بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Showing posts with label Realiti Masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Realiti Masyarakat. Show all posts

Monday, 16 September 2013

Perbaiki Tazkirah

Perkara Penting dalam menyampaikan tazkirah:

1) Duduk tegak
-yakin diri

2) Muka menghadap ke muka setiap pendengar
-orang rasa diberi perhatian, mrk akan beri perhatian, mrk rasa seronok

3) Rasakan ketenangan, bukan kegopohan
-orang juga rasa tenang, bukan rasa serabut,
-mrk dapat dengar lama2

4) sebut satu perkataan demi satu perkataan dgn sehabis jelas dan fasih yang mampu.
-kata2 yang x jelas, membuatkan fikiran mrk bingung dan serabut, mrk akan rasa menyampah, rasa tak mau dengar.
-kata2 yg jelas membuatkan mrk rasa lapang dada dan berasa puas dengar

5) Senyum
-orang rasa terpesona melihat kekacakan kita.. hahaha

6) gunakan bahasa yang indah, sopan, dan berunsur kasih sayang
- terpikat orang dengar, tertambat hati, terpegun, terpesona, orang suka..




(Video: Menyampaikan kuliah maghrib, 16/9/2013 di surau. Kitab Ayyuhal Walad, ilmu Tasauf)


Mohamad Hudri B Md Isa
17.9.2013
1;30pm
Kedah


Monday, 2 September 2013

Siapkan Diri Galas Tugas Nabi

2 September 2013 adalah tarikh saya mula menyampaikan kuliah maghrib di Surau di Sungai Petani Kedah. Pada bulan ramadhan yang lalu, saya ditugaskan menyampaikan tazkirah ramadhan dan imam terawih sebanyak 5 kali dalam bulan itu.

Dalam tazkirah maghrib pertama saya tadi, sebelum itu sebenarnya saya tidaklah membuat persiapan yang rapi, sekadar fikir dan rancang dalam otak nak cakap apa.

Sebelum saya menuju ke masjid, tiba-tiba saya dibebani rasa takut dan gentar. Saya mula kuatkan azam dan semangat untuk berjuang dan berdakwah di jalan Allah. Nasyid-nasyid jihad saya takwilkan ke arah dakwah, ia membuatkan saya berani dan bersemangat. Ayat Quran yang memotivasi saya jadikan azimat.

Saya pun melaksanakan tugas saya, alhamdulillah berjaya! Orang yang asalnya sedikit tiba-tiba datang semakin ramai. Saya menyampaikan ilmu, sehingga saya sudah kehabisan ilmu, saya masuk ilmu lain pula, kemudian tiba-tiba datang ilham baru, saya cakap panjang sikit lagi.


____________________

Saya fikir bahawa ilmu saya tidak cukup, 
saya merancang untuk meningkatkan ilmu dengan dua cara ini:

1) Saya perlulah menghabiskan pembacaan sebuah buku ilmiah dalam masa dua hari, 
perlulah menghabiskan puluhan buku dalam masa sebulan,
dan ribuan buku dalam masa setahun.

2) Saya juga perlu penuhi masa dengan menuntut ilmu di pondok
dan sentiasa berkelana ke medan ilmu. 

3) Ingatlah tanggungjawab saya ialah penyampai risalah Islam
penyambung perjuangan Anbiya, oleh kerana itu saya perlu kerahkan segala daya dan tenaga untuk mempersiapkan diri semantapnya bagi menggalas tugas itu


____________________

Ayat Quran dan nasyid perjuangan telah membangkitkan keberanian saya untuk berdakwah dan semangat untuk menggalas tugas menyambung perjuangan Anbiya. 



لقد من الله على المؤمنين اذ بعث فيهم رسولا منهم يتلو عليهم اياته ويزكيهم ويعلمهم الكتاب والحكمة وان كانوا من قبل لفي ضلال مبين

Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kepada orang-orang beriman dengan mengutuskan untuk mereka seorang utusan dari kalangan mereka sendiri yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan  membersihkan jiwa mereka dan mengajari mereka Al-kitab dan Al-Hikmah (sunnah) sedangkan mereka sebelum itu berada dalam kesesatan yang nyata

Ali Imran 164


Di antara tugas Nabi dalam ayat di atas ialah:
1) Membacakan ayat-ayat Allah 
2) Mensucikan jiwa manusia
3)Mengajari Al-Kitab (Quran) dan Al-Hikmah (Sunnah)

Said Hawa menulis dalam kitabnya, jundullah bahawa perkara paling asas untuk menjadi tentera Allah ialah Ilmu Pengetahuan. Saya bertanggungjawab untuk meningkatkan daya usaha mendalami ilmu terutamanya di pondok, saya bertanggungjawab untuk mengerahkan segala tenaga untuk mengaut ilmu melalui pembacaan. Kerana saya ditugaskan untuk mengajar pada setiap hari isnin malam selasa di surau tersebut. 

Saya perlu menyelak kisah-kisah ulama mencari ilmu ia akan memotivasi saya untuk menuntut ilmu. Membaca kisah-kisah Nabi dan pendakwah pula akan memotivasi saya untuk berdakwah.

Bahkan, tanggungjawab saya ialah pembawa risalah Islam ke kawasan tersebut! Saya juga bertanggungjawab untuk menghidupkan risalah Islam pada zaman ini! Saya bertanggungjawab untuk menyala dan menerangkan obor keimanan manusia! Saya berlajar di Maktab Mahmud Alor Setar, kemudian sambung ke Universiti Al-Azhar adakah wajar saya berdiam diri membiarkan masyarakat? 

Andai kamu cintakan Allah, maka ikutilah Nabi, nescaya Allah cinta padamu..


Mohamad hudri b md Isa
2 September 2013
10;45pm
Kedah

Tuesday, 23 April 2013

Pengalaman Manis Di mesir

Pengalaman Manis Di mesir

Sebelum datang ke mesir, saya terbayang bahawa saya akan menderita kelaparan di mesir, kerana tiada makanan. Saya juga terbayang akan merempat di masjid dan jalanan kerana tiada tempat tidur. Saya terfikir macam2 perkara negative yang membangkitkan rasa lemah semangat untuk berkelana ke perantauan.
Sebaliknya, bila sampai saja di AirPort Kaherah, kami disambut oleh Majlis kebajikan keluarga kedah, mereka mengusung beg kami dan membawa kami naik bas ke asrama, kami dapat kediaman. Ada makanan, ada tempat tidur.. Fuh.. rupa2nya dilayan macam raja la pula awal2 ni..

Saya cuba untuk mengambil cakna dengan isu semasa yang berlangsung di Mesir, tambahan pula saya ingin mendekati Ikhwanul muslimin. Berlaku pergolakan sesudah kemenangan Dr Mursi sebagai presiden mesir, ada pihak yang menganjurkan demontrasi untuk menentang ikrar Dr mursi.

Dari situ, Ikhwan pun menganjurkan demo untuk mendokong ikrar Dr Mursi, saya baca melalui akhbar ikhwan yang ditampal depan kuliah syariah islamiah, kuliah saya. Demo akan diadakan di dataran Abidin.
Saya pun bertanya arab di atas bas, dimanakah medan abidin itu? Mereka bagi tahu saya bahawa demo ikhwan akan dibuat di giza.

Esoknya saya pun bergegas ke metro ramsees, naik metro ke giza dan turun di universiti kaherah. Saya bertanya orang2 di situ, di manakah medan abidin, tapi semua orang tak tahu.

Saya berjalan punya berjalan hingga sampai ke zoo giza. Saya berhenti untuk makan roti fino seguf.
Penjual fino itu ialah pakcik tabligh, rupa2nya kat mesir pun ada tabligh. Pak cik tabligh ni buat ramah dengan saya. Dia kata “Saya cinta kamu kerana Allah” rupa2nya dia pandai cakap melayu.. kemudian dia cium kepala saya ketika saya sedang makan.

Tiba2 ada orang lain yang membuat bising, saya tidak faham dia kata apa, tapi pakcik tabligh ni dok defend saya, dia kata saya orang baik dan beradab, saya orang islam, saya tak join demonstrasi.. dia dok promote kat orang ramai kata saya baik, saya beradab, saya takkan join demonstrasi.. maka orang ramaipun senyum kepada saya dan beramah dengan saya. Orang yang buat bising tadi pun dah tak buat bising.

Mungkin mereka tahu saya nak join demo. Saya cari di mana dataran abidin, tapi tak jumpa, maka saya pun balik, saya tersesat di sungai nil dan masuk ke imbabah, akhirnya saya jalan kaki dari imbabah hingga ke sungai nil dari sungai nil saya naik bas ke tahrir, kemudian pulang. Sungguh letih ya amat..

Yang menariknya, ketika sedang makan fino, pakcik tabligh tu kata bahawa dia pernah datang ke malaysia, malaysia sangat cantik katanya. Malaysia negeri orang islam katanya.

Dia sangat berkenan kepada muslimah malaysia, kalau boleh nanti dia nak kawen dengan empat orang muslimah malaysia, dia suruh saya berdoa agar hajatnya termakbul. Kemudian dia bagi sayur kepada saya, saya tak makan sayur,

maka dia tanya, ‘tahu tak ni sayur apa?’ ‘tak tahu’

‘inilah gargil.. sapa makan sayur ni akan jadi kuat dengan izin Allah, jadi kuat macam orang mesir..’

Barulah saya makan, hahaha….!

Setelah pulang saya lihat googlemap, baru saya tahu bahawa medan abidin itu di kaherah, sebenarnya ikhwan telah membatalkan demo di medan abidin dan menukar tempat ke universiti kaherah.

patutlah arab di bas itu kata suruh saya turun di universiti kaherah. saya tak tahu yang demo dibuat disitu.

Saya lihat banyak sungguh truk-truk polis yang bersadai di sebuah tempat di giza, truk2 itu sudah ready untuk menangkap orang2 yang berdemo dan menghumbankan mereka ke dalam penjara.


mohamad hudri b md isa
12 march 2013
hayyu asyir

Tuesday, 18 September 2012

Orang Yang Hatinya Sakit

Aku selalu mendengar manusia mengkritik dan menghentam para pendakwah, macam2 lah isu yang mrk keluarkan untuk menghentam paa pendakwah. Sehingga aku sendiri takut untuk menjadi pendakwah, kerana pastilah aku akan dihentam seperti itu juga.

Ada sebuah kata2, kata2 itu menerangkan bhw sebab seseorang itu suka mengkritik orang ialah kerana dia tidak mempunyai apa yang ada pada orang itu.

Ataupun, kerana orang itu hasad dengki kepada orang. Itulah sebab dia mengkritik orang itu. 

Kata2 ini memang betul, kerana itulah aku selalu dikritik mengenai kelebihanku, kerana manusia sakit hati dgn apa yang ada pada diriku sedangkan dia tak da. 

Kesian dia, hatinya sakit, aku perlu mengurangkan kesakitannya.. Namun, hanya yang tidak sakit kritikal sahaja yg mampu aku baiki, yg kritikal pula, semakin aku baiki, dia semakin bersikap munafiq dgn aku, krn dia benar2 memusuhiku. Minta jauh dari org ini, dan aku perlu ada kekuatan, barulah dia pendamkan shj niat jahatnya, andai aku tiada kekuatan, mk dia pun semakin berani berbuat jahat kpd ku sesuka hatinya.


Hudri Maahadi

Kemajuan Hidup dan Kejayaan Dunia.

Lusa, hari khamis aku akan naik bas pukul 10 pagi, menuju ke kl, naik kapal terbang ke mesir.. Aku hari ini pergi ke pejabat agama alor setar bersama ayahku, aku terlepas taklimat, aku berjumpa dgn ustaz fadhil dan dengar taklimat ringkas darinya, dan mendapat sumbangan wang dari MB, dan baitul mal. jazakumullahi khaira.

Kemudian, kamipun pulang ke sungai petani, dalam perjalanan, kawanku telepon, menyuruku pergi ke menara zakat untuk menerima zakat, kamipun patah balik ke menara zakat dgn penuh kepenatan. Bila sampai di sana, aku tidak dapat menerima wang, krn mereka silap tulis nombor kad pengenalanku, mereka suruh kami balik dan datang pagi esok pula.

Kami pun balik dgn kepenatan dan duka lagi, ayahku ketika itu meluahkan isi hatinya, dia bercerita tentang sejarah hidupnya yang susah, dan sejarah hidupnya sehingga kini. kisah itu membuatkan aku celik, dan sedar akan nikmat senang, nikmat menjadi orang berjaya.. kerana ramai orang yang duduk di pendalaman, tidak tahu apa, dan mundur. Ayahku berhijrah, dan berjuang untuk mendapatkan kemajuan hidup untuk keluarga dan anak-anaknya.

Aku pula jauh sekali memikirkan soal kehidupan.. jauh dari sudut hatiku untuk berfikir untuk mendapatkan kemajuan hidup, jauh dari hatiku untuk menginginkan kehidupan dunia.. dan aku tidak bersyukur dengan nikmat yang ada. kini aku sedari nikmat ini, dan kepentingannya. 

Tidak lama lagi, aku akan berjauhan dari ayah dan ibuku, pastilah aku terpaksa berhijrah dan berjuang seorang diri tanpa peneman di sisi melainkan Allah. Dimanakah inginku adukan deritaku? Dimanakah inginku berehat dan berteduh? 

Biarlah aku bersusah-susah dahulu, kelak aku akan pulang dengan membawa 1000 kebaikan kepada keluargaku dan masyarakat serta umat Islam amnya.. Atau aku pergi tidak pulang, selagi belum memperolehi syurga..

Aku melihat kawan2ku, ada diantara mrk yang tidak mempunyai ciri2 kelayakan, namun mereka cuba sedaya mungkin untuk membuat-buat layak, mrk smua ingin jadi seseorang, ingin ada kedudukan, terpandang di sisi manusia. Manusia berjuang untuk menjadi seseorang, dan menjadi mulia di mata manusia. Ingin dipandang, dihormati dan disegani.. Sedangkan semua itu jauh dari hatiku.. Aku tidak inginkan smua itu, aku ingin syahid di jalan Allah.. Aku mempunyai ciri2 kelayakan, serta potensi, namun aku zuhudkan diriku, aku sembunyikan diriku, dan berbuat seperti orang biasa yang tiada apa dan tidak tahu apa..

Aku fikir, andai aku mendapat dunia, maka ia akan membuang masaku dari masuk syurga cepat2.. Itulah yang membuatkan aku menolak dunia, agar aku dapat memasuki syurga cepat2, tanpa halangan, sekatan, dan tanpa membuang masaku dari memasuki syurga.

Ayahku beruntung kerana mempunyai anak seperti ini, dengan ilmu yang aku perolehi ini, aku lebih memilih akhirat berbanding dunia, meskipun ramai manusia memilih dunia. Bagiku dunia ini adalah pentng, tetapi sekadar keperluan, kerana andai kita hidup dalam faqir miskin, bagaimana kita nak beribadah kerana kita sibuk berkerja mencari duit.

Aku kini hidup dalam keadaan tidaklah faqir, dan aku tidaklah susah sangat untuk mengejar akhirat. Kerana itulah aku tidak terfikir untuk mencari kemajuan hidup seperti yang difikirkan oleh bapaku dan manusia..

Andai semua manusia hanya inginkan akhirat dan menolak dunia jauh-jauh, bagaimana manusia akan hidup di bumi? Bagaimana kemajuan akan berlaku? Tamadun manusia pun takkan membangun. Bahkan manusiapun tidak lagi melahirkan anak dan berketurunan, dan tidak mempunyai cucu cicit, tidak membiak di muka bumi. manusia juga tidak lagi menjadi khalifah yang memakmurkan muka bumi, dan membiarkan bumi ini dirosakkan oleh para perosak. Kerana semuanya mati syahid dan berpindah ke dalam syurga.. 

Seseorang rakan facebook menasihatiku supaya seimbangkan antara dunia dan akhirat, bukan tolak dunia ambil akhirat sahaja. Mungkin mereka bercakap berdasarkan pengalaman hidup mrk dan realiti kehidupan, sedangkan aku bercakap berdasarkan apa yang aku baca tanpa melihat realiti hidup.

Lihatlah dunia. Lihatlah realiti kehidupan manusia ini. Andai aku tersangkut di dunia, bagaimana aku nak berlari ke akhirat?

Aku perlu berlajar mengenai kehidupan dunia, aku mesti berlajar mengenai kehidupan manusia. Kerana ini akan membantuku mencapai cita-cita akhiratku.


Hudri Maahadi

Sunday, 16 September 2012

Cara Orang Menipu Ketika Mengeluarkan Wang Di ATM


Cara Orang Menipu Ketika Mengeluarkan Wang Di ATM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, mungkin ada yang pernah tertipu ketika mengeluarkan wang di ATM sebelumnya. Di sini kita lihat bagaimana cara atau modus operandi untuk mereka menipu mangsa.. check it out~

Pada gambar ini terlihat seseorang sedang melakukan transaksi di ATM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah