Bagi umat Islam, 7 Jun adalah tarikh yang amat memilukan kerana pada tarikh tersebutlah Masjid al-Aqsa kembali terjajah. Tentera Israel memasuki Masjid al-Aqsa yang mulia dan mencemarinya dengan pelbagai perbuatan biadab. Mereka bersorak menghina umat Islam dengan melaungkan Khaibar! Khaibar! Mereka menganggap pada hari tersebut penghinaan yang ditimpakan ke atas mereka oleh umat Islam di Madinah pada zaman Rasulullah SAW ditebus dengan jatuhnya Masjid al-Aqsa di tangan Yahudi. Mereka menghina Rasulullah SAW dengan melaungkan "Agama Muhammad sudah mati dan hanya meninggalkan wanita-wanita"; merujuk kepada Negara-negara Arab yang mengalami kekalahan teruk dalam Perang 6 hari tersebut.
Mereka turut memusnahkan laluan (pintu) Maghriba dan merobohkan semua rumah-rumah rakyat Palestin yang mengadap Tembok Buraq (Western Wall) dan menukarnya menjadi satu perkarangan lapang bagi upacara keagamaan Yahudi. Tembok Buraq mereka kuasai dan menamakannya sebagai ‘Kottel’ atau ‘Wailing wall’, satu tindakan yang jelas merampas hak umat Islam yang diperakui oleh Liga Bangsa-Bangsa sebagai warisan Islam. Israel seterusnya mengisytiharkan penggabungan Baitul Maqdis Barat (bahagian Baitul Maqdis yang ditawan pada tahun 1948) dan Baitul Maqdis Timur (yang mereka tawan dalam Perang 6 hari) dan menamakan Baitul Maqdis (Jerusalem) sebagai ibu Negara abadi Israel yang tidak boleh dirunding buat selama-lamanya pada 26 Jun 1967.
No comments:
Post a Comment