بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Tuesday, 26 November 2013

Kunci Kejayaan

MACAM MANA NAK BAGI ADA RAMAI KAWAN?

Rajin senyum,
bagi pandai buat lawak, 
berfikir yg baik2, 
dengar orang cakap, 
yakin diri, 
kenal kehebatan diri,
jujur, 
pandai menempatkan diri,
sederhana dengan apa yg ada,
membuka diri utk org lain,
boleh menerima prubahan..


---------------------------------------


Mungkin anda tercari-cari BAGAIMANA MENANAM MINAT MEMBACA?

Caranya begini:

1) Lihat/berkawan dengan orang yang rajin membaca, setiap kali anda melihat dia membaca, anda akan terangsang untuk membaca/ untuk mengikutinya/ terpengaruh dengannya.

Atau jika anda ingin mendidik anak anda membaca, maka anda perlu membaca buku, bila dia melihat anda membaca, maka anda adalah contoh teladannya, dia akan ikut anda.

2) Biasakan diri dengan membeli buku, tengok buku, main buku, belek buku, lama2 anda akan timbul minat untuk mengetahui ilmu yg terkandung dalam buku.

Beli buku plastik untuk anak anda, biarkan dia main, lama2 dia akan lihat gambar2 dlm buku tu, lepastu timbul minat untuk mengetahui apa yg ada dalam buku.

3) Wujudkan perpustakaan kecil di rumah/bilik.

4) Buat target, dalam sebulan berapa mukasurat mahu baca, atau berapa buku mahu khatam. berapa buku baru mahu beli.

5) Rajin pergi kedai buku

Asuh anak anda, dengan membawanya pergi ke kedai buku, buat macam tu banyak kali, maka dia dengan sendirinya akan pergi kedai buku, kerana perasaan minat, sayang dan suka buku sudah ada di jiwanya.


-----------------------------------------------


Pernah anda terfikir BAGAIMANA MAHU JADI PAKAR DALAM SESUATU ILMU?

Caranya begini:

1) Baca pelbagai jenis buku tentang topik ilmu yang anda ingin pakar, sekurang-kurangnya 5 buku.

2) Search di google, dan baca sekurang-kurangnya 10 sumber tentang topik yang anda ingin pakar

3) Belajar dari pelbagai guru tentang topik yang ingin anda pakar itu

Contoh:

Saya sangat minat dengan jihad fi sabilillah, saya akan beli semua CD tentang jihad, saya akan beli semua buku tentang jihad, saya buka internet search tentang jihad, saya belajar tentang jihad dari ramai guru.

Rakan-rakan saya akui bahawa setiap orang itu ada kelebihan dan kepakaran yang tersendiri.


------------------------------------------------------


PERSEDIAAN SEBELUM BERBICARA DI HADAPAN UMUM
1) INFO MAKLUMAT/ ILMU
-Buka google, baca 10 sumber berkenaan topik anda
-Beli sekurang-kurangnya 5 buah buku berkenaan topik dan baca semua

2) HADIRI CERAMAH/SEMINAR
-Lihat cara orang ceramah, dapat idea baru bagaimana cara untuk menyampaikan maklumat

3) PRAKTIS
-praktis banyak kali, dan praktis sepertimana sistuasi sebenar yang akan kita buat
-apa yg kita buat dalam praktis akan menggambarkan apa yg kita akan buat di situasi sebenar
-apa yg kita buat dalam praktis, itulah yang kita akan buat kelak


--------------------------------------------------------

SEMALAM 15.11.2013, saya sembang dengan pegawai MARA yang bertugas di Iskandariah, dia dulu belajar di Maktab Mahmud Alor Setar dan di Universiti Al-Azhar juga. Dia kata, belajar di mesir ni kena MUJAHADAH, SEMANGAT KENA KUAT.

Dia kongsikan tips2 nak berjaya:

1) Bangkit pagi, p belajar di kuliah,
2) balik dan buka balik kitab tadi, baca balik, jika tidak kita akan lupa
3) Esok, bangkit pagi, p kuliah, lepastu balik dan buka balik kitab tu
4) Di ujung minggu, buka balik kitab dan baca balik semua yang kita dah belajar dlm seminggu
5) Tulis apa yg kita faham, jangan tangguh, kalau tangguh nanti jadi bukit, payah nak perhabis

Waktu baca buku,
1) Jangan main baca saja, tapi kena kenal apa yang dia nak habaq, tahu benda penting yang dia nak habaq
2) Hafaz benda penting, hafaz dapat membuatkan kita semakin tahu bahasa pengarang, dan supaya doktor faham apa yg kita jawab

Dia kata, kena ada sistematik,..

Saya rasa tips2 ini sangat penting, perlu diamalkan, jika usaha punya usaha punya usaha tanpa ada sistem yang tersusun, maka tiada hasilpun yang dapat, kerana itulah usaha perlu ada sistem.


----------------------------------------------------


STRATERGI FAHAM PELAJARAN:

1) Baca siap2 buku tu sebelum ia dibaca bersama guru/ sebelum masuk kuliah

2) Dalam kelas, dengar betul2 apa yg guru syarahkan, ambil kefahaman, dan catit

3) Bila balik rumah, buka balik buku tadi, buat ulang kaji

4) Buat nota dan peta minda di ujung minggu

5) Perbanyakkan perbendaharaan kata, supaya mudah faham setiap kalimah yang disebut oleh guru


----------------------------------------------------

Cara menguatkan mental

Meskipun bebanan yang maha besar perlu ditanggung, namun fikirkanlah bahawa kita mampu, selagi belum mati selagi itu kita mampu berjuang berjuang dan berjuang sehingga mati. Kematian takkan hadir jika tidak diizinkan Allah.

Apabila emosi dan mental terjejas, kata-kata semangat adalah diperlukan.

Ketika keletihan mula memenuhi jiwa, menyanyi lagu semangat adalah penting.

Di saat perjalanan masih jauh, berbual adalah penting untuk meringankan beban yang dirasai.

Biar apapun cabaran, provokasi, kritikan, dan reaksi negatif yang mendatang, pedulikan semuanya, kosongkan fikiran, fokus pada stratergi yang sudah diatur, terus bersemangat garang melakukan stratergi, terus bergerak dan berjuang, haram lemah selagi belum tiba ke destinasi.

Bersiap sedia untuk menghadapi sebarang tragedi pahit, semua tragedi adalah perkara biasa dan lumrah kehidupan.


----------------------------------------------------------


MATLAMATKU:
1) Cemerlang dalam peperiksaan di Al-Azhar
2) Menjadi pendakwah, imam, pengkhutbah, mutowif, penceramah yang hebat setelah pulang dari al azhar
3) Menjadi peniaga yang berjaya, pemimpin yang adil, pejuang yg berani dan ilmuan yg bijaksana
4) Sangat bermanfaat kepada manusia, dan berjaya di dunia dan akhirat

TUGAS:
1) Baca kitab-kitab kuliah sehingga habis dan ulang baca lagi, beserta kefahaman
2) Baca buku-buku yang membina, tengok orang2 yg hebat, belajar dari mereka
3) Praktis, berlatih, beramal

(SIAPKAN DIRI DENGAN ILMU, DIIKUTI DENGAN PRAKTIKAL DAN LATIHAN)

Musuh:
1) Perkara yg membawa kpd kelalaian/dosa


Mohamad Hudri B Md Isa
kuliah Syariah Islamiah 
Universiti Al-Azhar mesir

Saturday, 2 November 2013

MAHU BERHIJRAH

1 MUHARRAM kelak, saya BERHIJRAH  ke Mesir.

Saya mahu berhijrah tempat, dari kampung yang tiada cabaran kehidupan, tiada kesusahan, tiada kerisauan, kepada tempat yang banyak duri-duri cabaran, lautan kesusahan dan gunung-ganang kerisauan.
Aku cintakan kesusahan, kerana ia mendidikku menjadi seorang lelaki dewasa.
Sedangkan tempat yang tiada cabaran akan membuatkan aku lemah longlai, kusut masai dan ketinggalan zaman. Kesusahan akan membuatkan aqalku ligat tajam berfikir, semangatku tinggi dan kental, tenagaku gagah perkasa. Lebih berdisiplin, teratur dan terancang.

