بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Showing posts with label Seni Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Seni Dakwah. Show all posts

Monday, 30 September 2013

Kuliah Maghrib: Beramal Ikut Syariat


Saya menyampaikan kuliah maghrib di surau, pada 30 September 2013. Kitab Ayyuhal Walad, ilmu tasauf, nasihat ke sebelas 'Beramal mengikut syariat'

Kasih Sayang Menghasilkan Ikutan

Cara untuk mendapatkan ketaatan ialah dengan memberikan kasih sayang. Kasih sayang adalah umpan yang akan dapat membuatkan kita menarik orang mengikuti kita. Disebabkan mendapat kasih sayang, wanita Islam menjadi murtad kerana mengikuti pak we kristiannya. Disebabkan mendapat kasih sayang, lelaki india masuk Islam kerana mengikuti kekasihnya yang muslimah. 

 Tidak hairanlah mengapa Hasan Al banna menyebut, "Senjata dakwah kita ialah kasih sayang/ cinta" Disebabkan mendapat kasih sayanglah, anak sanggup mentaati segala suruhan ibubapa. Siapa yang tidak mendapat kasih sayang, umpama orang lapar tidak bertemu makan, dahaga tidak bertemu air, menderita.. Siapa yang tidak memberi kasih sayang, tidak akan diberikan kasih sayang.

Bermain dan berbual dengan kanak-kanak adalah cara untuk menunjukkan rasa kasih sayang kepada mereka, mereka akan merasa bahagia dan gembira. Kita juga turut merasai bahagia dan gembira.

Setiap manusia sukakan kebahagiaan dan kegembiraan, kerana itu mereka akan mengikuti sumber kebahagiaan dan kegembiraan. Siapa yang memberikan kebahagiaan dan kegembiraan adalah sumber kegembiraan. Siapa yang menjadi sumber kegembiraan, dia akan disukai dan diperlukan dan diingati serta diikuti..


(Video lumba berenang dengan anak menakan yang berusia 7 tahun.. Saya pulun berenang, bila celik mata, tengok2 dia sampai dulu.. isy3.. laju sungguh.. ajaiblah..)


Mohamad Hudri B Md Isa
Kuliah Syariah,
Universiti Al Azhar Mesir
11;25AM
1 october 2013
Kedah

Saturday, 28 September 2013

Tuesday, 17 September 2013

Tazkirahku: Ilmu dan Amal



Setelah melihat rakaman kuliah saya di surau, saya dapati saya bicara agak gopoh dan kurang jelas, membuatkan saya sendiri merasa serabut mendengarnya. Jadi, saya perbaiki cara cakap, agar lebih jelas.

Monday, 16 September 2013

Perbaiki Tazkirah

Perkara Penting dalam menyampaikan tazkirah:

1) Duduk tegak
-yakin diri

2) Muka menghadap ke muka setiap pendengar
-orang rasa diberi perhatian, mrk akan beri perhatian, mrk rasa seronok

3) Rasakan ketenangan, bukan kegopohan
-orang juga rasa tenang, bukan rasa serabut,
-mrk dapat dengar lama2

4) sebut satu perkataan demi satu perkataan dgn sehabis jelas dan fasih yang mampu.
-kata2 yang x jelas, membuatkan fikiran mrk bingung dan serabut, mrk akan rasa menyampah, rasa tak mau dengar.
-kata2 yg jelas membuatkan mrk rasa lapang dada dan berasa puas dengar

5) Senyum
-orang rasa terpesona melihat kekacakan kita.. hahaha

6) gunakan bahasa yang indah, sopan, dan berunsur kasih sayang
- terpikat orang dengar, tertambat hati, terpegun, terpesona, orang suka..




(Video: Menyampaikan kuliah maghrib, 16/9/2013 di surau. Kitab Ayyuhal Walad, ilmu Tasauf)


Mohamad Hudri B Md Isa
17.9.2013
1;30pm
Kedah


Monday, 9 September 2013

Perkara Penting Untuk Daie

Perkara penting yang mesti ada pada seorang pendakwah bagi memastikan mesej yang disampaikannya itu dapat difahami dan diterima oleh manusia ialah:

1) Ilmu
2) Seni menyampaikan ilmu







9 September 2013, Isnin : Saya menyampaikan kuliah maghrib di Surau, baca Kitab Ayyuhal Walad karangan Imam Ghazali. 


Diantara seni menyampaikan ilmu ialah:

1) Duduk tegak, dapatkan keselesaan, keserasian, ketenangan serta kemerdekaan

2) Wajah tidak tunduk ke bawah, langut wajah agar orang dapat melihat wajah, andai takut, maka jangan lihat kepada mata orang, tapi lihatlah kepada dinding.

3) Sebut perkataan satu demi satu, jelas, tidak terburu-buru mahu menghabiskan kalam

4) Selitkan dengan humor


Antara perkara-perkara penting:

1) Mulakan dengan basmalah, memberi salam, memuji Allah dan selawat ke atas Nabi.
2) membaca Ayat Quran dan hadis
3) Mengucapkan pernghormatan kepada pihak masjid dan hadirin
4) Mula memberikan permulaan kepada syarahan
5) Menyampaikan syarahan
6) Buat kesimpulan ringkas
7) memohon maaf andai ada terkasar bahasa
8) Wabillahit taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh
9) membaca doa


Mohamad hudri b Md Isa
10 September 2013
8;50AM
Kedah

Monday, 2 September 2013

Siapkan Diri Galas Tugas Nabi

2 September 2013 adalah tarikh saya mula menyampaikan kuliah maghrib di Surau di Sungai Petani Kedah. Pada bulan ramadhan yang lalu, saya ditugaskan menyampaikan tazkirah ramadhan dan imam terawih sebanyak 5 kali dalam bulan itu.

Dalam tazkirah maghrib pertama saya tadi, sebelum itu sebenarnya saya tidaklah membuat persiapan yang rapi, sekadar fikir dan rancang dalam otak nak cakap apa.

Sebelum saya menuju ke masjid, tiba-tiba saya dibebani rasa takut dan gentar. Saya mula kuatkan azam dan semangat untuk berjuang dan berdakwah di jalan Allah. Nasyid-nasyid jihad saya takwilkan ke arah dakwah, ia membuatkan saya berani dan bersemangat. Ayat Quran yang memotivasi saya jadikan azimat.

Saya pun melaksanakan tugas saya, alhamdulillah berjaya! Orang yang asalnya sedikit tiba-tiba datang semakin ramai. Saya menyampaikan ilmu, sehingga saya sudah kehabisan ilmu, saya masuk ilmu lain pula, kemudian tiba-tiba datang ilham baru, saya cakap panjang sikit lagi.


____________________

Saya fikir bahawa ilmu saya tidak cukup, 
saya merancang untuk meningkatkan ilmu dengan dua cara ini:

1) Saya perlulah menghabiskan pembacaan sebuah buku ilmiah dalam masa dua hari, 
perlulah menghabiskan puluhan buku dalam masa sebulan,
dan ribuan buku dalam masa setahun.

2) Saya juga perlu penuhi masa dengan menuntut ilmu di pondok
dan sentiasa berkelana ke medan ilmu. 

3) Ingatlah tanggungjawab saya ialah penyampai risalah Islam
penyambung perjuangan Anbiya, oleh kerana itu saya perlu kerahkan segala daya dan tenaga untuk mempersiapkan diri semantapnya bagi menggalas tugas itu


____________________

Ayat Quran dan nasyid perjuangan telah membangkitkan keberanian saya untuk berdakwah dan semangat untuk menggalas tugas menyambung perjuangan Anbiya. 



لقد من الله على المؤمنين اذ بعث فيهم رسولا منهم يتلو عليهم اياته ويزكيهم ويعلمهم الكتاب والحكمة وان كانوا من قبل لفي ضلال مبين

Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kepada orang-orang beriman dengan mengutuskan untuk mereka seorang utusan dari kalangan mereka sendiri yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan  membersihkan jiwa mereka dan mengajari mereka Al-kitab dan Al-Hikmah (sunnah) sedangkan mereka sebelum itu berada dalam kesesatan yang nyata

Ali Imran 164


Di antara tugas Nabi dalam ayat di atas ialah:
1) Membacakan ayat-ayat Allah 
2) Mensucikan jiwa manusia
3)Mengajari Al-Kitab (Quran) dan Al-Hikmah (Sunnah)

Said Hawa menulis dalam kitabnya, jundullah bahawa perkara paling asas untuk menjadi tentera Allah ialah Ilmu Pengetahuan. Saya bertanggungjawab untuk meningkatkan daya usaha mendalami ilmu terutamanya di pondok, saya bertanggungjawab untuk mengerahkan segala tenaga untuk mengaut ilmu melalui pembacaan. Kerana saya ditugaskan untuk mengajar pada setiap hari isnin malam selasa di surau tersebut. 

Saya perlu menyelak kisah-kisah ulama mencari ilmu ia akan memotivasi saya untuk menuntut ilmu. Membaca kisah-kisah Nabi dan pendakwah pula akan memotivasi saya untuk berdakwah.

Bahkan, tanggungjawab saya ialah pembawa risalah Islam ke kawasan tersebut! Saya juga bertanggungjawab untuk menghidupkan risalah Islam pada zaman ini! Saya bertanggungjawab untuk menyala dan menerangkan obor keimanan manusia! Saya berlajar di Maktab Mahmud Alor Setar, kemudian sambung ke Universiti Al-Azhar adakah wajar saya berdiam diri membiarkan masyarakat? 

Andai kamu cintakan Allah, maka ikutilah Nabi, nescaya Allah cinta padamu..


Mohamad hudri b md Isa
2 September 2013
10;45pm
Kedah

Friday, 7 September 2012

Faktor Masa Terhadap Dakwah

Sesungguhnya ramai para pendakwah merasa berputus asa atau hilang pengharapan ketika dia menyampaikan seruan dakwah kepada para mad’unya, menggunakan hujah dan bukti yang nyata, namun para mad’unya tidak responsif terhadap seruan dakwah tersebut. Ini berpunca dari sikap para Pendakwah yang tidak memahami atau mengambil kira keutamaan faktor masa sebagai faktor penting di dalam menjayakan amal dakwah. Al-Marhum Imam As-Shahid Hasan al-Bana telah mengungkapkan satu kaedah “الْوَقْتُ جُزْءٌمِنَ الْعِلَاجِ” [masa adalah sebahagian dari perawatan]. Imam As-Shahid Hasan al-Bana mengingatkan para pendakwah agar meletakkan unsur masa sebahagian dari langkah-langkah membaiki umat ini. Kata-kata : ‘لكل مرحلة رجالها ولكل مرحلة مشاكلها’ (setiap marhalah dakwah ada rijalnya dan setiap marhalah dakwah itu ada permasalahannya). Justeru para pendakwah dalam memikul tanggungjawab dakwah (مسؤولية الدعوة)perlu lihat kepada faktor masa, faktor kemampuan & keupayaan mempersiapkan rijal serta masalah-masalah di dalam perjalanan dakwah itu. Maka menyelesaikan segala keperluan fasa itu harus diambil kira faktor masa. Kaedah fiqh menyebut : ‘مَنِ اسْتَعْجَلَ شيئا قَبْلَ أَوَانِه عُقِبَ بِحِرْمَانِهِ’ (Barangsiapa yang memetik hasil sebelum tiba masanya maka dia terhalang untuk mendapatkannya..). Ini menunjukkan bahawa di dalam dakwah perlu dituai hasil-hasil dakwah itu secara matang apabila sampai masanya dan cukup prasyaratnya. Seerah (سيرة) menunjukkan bagaimana Rasulullah SAW mengambil kira faktor masa di dalam menjayakan agenda dakwahnya. Perpindahan marhalah dari ‘سِرِّيّة’ (kerahsiaan) kepada جَهْرِيِّة (terbuka), dari ‘جهرية’ ke fasa ‘إقامة الدين’ adalah berasaskan faktor masa. Dalam skop yang lebih mikro terutama melaksanakan usaha tajmik dan dakwah kepada manusia, para pendakwah hendaklah memahami bahawa masa (timeline) adalah salah satu dari pra-syarat keberhasilan dakwah. Ini kerana realiti yang melingkungi kehidupan audien adalah realiti yang bukan Islam (unislamic) atau biasa disebut sebagai realiti jahiliyah. Realiti ini telah mempengaruhi kehidupan kumpulan sasaran samada dari aspek tingkahlaku atau pemikiran. Ini mewujudkan jurang pemisah antara kehidupan yang dilalui oleh Sang Pendakwah dengan kehidupan kumpulan sasaran (المدعو). Pendakwah membawa nilai-nilai islamik sedangkan audien pula membawa nilai-nilai yang tidak islamik dan bertentangan dengan aliran para pendakwah. Lantaran itu, mengharapkan dakwah diterima dengan cepat dan segera adalah suatu yang mustahil dan ia bertentangan dengan sunnah dakwah.


facebook ustaz kamaruddin kassim

Friday, 15 June 2012

Mat Rempit VS Ustaz Azhar Idrus

aku mat rempit ... pengikut ust azhar 

---------------------------------------------

uploaded 8/1/12 petikan dari facebook anak muda terengganu (diedit serba sedikit spy mudah difahami) 




 sbg mat rempit berjaya ... aktiviti mlm aku sering dipenuhi dgn aktiviti lumba motor & huru harakan bandar ktrg sambil bawak awek (minah rempit). bagi aku itulah bentuk hiburan yg amat menyeronokkan & kene dgn jiwa remaja. siang mlm HIDUPKU hanyalah pada mutor 125Z meroh no plat BGH 12**. 


awek ku DENGAN free hair & pakaian DOP cukup kain akan selalu menjadi pembonceng tetap aku setiap mlm. namun aku bersyukur krn tidak terjebak dgn DOSA ZINA (hampir TERJEBAK) di mana terlalu ramai saeng2 seangkatan ku tewas dgn NAFSU serakah. mungkin allah swt masih sayangkan aku. SERIUS aku mengaku 24 thn hidup, aku mmg dop kenal tikor sembahyang ... apatah lagi nok GI surau bala @ majlis ilmu JAUH ... 


ayoh & MOK aku dop tahu nok buat mende (buntu) ... bebelan MOK & penampor singgang AYOH jadi rutin harian aku ... BUKAN niat aku utk buka AIB aku ATAU sesiapa ... tapi hanya sekadar BERKONGSI dgn saeng2 aku mula KENAL dgn ust azhar pada awal 2008. 


CERITANYE ... aku secara DOP SENGAJA terdengar kuliah ustaz yg dipasang di VCD Player oleh AYOH. mase tu aku dup dlm bilik ... ayoh aku sengelen (sengaja) pasang kuat ... nok psycho aku ... NOK SUH AKU DENGOR ... aku masih ingat lagi AYAT ust azhar yg MENARIK perhatian aku utk terus dengar kuliah beliau (padahal selama ni dop pernah seumur hidup aku minat Kuliah agama yg mengantuk & bosan ... jiwa rempit la SANGAT) 


 KATA UST AZHAR 'mung nok jadi mat rempit, jadi artis ker ... jadi mende2 pown ... dop SALOH ... tapi dgn syarat kene ikut syariat islam ... doh nok buat guane mmg mung wahi bawok mutor laju ... islam dop sekat ... asalkan time semayang, mung sembahyang ... time gi surau ... mung gi surau ... NABI pown suh ayah2 ajar anok2 nek kuda ... KUDA zaman lening mutorsikal r ..." 


 satu agi ... "mung nok bawok org puan atah mutor dop saloh. BULEH ... tapi dgn syarat ... mung letok ayah org puan tu tgh2 ..." HAHA jadi mat rempit dop saloh!! selama ni mat rempit sokmo (selalu) dicop sbg musuh utama negara. JAHAT ... dop layok buat NATU (MENANTU) ... tak dop mase depan. PERAGUT ... Punoh ... TAPI tiba2 seorg ustaz KABO (beritahu) bhw jadi MAT REMPIT dop saloh ... tapi kene semayang ... kene gi sura bala (surau & balai) ... 


BULEH TAHAN GOK USTAZ NI ... lawok spontan & contoh2 hok Ustaz beri mmg kena dgn situasi. 


MUDOH PAHAM. aku jadi ketagih. aku CARI video ust azhar dari member2 ... aku bluetooth ... letak dlm Nset aku (selama nim dup bluetooth B*** sokmo) aku SHARE plop dgn member2 lain. aku share bagi ker AWEK aku ... 


aku dop MISS gi dengar kuliah ust azhar terutama di sekitar ktrg ... surau pok tuyu, surau flat gelung bilal, surau ladang, surau wan esah & lain jadi tempat wajib (dulu kalu lepah garib (magrib) ... batu burok, durian burung, wakaf beruas, jalan airpot jadi kewajipan). 


 alhamdulillah, aku mula SOLAT cukup 5 waktu ... aku tahu mok ngan ayoh aku suke sgt tengok aku beruboh ... sbb sblm gi kuliah ust azhar ... dpt duit isi minyak rm20 ... masyuk ... huhu ... mungkin gembira bedooh (teramat) tengok aku beruboh ... siap SPONSER minyak 2T agi bulan2 ... selama ni dop bau laa hok paling aku suke ... 


awek aku pakai tudung doh ... name yer fatin (bukan name sebenor ... tapi mmg COMEL r boh ... tengok ayat r ... haha) ... siap paka baju kurung sokmo ... dop NGEPONG doh mutor ngam aku ... sbb aku kate ker dyer ... lau mung nok nek mutor ngam aku ... mung kene ajok AYOH mung etek ... hahaha. sbb ustaz azhar kabo ... nok couple dop saloh ... asalkan kene niat nok uat BINI ... pahtu lau jupe jgn dup pegang2 r ... jgn jupe tempat tak dop org ... sbb mung nok uat bini kang ... kene jage r MARUAH bakal bini mung ... insyaallah ... 2/4/12 ... aku nok nikoh dgn dia ... jeput mari belake neh ... rumah depan keda sabasun ... hahaha






sumber: facebook

Friday, 20 April 2012

Teknik Dakwah: HEMOI

Saya merupakan orang yang cukup pendiam, tapi hati berkeinginan untuk berdakwah, sehingga satu hari, saya ikut bengkel dakwah yang dibuat oleh Ustaz Kamarudin Kassim, beliau mengetengahkan sebuah ilmu yang cukup mahal, iaitu ilmu mengenai hemoi.

Saya cuba mengamalkannya dan alhamdulillah, ini merupakan perubahan besar dlam hidup saya.


اذهب إلى فرعون إنه طغى

قال رب اشرحلى صدرى

ويسرلى أمرى

واحل العقدة من لسانى

يفقه قولى

Pergilah kepada firaun sesungguhnya dia sangat zhalim

Berkata Musa: Tuhanku, lapangkanlah dadaku

Permudahkanlah urusanku,

Lepaskanlah simpulan di lidahku,

Mereka memahami kataku.



Step-step berhadapan dengan sasaran dakwah:

1) Sasaran dakwah itu bukanlah zhalim seperti firaun, sejahat-jahatnya pun belum sampai tahap firaun

2) Lapangkan dada, buka hati, menerima dirinya. Bukanlah sempit dada, bukanlah takut, kecut, ketar, cemperak.

3) Berdoa kepada Allah agar Dia memudahkan urusan kita, sekalipun kita sudah mahir sekalipun.

4) Bercakap biar jelas, perkataan itu keluar sebutir sebutir.

5) Agar mesej dakwah sampai kepada mereka.


Untuk menguasai ilmu ini, perlukan kepada latihan-demi latihan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah