بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Showing posts with label Penyucian Jiwa. Show all posts
Showing posts with label Penyucian Jiwa. Show all posts

Saturday, 28 September 2013

Monday, 9 September 2013

Perkara Penting Untuk Daie

Perkara penting yang mesti ada pada seorang pendakwah bagi memastikan mesej yang disampaikannya itu dapat difahami dan diterima oleh manusia ialah:

1) Ilmu
2) Seni menyampaikan ilmu







9 September 2013, Isnin : Saya menyampaikan kuliah maghrib di Surau, baca Kitab Ayyuhal Walad karangan Imam Ghazali. 


Diantara seni menyampaikan ilmu ialah:

1) Duduk tegak, dapatkan keselesaan, keserasian, ketenangan serta kemerdekaan

2) Wajah tidak tunduk ke bawah, langut wajah agar orang dapat melihat wajah, andai takut, maka jangan lihat kepada mata orang, tapi lihatlah kepada dinding.

3) Sebut perkataan satu demi satu, jelas, tidak terburu-buru mahu menghabiskan kalam

4) Selitkan dengan humor


Antara perkara-perkara penting:

1) Mulakan dengan basmalah, memberi salam, memuji Allah dan selawat ke atas Nabi.
2) membaca Ayat Quran dan hadis
3) Mengucapkan pernghormatan kepada pihak masjid dan hadirin
4) Mula memberikan permulaan kepada syarahan
5) Menyampaikan syarahan
6) Buat kesimpulan ringkas
7) memohon maaf andai ada terkasar bahasa
8) Wabillahit taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh
9) membaca doa


Mohamad hudri b Md Isa
10 September 2013
8;50AM
Kedah

Monday, 2 September 2013

Siapkan Diri Galas Tugas Nabi

2 September 2013 adalah tarikh saya mula menyampaikan kuliah maghrib di Surau di Sungai Petani Kedah. Pada bulan ramadhan yang lalu, saya ditugaskan menyampaikan tazkirah ramadhan dan imam terawih sebanyak 5 kali dalam bulan itu.

Dalam tazkirah maghrib pertama saya tadi, sebelum itu sebenarnya saya tidaklah membuat persiapan yang rapi, sekadar fikir dan rancang dalam otak nak cakap apa.

Sebelum saya menuju ke masjid, tiba-tiba saya dibebani rasa takut dan gentar. Saya mula kuatkan azam dan semangat untuk berjuang dan berdakwah di jalan Allah. Nasyid-nasyid jihad saya takwilkan ke arah dakwah, ia membuatkan saya berani dan bersemangat. Ayat Quran yang memotivasi saya jadikan azimat.

Saya pun melaksanakan tugas saya, alhamdulillah berjaya! Orang yang asalnya sedikit tiba-tiba datang semakin ramai. Saya menyampaikan ilmu, sehingga saya sudah kehabisan ilmu, saya masuk ilmu lain pula, kemudian tiba-tiba datang ilham baru, saya cakap panjang sikit lagi.


____________________

Saya fikir bahawa ilmu saya tidak cukup, 
saya merancang untuk meningkatkan ilmu dengan dua cara ini:

1) Saya perlulah menghabiskan pembacaan sebuah buku ilmiah dalam masa dua hari, 
perlulah menghabiskan puluhan buku dalam masa sebulan,
dan ribuan buku dalam masa setahun.

2) Saya juga perlu penuhi masa dengan menuntut ilmu di pondok, 
dan sentiasa berkelana ke medan ilmu. 

3) Ingatlah tanggungjawab saya ialah penyampai risalah Islam, 
penyambung perjuangan Anbiya, oleh kerana itu saya perlu kerahkan segala daya dan tenaga untuk mempersiapkan diri semantapnya bagi menggalas tugas itu


____________________

Ayat Quran dan nasyid perjuangan telah membangkitkan keberanian saya untuk berdakwah dan semangat untuk menggalas tugas menyambung perjuangan Anbiya. 



لقد من الله على المؤمنين اذ بعث فيهم رسولا منهم يتلو عليهم اياته ويزكيهم ويعلمهم الكتاب والحكمة وان كانوا من قبل لفي ضلال مبين

Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kepada orang-orang beriman dengan mengutuskan untuk mereka seorang utusan dari kalangan mereka sendiri yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan  membersihkan jiwa mereka dan mengajari mereka Al-kitab dan Al-Hikmah (sunnah) sedangkan mereka sebelum itu berada dalam kesesatan yang nyata

Ali Imran 164


Di antara tugas Nabi dalam ayat di atas ialah:
1) Membacakan ayat-ayat Allah 
2) Mensucikan jiwa manusia
3)Mengajari Al-Kitab (Quran) dan Al-Hikmah (Sunnah)

Said Hawa menulis dalam kitabnya, jundullah bahawa perkara paling asas untuk menjadi tentera Allah ialah Ilmu Pengetahuan. Saya bertanggungjawab untuk meningkatkan daya usaha mendalami ilmu terutamanya di pondok, saya bertanggungjawab untuk mengerahkan segala tenaga untuk mengaut ilmu melalui pembacaan. Kerana saya ditugaskan untuk mengajar pada setiap hari isnin malam selasa di surau tersebut. 

Saya perlu menyelak kisah-kisah ulama mencari ilmu ia akan memotivasi saya untuk menuntut ilmu. Membaca kisah-kisah Nabi dan pendakwah pula akan memotivasi saya untuk berdakwah.

Bahkan, tanggungjawab saya ialah pembawa risalah Islam ke kawasan tersebut! Saya juga bertanggungjawab untuk menghidupkan risalah Islam pada zaman ini! Saya bertanggungjawab untuk menyala dan menerangkan obor keimanan manusia! Saya berlajar di Maktab Mahmud Alor Setar, kemudian sambung ke Universiti Al-Azhar adakah wajar saya berdiam diri membiarkan masyarakat? 

Andai kamu cintakan Allah, maka ikutilah Nabi, nescaya Allah cinta padamu..


Mohamad hudri b md Isa
2 September 2013
10;45pm
Kedah

Wednesday, 28 August 2013

Pembinaan Diri

Pembinaan Insan

Tarbiah itu ada tiga menurut Imam Hasan Al Banna:
1) Aqliah
2) Ruhiah
3) Jasadiah

Atau:
1) Mental
2) Emosi /spritual
3) Fizikal



1) Cara membina Minda/Aqliah/Mental 

ialah dengan pendidikan, dan pembelajaran. Pembelajaran bukan sahaja boleh didapati di sekolah, malah dengan melihat dan berfikir juga adalah satu proses pembelajaran. Membaca juga dapat mencerna idea.

أفلا ينظرون إلى الإبل كيف خلقت
Tidakkah mereka memerhatikan unta seraya memikirkan bagaimana ia diciptakan? 
(Nescaya mereka akan mengetahui bahawa Allah lah Sang Pencipta)

اقراء بسم ربك الذي خلق
Mulakan bacaan dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan


2) Cara membina jiwa/emosi/ruhiah 

ialah dengan memberi dan mendapatkan kasih sayang, dan perhatian manusia, terutamanya keluarga. Melakukan zikullah. Memantapkan iman. Menguatkan semangat. Melatih jiwa bersabar dan bermujahadah. Berpuasa. Hidup sederhana/zuhud. Membuang sifat-sifat mazmumah dan memasukkan sifat-sifat mahmudah ke dalam hati.

قد أفلح من زكاها وقد خاب من دساها
Beruntunglah siapa yang mensucikan jiwanya dan rugilah siapa yang mengotorinya

ليس منا من لم يرحم صغيرنا ولم يوقر كبيرنا
Bukanlah dari golongan umatku, siapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati orang tua


3) Cara membina tubuh badan/fizikal/jasadiah 

ialah dengan makanan, melakukan senaman.

وأعدوالهم ما استطعتم من قوة ومن رباط الخيل
Sediakanlah untuk memerangi mereka segala kekuatan yang mampu kamu sediakan dan juga (kuda) kenderaan perang

ان الله اصطفاه عليكم وزاده بسطة في العلم والجسم
Sesungguhnya Allah telah memilih Thalut sebagai pemimpinmu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan kegagahan tubuh badan

Gambar: Memanjat Tangga Kenari Gunung Jerai
Untuk Menguatkan Mental, jiwa dan fizikal. 
Rasulullah suka memanjat gunung Nur, dan beruzlah di gua hirak.





Mohamad Hudri B Md Isa
28 ogos 2013
9;35pm
Kedah

Saturday, 21 July 2012

6 Tips Mengelakkan Takbur


Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takabbur yang ada dalam diri manusia, iaitu:

1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dengan dosa.

2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.

5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.

6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Wednesday, 11 July 2012

Menjadi Sufi Yang Betul


Setiap yang dilahirkan oleh manusia sama ada fikiran dan tindakannya adalah berpunca dari hati. Kalau baik hati, maka baiklah seluruh perbuatan dan pertuturan. Begitulah sebaliknya kalau hati jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan.
Kedatangan Rasulullah SAW untuk memperbaiki akhlak manusia mendapat kejayaan kerana baginda berjaya mendidik hati manusia.

Sebab itu, kalau kita mahu berjaya dalam melahirkan peribadi yang baik sama ada pada diri atau dalam masyarakat kita, maka pendidikan hati hendaklah difikirkan dahulu.

Tetapi bukan semua manusia faham dan nampak bagaimana dan apa kesan hati kepada perlakuan manusia. Sebab itu manusia masih gagal membina hidup aman damai kerana gagal memahami bagaimana untuk mendidik hati supaya menjadi baik. Manusia juga gagal untuk mengubat penyakit hati yang telah merosakkan seluruh perbuatan zahir seseorang.

Oleh kerana itu manusia cukup sensitif dengan penyakit zahir tetapi tidak ambil pusing dengan penyakit batin. Penyakit bati yang dimaksudkan ini bukanlah penyakit jantung atau barah tetapi adalah penyakit mazmumah seperti riak, angkuh, dengki, ego, tamak, pemarah dan lain-lain lagi. Tidak ada alat x-ray yang dapat mengesan penyakit mazmumah kecuali ilmu tasawuf dan didikan dari seorang guru sufi.

Sebab itu kepentingan ilmu tasawuf dan pendidikan sufi  amat penting sekali demi menjamin kebahagiaan hidup manusia. Jadi, orang yang bercita-cita dan berazam untuk membersihkan hatinya dengan mengikut panduan ilmu dan didikan guru tasawuf, sebenarnya sedang menempuh jalan tasawuf.

Sekarang kita paparkan beberapa kisah ahli sufi yang jika kita ingin mengikut jejak ahli sufi maka ikutilah mereka. Kalau hendak menjadi seorang sufi jadilah seperti Nabi Musa yang memakai pakaian yang sederhana tetapi berani berhadapan dengan Firaun yang memakai pakaian maharaja. Atau jadilah seperti Nabi Sulaiman yang menjadi raja besar dengan segala kemewahan dan kekuasaan tetapi makanan hariannya cuma roti kering.

Satu ketika Nabi Sulaiman sedang melayang di atas tikar terbang diiringi oleh pengawalnya dari kaum jin. Datang peringatan dalam hatinya.  Jika dalam hatinya ada sebutir debu dari rasa takbur nescaya dia akan dibenamkan ke dasar bumi sedalam tingginya dia terbang di udara. Malah pernah Nabi Sulaiman berkata: “Satu kalimah Subhanallah lebih berharga bagiku dari segala dunia dan isinya.”

Menjadi orang sufi ertinya sanggup memikul tugas besar seperti Nabi Yusuf yang telah menjadi menteri Perbendaharaan. Baginda menyimpan makanan yang cukup selama tujuh tahun untuk berdepan dengan musim kemarau. Bukanlah dipanggil orang sufi jika menjadi masalah kepada masyarakat dan hidup dengan meminta belas kasihan dari orang ramai.

Seorang sufi bukanlah orang yang memutuskan nafsunya seperti seorang sami Buddha tetapi dia sanggup mengawalnya seperti Nabi Yusuf ketika berhadapan dengan godaan Zulaikha. Seorang sufi juga mesti sanggup menahan rasa sakit sepertimana Nabi Ayub, menahan penderitaan walaupun hanya tinggal hati dan lidahnya sahaja yang masih tidak dijangkit penyakit.

Apabila ditanya orang mengapa baginda tidak berdoa meminta sihat sedangkan baginda seorang Nabi yang makbul doanya. Lantas baginda berkata: “Aku malu untuk berdoa  pada Allah kerana aku baru ditimpa sakit selama dua tahun sedangkan Allah memberi aku sihat selama enam puluh tahun.”

Seorang sufi bukanlah orang yang lari daripada kemungkaran masyarakatnya tetapi dia adalah orang yag berjuang menegakkan makruf di tengah banjir kemungkaran. Kalaupun mereka lari, adalah dengan niat untuk membina kekuatan sebagai persediaan untuk kembali ke tengah gelanggang perjuangan. Seorang sufi adalah orang yang sanggup menurut jejak Nabi Ibrahim.

Baginda sanggup dibakar kerana meruntuhkan berhala pujaan Namrud dan rakyatnya. Jadilah pemimpin yang mempunyai jiwa sufi seperti Nabi Zulkifli yang tahan berhadapan dengan karenah pengikutnya. Atau milikilah kehebatan seperti Nabi Isa  A.S. yang sanggup berbantalkan lengan ketika tidur di malam hari.

Itulah hidup sufi yang dituntut oleh Allah pada kita untuk dimiliki. Syukur berhadapan dengan nikmat, sabar berhadapan dengan ujian, berani berhadapan dengan kezaliman, tawadhuk bila berhadapan dengan kebenaran dan dalam apa juga keadaan sekalipun hati tetap sama dan tenang tanpa cacat atau berubah.

Menjadi seorang sufi bukanlah mengalah pada semua  suasana dalam berhadapan dengan kekufuran, tetapi sufi sebenar sanggup berperang seperti peribadi Nabi Muhammad SAW yang ada kalanya berbicara dengan pedang apabila kata-kata gagal menahan serangan fizikal orang-orang Musyrikin.

Seorang sufi juga bukan orang yang lari daripada harta ketika diperlukan untuk mengendalikannya tetapi menjadi seperti Abdul Rahman bin Auf yang bertindak sebagai “bank” kepada masyarakat Islam. Namun jangan sampai ditawan oleh dunia seperti Tsa’labah. Seorang sufi juga adalah orang yang licin mengintip musuh seperti Abu Huzaifah ataupun mempunyai kepakaran strategi peperangan seperi Salman Al Farisi yang menjadi “master-mind” dalam Peperangan Khandak.

Nah, itulah peribadi contoh jika kita hendak mengikut jalan-jalan sufi. Bukan seperti sangkaan orang sekarang yang meletakkan hidup sufi sebagai hidup yang hina.  Pada sangkaan setengah orang, sufi menjadikan seseorang lepas bebas dari masyarakat sekelilingnya. Bila disebut sufi orang akan membayangkan seorang yang berjanggut dengan pakaian yang  buruk duduk tersepuk di mihrab-mihrab masjid menggetil tasbih.

Makanannya disedekahkan orang, sementara dia duduk sendirian mencari Tuhannya dalam ‘khalwat’ dan zikirnya. Bukan itu cara hidup sufi, kerana bukan seperti itu hidup para Rasul, Nabi dan para sahabat zaman dahulu!

Bukan itu yang dinamakan sufi. Kerana bukan itu cara hidup tokoh-tokoh sufi yang telah kita paparkan tadi. Walaupun tangan orang sufi selalu menggetil tasbih tetapi tangan itu juga sanggup memegang cangkul untuk bertani, tangan itu sanggup memegang pena untuk memerangi kebatilan dan ada masanya tangan itu juga sanggup memikul senjata memerangi kekufuran.

Semudah memetik biji-biji tasbih di dalam zikirnya, maka semudah itu jugalah ia mentadbir dunia ayang diamanahkan padanya. Kerana apa? Kerana hati yang berpaut pada Allah boleh mengendalikan apa sahaja dengan mudah dan berjaya

Rasulullah SAW sebelum berjaya menegakkan Islam telah melalui banyak ujian dan segala ujian itu sebenarnya menyuburkan jiwa sufi baginda. Rasulullah diuji menggembala kambing sebelum berjaya memimpin manusia. Rasulullah tetap sujud ketika dilonggokkan dengan perut unta yang busuk sebelum berjaya meruntuhkan berhala-berhala di sekeliling Kaabah.

Bermula dari dua buah gua iaitu gua Hira’ dan gua Thur maka bangkitlah satu kekuatan Islam yang menguasai dua pertiga dunia. Mana pejuang-pejuang sufi seperti peribadi mereka itu kini? Mana lambang pusat latihan kerohanian (gua-gua) yang tegak di zaman moden kini? Mana sekolah-sekolah latihan sufi yang sanggup mencabar sistem pendidikan sekular (penyambung lidah penjajah)? InsyaAllah, semuanya mula kelihatan mercup tumbuh sekarang.

Sesungguhnya kita memerlukan jiwa sufi yang dapat menggunakan kemodenan zaman ini untuk Islam. Orang-orang sufi mesti bangun menggunakan jentera-jentera moden, komputer, alat-alat elektronik dan segala gajet teknologi yang “sophisticated” untuk memperjuangkan Islam.

Pertahankanlah peribadi sufi yang kukuh pendirian, hidup berdisiplin dan boleh berada dalam kemewahan sedangkan hati sedikit pun tidak terpaut dengannya. Boleh menanggung derita tetapi jiwanya tidak keluh kesah. Maka jika kita mahu jadi orang sufi jadilah seperti mereka itu.

CARA MEMBUAT HATI DAN FIKIRAN TENANG

CARA MEMBUAT HATI DAN FIKIRAN TENANG 


 1. Pandai Bersyukur 
Kita harus sering melihat kondisi orang yang berada di bawah kita dan membatasi melihat oang-orang yang berada di atas kita. Kita akan merasa cukup walaupun hidup sederhana apa adanya. Apa yang kita dapat akan lebih bermakna dibandingkan orang yang memiliki segunung harta tetapi selalu merasa kurang. 


 2. Jangan terlalu Mengejar Cita-Cita Keduniawian 
Menghabiskan sebagian besar waktu demi mencari materi akan membuat kita menyesal di kemudian hari. Gunakan sebagian waktu yang ada untuk beramal, beribadah, sedekah, membangun keluarga yang bahagia, memberi kontribusi bagi lingkungan sosial masyarakat, dan lain sebagainya. 


 3. Bantu Orang Lain & Selalu Berbuat Kebaikan Serta Amal Shaleh 
Bangun suasana yang akrab dan kekeluargaan dengan saudara, tetangga dan orang-orang di lingkungan kita karena manusia adalah makhluk sosial. Lingkungan sosial yang baik akan membantu kita hidup saling tolong-menolong satu sama lain, bergotong-royong, musyawarah untuk mufakat, saling menjaga, dan lain sebagainya.


 4. Manajemen Emosi 
Jaga emosi dan nafsu kita karena mereka dapat menghancurkan kita dan meninggalkan kita dalam penderitaan. Latih nafsu dan emosi dengan puasa. Jangan mudah terpancing emosi. Jadilah orang yang baik dan hindari menjadi orang jahat/penjahat. Biarkan saja orang lain bilang apa/melakukan apa, karena dunia penuh dengan ujian dan persoalan. 


 5. Hidup Sederhana 
Dengan hidup sederhana kita akan selalu merasa berkecukupan dan hidup tenang lahir batin. Hidup mewah dan gelamor butuh biaya yang tidak sedikit dan harus terus menjaga image dengan banyak daya upaya. Dengan hidup sederhana dan rendah diri kita tidak akan mudah stres. Fokuslah ke kekayaan non materi dan fisik (kecantikan/ketampanan) karena orang akan lebih menghargai kita jika kita punya banyak kemampuan yang tidak dimiliki orang lain tetapi kita tidak sombong.


 Semoga dapat membantu kita semua hidup tenang dunia dan akhirat :D


Sumber

Sunday, 8 July 2012

Harga Diri Orang Bersifat Mahmudah

Orang yang Amanah ialah Emas Bernilai 


Kita hidup dalam dunia yang orang dalamnya hidup tanpa agama, mereka suka menipu, suka menunjuk samseng, hasad dengki, mengumpat, menfitnah, mengkhianat amanah. Mereka kata mereka terpaksa melakukan semua itu demi untuk hidup, jika mereka tidak melakukan itu maka mereka akan hidup susah. 


Sesungguhnya Allah menyuruh kita supaya beribadah kepadaNya dan taat kepadaNya, janganlah khuatir akan menjadi susah, Allah akan mengkayakan kita dengan limpah kurniaNya jika Dia berkehendak, Allah maha Bijaksana. 


Orang yang hidup berpandukan agama dalam setiap aspek kehidupannya adalah emas yang sangat bernilai di sisi manusia. Bukan hanya ikut agama dengan melakukan solat, kemudian menipu dalam berniaga, tapi mengikut agama secara total. 


Orang yang hatinya kaya, (zuhud), adalah orang yang sangat bernilai kerana hampir-hampir semua manusia dalam dunia ini tamak haloba, mengejar keinginannya dan sanggup melakukan segala kejahatan demi untuk mendapatkan apa yang diingini. 


Orang yang hatinya ikhlas jujur adalah orang yang sangatlah sukar dicari, kerana hampir semua manusia tidak dapat mencapai tahap keikhlasan ini, kebanyakan manusia melakukan kebaikan bersebab, ada udang di sebalik batu. 


Orang yang amanah sangat dikehendaki dan diperlukan, kerana hampir semua orang suka mengkhianati amanah, dan menggunakan apa yang diamanahkan itu untuk kepentingan nafsunya dan melakukan banyak kerosakan. 


Siapa yang berjaya menguasai sifat-sifat mahmudah ini, maka dialah emas permata yang sangatlah bernilai, kerana bukan mudah untuk mencari orang seperti itu, perlu ditapis dan dibuang segala sampah sarap, dan barang-barang palsu tak bernilai, sehingga akhirnya jumpa juga emas permata yang asli dan tulin. 


Dalam jutaan manusia yang kebanyakanya tidak bernilai, disebabkan mereka mempunyai sifat2 yang keji hina dan tidak bernilai manfaat. 


Orang yang amanah pasti akan direbut untuk diletakkan jawatan sebagai penjaga harta kekayaan. Seterusnya, dia juga diberikan kekayaan. Seperti Nabi Muhammad yang terkenal dengan sifat amanah, digelar al-amin.. Beliau lah emas permata, yang ditawarkan menjadi penjaga harta kekayaan, dan penjadi peniaga barang orang yang sangat kaya iaitu khadijah. Akhirnya bagindalah yang menjadi pilihan hati insan yang sangat kaya dan menjadi rebutan ramai iaitu Khadijah.


 Begitulah harga diri orang yang mempunyai sifat mahmudah. Sangatlah bernilai.

Wednesday, 20 June 2012

74 Doa Hisnul Muslim

Antum boleh mendapatkan 74 doa hisnul muslim (perisai muslim) bacaan oleh Syeikh Saad Said Al Ghamidi. Doa-doa ini diamalkan oleh Nabi Muhammad. 


Antum boleh mendengarnya sentiasa, dan menghafaznya serta mengamalkannya. Sangat bermanfaat. Boleh letak dalam telefon bimbit.

Firman Allah:


واذكر الله كثيرا لعلكم تفلحون


Berzikirlah (sebut atau ingatlah) Allah sebanyak-banyaknya semoga kamu berjaya


Doa Hisnul Muslim - 01 Muqaddimah


Boleh download (muat turun) 74 doa tersebut di laman ini ---> klik di sini


Hudri Maahadi

Monday, 18 June 2012

Jihad Nafsu

Jihad nafsu itu ada 4 perkara: 


 1) Menuntut ilmu agama 


 2) Beramal dengan ilmu agama


3) Menyebarkan ilmu agama


4) Bersabar dalam menyebarkannya (akibat mendapat ujian)




Jihad nafsu ialah apa yang terkandung dalam surah al-ashr:


"Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Melainkan orang-orang yang beriman, beramal sholeh, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran"


1) Beriman


2) Beramal


3) Berpesan-pesan dengan kebenaran


4) Berpesan-pesan dengan kesabaran


*****


Mari kita ikuti majlis-majlis Ilmu di masjid dan di mana sahaja. Kemudian cuba beramal. Disamping berkongsi dengan orang sekeliling. Dalam melakukan hal ini, akan ada ujian yang mendatang, maka kita perlulah bersabar.


Ana pernah menziarahi seorang ulama yang sudah berumur, ana minta pandangan beliau mengenai jihad fisabilillah, maka beliau berpesan agar menuntut ilmu sehingga kuat agama dahulu, barulah berjihad fisabilillah.


Apa yang ana faham dari pesanan itu ialah perlu menjadi orang beriman.



         وَإِذَآ أُنزِلَتْ سُورَةٌ أَنْ آمِنُواْ بِاللّهِ وَجَاهِدُواْ مَعَ رَسُولِهِ اسْتَأْذَنَكَ أُوْلُواْ الطَّوْلِ مِنْهُمْ وَقَالُواْ ذَرْنَا نَكُن مَّعَ الْقَاعِدِينَ   

         Dan apabila diturunkan suatu surat (yang memerintahkan kepada orang munafik itu): "Berimanlah kamu kepada Allah dan berjihadlah beserta Rasul-Nya", niscaya orang-orang yang mampu berjihad di antara mereka meminta izin kepadamu (untuk tidak berjihad) dan mereka berkata: "Biarkanlah kami berada bersama orang orang yang duduk tidak ikut berjihad
(At-Taubah: 86)


dalam ayat ini, diperintahkan berjihad setelah diperintahkan beriman, kerana jihad tanpa iman bukanlah jihad fi sabilillah, dan dalam ayat ini juga ada pengejian terhadap org yg meminta izin untuk tidak berjihad sedangkan mrk mampu untuk melakukannya.



Hudri maahadi

19/6/2012
2:40am

Thursday, 3 May 2012

Teknik Hafaz Quran

1) Mendengar

2) Menulis

3) Memahami Maknanya

4) Membaca dan mengulang-ngulangnya

5) Menukarkannya menjadi perbuatan


Saya mendengar bacaan Quran dari syeikh, kemudian menulisnya, kemudian mengulang kembali bacaan Syeikh dan sambung menulis lagi, menulis sehingga 1 muka surat.

Setelah itu, saya ulang bacaan Syeikh smabil membacanya, sehingga ia sudah sebati dengan saya.

Kemudian saya pun membaca tanpa melihat tulisannya.

Setelah hafaz, saya pun meneliti satu per satu perkataan ayat Quran itu yang tidak difahami maknanya, dan mencari maknanya di kamus dan di Quran terjemah.

Sambil juga saya melihat ayat-ayat itu dari sudut nahu dan sorofnya, dari sudut stratergi, dari sudut iktibar, dari sudut apa yang dapat saya ambil untuk di bawa ke dalam kehidupan dan untuk masa depan. Melihat dari sudut hukum syariatnya, melihat dari sudut akhlak dan cara hidup.

Setelah saya hafaz dan faham, maka saya cuba membawa ayat-ayat itu ke dalam kehidupan saya.

Mudah-mudahan, dengan cara ini, saya dapatlah menjadi seperti yang disebutkan dalam Quran:

ذالك الكتاب لا ريب فيه

هدى للمتقين

Quran itu tidak ada ada padanya sebarang keraguan, dalamnya semuanya perkara yang benar-benar, perkara yang betul, perkara yang reality, perkara yang haq.

Dan hanya orang yang bertaqwa sahaja yang boleh mendapat petunjuk dan taufiq Allah dari pembacaan al-Quran, mendapat maklumat-maklumat dari al-Quran, mendapat iktibar dan pengajaran dari al-Quran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah