بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Sunday, 8 July 2012

Jauhi Kaum Yang Zhalim

Samseng perlu dijauhi, bukan diajari 


Sudah menjadi fitrahku pantang dicabar, dan pantang mengalah terutamanya kepada puak-puak yang berlagak samseng. Itu adalah sifat semula jadi orang lelaki. Maruah cukup tinggi. Sifat ini menjadi ujian kepada diri kita. 


Dalam menjalani hidup yang matlamatnya ialah beribadah kepada Allah, sesekali kita diuji dengan gangguan yang boleh menyebabkan kita lupa akan matlamat kita, adakalanya ujian yang membuatkan kita lalai dan leka, adakalanya ujian yang membuatkan kita marah dan terjebak ke dalam kancah pergaduhan yang merugikan. 


Oleh itu kita diajar supaya sentiasa bersabar dan bertaqwa kepada Allah, nescaya ujian-ujian itu tidak dapat memberi kesan kepada kelancaran hidup kita menuju ke matlamatnya. 


 Kebanyakan manusia terjebak ke dalam kancah pergaduhan kerana merasakan dirinya kuat dan ramai geng, sesetengah orang pula terjebak ke dalam kancah pergaduhan hanyalah disebabkan sifat pantang dicabar dan pantang mengalah. Kedua-dua pihak telah tewas ujian kesabaran. 




 Bagaimana sikap orang yang bijak jika mengalami situasi ujian itu?


 وإذا خاطب الجاهلون قالوا سلاما 


Apabila orang-orang jahil mengata kepada mereka, maka mereka menjawab dengan kata-kata yang selamat.


 Orang yang bijak tidak melayan perbuatan jahat orang berlagak samseng kepadanya, dia tidak berlagak samseng balik, dia tidak memaki mereka dan tidak memukul mereka, sebaliknya dia mengundurkan diri dan mengucapkan selamat tinggal. 




 Kata-kata orang bijak pandai: Jika kita mengalah, kita hanya menyesal sekali, tapi jika kita berkeras, kita menyesal banyak kali. 


Jika kita mengalah, kita menyesal kerana kita mengalah, tapi jika berlawan, maka semakin banyak kejahatan yang mereka akan lakukan terhadap kita, dan kita semakin bersedih hati dan banyak menyesal. 


Kita juga diajar supaya berdoa agar dijauhi dari kaum yang zhalim. 


Fikirlah bagaimana nak menyelamatkan diri dari kaum yang zhalim, dan janganlah tewas dengan ujian kesabaran, agar terus lancar menuju ke matlamat dengan selamat. Sesekali, kita perlu tegas lantang mempertahankan diri dan maruah kita, tapi tidak perlu melampaui batas dengan mengenakan balik orang zhalim itu kerana itu boleh membuatkan kita terjebak ke dalam kancah.


Teruslah melayari bahtera hidup dengan selamat sejahtera..




Hudri Maahadi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah