بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Showing posts with label Mental. Show all posts
Showing posts with label Mental. Show all posts

Thursday, 28 November 2013

Kesihatan Mental

Mental yang sakit akan membuatkan seseorang itu kehilangan daya dan membuatkan dia menjadi orang yang tidak produktif.

DIANTARA PUNCA SAKIT

1) Berkeinginan besar tapi tidak tercapai
2) Jatuh cinta pada seseorang tapi tidak mendapatinya
3) Tidak cukup tidur
4) Tidak tahan dengan beban masyarakat
5) Bermeditasi atau bertapa

CARA MERAWAT MENTAL

Fikirlah bahawa andai kita mempunyai kecacatan, pasti kita mempunyai kelebihan lain yang boleh menampung kecacatan kita, atau kelebihan lain yang boleh mengimbangi kekurangan kita. Cari di mana kelebihan diri.

Di waktu terlalu tertekan sangat, 
1) Manjakan diri, pergi makan makanan yang sedap2, tinggal di tempat yang selesa, 
2) Buat perkara baru, pakai pakaian yang mahal dan cantik, layan diri baik, buat perkara2 baru, pakaian baru, rambut baru, bertukar cara, jalan2 cari kawan baru.. 
3) Buat apa-apa yang dapat membuatkan kita senang, gembira dan ceria
4) Layan diri dengan baik, beri pertolongan dan dokongan untuk diri sendiri, berikan perhatian dan kasih sayang untuk diri sendiri



CARA MENYALURKAN EMOSI
Menahan naluri batin akan membuatkan kita sakit, naluri perlu dilepaskan asalkan dengan cara yang baik.


-----------------------------
Sumber rujukan: Internet


Mohamad Hudri B Md Isa
Kuliah Syariah Islamiah,
Universiti Al Azhar

Tuesday, 26 November 2013

Kunci Kejayaan

MACAM MANA NAK BAGI ADA RAMAI KAWAN?

Rajin senyum,
bagi pandai buat lawak, 
berfikir yg baik2, 
dengar orang cakap, 
yakin diri, 
kenal kehebatan diri,
jujur, 
pandai menempatkan diri,
sederhana dengan apa yg ada,
membuka diri utk org lain,
boleh menerima prubahan..


---------------------------------------


Mungkin anda tercari-cari BAGAIMANA MENANAM MINAT MEMBACA?

Caranya begini:

1) Lihat/berkawan dengan orang yang rajin membaca, setiap kali anda melihat dia membaca, anda akan terangsang untuk membaca/ untuk mengikutinya/ terpengaruh dengannya.

Atau jika anda ingin mendidik anak anda membaca, maka anda perlu membaca buku, bila dia melihat anda membaca, maka anda adalah contoh teladannya, dia akan ikut anda.

2) Biasakan diri dengan membeli buku, tengok buku, main buku, belek buku, lama2 anda akan timbul minat untuk mengetahui ilmu yg terkandung dalam buku.

Beli buku plastik untuk anak anda, biarkan dia main, lama2 dia akan lihat gambar2 dlm buku tu, lepastu timbul minat untuk mengetahui apa yg ada dalam buku.

3) Wujudkan perpustakaan kecil di rumah/bilik.

4) Buat target, dalam sebulan berapa mukasurat mahu baca, atau berapa buku mahu khatam. berapa buku baru mahu beli.

5) Rajin pergi kedai buku

Asuh anak anda, dengan membawanya pergi ke kedai buku, buat macam tu banyak kali, maka dia dengan sendirinya akan pergi kedai buku, kerana perasaan minat, sayang dan suka buku sudah ada di jiwanya.


-----------------------------------------------


Pernah anda terfikir BAGAIMANA MAHU JADI PAKAR DALAM SESUATU ILMU?

Caranya begini:

1) Baca pelbagai jenis buku tentang topik ilmu yang anda ingin pakar, sekurang-kurangnya 5 buku.

2) Search di google, dan baca sekurang-kurangnya 10 sumber tentang topik yang anda ingin pakar

3) Belajar dari pelbagai guru tentang topik yang ingin anda pakar itu

Contoh:

Saya sangat minat dengan jihad fi sabilillah, saya akan beli semua CD tentang jihad, saya akan beli semua buku tentang jihad, saya buka internet search tentang jihad, saya belajar tentang jihad dari ramai guru.

Rakan-rakan saya akui bahawa setiap orang itu ada kelebihan dan kepakaran yang tersendiri.


------------------------------------------------------


PERSEDIAAN SEBELUM BERBICARA DI HADAPAN UMUM
1) INFO MAKLUMAT/ ILMU
-Buka google, baca 10 sumber berkenaan topik anda
-Beli sekurang-kurangnya 5 buah buku berkenaan topik dan baca semua

2) HADIRI CERAMAH/SEMINAR
-Lihat cara orang ceramah, dapat idea baru bagaimana cara untuk menyampaikan maklumat

3) PRAKTIS
-praktis banyak kali, dan praktis sepertimana sistuasi sebenar yang akan kita buat
-apa yg kita buat dalam praktis akan menggambarkan apa yg kita akan buat di situasi sebenar
-apa yg kita buat dalam praktis, itulah yang kita akan buat kelak


--------------------------------------------------------

SEMALAM 15.11.2013, saya sembang dengan pegawai MARA yang bertugas di Iskandariah, dia dulu belajar di Maktab Mahmud Alor Setar dan di Universiti Al-Azhar juga. Dia kata, belajar di mesir ni kena MUJAHADAH, SEMANGAT KENA KUAT.

Dia kongsikan tips2 nak berjaya:

1) Bangkit pagi, p belajar di kuliah,
2) balik dan buka balik kitab tadi, baca balik, jika tidak kita akan lupa
3) Esok, bangkit pagi, p kuliah, lepastu balik dan buka balik kitab tu
4) Di ujung minggu, buka balik kitab dan baca balik semua yang kita dah belajar dlm seminggu
5) Tulis apa yg kita faham, jangan tangguh, kalau tangguh nanti jadi bukit, payah nak perhabis

Waktu baca buku,
1) Jangan main baca saja, tapi kena kenal apa yang dia nak habaq, tahu benda penting yang dia nak habaq
2) Hafaz benda penting, hafaz dapat membuatkan kita semakin tahu bahasa pengarang, dan supaya doktor faham apa yg kita jawab

Dia kata, kena ada sistematik,..

Saya rasa tips2 ini sangat penting, perlu diamalkan, jika usaha punya usaha punya usaha tanpa ada sistem yang tersusun, maka tiada hasilpun yang dapat, kerana itulah usaha perlu ada sistem.


----------------------------------------------------


STRATERGI FAHAM PELAJARAN:

1) Baca siap2 buku tu sebelum ia dibaca bersama guru/ sebelum masuk kuliah

2) Dalam kelas, dengar betul2 apa yg guru syarahkan, ambil kefahaman, dan catit

3) Bila balik rumah, buka balik buku tadi, buat ulang kaji

4) Buat nota dan peta minda di ujung minggu

5) Perbanyakkan perbendaharaan kata, supaya mudah faham setiap kalimah yang disebut oleh guru


----------------------------------------------------

Cara menguatkan mental

Meskipun bebanan yang maha besar perlu ditanggung, namun fikirkanlah bahawa kita mampu, selagi belum mati selagi itu kita mampu berjuang berjuang dan berjuang sehingga mati. Kematian takkan hadir jika tidak diizinkan Allah.

Apabila emosi dan mental terjejas, kata-kata semangat adalah diperlukan.

Ketika keletihan mula memenuhi jiwa, menyanyi lagu semangat adalah penting.

Di saat perjalanan masih jauh, berbual adalah penting untuk meringankan beban yang dirasai.

Biar apapun cabaran, provokasi, kritikan, dan reaksi negatif yang mendatang, pedulikan semuanya, kosongkan fikiran, fokus pada stratergi yang sudah diatur, terus bersemangat garang melakukan stratergi, terus bergerak dan berjuang, haram lemah selagi belum tiba ke destinasi.

Bersiap sedia untuk menghadapi sebarang tragedi pahit, semua tragedi adalah perkara biasa dan lumrah kehidupan.


----------------------------------------------------------


MATLAMATKU:
1) Cemerlang dalam peperiksaan di Al-Azhar
2) Menjadi pendakwah, imam, pengkhutbah, mutowif, penceramah yang hebat setelah pulang dari al azhar
3) Menjadi peniaga yang berjaya, pemimpin yang adil, pejuang yg berani dan ilmuan yg bijaksana
4) Sangat bermanfaat kepada manusia, dan berjaya di dunia dan akhirat

TUGAS:
1) Baca kitab-kitab kuliah sehingga habis dan ulang baca lagi, beserta kefahaman
2) Baca buku-buku yang membina, tengok orang2 yg hebat, belajar dari mereka
3) Praktis, berlatih, beramal

(SIAPKAN DIRI DENGAN ILMU, DIIKUTI DENGAN PRAKTIKAL DAN LATIHAN)

Musuh:
1) Perkara yg membawa kpd kelalaian/dosa


Mohamad Hudri B Md Isa
kuliah Syariah Islamiah 
Universiti Al-Azhar mesir

Wednesday, 28 August 2013

Pembinaan Diri

Pembinaan Insan

Tarbiah itu ada tiga menurut Imam Hasan Al Banna:
1) Aqliah
2) Ruhiah
3) Jasadiah

Atau:
1) Mental
2) Emosi /spritual
3) Fizikal



1) Cara membina Minda/Aqliah/Mental 

ialah dengan pendidikan, dan pembelajaran. Pembelajaran bukan sahaja boleh didapati di sekolah, malah dengan melihat dan berfikir juga adalah satu proses pembelajaran. Membaca juga dapat mencerna idea.

أفلا ينظرون إلى الإبل كيف خلقت
Tidakkah mereka memerhatikan unta seraya memikirkan bagaimana ia diciptakan? 
(Nescaya mereka akan mengetahui bahawa Allah lah Sang Pencipta)

اقراء بسم ربك الذي خلق
Mulakan bacaan dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan


2) Cara membina jiwa/emosi/ruhiah 

ialah dengan memberi dan mendapatkan kasih sayang, dan perhatian manusia, terutamanya keluarga. Melakukan zikullah. Memantapkan iman. Menguatkan semangat. Melatih jiwa bersabar dan bermujahadah. Berpuasa. Hidup sederhana/zuhud. Membuang sifat-sifat mazmumah dan memasukkan sifat-sifat mahmudah ke dalam hati.

قد أفلح من زكاها وقد خاب من دساها
Beruntunglah siapa yang mensucikan jiwanya dan rugilah siapa yang mengotorinya

ليس منا من لم يرحم صغيرنا ولم يوقر كبيرنا
Bukanlah dari golongan umatku, siapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati orang tua


3) Cara membina tubuh badan/fizikal/jasadiah 

ialah dengan makanan, melakukan senaman.

وأعدوالهم ما استطعتم من قوة ومن رباط الخيل
Sediakanlah untuk memerangi mereka segala kekuatan yang mampu kamu sediakan dan juga (kuda) kenderaan perang

ان الله اصطفاه عليكم وزاده بسطة في العلم والجسم
Sesungguhnya Allah telah memilih Thalut sebagai pemimpinmu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan kegagahan tubuh badan

Gambar: Memanjat Tangga Kenari Gunung Jerai
Untuk Menguatkan Mental, jiwa dan fizikal. 
Rasulullah suka memanjat gunung Nur, dan beruzlah di gua hirak.





Mohamad Hudri B Md Isa
28 ogos 2013
9;35pm
Kedah

Sunday, 19 May 2013

Rahsia Menghadapi Cabaran

Kebanyakan orang mengatakan bahawa mereka tidak mampu melakukan sesuatu yang mencabar. Tapi sebenarnya mereka bukanlah tidak mampu, mereka mampu. Mereka sebenarnya tidak sanggup melakukan sesuatu yang mencabar itu.

Rakan tanya saya, batulkah saya dapat pumping 50 kali? Mereka tidak percaya, kerana mereka sudah cuba buat, tapi tak larat.

Saya mampu buat, tapi saya juga sebenarnya tidak larat, badan saya lebih kecil dari mereka, sepatutnya mereka lebih kuat. Jika saya yang kecil pun mampu buat, mereka yang lebih besar sudah tentu boleh buat. Tapi, beza antara saya dan mereka ialah saya sanggup memaksa diri saya untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan.

Kerana itulah meskipun saya kecil, saya tak kuat, tapi saya mampu pumping 50 kali, kerana saya sanggup paksa diri melakukan sesuatu yang saya tak mampu. Sanggup merasai perit dan penat. Sanggup menanggung bebanan dan tekanan serta kesakitan.

Saya mengembara seorang diri sahaja di kaherah, adakah kerana saya fasih berbahasa arab? adakah kerana saya berani? Tidak.. Tapi, kerana saya sanggup menghadapi cabaran. Sanggup untuk menanggung risiko. Sanggup memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan.

Rahsia saya ialah kesanggupan jiwa untuk menghadapi apa-apa tribulasi. Kekuatan Jiwa. Tidak ada manfaatnya kekuatan lahiriah serta kemampuan yang ada, andai tidak ada keyakinan atau semangat untuk melakukannya. Ramai orang yang ada kemampuan untuk melakukan perkara yang mencabar, tapi mereka tidak melakukannya kerana mereka takut, tidak yakin, tidak sanggup menghadapi masalah, tidak sanggup menanggung beban keperitan.

Zaman sekolah dulu, saya suka bercakap di hadapan pelajar asrama, bagi tazkirah. Bukan kerana saya berilmu, bukan kerana saya pandai cakap, bukan kerana saya berani, tapi kerana saya ingin mencuba, ingin melatih diri saya bercakap. Orang menyangka saya sudah biasa bercakap, walhal saya hanya memaksa diri saya untuk bercakap sahaja.

Ketika itu, saya lihat ramai rakan-rakan yang pandai cakap dan banyak ilmu, tapi mereka tidak bercakap di hadapan, kerana mereka takut, tidak yakin diri, gementar, lemah jiwa, rendah semangat. Mereka ada daya kemampuan, namun sia-sia sahaja, kerana mereka takut.

Umpama seekor singga yang gagah, ada taring, ada kuku, tapi hanya duduk diam, tidak sedar yang dirinya ada kemampuan, takut, tidak ada keyakinan, lemah semangat, tidak sanggup menghadapi cabaran. Segala kekuatan yang ada padanya terbengkalai, tidak boleh digunakan disebabkan kematian semangat, lemah jiwa.

Sebaliknya, seekor kucing yang tidak ada apa-apa kekuatan, andai dia berani, siap untuk berlawan dan menghadapi apa jua akibatnya, maka singa pun boleh takut pada dia.


Mohamad hudri b Md Isa
20 May 2013
4;47AM
cairo, mesir

Wednesday, 5 September 2012

Kekuatan Mental Positive

APAKAH agaknya yang sedang anda fikirkan. Jika anda fikir tentang keletihan maka sudah tentu anda akan terus berehat atau tidur. Jika anda fikirkan tentang lapar anda akan terus meluru ke dapur untuk mendapatkan makanan. Jika anda fikir tentang kejayaan yang akan diperoleh, sudah tentu anda akan lebih bersemangat untuk belajar tanpa apa-apa halangan.

 Begitulah tindakan kita yang kebiasaannya dipengaruhi oleh fikiran. Samuel A. Cypert, (2002) dalam bukunya “17 Prinsip Kejayaan” telah meletakkan sikap mental positif sebagai urutan yang pertama dalam prinsip menuju kejayaan. Prinsip ini merupakan suatu proses yang boleh membuat diri anda berubah kepada sesuatu yang lebih baik. Perubahan ini hanya boleh dilakukan oleh anda sendiri kerana sikap anda dikuasai oleh anda sendiri. Orang lain hanya boleh membantu dan membimbing anda tetapi andalah orangnya yang dapat mengendalikan fikiran anda sama ada menerima yang baik atau yang jahat.

Sikap mental positif mengikut Samuel,2002 merupakan suatu usaha secara sedar untuk mengganti fikiran-fikiran lain yang negatif yang mampu merosak diri anda sendiri kerana ia hanyalah untuk tujuan melayani nafsu semata-mata. Sebagai contoh fikiran yang tertumpu untuk melakukan kejahatan seperti mencuri dan menipu akan terhasil untuk memenuhi kehendak dalaman yang penuh dengan sifat kesyaitanan. Setelah kehendak dalaman dipenuhi maka dalam keadaan tertentu barulah timbul rasa kekesalan yang mungkin tidak berguna lagi kerana nasi telah menjadi bubur.

Dalam hal ini kekuatan mental perlu diperkasa dengan memasukkan unsur-unsur positif. Ia memerlukan latihan dan kesabaran dalam proses membuat perubahan. Kawalan diri merupakan mekanisme yang paling utama untuk menangani segala bentuk gejala fikiran negatif. Diri boleh dikawal dengan cara melambatkan tindakan yang bercorak negatif itu. Hal ini bertujuan memberi ruang dan peluang bagi diri anda untuk berfikir dan membuat pertimbangan sebelum sesuatu keputusan diambil. Misalnya, jika anda terniat untuk ponteng kelas, jangan terus ponteng tetapi fikir dahulu risikonya seperti kesan terhadap pelajaran, kesan terhadap imej diri, kesan terhadap nama baik ibu bapa dan seturusnya kesan terhadap masa depan anda. Insyaallah jika anda berfikir masak-masak anda akan membuat pilihan yang tepat yang akan menguntungkan diri sendiri.


http://sejarah2u.blogspot.com/2012/08/kekuatan-mental-positif.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah