita menjadi aman, harmoni, masyarakat Islam bersatu padu, ilmu menjulang, ekonomi kukuh, peradaban maju, dakwah tersebar dan  agama menjadi izzah gemilang.
Rujukan:
1)      Himpunan Kertas kerja tarbiah, yahya al hajj usman
2)      Al ukhuwah Al islamiah, Abdullah nasih ulwan
3)      Maalimu Al Irsyadiah li Shinaáti tholibil ilmi, Muhammad awwamah
4)      Soheh Muslim
5)      Quran
6)      Isi Kandungan talaqi bersama syeikh Yusri Rusydi Al jabari

Dikarang oleh: Mohamad Hudri B Md Isa
Kitab Rujukan disediakan oleh: Muhammad Atha’ B Ibrahim

Wednesday, 28 August 2013

Pembinaan Diri

Pembinaan Insan

Tarbiah itu ada tiga menurut Imam Hasan Al Banna:
1) Aqliah
2) Ruhiah
3) Jasadiah

Atau:
1) Mental
2) Emosi /spritual
3) Fizikal



1) Cara membina Minda/Aqliah/Mental 

ialah dengan pendidikan, dan pembelajaran. Pembelajaran bukan sahaja boleh didapati di sekolah, malah dengan melihat dan berfikir juga adalah satu proses pembelajaran. Membaca juga dapat mencerna idea.

أفلا ينظرون إلى الإبل كيف خلقت
Tidakkah mereka memerhatikan unta seraya memikirkan bagaimana ia diciptakan? 
(Nescaya mereka akan mengetahui bahawa Allah lah Sang Pencipta)

اقراء بسم ربك الذي خلق
Mulakan bacaan dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan


2) Cara membina jiwa/emosi/ruhiah 

ialah dengan memberi dan mendapatkan kasih sayang, dan perhatian manusia, terutamanya keluarga. Melakukan zikullah. Memantapkan iman. Menguatkan semangat. Melatih jiwa bersabar dan bermujahadah. Berpuasa. Hidup sederhana/zuhud. Membuang sifat-sifat mazmumah dan memasukkan sifat-sifat mahmudah ke dalam hati.

قد أفلح من زكاها وقد خاب من دساها
Beruntunglah siapa yang mensucikan jiwanya dan rugilah siapa yang mengotorinya

ليس منا من لم يرحم صغيرنا ولم يوقر كبيرنا
Bukanlah dari golongan umatku, siapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati orang tua


3) Cara membina tubuh badan/fizikal/jasadiah 

ialah dengan makanan, melakukan senaman.

وأعدوالهم ما استطعتم من قوة ومن رباط الخيل
Sediakanlah untuk memerangi mereka segala kekuatan yang mampu kamu sediakan dan juga (kuda) kenderaan perang

ان الله اصطفاه عليكم وزاده بسطة في العلم والجسم
Sesungguhnya Allah telah memilih Thalut sebagai pemimpinmu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan kegagahan tubuh badan

Gambar: Memanjat Tangga Kenari Gunung Jerai
Untuk Menguatkan Mental, jiwa dan fizikal. 
Rasulullah suka memanjat gunung Nur, dan beruzlah di gua hirak.





Mohamad Hudri B Md Isa
28 ogos 2013
9;35pm
Kedah

Thursday, 16 May 2013

Empat Langkah Kemenangan

Kisah Jalut dan Thalut membawa banyak pengajarannya untuk kita. Allah telah memilih Jalut untuk memimpin tentera bagi menakluki Baitul maqdis. Hal ini kerana kebijaksanaan aqalnya dan kekuatan tubuh badannya.
Sedangkan orang ramai tidak menyukainya, kerana dia bukanlah orang kaya.

Ketika Jalut dan tenteranya dalam perjalanan ke medan perang, mereka terjumpa sebatang sungai. Dalam keadaan yang sangat haus dahaga itu, tiba-tiba Jalut mengizinkan tenteranya meminum hanya seteguk air sahaja. Ramai tenteranya yang minum melebihi seteguk kerana gagal menahan rasa dahaga. Rasa dahaga yang keterlaluan membuatkan mereka menjadi hilang  kawalan apabila bertemu air, mereka meminumnya hingga melebihi seteguk.

Sedikit sahaja dari kalangan tenteranya yang taat pada perintahnya, yang dapat menahan rasa dahaga, yang mampu mengawal diri dari rasa lahap terhadap air.

Akibatnya ialah tentera yang minum melebihi had itu merasa lemah untuk meneruskan perjalanan ke medan perang, akhirnya mereka berpatah balik.

Hanya tentera yang minum tidak melebihi had sahaja yang gagah untuk meneruskan perjuangan, mereka dimomokkan bahawa akan kalah di medan perang kelak, kerana bilangan mereka sudah sikit sekarang, akibat pulangnya sebahagian besar tentera-tentera yang sudah lemah.

Lalu mereka menjawab 'berapa banyak terjadinya pihak yang sedikit dapat menewaskan pihak yang ramai'. Tanpa rasa lemah semangat, bahkan mereka yakin mampu mencapai kemenangan.

berlakulah peperangan, dan mereka menang.



Empat Pengajaran yang boleh diambil ialah:

1) Kebijaksanaan aqal dan ilmu pengetahuan

2) Kekuatan lahiriah

3) Kekuatan jiwa, ketahanan diri, zuhud, taqwa

4) Sikap percaya diri, berfikir positive, sentiasa yakin mampu melakukan, optimis



Mohamad Hudri Md Isa
9 mei 2013
2;48am
mesir

Friday, 22 June 2012

Syahid Selepas Beriman

SYAHID SELEPAS MENGUCAPKAN SYAHADAH


 Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.


 Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. , menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. . Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.


 Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan. 


 "Untuk apa ikut ke mari ya Amar?" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi." Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. 


Waktu hal ini diketahui Rasulullah s.a.w. , maka Baginda s.a.w. pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya." Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Rasulullah s.a.w. berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t.." "Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit." 


Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah s.w.t. di medan perang.


 Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.




Sumber : 1001 kisah teladan

Pra-syarat untuk layak menanggotai Brigade al Qassam

Pra-syarat untuk layak menanggotai Brigade al Qassam - BRIGED HAMAS 


Hamas sebuah organisasi politik Palestin, sejak didirikan Syekh Ahmad Yasin pada 14 Desember 1987, terus membesar. Hamas membentuk sayap militer Brigade Izzudin Al Qassam. Anggotanya harus melalui pemilihan yang ketat. 


Mereka diambil dari pemuda-pemuda yang lulus ujian AKHLAK dan KEIMANAN. Para recruiter Al Qassam, umumnya, akan mencari calon pejuang dari jamaah SOLAT SUBUH di masjid-masjid Gaza dan seluruh kawasan Tebing Barat. Pemuda yang TIDAK PERNAH KETINGGALAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH adalah calon terbaik perajurit Hamas. 


Jadi, pemuda Palestin yang suka merokok, apalagi bau minuman keras, jangan harap akan diterima sebagai militer Al Qassam. Perajurit IKHLAS dan BEBAS MAKSIAT memang menjadi modal utama. Sebab, Hamas yakin kemenangan bukan semata-mata hitungan senjata, tapi juga faktor "langit". 


Mereka percaya dengan perlindungan malaikat yang sudah tahu siapa yang bakal unggul. Seperti saat 300 parajurit Nabi Muhammad berjaya menumbangkan 1,300 musuh dalam Perang Badar (2 Hijriah). Sikap itu hasil didikan gerakan Ikhwanul Muslimin (IM) yang didirikan Hasan Al Banna di Mesir pada 1928. Syeikh Ahmad Yasin adalah didikan IM sejak dipenjara kerana ceramahnya pada 1965. Di penjara, putera Palestin asli kelahiran Desa Jaurah, 20 kilometer di utara Gaza itu bergabung dengan cabang IM Palestin yang berdiri pada 1935. Ahmad Yasin syahid diterjah roket Israel pada subuh, 22 Mac 2004. 


 Corak latihan Al Qasaam dikembangkan dari Nizham Khash (Biro Khusus) IM yang dibentuk di Kairo, Mesir, 1940. Pada perang Arab-Israel pertama 1948, Nizham mengirim 3.000 parajuritnya melawan Israel. Nizham juga berperanan dalam perang Terusan melawan Inggeris, 1951. Dalam ak tiviti seharian, Nizham memakai sistem sel tertutup. Satu anggota tak mengenal anggota lain, kecuali dalam satu usrah (grup) yang terdiri atas tujuh sampai 10 orang. 


 Dalam kitab At Tarbiyah As Siyasiyah 'Inda Jamaah Al Ikhwan Al Muslimin karangan Utsman Abdul Mu'iz Ruslan (diterjemahkan Era Intermedia, Solo, 2000) halaman 575-583, latihan Nizham diagihkan dengan detil. Di antaranya, mereka mempelajari seni bela diri, senjata api, perang gerila, bom dan bahan peledak, topografi, menyelam, serta penyeludupan ketenteraan. 


 Mereka juga ahli ilmu sebaran, dilatih mempublikasi propaganda dan mempunyai semua maklumat institusi Yahudi di Mesir dan Timur Tengah.


 Selain itu, anggota Nizham mempelajari tafsir Alquran, menghafal 40 hadits Imam Nawawi, berpuasa sunat, dan disiplin membaca Alquran minimum 1 juz satu hari. Sistem Nizham ditiru Al Qassam. Bekal mental penting kerana setiap hari mereka diburu pasukan khusus Israel, Sayerat M atkal. 


Tapi, kematian memang jadi slogan impian tiap anggota Hamas (as syahid asma' amanina). Yang sudah meraihnya akan di-upload di website rasmi http://www.alqassam.ps.... 


 Selain operasi ketenteraan, Hamas berhadapan dengan agen intelligent terhebat sedunia HaMossad leModi'in uleTafkidim Meyuhadim (Mossad). Guru MI5 Inggeris dan CIA itu amat taktikal dalam menyamar. Seorang agen Mossad boleh tampil berserban dan berjanggot laksana Syeikh, tapi berceramah tentang hidup damai bersama Israel. Agen Mossad juga boleh tampil seperti Bernard Madoff, perayu kelas kakap yang berjaya mencipta krisis kewangan dunia. Senyum manis ditambah taburan dolar dapat membuat politik parlimen dan berbagai cabang politik lain di Palestin pecah belah. 


 Untuk melawan Mossad, Hamas mengambil dokongan total dari rakyat Palestin. Hamas memang tinggal bersama mereka. Hamas membantu rakyat saat krisis datang, menjadi guru madrasah anak-anak mereka, dan membangun terowong jalur penyeludupan bawah tanah Rafah (Mesir)-Gaza agar bayi-bayi Palestin punya susu untuk diminum. Hamas juga santun kepada 3.000 warga Kristian di Gaza. Tidak hairan, dalam pilihan raya pada 25 Januari 2006, Hamas mengutip suara terbanyak.

Thursday, 21 June 2012

7 Golongan Mendapat Naungan Allah

7 golongan yg mendapat naungan Allah di akhirat : 


 1. Pemimpin yang adil. 


 2. Pemuda yang membesar dlm beribadah kpd Allah. 


 3. Orang yang hatinya terkait/terpaut pada masjid shj. 


 4. Dua org yg berkasihan (bersahabat) kerana Allah, tak berjumpa dan berkumpul kecuali semata2 kerana Allah. cth: Hubungan Nabi SAW dan para Sahabat. 


 5. Org yg berzikir di tempat sunyi sehingga menitiskan air mata takut kepada Allah. 


 6. Lelaki yg menolak ajakan zina wanita cantik dan kenamaan kerana takutkan Allah. 


 7. Org yg bersedekah sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yg disumbangkan oleh tgn kanan. 


 (HR Bukhari dan Muslim) 


 Hudri Maahadi

Saturday, 16 June 2012

Punca Kelemahan Umat Islam

Pandangan Syeikh Jamaludin Al Afghani:


Menurut beliau, umat Islam mundur kerana telah meninggalkan ajaran Islam yang sejati. Beliau mengambil contoh fahaman terhadap qada dan qadar. Pada masa silam, fahaman ini memupuk keberanian dan kesabaran dalam jiwa umat Islam. 


Sebab-sebab kemunduran umat Islam di bidang politik pula, menurut beliau, ialah munculnya perpecahan yang terdapat di kalangan umat Islam, pemerintahan yang zalim, mengabaikan pertahanan tentera serta adanya campur tangan asing. 


 Jalan untuk memperbaiki keadaan umat Islam menurut beliau adalah dengan melenyapkan salah faham yang dianut oleh umat Islam menerusi cara kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.




Sumber (artikel penuh) : http://kinaizzati.blogspot.com/2009/09/jamaluddin-al-afghani-pejuang-islam.html




-------------------------------------------------


Kesimpulan sebab kelemahan:




1) Meninggalkan ajaran islam yang asli. 


2) Salah faham terhadap konsep-konsep dalam Islam, 

  • misalnya salah faham terhadap konsep qada dan qadar, hasilnya ialah hilang sifat keberanian dan kesabaran.



3) Perpecahan umat


4) Pemerintah zhalim


5) Mengabaikan pertahanan tentera (i'dad dan jihad)


6) Gangguan musuh Islam






Cara untuk Mengembalikan kegemilangan:




1) Hapuskan salah faham terhadap konsep Islam


2) kembali kepada ajaran Islam yang tulin dan asli.


Maratib Amal

MARATIB AMAL


Meneliti Seerah Rasulullah saw, kita jelas mendapati jalan perjuangan dan fasa-fasa yang dilalui oleh Baginda saw dan para Sahabat ra seperti yang diatur oleh Allah swt. Sebaik turun dari Gua Hirak pada 610M, Nabi saw mula membentuk (1) Peribadi-peribadi Islam yang bakal mendokong Dakwah Islam dan teguh melalui jalan panjang hingga mencapai matlamatnya. Setiap sahabat pula mendidik keluarga masing-masing hingga menjadi (2) Keluarga Islam sejati lagi mithali.


Kesemua isteri dan anak-anak Nabi saw seperti Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah mendokong Risalah dan melalui Jalan yang dilalui Baginda saw. Begitu juga Abu Bakar As-Siddiq didokong oleh isteri dan anak-anaknya Abdullah, Abdur Rahman, Aisyah, Asmak dan lain-lain. Tumbuhnya keluarga-keluarga Islam ini mewarnai dan mencorak suasana dan didikan Islam di sekitar, maka lahirlah bibit sebuah (3) Masyarakat Islam di Mekah sebelum mereka diperintah oleh Allah dan RasulNya saw untuk berhijrah ke Madinah pada tahun 622M membentuk sebuah (4) Kerajaan Islam dibawah pimpinan Rasulullah saw sendiri.


 Di Madinah, turun ayat-ayat Al-Quran mengenai Perundangan Islam sedikit demi sedikit menyentuh dan mengatur dari kehidupan ibadah dan sosial kepada hal ehwal berkait dengan kenegaraan dan Jihad (kekuatan dan kedaulatan) sehinggalah sempurna ciri-ciri sebuah (5) Negara Islam di Madinah.


Selepas Pembukaan Mekah pada tahun 630M, kerajaan-kerajaan kecil di Semenanjung Arab datang berbondong-bondong ke Madinah mengiklankan penggabungan ketua negara, kerajaan dan rakyat masing-masing di bawah Rasulullah saw dan berterusan ke zaman Abu Bakar As-Siddiq ra membentuk (6) Khilafah Islam.


Pada masa itu, kuasa besar masih di tangan Kerajaan Rum dan Kerajaan Parsi. Selepas Rasulullah saw wafat (632M), Islam mengalahkan kedua-dua Kuasa Besar tersebut di zaman Umar Al-Khattab ra. lalu Islam ditabal (7) Memimpin Alam Sejagat dan terus membimbingnya dengan Sistem Islam ke arah mendapatkan Syurga dan keredhaan Allah swt. “Katakanlah (wahai Muhammad kepada umat Islam dan dunia), ‘Sekiranya kamu mencintai Allah, ikutlah (jalan) aku, nescaya kamu akan dicintai Allah dan Dia ampunkan dosa-dosa kamu” (Ali Imran;31). Kepada mereka yang mencintai Allah dan berazam menuju kepadanya Seerah RasulNya itulah jalan menuju kepadaNya.


Berusaha dan beramallah melalui Jalan dan fasa-fasa di bawah :


 TAJUK-TAJUK RUKUN AMAL 7


 1. Peribadi Islam
 2. Keluarga Islam
 3. Masyarakat Islam
 4. Kerajaan Islam
 5. Negara Islam
 6. Khilafah Islam
 7. Memimpin Alam


Sumber: http://jalanjuang.wordpress.com/maratib-amal/

Sifat-Sifat Seorang Muslim

MUWASAFAT TARBIYAH 




1. Salimul Aqidah Aqidah yang bersih (salimul aqidah) 


merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah Swt dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan- ketentuan-Nya. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang artinya: ‘Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam’ (QS 6:162). Karena memiliki aqidah yang salim merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam da’wahnya kepada para sahabat di Makkah, Rasulullah Saw mengutamakan pembinaan aqidah, iman atau tauhid. 




 2. Shahihul Ibadah Ibadah yang benar (shahihul ibadah) 


merupakan salah satu perintah Rasul Saw yang penting, dalam satu haditsnya; beliau menyatakan: ‘shalatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku shalat.’ Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahwa dalam melaksanakan setiap peribadatan haruslah merujuk kepada sunnah Rasul Saw yang berarti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan. 




 3. Matinul Khuluq Akhlak yang kokoh (matinul khuluq) 


atau akhlak yang mulia merupakan sikap dan prilaku yang harus dimiliki oleh setkal muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah maupun dengan makhluk-makhluk-Nya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia apalagi di akhirat. Karena begitu penting memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia, maka Rasulullah Saw diutus untuk memperbaiki akhlak dan beliau sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaknya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah di dalam Al- Qur’an, Allah berfirman yang artinya: ‘Dan sesungguhnya kamu benar- benar memiliki akhlak yang agung’ (QS 68:4). 




 4. Qowiyyul Jismi Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) 


merupakan salah satu sisi pribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani berarti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fisiknya yang kuat. Shalat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fisik yang sehat atau kuat, apalagi perang di jalan Allah dan bentuk- bentuk perjuangan lainnya. Oleh karena itu, kesehatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada pengobatan. Meskipun demikian, sakit tetap kita anggap sebagai sesuatu yang wajar bila hal itu kadang-kadang terjadi, dan jangan sampai seorang muslim sakit-sakitan. Karena kekuatan jasmani juga termasuk yang penting, maka Rasulullah Saw bersabda yang artinya: ‘Mu’min yang kuat lebih aku cintai daripada mu’min yang lemah’ (HR. Muslim). 




 5. Mutsaqqoful Fikri Intelek dalam berpikir (mutsaqqoful fikri) 


merupakan salah satu sisi pribadi muslim yang penting. Karena itu salah satu sifat Rasul adalah fatonah (cerdas) dan Al-Qur’an banyak mengungkap ayat-ayat yang merangsang manusia antuk berpikir, misalnya firman Allah yang artinya: Mereka bertanya kepadamu tentang, khamar dan judi. Katakanlah: ‘pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.’ Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ‘Yang lebih dari keperluan.’ Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir (QS 2:219). Di dalam Islam, tidak ada satupun perbuatan yang harus kita lakukan, kecuali harus dimulai dengan aktivitas berpikir. Karenanya seorang muslim harus memiliki wawasan keislaman dan keilmuan yang luas. Bisa kita bayangkan, betapa bahayanya suatu perbuatan tanpa mendapatka pertimbangan pemikiran secara matang terlebih dahulu. Oleh karena itu Allah mempertanyakan kepada kita tentang tingkatan intelektualitas seseorang sebagaimana firman-Nya yang artinya: Katakanlah:samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran (QS 39:9). 




 6. Mujahadatun Linafsihi Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatun linafsihi) 


merupakan salah satu kepribadian yang harus ada pada diri seorang muslim, karena setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk. Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk amat menuntut adanya kesungguhan dan kesungguhan itu akan ada manakala seseorang berjuang dalam melawan hawa nafsu. Oleh karena itu hawa nafsu yang ada pada setkal diri manusia harus diupayakan tunduk pada ajaran Islam, Rasulullah Saw bersabda yang artinya: Tidak beragmana seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam) (HR. Hakim). 




 7. Harishun ‘ala Waqtihi Pandai menjaga waktu (harishun ala waqtihi) 


merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini karena waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah Swt banyak bersumpah di dalam Al-Qur’an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya. Allah Swt memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama setiap, Yakni 24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia yang rugi. Karena itu tepat sebuah semboyan yang menyatakan: ‘Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan waktu.’ Waktu merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi. Oleh karena itu setiap muslim amat dituntut untuk memanaj waktunya dengan baik, sehingga waktu dapat berlalu dengan penggunaan yang efektif, tak ada yang sia-sia. Maka diantara yang disinggung oleh Nabi Saw adalah memanfaatkan momentum lima perkara sebelum datang lima perkara, yakni waktu hidup sebelum mati, sehat sebelum sakit, muda sebelum tua, senggang sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin. 




 8. Munazhzhamun fi Syu’unihi Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi) 


termasuk kepribadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al-Qur’an maupun sunnah. Oleh karena itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah maupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu urusan ditangani secara bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama dengan baik sehingga Allah menjadi cinta kepadanya. Dengan kata lain, suatu udusán dikerjakan secara profesional, sehingga apapun yang dikerjakannya, profesionalisme selalu mendapat perhatian darinya. Bersungguh-sungguh, bersemangat dan berkorban, adanya kontinyuitas dan berbasih ilmu pengetahuan merupakan diantara yang mendapat perhatian secara serius dalam menunaikan tugas-tugasnya. 




9. Qodirun ‘alal Kasbi Memiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut dengan mandiri (qodirun alal kasbi)


 merupakan ciri lain yang harus ada pada seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya baru bisa dilaksanakan manakala seseorang memiliki kemandirian, terutama dari segi ekonomi. Tak sedikit seseorang mengorbankan prinsip yang telah dianutnya karena tidak memiliki kemandirian dari segi ekonomi. Karena itu pribadi muslim tidaklah mesti miskin, seorang muslim boleh saja kaya raya bahkan memang harus kaya agar dia bisa menunaikan haji dan umroh, zakat, infaq, shadaqah, dan mempersiapkan masa depan yang baik. Oleh karena itu perintah mencari nafkah amat banyak di dalam Al-Qur’an maupun hadits dan hal itu memilik keutamaan yang sangat tinggi. Dalam kaitan menciptakan kemandirian inilah seorang muslim amat dituntut memiliki keahlian apa saja yang baik, agar dengan keahliannya itu menjadi sebab baginya mendapat rizki dari Allah Swt, karena rizki yang telah Allah sediakan harus diambil dan mengambilnya memerlukan skill atau ketrampilan. 




 10. Naafi’un Lighoirihi Bermanfaat bagi orang lain (nafi’un lighoirihi)


 merupakan sebuah tuntutan kepada setiap muslim. Manfaat yang dimaksud tentu saja manfaat yang baik sehingga dimanapun dia berada, orang disekitarnya merasakan keberadaannya karena bermanfaat besar. Maka jangan sampai seorang muslim adanya tidak menggenapkan dan tidak adanya tirák mengganjilkan. Ini berarti setiap muslim itu harus selalu berpikir, mempersiapkan dirinya dan berupaya semaksimal untuk bisa bermanfaat dalam hal-hal tertentu sehingga jangan sampai seorang muslim itu tidak bisa mengambil peran yang baik dalam masyarakatnya. Dalam kaitan inilah, Rasulullah saw bersabda yang artinya: sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain (HR. Qudhy dari Jabir). 


Demikian secara umum profil seorang muslim yang disebutkan dalam Al-Qur’an dan hadits, sesuatu yang perlu kita standarisasikan pada diri kita masing-masing.


Sumber: http://jalanjuang.wordpress.com/muwassafat-tarbiyyah/

Rukun Bai'ah

RUKUN BAI’AH


 1. Al-FAHM 


 Iaitu faham dan seterusnya meyakini bahawa fikrah kita adalah Fikrah Islamiah yang sebenar. Kefahaman adalah kunci kepada keselamatan dan kejayaan dakwah kita kerana tidak mungkin Islam itu diperjuangkan oleh mereka yang tidak memahami Islam itu sendiri. Pepatah Arab pernah menyebut (ﻪﻳﻁﻌﻳﻻ ﺀﻲﺷﻟﺍﺩﻗﺎﻓ) yang bermaksud “orang yang tidak memiliki sesuatu itu tidak mungkin dapat memberinya”. Kefahaman yang dikendaki di dalam Rukun Bai’ah ini meliputi pecahannya yang dikenali sebagai al-Usool al-Isyreen (Usul 20) oleh al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna.




 2. AL-IKHLAS


 Keikhlasan di sini bermaksud petugas Amal Islami mestilah meletakkan qasad atau niat pada perkataan dan perbuatannya secara menyeluruh kerana Allah, tanpa mempunyai apa-apa maksud terhadap keinginan harta, kemegahan atau gelaran. Dengan demikian itu jadilah ia Jundi (tentera) Fikrah dan Aqidah, bukannya jundi kemaslahatan. 




 3. AL-AMAL 


 Petugas hendaklah bekerja dan melaksanakan kefahamannya serta merealisasikannya sebaik mungkin. Amal di sini meliputi pengelokan diri, pembentukan rumahtangga Muslim, pendidikan masyarakat, pembebasan tanah air, pengislahan pemerintahan dan mengembalikan kedaulatan Islam di peringkat antarabangsa sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah agama itu keseluruhannya bagi Allah (al-Anfaal: 39) 




 4. AL-JIHAD 


 Iaitu jihad yang kewajipannya berlangsung sehingga ke hari Kiamat. Ia merujuk kepada Hadith (ﺔﻳﻟﻫﺎﺟﺔﺘﻳﻣ ﺖﺎﻣﻭﺯﻐﻠﺍ ﻮﻧﻳﻡﻟﻭ ﺰﻐﻳ ﻢﻟﻭ ﺖﺎﻣﻥﻣ) yang bermaksud “Barangsiapa mati dan tidak pernah berperang jihad serta tidak pernah berniat untuk berperang jihad, maka matinya adalah mati jahiliah”.




 5. AT-TADHIYYAH 


Iaitu pengorbanan. Ia meliputi pengorbanan diri, harta, masa, hayat dan segala-galanya di jalan matlamat. 




 6. AT-THA’AH 


 Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah ketaatan di dalam mematuhi perintah pimpinan dan melaksanakannya sama ada di dalam keadaan susah atau senang. Ketaatan ini dipagari oleh batas-batas perkara yang duduk di bawah ketaatan kepada Allah dan Rasul. 




 7. AT-TSABAT 


 Tsabat yang dikehendaki di sini adalah berkekalannya petugas Amal Islami bekerja dan berjihad ke arah merealisasikan matlamatnya tanpa diganggu gugat oleh panjangnya masa dan berleretan tempoh sehinggalah ia mati bertemu Allah. Dengan demikian itu ia berhasil memperolehi salah satu daripada dua kebaikan iaitu tercapainya kemenangan atau syahid.




 8. AT-TAJARRUD 


 At-Tajarrud bermaksud seorang Petugas Amal Islami itu menyempurnakan fikrahnya tanpa terpengaruh, terganggu atau terbawa-bawa dengan apa-apa campur aduk anasir yang berada di luar fikrahnya sama ada anasir itu berbentuk pengaruh idea, prinsip mahu pun individu. Menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati bahawa fikrah kita adalah fikrah tertinggi, mulia dan sempurna.




 9. AL-UKHUWWAH


 Apa yang dikehendaki daripada Ukhuwwah di sini adalah ikatan hati dan jiwa sesama petugas Amal Islami dengan ikatan Aqidah. Sesungguhnya ikatan Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan.




 10. ATS-TSIQAH 


 Kepercayaan yang dimaksudkan di sini adalah tenteramnya hati seorang Jundi itu kepada pemimpinnya, kemampuan dan keikhlasan pemimpin itu. Tenteram hati itu begitu mendalam dan ia tercerna dari kasih sayang, penghargaan, rasa hormat dan taat


Sumber: http://jalanjuang.wordpress.com/rukun-tarbiyyah/

10 Tanda Hati Mati

"SESUNGGUHNYA DIDALAM DIRI MANUSIA ITU ADA SEKETUL DAGING,APABILA DAGING TU BAIK MAKA BAIKLAH SELURUH ANGGOTA,DAN APABILA DAGING ITU ROSAK,MAKA ROSAKLAH SELURUH ANGGOTA,KETAHUILAH ITULAH HATI-HADIS-"


 10 TANDA HATI MATI.........-Syeikh ibrahim adham- 


 1.kamu mengaku kenal tuhan tetapi kamu tidak menunaikan hak-hakNYA 


 2.kamu mengaku cinta nabi muhammad tetepi kamu mengabaikan sunnah beliau 


 3.kamu membaca alquran tetapi kamu tidak baramal dgn hukum2 didalamnya 


 4.kamu memakan nikmat2 tuhan tetapi kamu tidak menstukuri nikmatnya 


 5.kamu mengaku syaitan itu musuh tetapi kamu mengikutinya 


 6.kamu mengaku ada nikmat syurga tetapi kamu tidak beramal bagi mendapatkanya 


 7.kamu mengaku adanya siksa neraka tetapi kamu tidak berusaha bagi maenjauhinya 


 8.kamu mengaku kematian pasti datang bagi setiap jiwa tetapi kamu masih tidak bersedia untuknya 


 9.kamu menyibukkan diri membuka keaiban org laen tetapi kamu lupa akan keaiban diri kamu sendiri 


10.kamu menghantar dan menguburkan saudaramu sesama islam tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya....


Sumber: http://jalanjuang93.blogspot.com

Thursday, 14 June 2012

Kisah Pemuda Perindu Syurga

Ada seorang pemuda gagah yang turut berjihad bersama pasukan Islam. 


Selama perjalanan, pemuda itu tetap berpuasa di siang hari dan tak lepas dari sholat di malam hari. Bahkan dia juga melayani kebutuhan pasukan dan ikut berjaga-jaga bila semua tidur. Hangga sampailah pasukan itu sampai di perbatasan Romawi. 


 Menjelang pertempuran, pasukan Islam beristirahat di suatu tempat. Karena lelah pemuda itu jatuh tertidur. Namun tiba-tiba ia terjaga dan berseru lirih, "Ah, alangkah rindunya aku pada Ainul Mardhiyah". Orang-orang yang mendengarnya terheran-heran dan mengira pemuda itu mengingau. "Siapakah Ainul Mardhiyah itu ?" tanya Abdul Wahid, seorang ulama pejuang, yang mengenal pemuda itu. 


Pemuda itu kemudian bertutur : Saya tertidur dan bermimpi bertemu seseorang. Orang itu berkata, "Pergilah kepada Ainul Mardhiyah". Lalu saya dibawa kesebuah taman yang dikelilingi sungai. Di tepi sunga itu banyak gadis-gadis yang lengkap perhiasannya. Dan ketika melihatku, tiba-tiba mereka berkata, "Itulah suami Ainul Mardhiyah". 


Saya memberi salam dan bertanya, "Adakah di antara kalian bernama Ainul Mardhiyah ?". Kami hanya pelayan-pelayannya. Kalau Tuan ingin bertemu, silakan jalan terus menyusuri sungai ini". Akhirnya aku menyusuri sungai. Ternyata itu adalah sungai susu yang tidak berubah rasa dan warnanya. Hingga sampailah aku di tempat yang banyak berkerumun gadis-gadis cantik dan lengkap perhiasannya. " Inilah suami Ainul Mardhiyah", kata gadis-gadis itu berbisik-bisik.


Tapi ketika aku bertanya yang mana Ainul Mardhiyah, aku mendapat jawaban yang sama. Kali ini yang kutelusuri adalah sungai madu sampai ketemui lagi kerumunan gadis-gadis. Mereka ternyata lebih cantik hingga dapat melupakan kecantikan gadis-gadis sebelumnya. Lalu aku ditunjukkan sebuah kemah yang tersusun dari permata yang indah. 


Aku pun segera ke sana. Sungguh aku terkagum-kagum menyaksikan kecantikan gadis yang ada di kemah itu. Aku menyangka inilah Ainul Mardhiyah. Aku merasa sudah cukup puas bila gadis itu yang menjadi pendampingku. Tapi lagi-lagi dugaanku salah. Gadis itu malah memanggil seseorang yang ada di dalam kamar, " Hai Ainul Mardhiyah, inilah suamimu telah datang". 


 Bergegas aku masuk ke kamar itu. Kulihat seorang gadis sedang duduk di atas tempat tidur emas, yang bertaburkan permata, berlian, dan yaqut. Aku hampir-hampir tidak dapat menahan diri. "Marhaban wahai kekasihku, sudah hampir tiba kedatanganmu", kata gadis itu dengan senyum paling manis dan keteduhan matanya yang belum pernah kulihat. 


Sungguh, ingin sekali aku memeluknya."Sabar dulu, engkau belum sah menjadi suamiku. Sebab engkau masih hidup", kata Ainul Mardhiyah." Tetapi insya Allah, engkau akan berbuka di sini". 




Usai menceritakan mimpinya, pemuda itu berlari menyongsong musuh. Sembilan orang tentara Romawi di ujung pedangnya.


 Pada hitungan kesepuluh, dia tersenyum sepenuh bibirnya ketika syahid menjemputnya. Rindu itu pun tertebus.

Itsar Dalam Persahabatan

Bersahabatlah kerana Allah 




 Ingatlah wahai saudaraku -semoga Allah memberi petunjuk kepada kita untuk taat kepadaNya-, bahawa tujuan kita bersahabat adalah sentiasa untuk mengaharap redha Allah Ta'ala. Janganlah sekali-kali persahabatan tersebut dijadikan jalan untuk mendapatkan kepentingan dunia semata. 


 Persahabatan yang berlandaskan saling cinta kerana Allah akan menghasilkan kemanisan iman, sebagaimana Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud, "Ada tiga perkara yang apabila seseorang memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dia cintai daripada selain keduanya, dia mencintai seseorang tidaklah dia mencintainya kecuali kerana Allah, dan dia tidak suka kembali kepada kekufuran setelah Allah membebaskan darinya sebagaimana dia tidak suka dilemparkan ke dalam api." (HR. al-Bukhari) 


 Di samping itu, persahabatan seperti inilah yang akan kekal hingga hari kiamat nanti, sebagaimana Allah Ta'ala berfirman yang ertinya,"Teman-teman akrab pada hari (kiamat) nanti sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa."(QS. Az Zukhruf : 67). 


 Imam Ibnu Kasir rahimahullah mengatakan bahawa setiap persahabatan yang berasaskan cinta kerana selain Allah, maka pada hari kiamat nanti akan kembali dalam keadaan saling bermusuhan. terkecuali persahabatan yang dilandasi cinta kerana Allah ‘azza wa jalla, inilah yang kekal selamanya. (Tafsir Ibnu Kasir) Maka perhatikanlah wahai saudaraku, sudah benarkah niat kita dalam bersahabat? Apakah persahabatan tersebut hanya untuk menyelesaikan urusan duniawi semata? Setelah urusan tersebut selesai, kita meninggalkan sahabat kita. 


Ingatlah, persahabatan yang benar adalah persahabatan yang dilandasi cinta kerana Allah, iaitu seseorang mencintai sahabatnya kerana tauhid yang dia miliki, pengagungan dia kepada Allah, dan semangatnya di dalam mengikuti sunnah Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam. 




 Berbuat Itsar-lah pada Sahabatmu 




 Di antara hak terhadap sesama yang dianjurkan adalah mendahulukan sahabatnya dalam segala keperluan (baca : itsar) dan perbuatan ini dianjurkan (mustahab). 


 Perhatikanlah firman Allah Ta'ala yang ertinya,"Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan" (QS. Al Hasyr : 9). 


 Kaum Ansar yang terlebih dahulu duduk di kota Madinah, mereka mendahulukan saudara mereka daripada kaum Muhajirin dalam segala keperluan, sedangkan mereka sendiri memerlukannya. Sungguh sangat menakjubkan, seorang sahabat Ansar yang memiliki dua isteri ingin menceraikan salah satu isterinya. Kemudian setelah masa 'iddahnya berakhir dia ingin menikahkannya dengan sahabatnya daripada kaum muhajirin. Adakah wujud bentuk itsar yang lebih daripada ini? (Aysarut Tafaasir, Syaikh Abu Bakr Jabir Al Jazairi) 


 Perbuatan itsar hanya berlaku untuk urusan duniawi (seperti mendahulukan saudara kita dalam makan dan minum). Sedangkan di dalam masalah ketaatan (perkara ibadah), perbuatan ini dilarang. Ini kerana tujuan ibadah adalah pengagungan kepada Allah Ta’ala. Maka barangsiapa yang mendahulukan saudaranya di dalam hal ini, bererti dia telah meninggalkan pengagungan terhadap Allah Ta’ala yang dia sembah. 


Oleh kerana itu, kita tidak dibolehkan mendahulukan saudara kita (itsar) untuk solat di saf pertama dalam solat berjama’ah, sedangkan kita di saf belakang. (Lihat Al Wajiz fii Iidhohi Qowa’id Al Fiqhi Al Kulliyati)




 Bantulah Sahabatmu yang Berada dalam Kesulitan 




 Misalnya ada saudara kita yang memerlukan bantuan pinjaman wang. Maka berusahalah untuk menolongnya dengan memberi pinjaman hutang padanya. Ini lerana pemberian hutang yang pertama kali merupakan kebaikan. Sedangkan pemberian hutan kali kedua adalah sedekah. 


Sebagaimana dalam hadits riwayat Ibnu Majah, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang ertinya,"Barangsiapa yang memberi hutang kepada saudaranya kedua kalinya, maka dia seperti bersedekah padanya.” Jagalah Kehormatan Sahabatmu Wahai saudaraku, jagalah kehormatan sahabatmu, kerana Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda pada khutbah ketika haji Wada' yang ertinya,"Sesungguhnya darah kalian, harta kalian, dan kehormatan kalian adalah haram." (HR. al-Bukhari, Muslim, dan lainnya). 


 Di antara bentuk menjaga kehormatan saudara kita adalah menjaga rahsianya yang khusus diceritakan pada kita. Rahsia tersebut adalah amanah dan kita diperintahkan oleh Allah untuk selalu menjaga amanah. 


Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang ertinya,"Apabila seseorang membicarakan sesuatu padamu, kemudian dia menoleh kanan kiri, maka itu adalah amanah."(HR. Abu Daud dalam sunannya). 


Apatah lagi jika sahabatmu tersebut memintamu untuk tidak menceritakannya pada orang lain. Maka yang demikian jelas lebih terlarang. (Huququl Ukhuwah, Syaikh Sholeh Alu Syaikh). 


 Semoga dengan mengamalkan hak-hak ini, kita akan menjadi orang-orang yang akan mendapatkan naungan Allah di akhirat kelak, di mana tidak ada naungan kecuali naunganNya. Amin. 



 Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

 http://rumaysho.com/belajar-islam/akhlak/2833-sahabatku-semoga-engkau-mengetahui-hak-hak-ini.html

Para Sahabat Nabi adalah Pemuda

Para Sahabat Nabi Adalah Pemuda


 Pembinaan Rasulullah s.a.w terhadap pemuda dan menyediakan diri mereka untukmengharungi kehidupan.




 Kepada kamu -wahai pemuda-, saya kemukakan beberapa pesanan Rasulullah s.a.wmengenai persediaan ini agar kamu mengetahui bagaimana cara pembinaan yangdilakukan. 




 Di dalam menyediakan pemuda supaya mentaati Allah, mengabdikan diri kepadaNya danmenjauhi segala perkara yang dilarang... Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam hadisyang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:


 سبعة يظلهم الله يوم لا ظل الا ظله ...وعدد منها : شاب نشأ فى عبادة الله 


 Maksudnya: Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di hari yang tidak ada perlindungankecuali perlindunganNya... pemuda yang hidup di dalam keadaan memperhambakan diri kepadaAllah. 




 Di dalam menyeru pemuda supaya mengambil segala kesempatan untuk membentukperibadi mereka samada dari sudut rohani, jiwa, jasmani, mental dan akhlak... bagindabersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al Hakim: 


 اغتنم خمسا قبل خمس: حيا تك قبل موتك وصحتك قبل سقمك وفراغك قبل شغلك وشبابك قبلهرمك وغناك قبل فقرك 


 Maksudnya: Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidupmu sebelum matimu,sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dankayamu sebelum miskinmu. 




 Di dalam memelihara jiwa pemuda daripada terpesong, terseleweng dan menjagakesuciannya dengan berkahwin seperti yang telah di syariatkan oleh Allah kepada umatIslam... Baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jamaah: 


 يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فانه اغض للبصر واحصن للفرج


 Maksudnya: Wahai para pemuda, sesiapa dari kalangan kamu yang mampu untuk berkahwin,hendaklah dia berkahwin kerana ia dapat menjaga pandangan dan memelihara kemaluan. 




 Di dalam memuhasabah tanggungjawab pemuda di hadapan Allah s.w.t di akhirat kelak...baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi: 


 لاتزول قد ما عبد يوم القيامة حتى يسأل عن أربع :عن عمره فيما أفناه وعن شبابه فيما أبلاه وعنماله من اين اآتسبه وفيما انفقه وعن علمه ما عمل فيه


Maksudnya: Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentangumurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya,hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yangtelah dilakukan dengannya. 




Di dalam istiqamah pemuda di atas manhaj Islam dan berterusan di dalam ketaqwaankepada Allah... baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh ImamAhmad dan Abu Ya’la:


 ان الله ليعجب من الشباب الذى ليس له صبوة


 Maksudnya: Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda(untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah).




 Di dalam wasiat Rasulullah s.a.w kepada Umat Islam supaya menjaga pemuda danmenjelaskan tentang kelebihan mereka berbanding dengan orang-orang tua... baginda s.a.wbersabda: 


 أوصيكم باالشباب خيرا فانهم أرق أفئدة لقد بعثنى الله بالحنفية السمحة فحالفنى الشباب وخالفنىالشيوخ 


 Maksudnya: Aku berpesan kepada kamu supaya berbuat baik kepada pemuda, sesungguhnya hatimereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutus aku membawa agama Hanafiah lalu parapemuda bergabung dengan aku dan orang-orang tua menentang aku. 




 Itulah asas-asas terpenting kepada pembinaan peribadi pemuda dan masyarakat. Tidak syaklagi bahawa matlamat daripada pembinaan dan persediaan ini adalah supaya pemudaterbentuk dengan pembentukan yang sempurna dari aspek rohani, akhlak, mental, jasmanidan jiwa... serta seluruh aspek yang menyempurnakan keperibadian mereka. 


 Dengan pembentukan ini para pemuda akan lebih berkemampuan untuk menghadapiberbagai cabaran, melaksanakan tanggungjawab dan berpegang teguh dengan dasar-dasarIslam. Mereka tidak akan terseleweng, merasa lemah, terpesong bersama bawaan anginfitnah, menyerah kalah kepada tipu daya kefasadan, berputus asa dan lemah semangat.Begitu juga mereka tidak akan tergelincir ke dalam lubang keruntuhan dan penyelewengan. 


 Begitulah, pemuda muslim akan kekal sebagai seorang yang sihat, teguh, beriman, berjihadmenyampaikan risalah Islam, menunaikan amanah dan bekerja untuk Islam... sehingga diadimatikan oleh Allah dalam keadaan yang mulia atau dia mengadap Tuhannya sebagaiseorang syuhada’. Memang benar mereka adalah pemuda. 


Pemuda yang sedang mengecapi nikmatkemudaannya, menjauhkan diri dari kejahatan mata, lari daripada kebatilan kaki-kakimereka, beribadah (‘abid) di waktu malam dan pejuang di siang hari. Mereka berjihad dijalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Mereka diutuskan oleh Allahuntuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan diri sesama manusia kepadaperhambaan diri kepada Allah, Tuhan sekelian alam dan daripada kesempitan duniakepada keluasannya, daripada kedurjanaan agama-agama yang lain kepada keadilan Islam.


Adakah kamu mengetahui -wahai para pemuda- panji-panji Islam tidak akan dapatditegakkan di dalam jiwa manusia sejagat, kekuasaannya tidak akan meluas ke seluruhpelusuk bumi dan dakwahnya tidak akan tersebar ke seluruh alam kecuali melalui tangantanganpemuda yang telah ditarbiah di madrasah Rasulullah s.a.w dan keluar daripadaintitusi yang lengkap itu?!! 


 Rasulullah s.a.w, ketika wahyu di turunkan kepada baginda, umurnya baru menjangkauempat puluh tahun. Ia merupakan peringkat kesempurnaan pemuda. Abu Bakar lebih mudadaripada baginda s.a.w sebanyak tiga tahun. Umar bin al-Khattab, ketika memeluk Islamberumur dua puluh tujuh tahun. 


Usman bin Affan lebih muda daripada Rasulullah s.a.w.manakala Ali pula adalah yang termuda di kalangan mereka semua. Begitu juga Abdullahbin Mas’ud, Said bin Zaid, Abdul Rahman bin Auf, Bilal bin Rabah, Mus’ab bin ‘Umair danberpuluh-puluh bahkan beratus-ratus lagi dari kalangan para sahabat semuanya adalahpemuda. 


 Para pemuda generasi pertama dan orang-orang yang mengikut jejak langkah merekaadalah orang-orang yang telah menjulang bendera “dakwah kepada Allah” dan pengibarpanji-panji jihad... lalu Allah memberikan kemenangan yang besar dan tertegaknya daulahIslamiah melalui tangan mereka. 


Kamu semua mengetahui -wahai pemuda-, bahawatewasnya dua kerajaan besar dan kuat iaitu Rom dan Parsi, begitu juga tunduknya Syam,Mesir, Iraq, Tripoli dan Utara Afrika di bawah keadilan Islam adalah melalui tangan parapemuda. 


Semuanya ini sempurna dalam tempoh masa 35 tahun di zaman pemerintahanKhulafa’ ar-Rasyidin. Pada tahun-tahun berikutnya kerajaan Islam telah meluas dan kekuasaan mereka tersebarhingga sampai ke Sind, sebahagian besar India, Turkistan dan sehingga ke sempadan Chinadi Timur. 


Ia juga telah memasuki Sepanyol yang terletak di sebelah Barat Eropah.Kekuasaan Islam sentiasa meluas ke Timur dan barat, Utara dan Selatan sehinggamenguasai sebahagian besar permukaan bumi. Khalifah kerajaan Abbasiah, Harun ar-Rasyid telah menggambarkan keluasan dunia Islam. Beliau telah berkata kepada awan yangbergerak diatasnya tetapi tidak menurunkan hujan kepadanya: “Turunlah di mana sahajakamu mahu. Sesungguhnya hasil keluaranmu akan di bawa kepada kami”. 


 Semuanya tidak akan tercapai kecuali dengan keazaman, pengorbanan, jihad dan keinginanuntuk syahid para pemuda. Ya Allah! Sediakan bagi umat ini para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanandan jihad seperti orang-orang yang terdahulu daripada mereka... 


Semoga merekalah orangorangyang akan mengembalikan kekuasaan daulah Islamiah, kemuliaan dan keagunganbagi umat Muhammad ini. 



 Sumber: Pemuda Muslim Dalam menghadapi Cabaran masa Kini, Abdullah Nasih Ulwan

Tsa'labah: Kisah Pemuda yang Cintakan Syurga

Tha'labah : Kisah Pemuda yang Cintakan Syurga~


 Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah?


Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung. Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun.


Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah. Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka.


Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi. "A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..." Rintihan Tha'labah~


 Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya. Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.


 Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu." "Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat. Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah.


Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah. Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?" "Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah. "Apa yang kamu mahu Tha'labah?" "Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah" Cita-citanya hanya Syurga~


 "Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?" "Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku." Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu." Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.


 Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.


 Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?" Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur." Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu.


Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!


 Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?

 Tepuk dada, tanya iman. Moga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita


Sumber: http://jalanjuang93.blogspot.com/2012/06/pemuda-yang-cintakan-syurga.html

Thursday, 26 April 2012

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

 1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari- cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) ** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

 5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

 6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

 7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah… ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH

Monday, 16 April 2012

Tarbiyah Ruhiyah

~Amal yg dapat menghidupkan tarbiah RUHIYYAH~

1.solat jemaah 5 waktu(bg ikhwah sgt digalakkan solat di masjid)

2.solat sunat rawatib

3.solat sunat dhuha

4.qiamullail

5.solat sunat tasbih

6.tilawah al quran

7.zikrullah(dpt menghidupkan jiwa)

8.berpuasa sunat(baik utk mendidik nafsu)

Monday, 9 April 2012

Ciri-ciri Pendakwah Cemerlang.

Ciri-ciri Pendakwah Cemerlang.

Dakwah ke jalan Allah s.w.t. ialah dakwah yang paling mulia dan berharga di dunia ini. Ia merupakan kaedah (manhaj) yang benar dan jalan yang lurus iaitu jalan para nabi, rasul dan orang-orang yang saleh. Pendakwah hendaklah berpegang dengan seruan dakwahnya dan menunjukkan contoh akhlak yang mulia serta beramal dengan prinsip-prinsip asas dalam perlakuan dan kata-katanya. Pendakwah juga hendaklah beriltizam dengan bersungguh-sungguh tentang apa yang didakwahkannya kepada orang ramai. Dengan itu, pendakwah perlu berdakwah melalui perbuatannya, bukan dengan kata-katanya sahaja. Bagi menjayakan usaha dakwahnya, pendakwah perlu mempunyai beberapa sifat yang mulia supaya ia dapat menjadi seorang pendakwah yang baik dan sabar dalam melaksanakan tugas dakwahnya. Antara sifat -sifat yang perlu dimiliki adalah:


 1. Hubungan dengan Allah s.w.t.

Pendakwah hendaklah mempunyai hubungan yang erat dengan Allah s.w.t. Ia dapat memberi keyakinan yang kukuh kepada pendakwah dalam menghadapi rintangan dalam kehidupan. Hubungan tersebut juga memberi kesan yang baik dalam dakwah dan menjadikannya seorang yang sabar, tabah dan berani dengan kebenaran. Hubungan dengan Allah s.w.t. dan niat yang ikhlas adalah penting dalam menjalankan usaha dakwah. Pendakwah perlu menjalankan usaha dakwahnya hanya semata-mata kerana Allah s.w.t. dan tidak kerana sebab-sebab lain yang boleh merosakkan dakwahnya. Pekerjaannya juga akan menjadi sia-sia seperti yang difirmankan oleh Allah s.w.t yang bermaksud: Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah s.w.t. Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya. dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya).


2. Mengawal Hawa Nafsu.

Setelah pendakwah dapat mengeratkan perhubungannya dengan Allah s.w.t. dan mengikhlaskan niat kepada-Nya, pendakwah perlu membaiki dirinya sendiri dan mengawal hawa nafsunya. Pendakwah hendaklah mengetahui segala perintah dan larangan Allah s.w.t. Imam al-Ghazali berkata, ‘Dalam kesibukan berdakwah kepada orang ramai, pendakwah perlu membaiki dirinya terlebih dahulu. Contohnya, jika seorang pendakwah ingin membaiki seseorang daripada sifat bakhil, ia haruslah menjauhkan dirinya daripada sifat tersebut terlebih dahulu. Sesiapa yang memulakan dengan dirinya terlebih dahulu, ia akan mengetahui dengan sebenarnya apa yang akan disampaikannya kepada orang lain dan kata-kata tersebut akan sampai kepada jiwa yang tulus ikhlas’. Perkara yang penting bagi para pendakwah Islam ialah mendalami dirinya sendiri dan seterusnya mengubati atau membaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam dirinya. Hanya dengan cara itu pendakwah dapat menjadi contoh yang baik (ukhwah hasanah) kepada orang lain dan sekaligus menyebabkan orang lain mematuhi apa yang disampaikan oleh pendakwah tersebut serta beriltizam untuk menjauhi apa yang dilarang.


3. Keyakinan Kepada Diri Sendiri dan Mendapat Kepercayaan Masyarakat.

Pendakwah hendaklah meyakini dirinya sendiri, agamanya dan segala prinsip (dasar) yang didakwahkannya. Kepercayaan terhadap diri sendiri perlu dipupuk melalui kepercayaan terhadap Allah s.w.t. Kepercayaan masyarakat terhadap pendakwah tidak akan wujud sehinggalah pendakwah itu dapat menjadi satu contoh yang baik dalam perbuatan dan pengetahuannya melalui akhlak dan muamalah sehariannya. Pendakwah hendaklah berakhlak mulia, bercakap benar, menepati janji dan mengasihi sesama manusia. Keyakinan masyarakat terhadap pendakwah juga tidak kuat sekiranya pendakwah tidak menampilkan contoh yang baik dan mengamalkan apa yang disampaikan dalam kehidupannya dari segi prinsip dan akhlak. Pendakwah yang berdakwah ke jalan Allah s.w.t. perlu menjadi seorang manusia yang berhemah tinggi, mengasihani, menjaga hati orang lain, masyhur dengan kelakuan mengikut al-Quran dan al-sunnah serta beramal dengan kedua-duanya. Pendakwah hendaklah mengelakkan diri daripada berkelakuan yang boleh menyakiti hati orang lain sama ada dari segi perkataan, akhlak dan lain-lain. Pendakwah juga perlu mahir dalam ilmu usul tauhid serta mengetahui dalil dan hujah, menjadi sebagai doktor yang bijak mengubati penyakit jiwa manusia dan mampu menjadi penawarnya. Apabila faktor ini dapat dipenuhi, pendakwah boleh melunak dan menjinakkan jiwa manusia yang keras dengan melayani tingkah laku mereka yang buruk itu sehingga hati mereka menjadi jinak. Dengan ini, bolehlah pendakwah mendakwah mereka ke arah kebenaran yang akan memberi manfaat kepada masyarakat.


4. Mencintai Dakwah dan Semangat Berkorban Untuk Melaksanakan Dakwah.

Sifat ini adalah antara sifat yang patut dimiliki oleh seorang pendakwah. Ia menunjukkan kecintaan pendakwah terhadap tugasnya tanpa berbelah bagi. Dakwah merupakan jalan yang benar (siratul mustaqim) dan ia tidak akan meninggalkan dakwah tersebut dengan begitu sahaja.


 5. Luhur dan Dihormati.

Untuk menyampaikan dakwahnya dengan berkesan pendakwah perlu memiliki sifat yang luhur dan tidak mudah terpengaruh dengan orang lain. Dengan sifat sedemikian. beliau akan sentiasa dihormati. Seorang bangsa Arab pernah bertanya kepada seorang lelaki penduduk Basrah tentang ketua mereka. Lelaki itu menjawab, ‘Hassan al-Basri’. Lelaki Arab itu bertanya lagi, ‘Bagaimana dia mengetuai kamu semua?’ Lelaki itu menjawab, ‘Manusia berhajatkan ilmunya, tetapi dia tidak mengingini balasan (wang) daripada mereka’. Ini menunjukkan. pendakwah tidak boleh mendahulukan kehendak atau kemahuan dirinya sendiri serta bersifat mementingkan diri sendiri. Pendakwah perlu mementingkan keperluan dan kebaikan orang ramai lebih daripada kepentingan dirinya sendiri. Pendakwah juga haruslah mempunyal sifat pemaaf dan menyedari bahawa setiap manusia melakukan kesalahan dan Allah s.w.t. sentiasa menerima taubat hamba-Nya.


6. Sabar dan Tabah Menghadapi Kesusahan.

Dalam melaksanakan tugas dakwah ke jalan Allah, banyak halangan dan masalah yang perlu dihadapi seperti musuh-musuh Allah yang bertujuan menjauhkan mereka daripada manhaj Allah. Mereka memusuhi pendakwah secara terang-terangan dan tersembunyi. Semasa di Mekah, Rasulullah s.a.w. mengelakkan dakwah secara pergaduhan dan peperangan dengan tujuan untuk menunjukkan cara yang sempurna, betul dan terbaik untuk berdakwah. Baginda begitu sabar untuk meneruskan dakwahnya dengan ikhIas dan tabah dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran. Allah s.w.t. menguji kesabaran dan ketabahan para pendakwah. dengan memberi kesusahan dan ujian ketika ia melaksanakan tugasnya. Ujian tersebut adalah untuk membuktikan keikhlasan pendakwah terhadap Allah s.w.t. dan membersihkan dirinya daripada perkara syubhah (buruk). Ini merupakan sunnah para nabi dan rasul. Nabi Nuh a.s. contohnya, tinggal bersama-sama dengan kaumnya lebih kurang 950 tahun, menyeru kaumnya ke jalan Allah tetapi mereka menutup telinga dan menyelubungi diri mereka dengan pakaian supaya mereka tidak mendengar dakwah yang disampaikan. Mereka tetap degil dan takbur. Maka Allah S.W.T telah menurunkan banjir yang besar dan menghapuskan mereka dalam kezaliman mereka sendiri.


7. Tawadhu’.

 Tawadhu’ merupakan salah satu akhlak mulia yang perlu dimiliki oleh setiap pendakwah. Sifat tawadhu’ adalah lawan bagi sifat takbur. Maksiat pertama yang berlaku selepas Allah mencipta nabi Adam ialah sifat takbur yang menyebabkan iblis telah dihalau dari syurga Allah. Tawadhu’ adalah sifat rendah diri dan berkasih sayang terhadap sesama muslim. Sifat ini dapat membantu pendakwah menyatupadukan umat Islam dan menyuburkan perasaan kasih sayang. Segala tutur kata, perlakuan dan sifat-sifat mahmudah yang terpancar daripada pendakwah akan membuatkan ia disenangi dan menjadi contoh yang baik. Apabila pendakwah disenangi oleh orang lain, maka dakwahnya akan mudah diterima dan berkesan.


 8. Penyantun.

 Pendakwah selalu bertemu dengan manusia yang mempunyai pelbagai perangai dan ragam yang berbezaAda di antara mereka yang baik akhlaknya dan tidak kurang juga yang sebaliknya. Terdapat juga manusia yang kasar dan degil sifatnya. Pendakwah yang memiliki sifat penyantun akan berhadapan dengan manusia sebegini dengan hati yang terbuka dan berinteraksi dengan setiap orang dengan cara yang berkesan dan bermanfaat. Bersopan-santun bukanlah bermakna berdiam diri apabila dihina kerana seorang mukmin yang mulia tidak akan membenarkan dirinya dihina. Seseorang pendakwah itu perlu bersopan-santun apabila berhadapan dengan kejahilan orang yang jahil. Seseorang yang memiliki sifat ini tidak menggunakan kezaliman apabila mempertahan haknya. Sekiranya seorang itu berdiam diri kerana kelemahannya dan tidak mampu untuk menolak serta mempertahan haknya, maka itu adalah kerana kelemahannya, bukan sifat penyantun. Terdapat banyak kisah yang menjelaskan tentang sifat penyantun dan pemaaf. Abdullah bin Tahir pernah berkata, ‘Pada satu hari saya berada disisi al-Ma'mun dan dia memanggil khadamnya. 'Wahai khadam', tetapi tiada siapa yang menjawab. Kemudian dia memanggi llagi sambil menjerit. 'Wahai khadam' lalu seorang khadam Turki masuk dan berkata. 'Bukankah seorang khadam itu perlu makan dan minum? Setiap kali kami keluar dari bilik tuan, tuan akan menjerit memanggil kami’. Al- Ma'mun kemudian menundukkan kepalanya agak lama. Saya yakin bahawa beliau akan menyuruh saya memancung kepala khadam itu. Al- Ma'mun kemudian memandang saya dan berkata, 'Wahai Abdullah, seseorang itu kalau baik akhlaknya maka akan buruklah akhlak pembantunya (khadamnya). Oleh itu kita tidak boleh memburukkan akhlak kita demi membaiki akhlak khadam kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah