بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Wednesday, 18 July 2012

Pesanan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Jangan tak ada masa dengan Allah, nanti Allah tiada masa dengan kita.

Jangan sibuk dengan dunia semata-mata, sampai kita tiada masa dengan Allah swt.

Perkasakan ilmu pengetahuan - Allah akan mengangkat darjat kita disebabkan ilmu dan iman kita kepada Allah.

Kepada pimpinan termasuk ketua keluarga, jangan lebih daripada 3 hari tak buka Quran.

Kepada ahli, jangan lebih seminggu tak buka Quran.

Pimpinan kena ingat, sesuatu yang sunat bagi orang awam adalah wajib bagi mereka.

Begitu juga, perkara yang makruh bagi orang awam, ia adalah haram bagi pimpinan untuk melakukannya.

Hendaklah kita bergerak menjadi orang yang lebih baik kerana pimpinan kena tunjuk tauladan.

Sekadar renungan untuk semua. Senyum.





--Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah