بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Showing posts with label Sejarah Hidup. Show all posts
Showing posts with label Sejarah Hidup. Show all posts

Thursday, 9 August 2012

"Asy Syahid Fauzi Ismail"

Memoir Jihad Anak Melayu: "Asy Syahid Fauzi Ismail"

~~~BACA LAH SAHABAT TAK AMBIL 5 MINIT PUN~~~

Fauzi Ismail ialah anak kampung Kelut dalam Pokok Sena, Kedah. Dilahirkan dalam pada 1 September 1962, anak muda yang periang dan kental dengan semangat perjuangan ini merupakan pemudaS yang istiqomah mempertahankan tapak pusat pengajian Muassasah Darul Ulum iaitu projek terbesar PAS Kedah dalam tahun 1987. Muassasah ini terletak di Batu 14 1/2 Jalan Kuala Nerang berkeluasan lebih kurang 48 relung. Apabila berlaku rampasan sebahagian tanah tapak projek oleh pihak berkuasa, ratusan pemuda telah menawarkan diri untuk mengawal muassasah tersebut. Assyahid antara pemuda yang sanggup berjaga malam di sana.

Meskipun tidak mempunyai pendidikan asas agama yang mendalam tetapi semangat untuk menghayati perjuangan agama begitu kental. Sebelah siangnya beliau membuka kedai runcit di kampung dan malam pula dipenuhi dengan aktiviti keagamaan seperti mengaji al Quran, mengikut kuliah pengajian agama dan berusrah di tapak muassasah itu. Bermalam di sana memang mencabar kerana bertemankan nyamuk dan kedinginan malam. Mereka juga melibatkan diri dalam kerja sosial di kawasan setempat.

Idea untuk berjihad bersama mujahidin di bumi Afghanistan tercetus selepas menyaksikan kekejaman kaum kuffar menzalimi saudara-saudara seagama di sana. Ekoran dari itu mereka bersepakat untuk mewakafkan diri sebagai anggota mujahiddin. Setelah bersusah payah mencari wang perbelanjaan untuk pergi ke bumi yang sedang bergelora itu, akhirnya sebilangan anak muda dari tapak muassasah ini berjaya menyertai lain-lain sukarelawan perang jihad dari berbagai negara.

As Syahid dan rakan-rakannya berpeluang kali pertama melawat kem musuh dan bandar Argoon yang telah menjadi padang jarak padang terkukur ditawan oleh mujahiddin. Bangkai musuh masih terbiar di jalanan tetapi keadaan cuaca yang begitu sejuk di sana menyebabkan bangkai tersebut tidak busuk. Berjuang di sini begitu mencabar ketika di musim sejuk kerana kedinginannya begitu mencengkam hingga ke tulang hitam.

Di Khemah, mereka berkawal dan bertugas mengikut jadual. Berpuasa sunat, sholat malam dan latihan jasmani dilakukan. Suatu pagi, dikisahkan assyahid ini bangun mandi sedangkan waktu itu musim sejuk. Rupa-rupanya beliau telah berhadas kerana malamnya bermimpi didatangi bidadari. Dikatakan bahawa bermimpi bidadari di kalangan mujahiddin adalah perkara biasa dan kebanyakannya mereka inilah yang akan terpilih sebagai syuhada dan berpeluang menghampiri bidadari.

Dimaklumkan setelah pasukan mujahiddin berjaya menawan daerah Khost, mereka telah pergi ke wilayah Jalalabad untuk bergabung dengan mujahiddin Arab di sana. Beliau telah diarahkan menjaga kubu di atas bukit yang sederhana tingginya di waktu malam. Bertemankan seorang rakan dari bangsa Arab, mereka mengawal kubu tersebut dan kawasan itu memang kerap disinggah peluru musuh. Telah ramai pula yang menemui syahid di bukit itu.

Memang sudah ditakdirkan antara ratusan biji bom dari kereta kebal musuh itu, ada peruntukan oleh Allah untuk assyahid Fauzi Ismail. Dengan gugurnya ledakan bom itu, berterbanganlah bidadari dari syurga Firdaus menyambut assyahid. Janji Allah itu benar, mimpi beliau sebelum ini memang menjadi kenyataan. Allah telah membayar nyawanya dengan keharuman kasturi dan bidadari yang serba suci. Anak muda itu syahid pada 28 Julai 1989. Allahu Akbar!!

As Syahid Fauzi gugur di kubu itu dan rakannya yang parah dibawa turun untuk mendapat rawatan. Walaupun hampir 10 jam jenazah beliau berada di atas bukit itu, darah merah masih segar bugar dan panas mengalir.

"Jangan kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki" - Ali Imran 169

Manakala ibu-bapanya di kampung pula, telah dipertemukan Allah dengan anak lelaki mereka bergelar syuhada itu melalui alam mimpi. Mimpi mereka lebih mendahului berita dari manusia. Wajah anak mereka tersenyum sayang dengan berjubah dan berserban merah. Mengertilah mereka bahawa dagang anaknya telah dibeli Allah dan tentunya mereka juga akan mendapat imbuhan dari pelaburan yang termahal ini.

Apabila ditanya kepada bapanya tentang anaknya itu, beliau menjawab:

"Dia tak mahu dunia. Dia tinggalkan kedai dan motornya untuk cari akhirat. Sekarang dia dah dapat saya bersyukur.


http://www.facebook.com/photo.php?fbid=479653958730444&set=a.289135854448923.85499.128378787191298&type=1

Friday, 22 June 2012

General Khattab

“Sekiranya kamu memberitahu saya di Afghanistan bahawa akan tiba satu hari di mana kita akan berperang dengan pihak Rusia DI DALAM Rusia, aku tidak akan mempercayaimu pada ketika itu.” [Ibn-ul-Khattab]


 As-Syaheed Ibn-ul-Khattab 
 Commander Foreign Mujahidin in Caucasus 


 Profail: Ibn-ul-Khattab 


 Gelaran: Ibn-ul-Khattab, juga dikenali sebagai Khattab 


 Nama Sebenar: Samir Saleh Abdullah Al-Suwailem 


 Jawatan: Ameer Para Mujahideen Antarabangsa di Caucasus 


 Lahir: 1970 


 Warganegara: Negara Ahli GCC di Semenanjung Arab Bahasa 


 Pertuturan: Arab, Rusia, Inggeris, Pushto 


 Tempat Lahir: Semenanjung Arab 


 Pengalaman Jihad: 12 tahun 


 Bumi Jihad yang telah di'kunjungi': Afghanistan, Tajikistan, Chechnya 


 Dilahirkan di Semenanjung Arab, Khattab dibesarkan di dalam keluarga yang agak berada dan terpelajar. Beliau membesar menjadi seorang anak muda yang berani dan kuat, yang terkenal sebagai seorang yang nekad dan tidak mengenal erti takut. Selepas menguasai bahasa Inggeris, beliau mendapat tempat di sebuah Sekolah Tinggi (High School) Amerika pada tahun 1987. 1987 merupakan kemuncak Jihad Afghan menentang penjajahan tentera Soviet Union (ketika itu) di bumi Afghan. Anak-anak muda dari seluruh bumi umat Islam serata dunia bergegas ke Afghanistan menyahut seruan Jihad para Mujahid terkenal seperti Sheikh Abdullah Azzam (dibom pada 1989), Sheikh Tamim Adnani (meninggal dunia pada 1988) dan Usama bin Ladin. 


 Kisah-kisah perjuangan penuh dengan keajaiban atas kuasa Allah SWT dan kisah-kisah keberanian menentang 'Superpower' dunia ketika itu mula mencecah telinga umat Islam sedunia. Ketika hampir tiba masanya untuk beliau berangkat ke dunia baru melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat, Khattab memutuskan untuk mengikut para sahabat dan kaum-keluarga beliau ke Afghanistan untuk satu lawatan pendek. Sejak dari hari beliau melambai selamat tinggal pada kedua ibubapa dan keluarga beliau pada akhir 1987 tersebut, Khattab tidak pernah kembali.


 Salah seorang daripada para Mujahideen menggambarkan tentang Khattab, anak muda belasan tahun, yang tiba di kem latihan pertamanya di Jalalabad, Afghanistan: 


 “Kem latihan berhampiran Jalalabad penuh dengan para Mujahideen yang datang dan pergi pada hampir setiap hari. Kami sedang bersiap-sedia untuk satu operasi besar-besaran menentang pihak Rusia dan para Mujahid yang telah menamatkan latihan mereka berkemas untuk meninggalkan kem latihan menuju ke barisan hadapan. Sedang kami bersiap-sedia untuk berangkat, sekumpulan rekrut baru tiba. Pada ketika itulah aku perasankan seorang anak muda belasan tahun di kalangan para rekrut baru tersebut: 16-17 tahun, berambut panjang dan berjambang yang belum tumbuh sepenuhnya lagi. Beliau terus berjumpa dengan para komander kem latihan tersebut dan merayu agar mereka membenarkan beliau ikut serta ke barisan hadapan. Para komander tersebut tentu sekali enggan menghantar seorang 'budak' yang tidak terlatih ke barisan hadapan tanpa apa-apa latihan. Aku lantas mendapatkan beliau, memberi salam dan bertanyakan nama beliau. Beliau menjawab, 'Ibn-ul-Khattab'” 


 Khattab menyempurnakan latihan beliau dan turut serta di barisan hadapan. Salah seorang daripada jurulatih beliau adalah Hassan as-Sarehi, Komander operasi Kandang Singa di Jaji, Afghanistan, 1987. [Hassan as-Sarehi kini dipenjarakan di Kem Tahanan ar-Ruwais, Jeddah, Saudi Arabia, sejak 1996 atas tuduhan jenayah yang penjenayah sebenarnya telahpun dihukum bunuh]. Dalam tempoh enam tahun berikutnya, anak muda ini telah menjadi salah seorang daripada Komander Mujahideen yang paling berani dan payah untuk ditewaskan sepanjang sejarah Jihad di abad ke-20 ini. Beliau dikenali sebagai seorang yang enggan tunduk merebahkan diri ketika berhadapan dengan tembakan musuh dan keengganan beliau menunjukkan kesakitan selepas mengalami kecederaan. Dari serang hendap ke operasi ke serangan ke markas musuh, beliau telah berperang dengan Tentera Biasa dan Komando Soviet. Beliau turut serta di dalam semua operasi utama Jihad Afghan di antara tahun 1988 hingga 1993, termasuk penaklukan Jalalabad, Khost dan Kabul. Beliau terselamat dari maut beberapa kali, kerana masa beliau belum lagi tiba. 


 Seorang Mujahideen menceritakan bagaimana Khattab pada satu ketika ditembak di bahagian perut dengan sebutir peluru Mesingan Berat 12.7mm di Afghanistan. (Peluru 12.7mm digunakan untuk menebuk kereta perisai dan menembusi posisi pertahanan yang kuat: peluru ini menjadikan daging manusia seperti daging cincang, fakta yang diketahui oleh mana-mana pakar ketenteraan.): 


 “Ketika salah satu operasi, kami sedang duduk di dalam sebuah bilik sebuah rumah di Barisan Kedua. Hari sudah lewat dan pertempuran di Barisan Hadapan sangat hebat. 


 Tidak beberapa lama kemudian, Khattab memasuki bilik tersebut; wajah beliau kelihatan pucat, tetapui selain daripada itu beliau berkelakuan seperti biasa. Beliau masuk ke dalam bilik, berjalan perlahan-lahan ke satu arah bilik tersebut dan duduk bersebelahan dengan kami. Khattab kelihatan luarbiasa diamnya, maka kami merasakan tentu ada sesuatu yang tidak kena, walaupun beliau tidak sedikitpun mengerutkan muka walaupun sekali mahupun menunjukkan apa-apa tanda kesakitan. Kami bertanyakan beliau samada beliau mendapat kecederaan; beliau menjawab bahawa ketika di Barisan Hadapan, beliau mendapat luka ringan, tiada apa-apa yang serius. Salah seorang dari kami kemudiannya pergi kepada beliau untuk melihat luka tersebut. Khattab enggan membenarkannya, terus mengatakan bahawa luka tersebut tidak serius. Mujahid tersebut terus memaksa Khattab untuk membenarkannya melihat dan kemudiannya beliau meletakkan tangannya ke bahagian perut Khattab. 


 Pakaian Khattab basah dengan darah dan beliau mengalami pendarahan yang teruk. Kami kemudiannya terus memanggil sebuah kenderaan dan menghantar beliau ke hospital kami yang paling hampir; di sepanjang perjalanan beliau terus mengatakan bahawa kecederaan beliau itu ringan dan tidak serius.” 


 Ketika Tentera Soviet berundur dari Afghanistan dan pihak Komunis telah dikalahkan oleh Mujahideen, Khattab dan sekumpulan kecil para Mujahideen mendapat tahu tentang peperangan menentang musuh yang sama, tetapi kali ini di Tajikistan. Beliau kemudiannya terus berkemas dan mara ke Tajikistan pada tahun 1993 bersama-sama dengan sekumpulan kecil para Mujahideen. Dua tahun mereka di sana berperang dengan tentera Rusia di pergunungan yang bersalji tanpa senjata dan bekalan peluru yang secukupnya. 


Ketika di Tajikistan Khattab kehilangan dua jari tangan kanannya ketika cuba membaling sebutir bom tangan buatan sendiri. Bom tangan tersebut meletup di tangan beliau dan dua daripada jari beliau cedera parah. Para Mujahid yang bersama-sama dengan beliau cuba menyuruh beliau pergi ke Peshawar untuk mendapatkan rawatan perubatan, tetapi Khattab enggan. Sebaliknya beliau meletakkan sedikit madu pada luka tersebut (seperti Sunnah Rasulullah SAW) dan membalutnya sambil menegaskan bahawa tidak perlulah beliau ke Peshawar. Jari-jari beliau kekal dalam balutan sedemikian sejak dari hari tersebut. 


 Selepas 2 tahun di Tajikistan, Khattab kembali bersama-sama dengan para Mujahideen yang bersama-sama dengan beliau ke Afghanistan, pada awal 1995. Pada ketika inilah peperangan di Chechnya meletus dan setiap orang keliru dengan pegangan agama bangsa Chechen dan kepentingan sudut keagamaan perang tersebut. 


 Khattab menggambarkan perasaan beliau apabila beliau melihat berita mengenai Chechnya di televisyen satelit pada suatu petang di Afghanistan: 


 “Apabila aku melihat kumpulan-kumpulan orang Chechen memakai kain lilit kepala dengan 'Laa ilaha illallah...' tertulis di atasnya dan melaungkan takbeer, aku memutuskan yang Jihad sedang berlangsung di bumi Chechnya dan aku mesti ke sana.” 


 Dari Afghanistan, Khattab berangkat bersama-sama dengan sekumpulan lapanorang para Mujahid, terus ke Chechnya, tiba di sana pada musim bunga 1995. Empat tahun berikutnya menjadikan perjuangan Khattab di Afghanistan dan Tajikistan kelihatan seperti permainan anak-anak tadika. Menurut statistik rasmi Rusia, lebih ramai tentera Rusia terbunuh selama tiga tahun peperangan Chechnya daripada jumlah mereka yang terbunuh selama 10 tahun penjajahan Soviet di Afghanistan. 


 Khattab telah disertai pula oleh beberapa orang daripada para Mujahideen Afghan yang bersama-sama dengannya sebelum ini dan mereka mula melatih penduduk tempatan Chechen dalam ilmu peperangan dan juga ilmu Islam. Mereka melancarkan beberapa operasi nekad ke atas Rusia di bumi Chechnya (Khartashoi, 1995; Shatoi, 1996; Yashmardy, 1996) dan di Rusia sendiri (Dagestan 1997 dan kini, 1999). 


 Salah satu daripada operasi beliau yang paling nekad adalah serang hendap di Shatoi pada 16 April 1996, di mana beliau memimpin sekumpulan 50 orang Mujahideen menghancurkan sebuah konvoi 50 kenderaan tentera Rusia yang sedang dalam perjalanan meninggalkan Chechnya setelah menghancurkan satu perkampungan umat Islam. Sumber rasmi Tentera Rusia menyatakan bahawa 223 orang tentera Rusia terbunuh (termasuk 26 orang pegawai atasan) dan setiap kenderaan musnah sama sekali. Operasi ini membawa kepada pemecatan dua atau tiga orang General tertinggi tentera Rusia di Moskow dan Boris Yeltsin mengumumkan berita tentang operasi tersebut di Parlimen Rusia. Lima orang Mujahid gugur shahid di dalam operasi tersebut. Keseluruhan operasi tersebut berjaya difilemkan (ketika pertempuran sebenar) dan sedutan foto-foto dari filem tersebut boleh dilihat di Azzam Publications [bahagian Pustaka Foto] 


 Beberapa bulan selepas itu, para Mujahideen di bawah pimpinan beliau melancarkan satu serangan ke atas berek tentera Rusia, memusnahkan helikopter bersenjata Rusia dengan peluru berpandu anti-kereta-kebal AT-3 Sagger panduan wayar. Sekali lagi, keseluruhan operasi ini, termasuklah kemusnahan helikopter-helikopter tersebut berjaya difilemkan. 


 Sekumpulan dari pejuang-pejuang dari bawah pimpinan beliau juga mengambil bahagian dalam serangan ke atas Grozny pada Ogos 1996, diketuai oleh Shamil Basayev. 


 Beliau juga memimpin sekumpulan 100 orang Chechen dan Mujahideen Antarabangsa pada 22 Disember 1997 memasuki 100km ke dalam kawasan Rusia dan menyerang ibupejabat Briged Rifel Bermotor 136, Tentera Rusia. 300 kenderaan Tentera Rusia dimusnahkan dan ramai askar-askar Rusia terbunuh [Operasi Dagestan]. 2 orang Mujahideen gugur shahid (insha-Allah) dalam operasi ini, termasuklah salah seorang Komander tertinggi Khattab, Komander Abu Bakr Aqeedah. 


 Selepas Tentera Rusia berundur dari Chechnya pada musim luruh 1996, Khattab telah diberi penghargaan sebagai wira Chechnya. Beliau telah dianugerahkan dengan pingat keberanian dan ketabahan oleh Kerajaan Chechnya dan diberi pangkat rasmi sebagai Jeneral, di dalam sebuah majlis yang turut dihadiri oleh Shamil Basayev dan Salman Raduyev, dua komander paling penting dalam peperangan Chechnya. Sebelum Jeneral Jawhar Dudayev meninggal dunia, beliau juga sangat menghormati Khattab. Ini adalah penghormatan yang diterima atas tindakan, bukan perkataan semata-mata. 


 Khattab percaya akan Jihad melalui media. Beliau pernah dilaporkan berkata,"Allah SWT memerintahkan kita memerangi orang kafir sebagaimana mereka memerangi kita. Mereka memerangi kita dengan media dan propaganda, maka kita juga patut memerangi mereka dengan media kita.” Atas sebab ini, beliau berkeras agar setiap operasi beliau difilemkan [bukan lakonan tetapi difilemkan ketika operasi berlangsung]. Dikatakan bahawa beliau mempunyai sebuah koleksi ratusan kaset video dari Afghanistan, Tajikistan dan Chechnya. Belia percaya bahawa perkataan semata-mata tidak mencukupi untuk menjawab tuduhan palsu media-media musuh. Beliau juga telah mengambil banyak keratan video kemusnahan Tentera Rusia dalam operasi Dagestan baru-baru ini, Ogos 1999, yang menunjukkan lebih 400 Tentera Rusia terbunuh, 10 kali ganda angka 'rasmi' Rusia, 40 orang askar terbunuh. 


 Khattab telah dikatakan oleh ramai umat Islam sebagai 'Khalid bin Waleed zaman ini'. Beliau benar-benar mengimani bahawa kematian beliau hanya akan tiba pada masa yang telah ditulis dan titetapkan oleh Allah SWT, tidak sedetik sebelum atau sedetik selepasnya. Beliau telah banyak kali melepaskan diri dari kematian dan cubaan membunuh beliau - cubaan yang paling hampir adalah ketika beliau sedang memandu trak empat tan Rusia, yang telah dibom oleh tentera Rusia. Trak tersebut telah meledak hingga berkecai tetapi Khattab selamat tanpa apa-apa kecederaan. 


 Beliau bijak, berani dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Beliau sangat disukai oleh para Mujahid pimpinan beliau, tetapi dikenali sebagai seorang yang tidak boleh dibuat main-main. Beliau selalu mengambil berat tentang tenteranya, menyelesaikan apa-apa masalah peribadi dan memberikan mereka wang dari sakunya sendiri agar mereka boleh berbelanja. Beliau mempunyai satu kumpulan komander yang sangat terlatih dan berpengalaman, setiap seorang mampu mengambil-alih peranan beliau sekiranya beliau gugur.


 Di dalam satu nasihat kepada umat Islam di serata dunia, beliau pernah berkata: 


 “Perkara utama yang menghalang kita semua daripada berjihad adalah keluarga kita. Semua kami yang datang ke sini, datang tanpa kebenaran keluarga kami. Sekiranya kami telah mengikut kehendak mereka dan pulang ke rumah masing-masing, siapakah yang akan meneruskan kerja yang kami sedang lakukan ini? Setiap kali aku menelefon ibuku, malah sekarangpun, beliau akan memintaku pulang ke rumah, walaupun aku sudah 12 tahun tidak bertemu dengannya. Sekiranya aku pulang menziarahi ibuku, siapakah yang akan meneruskan kerja ini?” 


 Cita-cita Khattab adalah untuk terus berjuang menentang Rusia sehingga mereka meninggalkan setiap bumi umat Islam, dari Caucasus sehinggalah ke Republik Asia Tengah. Beliau pernah berkata,"Kita kenal Rusia dan kita tahu taktik mereka. Kita tahu kelemahan mereka; kerana itulah lebih mudah untuk kita menentang mereka berbanding tentera-tentera lain.”


 Propaganda palsu pihak media menuduh Khattab melaksanakan tindakan 'terrorist' di serata dunia. Sesiapa yang telah membaca artikel ini dengan fikiran yang terbuka tentu sedar bahawa sikap Khattab adalah bersemuka dengan musuh secara berhadapan. Dan sekiranya memerangi tentera dan askar yang memusnahkan kehidupanmu, menjadikan wanita-wanitamu janda dan anak-anakmu yatim, bermakna 'terrorism', maka biarlah sejarah menjadi saksi bahawa Khattab memang 'terrorist'. 


 Pada 1979, Soviet Union menakluk Afghanistan. 20 tahun kemudian, tiada lagi Soviet Union, dan apa yang tinggal darinya sedang ditakluk semula oleh para Mujahideen yang bangkit untuk menentang penaklukan asal tersebut - mungkin inilah kesilapan paling besar sebuah kerajaan pada abad ke-20 ini. 




 “Sekumpulan kecil. Merekalah yang meneruskan cita-cita ummah Islam ini. Dan sekumpulan yang lebih kecil lagi dari kumpulan kecil ini. Merekalah yang mengorbankan keinginan keduniaan peribadi mereka demi untuk bertindak dalam usaha memenuhi cita-cita tersebut. Dan sekumpulan yang lebih kecil dari kumpulan elit ini. Merekalah yang mengorbankan jiwa dan darah mereka demi mendapatkan kejayaan untuk cita-cita dan keyakinan ini. Maka, mereka adalah sekumpulan kecil dari sekumpulan kecil dari sekumpulan kecil.” [Shaheed Dr Sheikh Abdullah Azzam, dibunuh 1989]




Sumber: Klik Sini

Sebab Utama Ikhwan Muslimin Diharamkan

Kebanyakan kita membaca sejarah penubuhan ikhwan muslimin, dan kisah pengharamannya, namun tidak tahu secara detail sebab utama ia diharamkan. Sedalam yang saya kaji, saya mendapati ikhwan muslimin diharamkan kerana jemaah ini ingin melaksanakan perintah Allah yang bekaitan dengan 'jihad'.


Selama Ikhwan meneruskan usaha dakwah dan tarbiyahnya, segala-galanya berjalan lancar, tetapi, sesudah Ikhwan menghantar ribuan mujahidnya ke Palestin, itulah sebab ia diharamkan.


Mujahid-mujahid ini lahir hasil tarbiyah dan pembinaan Ikhwan Muslimin, mujahid yang bersifat merindui akhirat dan tidak takut mati, bersemangat jihad ini telah menunjukkan kemampuan mereka menghapuskan Israel dalam perang Mesir-Israel.


Yahudi merasa ketakutan dan mereka telah melakukan perjanjian damai dengan presiden mesir ketika itu, Anwar Sadat. Anwar Sadat telah menyetujui perjanjian itu dan menarik balik tentera Mesir dan mengarahkan mujahidin ikhwan pulang, ketika itu Tel Aviv sudah hampir ditawan.


Mujahidin ikhwan enggan pulang selagi mereka belum berjaya membebaskan al-Quds, ramai di kalangan mereka yang syahid dan tidak ada seorang pun yang menyerah diri. Disebabkan keengganan ketua mujahidin dari mengundurkan mujahidin, maka ketua mujahidin telah dilucutkan jawatan. Akibatnya mujahidin kehilangan panduan.


Akhirnya kesemua mujahidin itu telah ditangkap dan dipenjarakan oleh kerajaan Mesir sendiri. 


Andai tiada siapa yang menyekat kemaraan mujahidin ikhwan, sudah lama al-Quds telah dibebaskan. Mungkin Allah ingin simpan Al-Quds untuk kita. Agar kitalah yang membebaskannya. Selain itu kita dapat ambil iktibar dari pengalaman ikhwan muslimin sebelum ini.


Sebab utama Ikhwan diharamkan ialah kerana Ikhwan menghasilkan mujahid dan menghantar mujahid berjihad fisabilillah di Palestin.



Hudri Maahadi


Hassan Al Banna

Hassan Al Banna 


 Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa yang ditaburkan. Inilah yang dapat diperkatakan mengenai keperibadian tokoh pada kali ini iaitu As Syahid Imam hassan Al Banna. Walaupun telah 54 tahun Almarhum meninggalkan kita semua, namun perjuangan dan kegigihannya dalam menegakkan kembali Islam di bumi Mesir tetap kukuh bersemadi dalarn hati sanubari masyarakat Islam hingga ke hari ini. 


 Tanggal 12 Februari 1949 meninggalkan sejarah hitam dan pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itu dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu. 


 Imam Hassan Al Banna telah dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al Mahmudiya yang terletak di daerah al Bahriyyah, Iskandariah, Mesir. Beliau berasal dari sebuah keluarga Ulama yang dihormati dan terkenal kerana begitu kuat mentaati ajaran dan nilai-nilai Islam. Mujahid Islam ini dibesarkan dalam suasana keluarga yang merendah diri dan hidup dalam keadaan yaug serba sederhana. 


 Hassan al Banna merupakani anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad ibn Abd al Rahman al-Banna. adalah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fikah perundangan Islam, yang berkelulusan dari Universiti Al Azhar Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun, pemurah, merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai pembaik jam di desa al Mahmudiya untuk menyara keluarganya. 


Masa yang selebihnya digunakann untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al Quran dan hadis kepada penduduk tempatan. Ayah Hassan Al Banna Sebagai seorang ulama, Sheikh Ahmed Abd Rahman al Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. 


Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari Sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalarn perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al Banna diwarisi oleh Hassan al Banna. 


Sifat kepimpinan Hassan al Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pernimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-lkhwan al- Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalarn penubuhan Ikhwam Muslimin Keluarga Hassan Al- Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. 


Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz Quran dalam usia yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Selepas tiga tahun di sana beliau mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas. Semasa di Kaherah, Hassan al Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Ataturk. 


Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jamaitul Makram a;-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai. 


Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.. Menubuhkan lkhwan Muslim Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. 


Di rumah itu jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah. Ketika ditanya mengapa beliau melibatkan diri dalam kerja kerja dakwah, Hassan al Banna dengan tegas menjawab, ia hanya Allah yang tahu berapa malam kita menghabiskan masa untuk memikirkan masalah Ummah, pada peringkat mana mereka telah melaluinya dan kesakitan dan keperitan yang telah mereka lalui. 


Dan kita merenung sumpahan yang dikenakan atas kesakitan yang dilalui oleh Ummah. Kesukaran dan kepahitan yang dilalui oleh mereka mungkin berakhir dengan munajat dari kita sernua.


 Setelah berkhidmat selarna 19 (tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusun kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat di bandar. Pengalaman ahli jemaah yang dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwan Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh. 


 Di dalam buku "Letter To A Muslim Student" (FOSIS,1995) kedinamikan Ikhwan Muslimin dijelaskan: Pencapaian Hassan al Banna yang paling membanggakan ialah kernampuannya membangunkan organisasi yang canggih dan berjaya menterjemahkan wawasannya dalam kehidupan sebenar. 


Ikhwan bukan sekadar pertubuhan yang berasaskan sosial, politik atau kumpulan agarria tetapi lebih dari itu. Menurut Dr. Muhammad Karnal khalifah, Pensyarah di Universiti Cairo melalui mukadimah buku Ikhwan Muslimin dan Masyarakat Mesir, kemunculan Hassan Al Banna yang mendapat inspirasi dari Jamaluddin Al Afghani dan Muhammad Abduh, serta menjalani aliran rakyat melahirkan golongan mukmin yang sebenar-benarnya melalui pengajian dan pembelajaran untuk menyebarkan akidah yang sahih, kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang Islam dan sistemnya.


 Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita tersebut. Usaha beliau ini amat dikagumi masyarakat Mesir sehingga Islam kembali kepada kedudukan yang sewajarnya dalam masyarakat. Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. 


Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa. Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan.


 Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas. lkhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam perebutan kuasa politik. Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin sebagai negara di dalam negara. 


Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, lkhwan mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong (sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan kesernuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan dihasil-kerja Ikhwan yang melangkaui batas negara. 


 Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam. Malah, kerajaan British telah menjemput Hassan al Banna ke kedutaan mereka untuk minum teh. Beliau dipuji kerana perwatakannya yang baik, kerja-kerja kebajikannya untuk membantu anak-anak yatim dan janda. Malah pegawai atasan British menjelaskan bahawa dunia sangat fragile dan Mesir perlu dibangunkan sebagai negara yang moden dan makmur. 


Pengharaman Ikhwan Muslimin dan Pembunuhan Hassan AI-Banna Pengaruh Ikhwan Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi.Pada 8 November 1948 Beliau telah mengharamkan Ikhwan Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwan Muslimin menghantar beribu ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Israel seolah olah dinafikan. 


Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan.Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. 


Anggota-anggotanya ditangkap, dimasukkan ke dalam penjara, di seksa dengan teruk, malah ada yang dibunuh.Apabila seorang wartawan bertanyakan Hassan al-Banna tentang pengharaman itu, beliau menjawab, apabila kata-kata diharamkan, maka tanganlah yang akan menggerakkannya. Begitu mendalam kata katanya.

  Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh dan Gerakan Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda pergerakan itu telah dirampas dan beribu ribu orang beliau telah disumbatkan ke dalam penjara. Dengan alasan untuk mengendurkan (mengurangkan) ketegangan (konflik) antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.


 Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hasan al Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba. Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. 


Mereka berdua terkena ternbakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam'iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital. Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna. 


Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak Pengurusan Jenazah Pada pukul satu pagi pihak polis menyampaikan berita kematian kepada ayah Hasan al-Banna dengan dua pilihan: Pihak polis akan menghantarkan jenazah ke rumahnya untuk beliau menjalankan urusan pengebumian pada jam sembilan pagi tanpa sebarang perhimpunan, jika tidak menerima tawaran pertama itu, pihak polis sendiri terpaksa membawa jenazah dari hospital ke kubur tanpa beliau melihat jenazah anaknya itu. Ayah Hasan al Banna menerima pilihan yang pertama.


Sebelum fajar menyingsing, jenazah as-Syahid dibawa ke rumahnya di Hilmiah al-Jadid dengan sebuah kereta yang dikawal rapi oleh polis yang lengkap bersenjata. Di sekitar rumahnya juga terdapat polis dan tentera berkawal dengan rapi. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menghampiri kawasan tersebut. Jenazah Almarhum dibawa masuk ke rumahnya secara tidak ada orang yang melihatnya dan tidak ada yang mengetahui masa ketibaannya. 


 Sheikh Ahmad Abdur Rahman, ayah Hasan al-Banna yang sudah berusia lebih 90 tahun itu dengan penuh kesabaran memandikan dan mengapankan jenazah anaknya yang baru berusia 43 tahun itu seorang diri. Setelah diletakkan ke atas pengusung, beliau memohon pihak polis mencari beberapa orang untuk mengusungnya. Tetapi pihak polis ruenjawab, biarkanlah orang-orang perempuan tolong mengusungnya. Polis tidak membenarkan sesiapa datang ke rumah tersebut untuk mengucapkan takziah dan tidak dibenarkan membaca al-Quran. 


Ayah Hasan al-Banna tidak dapat berbuat apa apa lagi. Beliau dengan tiga orang perempuan terpaksa mengusung anaknya itu menuju ke Masjid al-Qaisun untuk disembahyangkan. Pihak polis lebih dahulu telah pergi ke masjid memerintah orang-orang yang ada di situ supaya meninggalkan masjid. Sheikh Abdur Rahman seorang diri menunaikan solat jenazah ke atas anaknya itu. Kemudian mereka meneruskan pengusungannya menuju ke perkuburan untuk disemadikan jenazah Almarhum. Pada waktu itu usia Hassan Al-Banna baru mencecah 43 tahun


. Anak bongsunya telah dilahirkan pada hari yang sama isteri Hassan Al-Barma menamakannya "Esteshhaad" yang bermaksud syahid. Pembunuhan Hassan al-Banna adalah satu perancangan pihak istana dengan arahan Raja Farouk dan Perdana Menterinya Ibrahim Abdul Hadi. Sebab itulah tidak ada sebarang tindakan ke atas penjenayah dan orang yang terlibat. Kes pembunuhan ini walaupun telah dibawa ke mahkamah beberapa kali, tetapi telah ditangguhkan. 


Pertama kali dibawa pada masa pernerintahan Perdana Menteri Ibrahim Abdul Hadi. Kedua, pada masa pernerintahan Perdana Menteri Husin Sari. Ketiga, pada zaman pernerintahan Perdana Menteri Mustafa al Nahhas Basya. Pada 23 Julai 1952 satu revolusi telah tercetus. Raja Farouk terpaksa turun dari singgahsananya. Berikutan itu, kes ini dibuka semula. Penjenayah ditangkap dan pada 2 Ogos 1954, Koperal Ahmad Husin Jad dikenakan hukuman penjara seumur hidup dengan kerja berat. Pemandu kereta, Sarjan Major Muhammad Mahfuz Muhammad dikenakan hukuman penjara 15 tahun dengan kerja berat. Major Muhammad al Jazzar dikenakan hukuman satu tahun penjara dengan kerja berat. 


 Sejak pembunuhan terhadap Hassan al Banna, ramai pendukung Ikhwan Muslimin yang telah ditindas dan dizalimi. Namun tindakan tindakan tersebut menyebabkan pertubuhan itu bukan sahaja semakin bertambah kuat di Mesir, malah telah mengembangkan sayapnya di negara-negara Arab. Kebangkitan Islam yang berlaku di negara Arab pada hari ini sebenarnya secara tidak langsung bertitik tolak dari Gerakan Ikhwan Muslimin, 


 Tegasnya, Hasan al-Banna merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani, berjaya menyedarkan masyarakat dengan fikrah dan pendekatan barunya dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul. Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi, namun fikiran dan gerak kerjanya masih menjadi rujukan dan pegangan pejuang pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini.

sumber: klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah