Ainul Mardhiah yang bererti ''mata yang diredhai'' merupakan
bidadari yang sangat rupawan dalam kalangan bidadari-bidadari yang
lain. Boleh diibaratkan seperti bidadari yang paling amat sangat
tercantik :).Dia telah diciptakan Allah SWT untuk seorang pemuda yang
berjihad dan mati syahid di jalan Allah SWT.
Dirimu Taruhan Berjuta Pemuda
Suatu pagi di dalam bulan Ramadhan,
Rasulullah SAW telah memberi targhib (ucapan-ucapan sebagai penyuntik
semangat) kepada sahabat-sahabat yang berjihad pada agama Allah SWT.
Rasulullah SAW berkata sesiapa saja yang keluar berjihad di jalan Allah,
kemudian dia mati syahid, maka dia akan dikurniakan bidadari yang
paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga yang lain iaitu
Ainul Mardhiah.
Apabila mendengar ucapan Rasulullah
SAW itu, seorang pemuda ingin mengetahui bagaimana cantiknya bidadari
yang disebutkan oleh Rasulullah SAW itu. Akan tetapi, pemuda itu merasa
malu kepada sahabat-sahabatnya yang lain, dia agak keberatan untuk
bertanyakan hal ini kepada Rasulullah SAW. Walau bagaimanapun, dia tetap
akan keluar berjihad bersama-sama Rasulullah SAW.
Bermimpi Bertemu Bidadari Ainul Mardhiah
Sebelum tiba waktu zohor, telah
menjadi sunnah Rasulullah SAW untuk tidur sebentar. Maka pemuda tadi pun
tidur bersama-sama jemaah yang lain. Di dalam tidurnya, pemuda itu
telah bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian bersih lagi
cantik dengan muka yang berseri-seri di suatu tempat yang sungguh
indah. Pemuda itu pun bertanya,
''Dimanakah aku sekarang?''
Lalu lelaki itu menjawab,
''Inilah Syurga''
Kemudian pemuda itu
menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan Ainul Mardhiah. Lelaki itu pun
menunjukkan ke suatu arah. Pemuda itu pun berjalanlah mengikut arah
yang ditunjukkan itu. Sampai di sebatang pohon, dia bertemu dengan
seorang wanita yang amat cantik. Pemuda itu tidak pernah melihat
kecantikan seorang wanita seperti itu di dunia. Dia pun memberi salam
lalu bertanya,
''Adakah kamu Ainul Mardhiah?''
Wanita itu pun menjawab,
''Bukan. Saya adalah khadamnya. Ainul Mardhiah ada dalam singgahsana''
Pemuda itu punberjalan dan
memasuki mahligai yang cukup indah dan bertemu dengan seorang lagi
wanita yang berganda-ganda cantiknya daripada wanita yang pertama tadi.
Wanita itu sedang mengelap permata-permata hiasan dalam mahligai itu.
Lalu pemuda itu memberi salam dan bertanya lagi,
''Adakah kamu ini Ainul Mardhiah?''
Lalu wanita itu pun menjawab,
''Bukan. Saya adalah khadamnya. Ainul Mardhiah ada di atas mahligai sana''
Pemuda itu pun menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kemudian sampai ke satu mahligai.
Penantian Ainul Mardhiah
Di situlah dia melihat seorang
wanita yang berganda-ganda cantiknya dari wanita pertama dan
berganda-ganda lagi cantik dari wanita kedua. Wanita itu pun berkata,
''Akulah Ainul Mardhiah. Aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku''
Pemuda itu cuba mendekati Ainul Mardhiah, namun Ainul Mardhiah berkata kepada pemuda itu,
''Kamu tidak boleh mendekati diriku kerana kamu masih belum syahid lagi''.
Pemuda itu terserentak dan
terjaga dari tidur. Dia telah menceritakan mimpinya kepada sahabatnya
dan memesan tidak menceritakan mimpinya kepada Rasulullah SAW.
Takdir telah menentukan
Di sebelah petang. pemuda itu dan
sahabat-sahabatnya telah keluar berjihad bersama Rasulullah SAW. Takdir
telah menentukan pemuda itu telah mati syahid.
Ketika menantikan waktu berbuka
puasa di masjid. Sahabat pemuda yang mati syahid itu bangun dan merapati
Rasulullah SAW. Dia telah menceritakan kepada Rasulullah SAW perihal
sahabatnya yang gugur syahid itu. Ketika sahabat itu sedang bercerita,
Rasulullah SAW hanya menjawab, ''Benar''. Setelah sahabat itu selesai bercerita, Rasulullah SAW berkata kepadanya,
''Memang benar apa yang kamu ceritakan tadi. Sahabatmu itu sedang menunggu untuk berbuka puasa di dalam syurga''.
Takdir Allah SWT telah menentukan pemuda yang gugur syahid itu milik bidadari hiasan syurga, Ainul Mardhiah...
http://ayiayu.blogspot.com/2011/07/ainul-mardhiah-bidadari-hiasan-syurga.html
http://ayiayu.blogspot.com/2011/07/ainul-mardhiah-bidadari-hiasan-syurga.html
No comments:
Post a Comment