Aku mahu berhijrah perangai, dari perangai yang tidak mantap, kepada perangai akhlak yang mulia lagi terpuji serta disukai.

Aku mahu berhijrah ilmu, dari ilmu yang cetek dan tidak bertambah, kepada ilmu yang luas dan sentiasa bertambah, ingatan yang lebih kuat, lebih banyak beramal dengan ilmu dan tegar menyampaikannya.

Aku mahu berhijrah jiwa, dari jiwa yang lemah dan hanya berserah kepada nasib, kepada jiwa yang besar dan garang berani, menentukan nasib sendiri dan mengatur nasib yang terbaik untuk diri sendiri. Dari jiwa yang luntur bila ditiup angin, kepada jiwa yang kukuh pendirian dan keingingan, tidak goyah walau dilanda ribut taufan dan gelombang tsunami. Dari mudah patah hati dengan cabaran kecil kepada jiwa yang teguh tidak retak, tidak lemah, tidak patah, kukuh sekukuh gunung jerai yang telahpun aku tawan.

Aku mahu berhijrah diri, dari seorang yang biasa, kepada seorang perwira, paahlawan yang gagah perkasa, berani tangkas dan handal lagi cekap.

Aku mahu berhijrah nasib, dari nasib yang selalu malang kepada nasib yang selalu untung dan menang lagi senang. Dari nasib yang selalu gagal, kepada nasib yang selalu menang. Dari selalu ketinggalan, kepada sentiasa kehadapan dan paling maju. Dari sentiasa tidak berjaya, kepada sentiasa berjaya apa sahaja.

HIJRAH..
DISEBABKAN HIJRAH LAH ISLAM MENCAPAI KEJAYAAN
DISEBABKAN HIJRAH LAH ISLAM SELAMAT DARI KEBINASAAN
DISEBABKAN HIJRAH ISLAM MEMPEROLEHI KEKUATAN
DARI HIJRAH ISLAM MEMERINTAH ALAM

DENGAN HIJRAH AKANKU CAPAI KEJAYAAN
DENGAN HIJRAH AKANKU SELAMAT DARI KEBINASAAN
DENGAN HIJRAH AKANKU MEMPEROLEHI KEKUATAN
DARI HIJRAH AKANKU MEMERINTAH ALAM


Mohamad Hudri B Md Isa
Universiti Al Azhar Mesir

Monday, 2 September 2013

Siapkan Diri Galas Tugas Nabi

2 September 2013 adalah tarikh saya mula menyampaikan kuliah maghrib di Surau di Sungai Petani Kedah. Pada bulan ramadhan yang lalu, saya ditugaskan menyampaikan tazkirah ramadhan dan imam terawih sebanyak 5 kali dalam bulan itu.

Dalam tazkirah maghrib pertama saya tadi, sebelum itu sebenarnya saya tidaklah membuat persiapan yang rapi, sekadar fikir dan rancang dalam otak nak cakap apa.

Sebelum saya menuju ke masjid, tiba-tiba saya dibebani rasa takut dan gentar. Saya mula kuatkan azam dan semangat untuk berjuang dan berdakwah di jalan Allah. Nasyid-nasyid jihad saya takwilkan ke arah dakwah, ia membuatkan saya berani dan bersemangat. Ayat Quran yang memotivasi saya jadikan azimat.

Saya pun melaksanakan tugas saya, alhamdulillah berjaya! Orang yang asalnya sedikit tiba-tiba datang semakin ramai. Saya menyampaikan ilmu, sehingga saya sudah kehabisan ilmu, saya masuk ilmu lain pula, kemudian tiba-tiba datang ilham baru, saya cakap panjang sikit lagi.


____________________

Saya fikir bahawa ilmu saya tidak cukup, 
saya merancang untuk meningkatkan ilmu dengan dua cara ini:

1) Saya perlulah menghabiskan pembacaan sebuah buku ilmiah dalam masa dua hari, 
perlulah menghabiskan puluhan buku dalam masa sebulan,
dan ribuan buku dalam masa setahun.

2) Saya juga perlu penuhi masa dengan menuntut ilmu di pondok
dan sentiasa berkelana ke medan ilmu. 

3) Ingatlah tanggungjawab saya ialah penyampai risalah Islam
penyambung perjuangan Anbiya, oleh kerana itu saya perlu kerahkan segala daya dan tenaga untuk mempersiapkan diri semantapnya bagi menggalas tugas itu


____________________

Ayat Quran dan nasyid perjuangan telah membangkitkan keberanian saya untuk berdakwah dan semangat untuk menggalas tugas menyambung perjuangan Anbiya. 



لقد من الله على المؤمنين اذ بعث فيهم رسولا منهم يتلو عليهم اياته ويزكيهم ويعلمهم الكتاب والحكمة وان كانوا من قبل لفي ضلال مبين

Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kepada orang-orang beriman dengan mengutuskan untuk mereka seorang utusan dari kalangan mereka sendiri yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan  membersihkan jiwa mereka dan mengajari mereka Al-kitab dan Al-Hikmah (sunnah) sedangkan mereka sebelum itu berada dalam kesesatan yang nyata

Ali Imran 164


Di antara tugas Nabi dalam ayat di atas ialah:
1) Membacakan ayat-ayat Allah 
2) Mensucikan jiwa manusia
3)Mengajari Al-Kitab (Quran) dan Al-Hikmah (Sunnah)

Said Hawa menulis dalam kitabnya, jundullah bahawa perkara paling asas untuk menjadi tentera Allah ialah Ilmu Pengetahuan. Saya bertanggungjawab untuk meningkatkan daya usaha mendalami ilmu terutamanya di pondok, saya bertanggungjawab untuk mengerahkan segala tenaga untuk mengaut ilmu melalui pembacaan. Kerana saya ditugaskan untuk mengajar pada setiap hari isnin malam selasa di surau tersebut. 

Saya perlu menyelak kisah-kisah ulama mencari ilmu ia akan memotivasi saya untuk menuntut ilmu. Membaca kisah-kisah Nabi dan pendakwah pula akan memotivasi saya untuk berdakwah.

Bahkan, tanggungjawab saya ialah pembawa risalah Islam ke kawasan tersebut! Saya juga bertanggungjawab untuk menghidupkan risalah Islam pada zaman ini! Saya bertanggungjawab untuk menyala dan menerangkan obor keimanan manusia! Saya berlajar di Maktab Mahmud Alor Setar, kemudian sambung ke Universiti Al-Azhar adakah wajar saya berdiam diri membiarkan masyarakat? 

Andai kamu cintakan Allah, maka ikutilah Nabi, nescaya Allah cinta padamu..


Mohamad hudri b md Isa
2 September 2013
10;45pm
Kedah

Monday, 17 June 2013

Rancang Untuk Berjaya

Sesungguhnya kejayaan umat Islam adalah kejayaan Islam. Adakah Islam mahu penganutnya menjadi ummah yang lemah, dhoef, miskin dan selalu ditindas? Sudah tentulah Islam mahu penganutnya berjaya di dunia dan di akhirat. Satu-satunya cara untuk berjaya ialah berusaha, berkerja, dan berjuang. Tidak boleh bermalas-malasan.

Di sini, saya kongsikan tips untuk berjaya:

1) Merancang untuk berjaya

Telah berjaya siapa yang menjaga hatinya dan rugilah siapa yang mencemarinya. Siapa berusaha dia berjaya, siapa malas, dia menyesal.

Hidup di dunia tidak terlepas dari sebab dan kesan. Allah lah yang menciptakan sebab dan kesan. Allah yang menetapkan undang-undang alam jadi begitu. 

Siapa yang merancang, bermakna dia akan berjaya. Siapa yang tidak merancang, bermakna dia merancang untuk gagal. Ya, itulah undang-undang alam ciptaan Allah.

Kenapa Allah menyuruh hambanya berjuang bagi menyelamatkan nasib diri mereka? Kenapa Allah tidak menurunkan mukjizat agar hambaNya berjaya? Kerana Allah ingin menguji hambaNya.

Orang yang tidak merancang, beerti merancang untuk gagal.


2) Mengambil segala manfaat yang ada

Kita akan hadapi banyak masalah dan kesukaran dalam usaha mencapai matlamat kita. Kita perlukan perkara-perkara yang akan melincirkan kerja kita. Kita bukan mahu buang masa lama-lama untuk menyelesaikan sesuatu kerja, kita mahu cepat, kerana banyak kerja lain yang perlu dibuat.

Kita perlu manfaatkan orang-orang yang ada di sekeliling kita. Manfaatkan teknologi mordern. Manfaatkan ilmu pengetahuan dan wang ringgit. Bagi memudahkan kerja kita. Agar cepat kita boleh capai matlamat.

Dalam erti kata lain, guna cara yang lebih mudah, guna cara yang lebih simple. Semakin luas perjalanan, semakin luas pandangan. Jana idea melalui pandangan dan berfikir.


3) Cinta kepada kejayaan dan usaha untuk berjaya

Unsur yang membuatkan kita bertahan lama dalam sesuatu kerja ialah minat. Disebabkan minat, orang itu boleh buat kerja seharian tanpa jemu dan bosan, serta lebih istiqamah. Oleh itu, binalah rasa seronok untuk berlajar. Melalui rasa seronok itulah kita akan selalu berlajar berlajar dan berlajar.

Sedangkan berlajar itu akan menambah ilmu dan menambah kualiti diri. Setelah kita berlajar, kita akan jadi lebih dari orang lain yang tak berlajar.



Mohamad Hudri b Md Isa
17 Jun 2013
Hayyu Asyir, kaherah, mesir.

Sunday, 19 May 2013

Rahsia Menghadapi Cabaran

Kebanyakan orang mengatakan bahawa mereka tidak mampu melakukan sesuatu yang mencabar. Tapi sebenarnya mereka bukanlah tidak mampu, mereka mampu. Mereka sebenarnya tidak sanggup melakukan sesuatu yang mencabar itu.

Rakan tanya saya, batulkah saya dapat pumping 50 kali? Mereka tidak percaya, kerana mereka sudah cuba buat, tapi tak larat.

Saya mampu buat, tapi saya juga sebenarnya tidak larat, badan saya lebih kecil dari mereka, sepatutnya mereka lebih kuat. Jika saya yang kecil pun mampu buat, mereka yang lebih besar sudah tentu boleh buat. Tapi, beza antara saya dan mereka ialah saya sanggup memaksa diri saya untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan.

Kerana itulah meskipun saya kecil, saya tak kuat, tapi saya mampu pumping 50 kali, kerana saya sanggup paksa diri melakukan sesuatu yang saya tak mampu. Sanggup merasai perit dan penat. Sanggup menanggung bebanan dan tekanan serta kesakitan.

Saya mengembara seorang diri sahaja di kaherah, adakah kerana saya fasih berbahasa arab? adakah kerana saya berani? Tidak.. Tapi, kerana saya sanggup menghadapi cabaran. Sanggup untuk menanggung risiko. Sanggup memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan.

Rahsia saya ialah kesanggupan jiwa untuk menghadapi apa-apa tribulasi. Kekuatan Jiwa. Tidak ada manfaatnya kekuatan lahiriah serta kemampuan yang ada, andai tidak ada keyakinan atau semangat untuk melakukannya. Ramai orang yang ada kemampuan untuk melakukan perkara yang mencabar, tapi mereka tidak melakukannya kerana mereka takut, tidak yakin, tidak sanggup menghadapi masalah, tidak sanggup menanggung beban keperitan.

Zaman sekolah dulu, saya suka bercakap di hadapan pelajar asrama, bagi tazkirah. Bukan kerana saya berilmu, bukan kerana saya pandai cakap, bukan kerana saya berani, tapi kerana saya ingin mencuba, ingin melatih diri saya bercakap. Orang menyangka saya sudah biasa bercakap, walhal saya hanya memaksa diri saya untuk bercakap sahaja.

Ketika itu, saya lihat ramai rakan-rakan yang pandai cakap dan banyak ilmu, tapi mereka tidak bercakap di hadapan, kerana mereka takut, tidak yakin diri, gementar, lemah jiwa, rendah semangat. Mereka ada daya kemampuan, namun sia-sia sahaja, kerana mereka takut.

Umpama seekor singga yang gagah, ada taring, ada kuku, tapi hanya duduk diam, tidak sedar yang dirinya ada kemampuan, takut, tidak ada keyakinan, lemah semangat, tidak sanggup menghadapi cabaran. Segala kekuatan yang ada padanya terbengkalai, tidak boleh digunakan disebabkan kematian semangat, lemah jiwa.

Sebaliknya, seekor kucing yang tidak ada apa-apa kekuatan, andai dia berani, siap untuk berlawan dan menghadapi apa jua akibatnya, maka singa pun boleh takut pada dia.


Mohamad hudri b Md Isa
20 May 2013
4;47AM
cairo, mesir

Hadapi Masalah

Hidup di dunia dipenuhi dengan pelbagai kepahitan dan keperitan serta penderitaan. Kesusahan dan keletihan terpaksa ditanggung. Perasaan dan emosi terpaksa diketepikan. Keinginan hati terpaksa ditahan.

Disebabkan hidup ini penuh dengan cabaran yang menekan jiwa dan meremukkan hati, maka jiwa dan hati mestilah kebal, kuat dan kental untuk menghadapi semua cabaran hidup.

Motivasi sangat diperlukan, kecekalan dan kesabaran serta ketahanan jiwa sangat dihajatkan. Bukan perlu lari dari cabaran dan masalah, tapi perlu meningkatkan persediaan untuk menghadapi masalah.

Lari dari masalah takkan membuatkan kita merasa rehat, sebaliknya akan semakin melemahkan kita, hingga hal kecil pun dirasakan perit. Manakala sentiasa bermain dengan masalah akan membuatkan anti-body kita kuat. Semakin menghadapi kesusahan, semakin kuat. Semakin menanggung masalah, semakin mantap. Semakin menderita, semakin cekal.

Lari dari masalah akan membuatkan kita gagal. Lari dari masalah bererti menunggu masalah besar di masa depan. Masalah perlu diselesaikan. Masalah perlulah ditangani. 

Semakin pumping, bukanlah semakin lembik. Semakin pumping semakin kuat. Tidak pumping membuatkan tak mampu pumping. Meninggalkan pumping membuatkan jadi tak larat.

Kita mesti biasakan diri dengan masalah dan menaggung beban. Ia akan membuatkan kita semakin kuat, sehinggalah bebanan berat pun terasa ringan ditanggung, kerana sudah terlatih.

Menghindari masalah akan membuatkan kita semakin lemah, semakin hilang daya tahan.

Oleh itu, tinggalkan perkara-perkara yang manis, untuk melakukan perkara yang pahit dirasakan. Tinggalkan fesbuk, untuk baca buku. Tinggalkan katil, untuk bangun ke masjid. 


mohamad hudri b Md Isa
20 may 2013
3;45AM

Thursday, 16 May 2013

Empat Langkah Kemenangan

Kisah Jalut dan Thalut membawa banyak pengajarannya untuk kita. Allah telah memilih Jalut untuk memimpin tentera bagi menakluki Baitul maqdis. Hal ini kerana kebijaksanaan aqalnya dan kekuatan tubuh badannya.
Sedangkan orang ramai tidak menyukainya, kerana dia bukanlah orang kaya.

Ketika Jalut dan tenteranya dalam perjalanan ke medan perang, mereka terjumpa sebatang sungai. Dalam keadaan yang sangat haus dahaga itu, tiba-tiba Jalut mengizinkan tenteranya meminum hanya seteguk air sahaja. Ramai tenteranya yang minum melebihi seteguk kerana gagal menahan rasa dahaga. Rasa dahaga yang keterlaluan membuatkan mereka menjadi hilang  kawalan apabila bertemu air, mereka meminumnya hingga melebihi seteguk.

Sedikit sahaja dari kalangan tenteranya yang taat pada perintahnya, yang dapat menahan rasa dahaga, yang mampu mengawal diri dari rasa lahap terhadap air.

Akibatnya ialah tentera yang minum melebihi had itu merasa lemah untuk meneruskan perjalanan ke medan perang, akhirnya mereka berpatah balik.

Hanya tentera yang minum tidak melebihi had sahaja yang gagah untuk meneruskan perjuangan, mereka dimomokkan bahawa akan kalah di medan perang kelak, kerana bilangan mereka sudah sikit sekarang, akibat pulangnya sebahagian besar tentera-tentera yang sudah lemah.

Lalu mereka menjawab 'berapa banyak terjadinya pihak yang sedikit dapat menewaskan pihak yang ramai'. Tanpa rasa lemah semangat, bahkan mereka yakin mampu mencapai kemenangan.

berlakulah peperangan, dan mereka menang.



Empat Pengajaran yang boleh diambil ialah:

1) Kebijaksanaan aqal dan ilmu pengetahuan

2) Kekuatan lahiriah

3) Kekuatan jiwa, ketahanan diri, zuhud, taqwa

4) Sikap percaya diri, berfikir positive, sentiasa yakin mampu melakukan, optimis



Mohamad Hudri Md Isa
9 mei 2013
2;48am
mesir

Tuesday, 23 April 2013

Kekuatan Kunci Kemenangan

Ada yang menyebarkan idea bahawa umat Islam akan menang hanya dengan doa, zikir dan tawakkal. Tidak perlu berusaha, berjuang.. Menyangka bahawa Allah akan menurunkan mukjizat dari langit kemudian kemenangan pun dicapai dengan mudah. Namun, sebenarnya itu hanyalah mimpi di siang hari.. Lihatlah kepada realiti dan berpijaklah di atas bumi.

Allah Maha Berkuasa menurunkan mukjizatnya untuk memberi kejayaan kepada kita, namun Allah tidak mahu berbuat demikian, sebaliknya Allah memerintahkan kita berusaha untuk meraih kemenangan.

"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya." (Al-Anfal; 60)

Ada tiga jenis kekuatan yang Allah suruh kita sediakan dari ayat ini:
1) Quwwah: alat memanah/ senjata
2) Ribathil Khail: kenderaan perang
3) Anfaqtum: duit

Berusaha, membuat persiapan dan persediaan serta mengumpul kekuatan adalah disuruh oleh Islam. Kekuatan lahiriah adalah penting, dan boleh menjadi wajib.

"Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) samada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya) dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Dia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu) dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka. " (Muhammad; 4)

Ayat diatas menerangkan bahawa Allah mampu memberikan kemenangan secara percuma kepada kita, namun Allah tidak mahu berbuat demikian, sebaliknya Allah memerintahkan kita berusaha dan berjuang bagi mencapai kejayaan, kerana Allah ingin menguji kita.

"Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya dan dia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan? Nabi mereka berkata: Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya." (Al-Baqarah; 247)

Ayat di atas pula menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan dan kekuatan tubuh badan adalah kelebihan. Semua itu digunakan untuk berusaha berjuang bagi mencapai kemenangan Islam.


Jelaslah bahawa umat Islam tidak seharusnya berdoa semata-mata untuk mencapai kejayaan. Sebaliknya perlulah memiliki faktor-faktor yang mendorong ke arah kejayaan. Perlu berusaha gigih dan berjuang bagi memperoleh kemenangan. Perlulah memiliki kekuatan lahiriah. 


Mohamad hudri b Md isa
11 feb 2013
9;00PM
madinah nasr, Kaherah, mesir

Thursday, 2 August 2012

5 langkah hadapi kegagalan



5 langkah hadapi kegagalan
Manusia Gagal
1. Berfikiran Positif
Singkirkan pemikiran negatif tentang kegagalan. Jika tidak ia mungkin menjadi penghalang yang besar bagi anda. anda mungkin takut untuk memulakan pekerjaan atau tugasan yang baru kerana dihantui rasa bimbang kiranya gagal lagi. Jika tersesat pada tahap ini, anda akan berada jauh daripada kejayaan. Mengatasi rasa sesal akibat kegagalan tersebut amat penting untuk anda memperkuatkan ketahanan mental. Jangan biarkan penyesalan menghalang anda daripada memiliki masa depan yang lebih cerah di tempat kerja.
2. Mencari punca kegagalan
Anda tidak seharusnya melihat hanya faktor luaran sahaja di sebalik kegagalan tersebut. Kadang kala persekitaran seperti kekurangan kemudahan atau kurangnya sokongan juga antara punca kegagalan. Sekiranya faktor luaran lebih banyak ditemui bererti anda telah mencuba yang terbaik tetapi nasib tidak menyebelahi anda. Sebaliknya anda harus menilai semula diri kiranya lebih banyak faktor dalaman yang mempengaruhi kegagalan anda. Mungkin anda kurang berdisiplin atau motivasi atau adanya masalah lain yang perlu merangsang anda untuk berubah segera.
3. Cari Penyelesaian Terbaik
Setelah menemui punca kegagalan, carilah jalan terbaik untuk memperbetulkannya. Lakukanlah langkah demi langkah dalam menyelesaikan masalah tersebut daripada menyelesaikanya secara sekali gus.
4. Mencari Potensi diri 
Lebih baik untuk mencari dan menemukan potensi diri setelah kegagalan dan memperbaikinya. Potensi diri amat penting dipupuk untuk menyokong usaha demi menggapai kejayaan.
5. Belajar daripada kesilapan
Ini adalah langkah yang normal dilalui dan ditempohi dalam proses untuk mencapai kejayaan. Anda perlu memastikan bahawa anda menguruskan dengan baik semua usaha dan perancangan bagi mengelakan kesilapan yang sama. Mungkin anda akan silap lagi tetapi jangan diulangi kesilapan yang sama seperti sebelum ini. Dan yang paling penting bersiap sedia dan sanggup untuk menambah usaha dan kerja keras anda.

Wednesday, 11 July 2012

Ubah Minda Ke Arah Positive



Jangan sedih dengan kegagalan yang sudah lepas, kerana itu adalah taqdir Allah yang kita perlu terima.


Adapun masa depan kita, kitalah yang perlu menentukannya sendiri, kerana Allah tidak akan mengubah nasib kita melainkan kita yang kena berusaha gigih merubahnya.


Berusaha gigihlah! nescaya Allah, Rasul dan orang-orang beriman akan melihat usaha gigihmu


Sesudah berjaya, janganlah lupa diri sebaliknya bersyukurlah kepada Allah, kerana Allah yang mengizinkannya.

Saturday, 23 June 2012

Cara Mengatasi Rasa Lemah

Firman Allah:

ولا تهنوا في ابتغاء القوم ان تكونوا تألمون فإنهم يألمون كما تألمون وترجون من الله ما لا يرجون وكان الله عليما حكيما

Janganlah kamu merasa lemah semangat dalam mengejar musuh, 

sekiranya kamu merasai kesakitan /kelemahan/ kekurangan/ kesusahan

maka sesungguhnya mereka juga merasai kesakitan /kelemahan /kekurangan /kesusahan sepertimana kamu merasainya

sedangkan kamu mencari keredhoan Allah dan pahala akhirat, 

sedangkan mereka pula tidak 

Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana.

*****

Dalam persaingan antara dua pihak, salah satu pihak merasai lemah semangat, tidak yakin akan kemenangan, kerana memikirkan kekurangan diri mereka.

Maka kita diajar supaya memahami bahawa pesaing kita juga sama tarafnya dengan kita, 

kita merasa lemah, mereka juga merasa lemah.

sedangkan kita lebih hebat dan lebih kuat dari mereka, 

kerana kita memiliki iman, sedangkan mereka tiada iman.

kita mengharapkan syurga, sedangkan mereka tiada syurga yang nak diharapkan.



Lihatlah pada kehebatan yang ada pada diri anda, 

dan berusahalah dengan apa yang ada tanpa putus asa.

jangan melihat pada kehebatan pesaing. 

Fikirkanlah kejayaan, jangan fikirkan kegagalan.


Usaha demi usaha, pasti kelak akan berjaya, kerana di tangan ada ada kekuatan, tapi anda tidak menggunanya sehabis mungkin disebabkan lemah semangat.


Jika anda hapuskan lemah semangat, dan menggunakan kesemua tenaga dan kekuatan yang ada, nescaya anda menang!




Hudri Maahadi

Bagaimana Membina Keyakinan Diri

Kita sering mengalami krisis keyakinan diri apabila kita disuruh melakukan perkara yang baharu dalam hidup kita. Sebagai contoh, kita diberi amanah untuk berucap di hadapan khalayak umum. Seringkali kita mengatakan pada diri kita dan orang lain, “aku ni mana pandai bercakap, siapalah aku untuk bercakap, nak cakap pasal apa ye, bagilah kat orang lain yang lebih layak dan sebagainya”…Pelbagai alasan yang kita keluarkan untuk kita melarikan diri daripada apa yang telah diamanahkan..Perkara ini pernah terjadi juga kepada penulis sendiri. 


 Jadi, macam mana nak buat….??? 


 Ada beberapa perkara yang perlu ditanamkan di kepala kita supaya mudah untuk mencapai keyakinan diri dalam melaksanakan perkara yang baru dalam hidup kita. 


 Yang pertama, sentiasa percaya pada kekuatan diri sendiri. Kita katakan pada diri sendiri, “kalau orang lain boleh buat, MESTI AKU PUN BOLEH!!” Ini akan memberikan suatu momentum terhadap diri kita untuk melakukan perkara yang kita fikirkan MUSTAHIL pada awalnya menjadi BOLEH pada akhirnya. 


 Kedua, jangan kita menangguh-nangguhkan kerja tersebut kerana semakin lama kita lari dari masalah semakin bertambah lagi masalah. Kenapa? Selagi mana kita tak cuba untuk berucap, selagi itu kita akan takut berucap…Misalnya, naik basikal sewaktu kecil dahulu kalau kita sentiasa melarikan diri dari menaiki basikal sudah tentu kita tak mampu menaiki basikal pada hari ini!! 


 Ketiga, berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain kerana perbuatan ini menzalimi diri anda sendiri. Adakah patut, anda membandingkan diri anda dengan orang yang sudah biasa berucap? Hal ini kerana setiap orang diciptakan berbeza. Anda MUSTAHIL sama dengan seseorang yang lain di dunia ini, mungkin sama dari segi fizikal tapi dari segi peribadi sememangnya berbeza. Kalau sama potensi setiap orang, sudah tentu semuanya akan menjadi Perdana Menteri, siapa yang akan menjadi polis, jurutera, doktor, ustaz dll. Oleh itu, jangan SEKALI-KALI anda membandingkan diri anda dengan orang lain kerana anda merupakan orang yang TERSENDIRI!! 


 Keempat, sentiasa memikirkan kelebihan kita dan melupakan kekurangan kita yang ada. Perkara ini sentiasa ditanamkan dalam orang kurang upaya (OKU) untuk meneruskan hidupnya. Sering kita lihat OKU lebih bersemangat untuk hidup melebihi orang yang normal. Mengapa? Mereka menggunakan prinsip di atas dengan sepenuhnya. Oleh itu tingkatkan segala kelebihan dirimu dan abaikan segala kekurangan yang ada. 


Akhir kata, untuk mencapai apa yang dihajati, memerlukan satu keyakinan diri yang tinggi. Semakin tinggi apa yang dihajati, semakin kuat sifat keyakinan diri yang perlu ada untuk mencapainya. Selamat Membina Diri!!




Sumber

KEYAKINAN DIRI


KEYAKINAN DIRI:
SUATU SYARAT PENTING UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN HIDUP


TAHAP KECERDASAN YANG SAMA

Apakah yang menjadikan tokoh-tokoh seperti Columbus. Churchill, Lincoln, Ibnu Khaldun, Shakespeare, Tolstoy, Einstein, Ford dan ratusan malah ribuan yang lain, sehingga mereka begitu terkenal dan nama mereka sering disebut orang hingga ke hari ini? Mereka sudah lama meninggal dunia, namun nama dan sumbangan mereka masih tetap dikenang orang. Apakah sebabnya? Adakah kerana mereka itu mempunyai otak yang bergeliga?
Jawapannya mudah sahaja. Kebanyakan mereka mempunyai tahap kecerdasan yang sama dengan tahap kecerdasan kebanyakan manusia yang lain juga.
Mereka mempunyai bakat atau kebolehan semula jadi yang istimewa di dalam bidang-bidang tertentu. Begitu juga dengan kebanyakan manusia lain yang mempunyai bakat atau kebolehan semula jadi yang istimewa di dalam pelbagai bidang. Cuma yang berbeza antara mereka dengan manusia-manusia lain ialah mereka mempergunakan tahap kecerdasan dan bakat yang ada pada mereka itu dengan seluas-luasnya setakat yang terdaya dan termampu oleh mereka.

Oleh itu mereka berjaya memperolehi hasil dan kesan yang maksimum. Lantaran itu sumbangan mereka dengan tersendirinya menjadi penting dan bermakna.

Apakah faktor-faktor yang mendorong mereka mempergunakan tahap kecerdasan dan bakat yang ada pada mereka itu dengan seluas-luas dan sebanyak-banyak yang termampu oleh mereka?


TAHAP KEYAKINAN DIRI YANG TINGGI

Sebenarnya ada banyak faktor yang mendorong mereka berbuat demikian. Salah satu daripada faktor-faktor itu ialah mereka mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi terhadap bakat atau keupayaan diri mereka untuk menghasilkan sesuatu yang bererti bagi faedah manusia seluruhnya. Tanpa mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi, sudah tentulah tokoh-tokoh seperti yang disebutkan di atas tidak akan menempa sesuatu yang besar, sesuatu yang dikagumi dan dikenangi hingga ke hari ini.

Di dalam konteks melahirkan idea dan matlamat utama hidup anda ke dalam kenyataan jasmaniah, salah satu syaratnya ialah anda hendaklah mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi. Dengan kata lain, anda mestilah yakin dan percaya bahawa anda boleh mencapai puncak kejayaan yang lebih tinggi dari apa yang anda rancangkan itu.

Dengan adanya keyakinan diri, dibantu oleh faktor-faktor lain, seperti matlamat utama hidup yang jelas, rancangan bertindak yang betul dan teratur, sedia bertindak dan menghadapi segala ujian dan halangan dengan tabah dan tenang, maka apa jua matlamat hidup anda tetap akan anda capai juga.

Dengan keyakinan diri yang tinggi, dibantu oleh faktor-faktor yang lain, Insya Allah anda juga boleh mencipta nama melalui sumbangan-sumbangan yang bererti di dalam bidang yang anda minati.


KISAH GEORGE

Rasa yakin terhadap diri sendiri boleh memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan hidup seseorang. Berikut disajikan kisah salah seorang jurujual terkemuka di Amerika Syarikat.

Sebelum menerjuni bidang jurujual, lelaki tersebut bertugas sebagai seorang kerani di sebuah pejabat akhbar. Jurujual yang berkenaan ini kita namakan sebagai George.
George pada mulanya seorang yang pemalu. Beliau juga sangat takut berdepan dengan orang yang tidak dikenalinya.

George tidak mempunyai sebarang cita-cita hidup. Bagaimanapun pada suatu hari, George berpeluang menghadiri kuliah yang memperkatakan tentang cara-cara hendak membina keyakinan diri. Kuliah tersebut telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam di lubuk jiwanya.

Esoknya George terus berjumpa dengan pengurus perniagaan akhbar tersebut. Beliau memohon jawatan sebagai pencari iklan bagi akhbar itu. Semua rakannya berpendapat bahawa George pasti gagal di dalam tugas barunya itu, berdasarkan pada peribadi dan prestasi beliau di masa-masa yang lalu. Sebelum itu, George memanglah terkenal sebagai seorang yang sangat pemalu dan tidak mempunyai keyakinan diri.

Bagaimanakah seorang yang pemalu dan tidak mempunyai keyakinan diri boleh meyakinkan orang lain? Begitulah garis berbahasan mereka. Tetapi mereka lupa bahawa manusia mempunyai potensi dan kemampuan untuk mengubah pola pemikiran, tabiat dan peribadi mereka dalam masa yang singkat sahaja.

George memang sudah bertekad dengan tugas barunya itu. Semangatnya tidak dapat dipatahkan oleh komen-komen negatif yang dilemparkan oleh rakan-rakan sepejabatnya. Malah azamnya semakin kuat dan semangatnya semakin membara untuk membuktikan betapa melesetnya penilaian yang dibuat oleh rakan-rakannya itu.

Langkah selanjutnya yang diambil oleh George ialah menyediakan suatu senarai nama para usahawan yang akan dikunjunginya. Orang menyangka beliau tentu akan menyenaraikan nama usahawan-usahawan yang pemurah dan mudah berkira. Tetapi George tidak pula berbuat begitu. Sebaliknya George menyediakan suatu senarai nama usahawan-usahawan yang selama ini tidak dapat "ditembusi" oleh jurujual-jurujual iklan yang lain. Itulah orang-orang yang akan dikunjunginya nanti!

George begitu positif dan yakin bahawa kesemua usahawan yang ada di dalam senarainya itu akan menempah ruangan iklan di akhbarnya. Tindakan George seterusnya ialah membaca nama setiap usahawan itu sebanyak seratus kali sehari sambil berkata kepada dirinya: "Anda akan membeli ruangan iklan di akhbarku menjelang akhir bulan ini!"

Dalam masa beberapa minggu sahaja kesemua usahawan yang dianggap sukar untuk "ditembusi" itu, kecuali seorang, telah membeli ruangan iklan mereka. George tidak putus asa. Tiap-tiap pagi beliau terus mengunjungi usahawan yang "degil" ini. Setiap kali beliau memujuk, jawapan yang diterimanya tetap serupa iaitu "tidak mahu".

Pada hari yang ketiga puluh, George menemui lagi usahawan ini. Akhirnya usahawan ini berkata: "Heh orang muda, awak telah menghabiskan masa awak selama sebulan tanpa sebarang hasil. Sekarang beritahu saya, kenapa awak mensesiakan masa awak?"

"Mensesiakan masa saya?" jawap George dalam bentuk sebuah pertanyaan. Kemudian beliau menyambung: "Tidak! Tidak sekali-kali. Apa yang sebenarnya berlaku ialah selama tempoh itu, saya telah pergi ke sekolah dan tuan, saya anggap adalah selaku guru saya. Saya banyak belajar daripada peristiwa ini. Sekurang-kurangnya saya rasa keyakinan diri saya semakin bertambah kuat dan kental!

"Saya juga macam awak," ujur usahawan itu kembali. "Saya mensifatkan awak sebagai guru saya. Awak mengajar saya tentang keupayaan mencuba dan terus mencuba. Sebagai bayaran yurannya, saya telah memutuskan untuk membeli satu iklan di dalam akhbar awak!"
Bagaimanapun, sesudah tiga puluh hari George memujuknya, akhirnya beliau tunduk kepada pujukan dan percubaan yang bersungguh-sungguh daripada George itu. Di situlah bermulanya titik tolak reputasi yang telah menjadikan George salah seorang jurujual yang terkemuka di negaranya tidak berapa lama kemudian.

George berjaya kerana fikirannya terus menerus dipupuk dengan keyakinan diri yang tegas. Jika George tidak menentukan sikap dan membuat keputusan tegas yang penuh mencabar dan jika beliau tidak mengambil tindakan positif dengan penuh nekat dan berani, sudah pasti George akan terus menjadi kerani di pejabat akhbar itu, mungkin sampai beliau pencen.
George berjaya kerana beliau telah membentuk peribadinya daripada yang lemah sebelum itu dengan suatu peribadi yang dinamik, berani, positif dan berkeyakinan penuh.

Anda juga, Insya Allah, pasti berjaya asalkan anda mempunyai keyakinan diri yang kuat dan kukuh. Ingatlah tidak ada yang aneh! Tidak ada yang mustahil!! Oleh itu jangan sekali-kali anda memperkecil-kecilkan keupayaan yang ada pada diri anda.

Dan satu-satunya ciri asas yang boleh menrevolusikan nasib anda ialah dengan menaruh rasa keyakinan penuh pada diri dan pada segala kebolehan anda yang sememangnya belum dieksploitasikan dengan sepenuhnya itu. Oleh itu berjuanglah mulai dari sekarang juga!


TANDA-TANDA KETIADAAN KEYAKINAN DIRI

Ketiadaan keyakinan diri pada diri seseorang biasanya terpamir jelas pada sikap, tabiat, percakapan dan di dalam beberapa pola kelakuannya yang lain. Ia memperlihatkan keengganan seseorang itu untuk bergaul dengan orang lain terutama dengan orang-orang yang masih belum dikenalinya.

Orang yang tidak mempunyai keyakinan diri seorang mengalami darah gemuruh (kegugupan), malu dan takut apabila berada di hadapan khalayak ramai. Lebih-lebih lagi jika majlis itu dihadiri oleh orang-orang kenamaan. Di hadapan mereka itu, dia merasa dirinya terlalu kecil, terlalu hina dan terlalu bodoh.

Seterusnya orang yang tidak mempunyai keyakinan diri biasanya tidak mempunyai cita-cita atau matlamat hidup yang jelas dan positif. Kalau ada pun, matlamat hidupnya itu hanya tersimpan setakat di dalam kepalanya sahaja. Dia tidak berani berusaha untuk melahirkannya ke dalam suatu kenyataan jasmaniah. Lebih tepat lagi dia tidak berani untuk mencubanya!
Suatu lagi tnda orang yang tidak mempunyai keyakinan diri ini ialah keengganan untuk menempuh pengalaman-pengalaman baru. Lebih-lebih lagi jika pengalaman-pengalaman itu penuh dengan berbagai cabaran dan kesulitan. Mereka tidak bersedia untuk menghadapinya.
Orang yang tidak mempunyai keyakinan diri selalunya tidak mempunyai ramai sahabat. 

Peribadinya tidak menarik. Dia selalu bersikap negatif dan berfikiran pesimistik. Dia tidak dapat dijadikan dahan yang kukuh untuk berpaut. Dan dahan yang tidak kukuh tiada siapa yang berani untuk berpaut. Oleh itu hidupnya selalu bersendirian dan sering digigit kesepian!
Apabila dia berucap di dalam sesuatu majlis, suaranya sering mendatar, tawar dan tidak menarik. Atau boleh jadi terketar-ketar, terputus-putus, gugup dan tidak lancar. Dia kelihatan kaku. Jalan fikirannya seringkali menjadi buntu. Apa yang hendak diucapkannya habis hilang lesap dari ingatannya. Kemudian dia akan merasa kecewa dan akan mengutuk dirinya sendiri dan sesiapa sahaja.


SEBAB-SEBAB KETIADAAN KEYAKINAN DIRI

Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu tidak mempunyai keyakinan diri. Bagaimanapun faktor-faktor itu mempunyai kaitan yang amat rapat dengan latarbelakang proses pendidikan dan keadaan alam sekitar sewaktu seseorang itu menempuh zaman kanak-kanaknya.

Peringkat kanak-kanak adalah suatu peringkat yang paling penting dan paling bertanggungjawab sekali dalam proses pembinaan dan keyakinan diri seseorang. Peringkat ini adalah peringkat yang paling mudah sekali seseorang kanak-kanak menerima apa yang dilihat, didengar dan yang mengalaminya.

Rumahtangga yang tidak tenteram, tegang dan konflik yang melibatkan si ayah dan si ibu, sudah pasti menyebabkan si anak mereka merasa dukacita dan tidak gembira. Si anak tadi akan hilang keyakinan terhadap dirinya sendiri oleh kerana nilai-nilai dan corak pergaulan yang terdapat di dalam keluarganya itu banyak yang tidak dapat difahami dan mengganggu fikirannya.

Rumahtangga yang penuh dengan konflik, yang tandus dengan rasa kasih sayang dan sentiasa diancam kesusahan dan kemiskinan, akan melahirkan suatu alam sekitar yang kosong dan sunyi sepi. Keadaan ini membangkitkan rasa takut dan tidak yakin pada diri sendiri di hati kanak-kanak itu.

Bila kanak-kanak itu membesar, dia akan membesar di dalam keadaan pembentukan peribadi yang tidak seimbang. Dari segi jasmaninya ia memang membesar. Begitu juga dari segi usianya, sememang usianya semakin meningkat dewasa. Tetapi dari segi emosi dan pemikirannya, ia tidak mencapai tahap kematangan atau kedewasaan sebagaimana yang sewajarnya.

Seseorang yang menempuh suasana hidup yang demikian sering ketiadaan keyakinan diri. Lantaran itu dia terpaksa memikul berbagai penderitaan jiwa yang amat berat.

Ketiadaan keyakinan diri tidak semestinya atau tidak semuanya diakibatkan oleh liku-liku pengalaman hidup seperti yang digambarkan di atas. Kadang-kadang orang boleh hilang keyakinan diri disebabkan tindakan-tindakan buruk yang dilakukannya setelah ia meningkat dewasa. Tindakan-tindakan tersebut termasuklah perbuatan jenayah dan sebagainya.

Bila seseorang itu terlibat di dalam tindakan-tindakan seperti itu, mereka sudah pasti sentiasa diburu oleh rasa bersalah atau rasa berdosa. Mereka juga sentiasa diburu oleh rasa takut dan bimbang. Akibatnya mereka akan hilang keyakinan diri dan menjadi seorang yang penakut, seorang yang tidak mempunyai cita-cita dan seorang yang tidak bersedia menempuh ujian dan gelombang hidup yang penuh dengan berbagai cabaran dan rintangan.

Soalnya, apakah anda rela dan bersedia menghabiskan usia anda sebagai seorang yang tewas dan gagal serta tidak berupaya lagi untuk mencipta sebuah kehidupan yang unggul sebagaimana yang diidam-idamkan oleh hati kecil anda? Jawabnya tentulah anda tidak rela dan tidak bersedia! Anda pasti tidak bersedia untuk menghabiskan sisa-sisa hidup anda sebagai seorang yang gagal dan tidak berguna lagi kepada masyarakat.

Sebenarnya anda masih berpeluang dan masih ada waktu untuk anda memulih kembali keyakinan diri anda yang telah sekian lama hilang tertimbus di dalam kabus ketakutan dan ketempangan hidup yang telah anda tempuhi itu.


LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASINYA

Untuk mengatasi masalah ketiadaan keyakinan diri ini dan sekaligus pula untuk membina kembali keyakinan diri anda, ikutilah beberapa langkah yang disarankan di bawah:
  1. Insafilah bahawa keyakinan diri itu pada asasnya ada pada setiap individu. Ia telah ditenggelamkan oleh kabus kehidupan yang negatif yang melingkungi kehidupan anda selama ini. Pisahkan diri anda dari kabus kehidupan yang negatif itu. Gilapkan kembali diri anda dengan keyakinan diri yang telah sekian lama berada di dalam keadaan tertekan itu.

  2. Lawan segala perasaan dan sikap hidup yang negatif. Jangan biarkan lagi ia bertapak di dalam diri anda. Gantikannya dengan perasaan dan sikap yang positif.

  3. Sedarilah bahawa anda mempunyai segala potensi dan kekuatan untuk berjaya di dalam hidup anda. Anda sekarang baru sahaja menggunakan 10 peratus daripada keseluruhan potensi yang ada pada diri anda. Dan kebanyakan orang tidak menyedari hakikat ini. Adalah hak anda untuk menggunakan potensi yang selebihnya itu.

  4. Berjanjilah pada diri anda bahawa mulai saat ini anda sudahpun mula memulihkan kembali keyakinan diri anda. Anda kini tegak sejajar dnegan tokoh-tokoh besar yang telah dan yang sedang menempa nama di dalam sejarah kehidupan mereka.

  5. Kenalilah diri, bakat dan minat anda. Asahlah bakat dan minat anda supaya anda memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang lengkap di dalam bidang-bidang yang berkenaan.

  6. Jangan terlalu memikirkan diri sendiri. Taburilah jasa dan khidmat bakti untuk kebajikan dan kebahagian orang lain. Dengan berbuat demikian anda akan memperolehi keyakinan diri dan seterusnya akan membawa pula kejayaan di dalam kehidupan anda.

  7. Ciptakan sebuah syurga di dalam rumahtangga anda dan juga di tempat anda bekerja. Dari suasana yang indah ini, lahirlah pula keyakinan diri yang sememangnya anda cari-cari selama ini.

  8. Tetapkan matlamat hidup anda yang utama. Umpamanya, anda hendak menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya. Apa yang harus anda lakukan ialah anda hendaklah semaikan matlamat itu di dalam fikiran anda. Kemudian berusahalah untuk mencapai matlamat itu.

  9. Jangan lakukan perkara-perkara buruk yang bercanggah dengan ajaran agama dan nilai-nilai akhlak yang murni.

  10. Bertindaklah dengan penuh hati-hati, bijaksana dan berdiplomasi dalam segala urusan dengan orang lain.
Dengan mengikut saranan-saranan kasar yang dikemukakan di atas, anda yang selama ini tidak mempunyai keyakinan diri, Insya Allah, akan bertukar menjadi seorang yang mempunyai keyakinan diri, berperibadi menarik, disayangi dan sentiasa dihormati. Seiringan dengan itu, sinar kejayaan hidup anda akan mula terserlah. Matlamat hidup anda juga mula menampakkan hasilnya yang menggalakkan.



Cara Mudah Membina Keyakinan Diri

 Anda merasa kurang yakin menempuhi hari-hari kehidupan anda? Ingin berubah menjadi lebih baik? Di sini ingin saya kongbsikan cara mudah untuk membina keyakianan diri.


 1. Terima, sayagi dan hormati diri anda. Anda adalah unik . Hanya ada anda sahaja di dunia ini. Anda memiliki keistimewaan tersendiri. Cuma kenal pasti apa kekutamn yang anda miliki. Jika anda membenci diri anda pemikiran bawah sedar anda hanya akan mematuhi arahanya supaya anda hanya cari jalan untuk membuktikan anda memang lemah.Jadi mulai sekarang di dalam pemikiran anda katakan Aku hargai, hormat dan sayangi diri aku dengamn penuh perasaan dan ulang-ulangkan sehingga penyataan anda benar-benar jujur pada diri anda 


 2. Kemas dan rapikan penmapilan anda mengikut situasi di mana anda berada dan anda selesa dengan penampilan anda. Kebersihan , gaya rambut, gaya fesyen yang sesuai dapat memberikan pengaruh kepada emosi anda dan emosi orang lain tentang siapa dan bagaimana anda akan dilayan oleh orang lain di peresekitaran anda. Jadi mulakan transformasi penampiolan diri anda. Dari egi berat badan pun anda boleh kurangkan ikut kesesuaian ketinggian anda supaya namapk bergaya. 


 3. Pelihara kesihatan mental dan fizikal supaya anda nampak sihat dan anggun. Sihat dalaman dan sihat bluaran banyak mempengaruhi cara anda berfikir dan kemampuan anda terhadap betapa anda memang benar2 sayang pada diri anda. 


 4. Senyuman adalah sesuatu yang istimewa dimana akan meningkatkan keyalinan anda . Dengan senyuman anda akan dapat menghubungi orang lain dari segi perasaan yang baik pada diri anda. Senyuman bermakna saya suka anda dan anda pasti akan sukai saya. Orang lain akan tunduk dengan senyuman yang ikhlas dari anda. Kemesraan akan terjalin kerana orang yang yakin adalah orang yang pemurah senyumannya. 


 5. Posture atau posisi setiap anggota tubuh badan anda perlu ditunjukkan dengan penampilan yang saya sukai diri saya. Bersirlah dengan tegak dan santai. naikkan sedikit dada anda. tegakkan bahu anda, angkatgkan sedikit kepala anda. Bila anda berjalan lajukan 25% daripadd biasa. Tunjukkan keyakinan cara anda berjalan , beriri, duduk bahawa anda nyatakan diri anda aku orang penting dan amat berharga. Allah jadikan aku seorang khalifah yang hebat. Inilah diri aku tetapi bukan kaedah cara orang yang sombong. 


6.Ambil mruangh anda. Jangan merasakan anda begitu terpencil apabila anda berada di sesuatu tempat. Rasakan kawasan anda itu seolah-olah anda menguasainya. 


 7. Tumpukan perhatian pada orang di persekitran anda . Lihat segala kebaikan yang mewreka ada dan hargai , ucapkan pujian yang sepatutnya. Dengan cara ini orang lain akan menyenangi kehadiran anda . Anda diterima dengan sebaiknya. BIasanya anda hanya menumpukan kelmahan dan kekurangan pada diri anda ini akan menyebabkan anda rasa rendah diri yang membawa kepada kurang berkeyakinan. 


 8. JIka berada di majlis orang ramai pastikan anda duduk dibahagian nhadapan. Biasakan diri bagi meningkatkan keyakinan anda . Buangkan rasa takut keran orang penting akan berada di barisan yang palig hadapan. 


 9. Suarakan dengan yakin apa sahaja pendapat anda. Anda berhak untuk menampilkan diri anda. TIdak perlu untuk bertanding dengan orang lain hanya tampilkan keistimewaan anda. 


 10. Untuk menuju kesempurnaan bersedia untuk menerima klesilapan yang anda bakal lakukan. Anda bukan sengaja untuk buat lebih kurang tetapi anda sanggup sedia kerana tiada manusai yang boleh jadi terus sempurna. Ianya seperti pokok yang tumbuh dari biji benih. Katakan aku akan buat lebih baik lagi. Pengalaman yang anda terima berulang kali akan memantapkan lagi keyakinan diri adna pada sesuatu perkara yang anda lakukan. 


 11.Bercakap dengan mengekal hubungan mata menunjukan anda hormat pada orang yang anda sedang bercakp. Hubungan mata menujukkan anda adalah orang yang yakin benar terhadap tingkahlaku anda. 


 12. JIkia anda belum yakin lakukan lakonan anda memang yakin. Lakonan and lama-lama akan menjadikan diri anda yang sebenar kerana apa yang minda percaya itulah yang akan diikuti oleh tindakan fizikal tubuh badan dan percakapan diri anda. 


 13. Anggap diri anda penting dan siapa sahaja yang berada di sisi anda adalah orang pentging. Sayangi orang di sekitar anda nescaya anda akan disayangi. Ingat berniatlah ingin membantu orang lain nescaya anda akan dapat meninghkatkan keyakinan diri anda. Hanya orang yang yakin adalah orang yang bersedia menghulurkan bantuan kepada orang lain seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w 




 Sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah