بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Sunday, 8 July 2012

Harga Diri Orang Bersifat Mahmudah

Orang yang Amanah ialah Emas Bernilai 


Kita hidup dalam dunia yang orang dalamnya hidup tanpa agama, mereka suka menipu, suka menunjuk samseng, hasad dengki, mengumpat, menfitnah, mengkhianat amanah. Mereka kata mereka terpaksa melakukan semua itu demi untuk hidup, jika mereka tidak melakukan itu maka mereka akan hidup susah. 


Sesungguhnya Allah menyuruh kita supaya beribadah kepadaNya dan taat kepadaNya, janganlah khuatir akan menjadi susah, Allah akan mengkayakan kita dengan limpah kurniaNya jika Dia berkehendak, Allah maha Bijaksana. 


Orang yang hidup berpandukan agama dalam setiap aspek kehidupannya adalah emas yang sangat bernilai di sisi manusia. Bukan hanya ikut agama dengan melakukan solat, kemudian menipu dalam berniaga, tapi mengikut agama secara total. 


Orang yang hatinya kaya, (zuhud), adalah orang yang sangat bernilai kerana hampir-hampir semua manusia dalam dunia ini tamak haloba, mengejar keinginannya dan sanggup melakukan segala kejahatan demi untuk mendapatkan apa yang diingini. 


Orang yang hatinya ikhlas jujur adalah orang yang sangatlah sukar dicari, kerana hampir semua manusia tidak dapat mencapai tahap keikhlasan ini, kebanyakan manusia melakukan kebaikan bersebab, ada udang di sebalik batu. 


Orang yang amanah sangat dikehendaki dan diperlukan, kerana hampir semua orang suka mengkhianati amanah, dan menggunakan apa yang diamanahkan itu untuk kepentingan nafsunya dan melakukan banyak kerosakan. 


Siapa yang berjaya menguasai sifat-sifat mahmudah ini, maka dialah emas permata yang sangatlah bernilai, kerana bukan mudah untuk mencari orang seperti itu, perlu ditapis dan dibuang segala sampah sarap, dan barang-barang palsu tak bernilai, sehingga akhirnya jumpa juga emas permata yang asli dan tulin. 


Dalam jutaan manusia yang kebanyakanya tidak bernilai, disebabkan mereka mempunyai sifat2 yang keji hina dan tidak bernilai manfaat. 


Orang yang amanah pasti akan direbut untuk diletakkan jawatan sebagai penjaga harta kekayaan. Seterusnya, dia juga diberikan kekayaan. Seperti Nabi Muhammad yang terkenal dengan sifat amanah, digelar al-amin.. Beliau lah emas permata, yang ditawarkan menjadi penjaga harta kekayaan, dan penjadi peniaga barang orang yang sangat kaya iaitu khadijah. Akhirnya bagindalah yang menjadi pilihan hati insan yang sangat kaya dan menjadi rebutan ramai iaitu Khadijah.


 Begitulah harga diri orang yang mempunyai sifat mahmudah. Sangatlah bernilai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah