Hidup di dunia dipenuhi dengan pelbagai kepahitan dan keperitan serta penderitaan. Kesusahan dan keletihan terpaksa ditanggung. Perasaan dan emosi terpaksa diketepikan. Keinginan hati terpaksa ditahan.
Disebabkan hidup ini penuh dengan cabaran yang menekan jiwa dan meremukkan hati, maka jiwa dan hati mestilah kebal, kuat dan kental untuk menghadapi semua cabaran hidup.
Motivasi sangat diperlukan, kecekalan dan kesabaran serta ketahanan jiwa sangat dihajatkan. Bukan perlu lari dari cabaran dan masalah, tapi perlu meningkatkan persediaan untuk menghadapi masalah.
Lari dari masalah takkan membuatkan kita merasa rehat, sebaliknya akan semakin melemahkan kita, hingga hal kecil pun dirasakan perit. Manakala sentiasa bermain dengan masalah akan membuatkan anti-body kita kuat. Semakin menghadapi kesusahan, semakin kuat. Semakin menanggung masalah, semakin mantap. Semakin menderita, semakin cekal.
Lari dari masalah akan membuatkan kita gagal. Lari dari masalah bererti menunggu masalah besar di masa depan. Masalah perlu diselesaikan. Masalah perlulah ditangani.
Semakin pumping, bukanlah semakin lembik. Semakin pumping semakin kuat. Tidak pumping membuatkan tak mampu pumping. Meninggalkan pumping membuatkan jadi tak larat.
Kita mesti biasakan diri dengan masalah dan menaggung beban. Ia akan membuatkan kita semakin kuat, sehinggalah bebanan berat pun terasa ringan ditanggung, kerana sudah terlatih.
Menghindari masalah akan membuatkan kita semakin lemah, semakin hilang daya tahan.
Oleh itu, tinggalkan perkara-perkara yang manis, untuk melakukan perkara yang pahit dirasakan. Tinggalkan fesbuk, untuk baca buku. Tinggalkan katil, untuk bangun ke masjid.
mohamad hudri b Md Isa
20 may 2013
3;45AM
No comments:
Post a Comment