بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Showing posts with label Cerita Saya. Show all posts
Showing posts with label Cerita Saya. Show all posts

Saturday, 2 November 2013

MAHU BERHIJRAH

1 MUHARRAM kelak, saya BERHIJRAH  ke Mesir.

Saya mahu berhijrah tempat, dari kampung yang tiada cabaran kehidupan, tiada kesusahan, tiada kerisauan, kepada tempat yang banyak duri-duri cabaran, lautan kesusahan dan gunung-ganang kerisauan.
Aku cintakan kesusahan, kerana ia mendidikku menjadi seorang lelaki dewasa.
Sedangkan tempat yang tiada cabaran akan membuatkan aku lemah longlai, kusut masai dan ketinggalan zaman. Kesusahan akan membuatkan aqalku ligat tajam berfikir, semangatku tinggi dan kental, tenagaku gagah perkasa. Lebih berdisiplin, teratur dan terancang.

Aku mahu berhijrah perangai, dari perangai yang tidak mantap, kepada perangai akhlak yang mulia lagi terpuji serta disukai.

Aku mahu berhijrah ilmu, dari ilmu yang cetek dan tidak bertambah, kepada ilmu yang luas dan sentiasa bertambah, ingatan yang lebih kuat, lebih banyak beramal dengan ilmu dan tegar menyampaikannya.

Aku mahu berhijrah jiwa, dari jiwa yang lemah dan hanya berserah kepada nasib, kepada jiwa yang besar dan garang berani, menentukan nasib sendiri dan mengatur nasib yang terbaik untuk diri sendiri. Dari jiwa yang luntur bila ditiup angin, kepada jiwa yang kukuh pendirian dan keingingan, tidak goyah walau dilanda ribut taufan dan gelombang tsunami. Dari mudah patah hati dengan cabaran kecil kepada jiwa yang teguh tidak retak, tidak lemah, tidak patah, kukuh sekukuh gunung jerai yang telahpun aku tawan.

Aku mahu berhijrah diri, dari seorang yang biasa, kepada seorang perwira, paahlawan yang gagah perkasa, berani tangkas dan handal lagi cekap.

Aku mahu berhijrah nasib, dari nasib yang selalu malang kepada nasib yang selalu untung dan menang lagi senang. Dari nasib yang selalu gagal, kepada nasib yang selalu menang. Dari selalu ketinggalan, kepada sentiasa kehadapan dan paling maju. Dari sentiasa tidak berjaya, kepada sentiasa berjaya apa sahaja.

HIJRAH..
DISEBABKAN HIJRAH LAH ISLAM MENCAPAI KEJAYAAN
DISEBABKAN HIJRAH LAH ISLAM SELAMAT DARI KEBINASAAN
DISEBABKAN HIJRAH ISLAM MEMPEROLEHI KEKUATAN
DARI HIJRAH ISLAM MEMERINTAH ALAM

DENGAN HIJRAH AKANKU CAPAI KEJAYAAN
DENGAN HIJRAH AKANKU SELAMAT DARI KEBINASAAN
DENGAN HIJRAH AKANKU MEMPEROLEHI KEKUATAN
DARI HIJRAH AKANKU MEMERINTAH ALAM


Mohamad Hudri B Md Isa
Universiti Al Azhar Mesir

Tuesday, 29 October 2013

Demi Harapan Orang Kampungku

Kalau nak ikutkan hati, saya tak mau jadi ustaz, tak mau jadi pendakwah, tak mau jadi imam, tak mau jadi ulama, sebab saya tak layak, sebab saya banyak kekurangan.

kalau nak ikutkan hati, saya nak main game saja, tak mau ambil tahu apa, nak tanam ubi, tanam pokok, lepastu tunggu hasil.. tak mau campur dengan dunia ni..

Kalau boleh, lepas saya p mesir, saya tak mau balik dah ke malaysia, sebab saya tak layak untuk menggalas semua tugas mulia itu.. Biarlah orang lain yang ambil tugas itu, saya tak mau bebanan, saya nak bebas merdeka dan ringan..

Tadi, surau saya buat bacaan yaasiin, untuk anak2 kampung yg nak ambil SPM, dan juga untuk saya sebagai anak jati kampung yang nak p belajar d Mesir. Tok imam kata semoga Adik Hadri ni p mesir ambil ilmu2 yg bermanfaat kemudian pulang dan bagi kat kita.

Perasaan saya ketika itu, saya rasa 'aku tak mau balik ke malaysia lah, aku mana layak jadi pendakwah..'

Tapi.. ayah dan mak saya kata ini adalah hasutan syaithon, supaya saya tidak berdakwah, berdakwah adalah pahala, sepatutnya saya sukakan pahala dan suka kepada kerja yang dapat membuatkan saya memperolehi pahala.

Sepatutnya, saya bersyukur kerana inilah peluang untuk saya memberi sumbangan kepada masyarakat dan agama Islam. Sepatutnya saya gembiralah krn dapat mengimarahkan surau itu. Sepatutnya saya lega lah krn saya tidaklah menjadi seperti kereta yang keusangan kerana tidak digunakan, sekurang-kurangnya saya bergerak juga.

Sepatutnya, saya tidak perlu sibuk memikirkan tentang ketidak layakan saya ini. Sebaliknya, fikirlah tentang kemestian saya untuk melakukan kerja tersebut. Buat apa saya fikir tentang hal yang akan membuatkan saya ragu-ragu dan tidak yakin diri, itu akan membuatkan saya memecilkan diri dan menjadi orang yang tak berguna kepada nusa dan bangsa.

Lebih baik saya fikir tentang hal2 kemestian saya untuk melakukan kerja2 itu, supaya ia membuatkan saya menjadi lebih berkeyakinan diri, lebih berani, lebih aktif dan memberikan banyak jasa kepada masyarakat.

Saya tengok tok imam saya tak macam saya pun, mana dia dok susah hati sambil berkata 'aku tak layak.. aku tak layak..' sebaliknya dia bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk berbakti. Dia buat dengan baik saja, tanpa ragu2 pon.. dia x malu2 pon..

Semua orang ada kekurangan, kekurangan itu perkara biasa. Meskipun ada kekurangan, janganlah jadikan itu sebagai penghalang untuk berbakti, apabila kita mampu melakukan kerja tersebut dengan baik, maka tidak syak lagi kita memang layak melakukan kerja itu.



Mohamad Hudri b md isa

Monday, 16 September 2013

Perbaiki Tazkirah

Perkara Penting dalam menyampaikan tazkirah:

1) Duduk tegak
-yakin diri

2) Muka menghadap ke muka setiap pendengar
-orang rasa diberi perhatian, mrk akan beri perhatian, mrk rasa seronok

3) Rasakan ketenangan, bukan kegopohan
-orang juga rasa tenang, bukan rasa serabut,
-mrk dapat dengar lama2

4) sebut satu perkataan demi satu perkataan dgn sehabis jelas dan fasih yang mampu.
-kata2 yang x jelas, membuatkan fikiran mrk bingung dan serabut, mrk akan rasa menyampah, rasa tak mau dengar.
-kata2 yg jelas membuatkan mrk rasa lapang dada dan berasa puas dengar

5) Senyum
-orang rasa terpesona melihat kekacakan kita.. hahaha

6) gunakan bahasa yang indah, sopan, dan berunsur kasih sayang
- terpikat orang dengar, tertambat hati, terpegun, terpesona, orang suka..




(Video: Menyampaikan kuliah maghrib, 16/9/2013 di surau. Kitab Ayyuhal Walad, ilmu Tasauf)


Mohamad Hudri B Md Isa
17.9.2013
1;30pm
Kedah


Monday, 9 September 2013

Perkara Penting Untuk Daie

Perkara penting yang mesti ada pada seorang pendakwah bagi memastikan mesej yang disampaikannya itu dapat difahami dan diterima oleh manusia ialah:

1) Ilmu
2) Seni menyampaikan ilmu







9 September 2013, Isnin : Saya menyampaikan kuliah maghrib di Surau, baca Kitab Ayyuhal Walad karangan Imam Ghazali. 


Diantara seni menyampaikan ilmu ialah:

1) Duduk tegak, dapatkan keselesaan, keserasian, ketenangan serta kemerdekaan

2) Wajah tidak tunduk ke bawah, langut wajah agar orang dapat melihat wajah, andai takut, maka jangan lihat kepada mata orang, tapi lihatlah kepada dinding.

3) Sebut perkataan satu demi satu, jelas, tidak terburu-buru mahu menghabiskan kalam

4) Selitkan dengan humor


Antara perkara-perkara penting:

1) Mulakan dengan basmalah, memberi salam, memuji Allah dan selawat ke atas Nabi.
2) membaca Ayat Quran dan hadis
3) Mengucapkan pernghormatan kepada pihak masjid dan hadirin
4) Mula memberikan permulaan kepada syarahan
5) Menyampaikan syarahan
6) Buat kesimpulan ringkas
7) memohon maaf andai ada terkasar bahasa
8) Wabillahit taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh
9) membaca doa


Mohamad hudri b Md Isa
10 September 2013
8;50AM
Kedah

Monday, 2 September 2013

Siapkan Diri Galas Tugas Nabi

2 September 2013 adalah tarikh saya mula menyampaikan kuliah maghrib di Surau di Sungai Petani Kedah. Pada bulan ramadhan yang lalu, saya ditugaskan menyampaikan tazkirah ramadhan dan imam terawih sebanyak 5 kali dalam bulan itu.

Dalam tazkirah maghrib pertama saya tadi, sebelum itu sebenarnya saya tidaklah membuat persiapan yang rapi, sekadar fikir dan rancang dalam otak nak cakap apa.

Sebelum saya menuju ke masjid, tiba-tiba saya dibebani rasa takut dan gentar. Saya mula kuatkan azam dan semangat untuk berjuang dan berdakwah di jalan Allah. Nasyid-nasyid jihad saya takwilkan ke arah dakwah, ia membuatkan saya berani dan bersemangat. Ayat Quran yang memotivasi saya jadikan azimat.

Saya pun melaksanakan tugas saya, alhamdulillah berjaya! Orang yang asalnya sedikit tiba-tiba datang semakin ramai. Saya menyampaikan ilmu, sehingga saya sudah kehabisan ilmu, saya masuk ilmu lain pula, kemudian tiba-tiba datang ilham baru, saya cakap panjang sikit lagi.


____________________

Saya fikir bahawa ilmu saya tidak cukup, 
saya merancang untuk meningkatkan ilmu dengan dua cara ini:

1) Saya perlulah menghabiskan pembacaan sebuah buku ilmiah dalam masa dua hari, 
perlulah menghabiskan puluhan buku dalam masa sebulan,
dan ribuan buku dalam masa setahun.

2) Saya juga perlu penuhi masa dengan menuntut ilmu di pondok
dan sentiasa berkelana ke medan ilmu. 

3) Ingatlah tanggungjawab saya ialah penyampai risalah Islam
penyambung perjuangan Anbiya, oleh kerana itu saya perlu kerahkan segala daya dan tenaga untuk mempersiapkan diri semantapnya bagi menggalas tugas itu


____________________

Ayat Quran dan nasyid perjuangan telah membangkitkan keberanian saya untuk berdakwah dan semangat untuk menggalas tugas menyambung perjuangan Anbiya. 



لقد من الله على المؤمنين اذ بعث فيهم رسولا منهم يتلو عليهم اياته ويزكيهم ويعلمهم الكتاب والحكمة وان كانوا من قبل لفي ضلال مبين

Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kepada orang-orang beriman dengan mengutuskan untuk mereka seorang utusan dari kalangan mereka sendiri yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan  membersihkan jiwa mereka dan mengajari mereka Al-kitab dan Al-Hikmah (sunnah) sedangkan mereka sebelum itu berada dalam kesesatan yang nyata

Ali Imran 164


Di antara tugas Nabi dalam ayat di atas ialah:
1) Membacakan ayat-ayat Allah 
2) Mensucikan jiwa manusia
3)Mengajari Al-Kitab (Quran) dan Al-Hikmah (Sunnah)

Said Hawa menulis dalam kitabnya, jundullah bahawa perkara paling asas untuk menjadi tentera Allah ialah Ilmu Pengetahuan. Saya bertanggungjawab untuk meningkatkan daya usaha mendalami ilmu terutamanya di pondok, saya bertanggungjawab untuk mengerahkan segala tenaga untuk mengaut ilmu melalui pembacaan. Kerana saya ditugaskan untuk mengajar pada setiap hari isnin malam selasa di surau tersebut. 

Saya perlu menyelak kisah-kisah ulama mencari ilmu ia akan memotivasi saya untuk menuntut ilmu. Membaca kisah-kisah Nabi dan pendakwah pula akan memotivasi saya untuk berdakwah.

Bahkan, tanggungjawab saya ialah pembawa risalah Islam ke kawasan tersebut! Saya juga bertanggungjawab untuk menghidupkan risalah Islam pada zaman ini! Saya bertanggungjawab untuk menyala dan menerangkan obor keimanan manusia! Saya berlajar di Maktab Mahmud Alor Setar, kemudian sambung ke Universiti Al-Azhar adakah wajar saya berdiam diri membiarkan masyarakat? 

Andai kamu cintakan Allah, maka ikutilah Nabi, nescaya Allah cinta padamu..


Mohamad hudri b md Isa
2 September 2013
10;45pm
Kedah

Thursday, 23 May 2013

Stratergi Studi

Rakan-rakan studi dari awal, buat studi group, buat nota dan menghafaz.. Tapi aku rilex awal-awal. Hingga tinggal seminggu nak periksa, barulah studi perhabis satu madah dalam masa semalaman tak tidur. Akhirnya, aku hanya sempat baca, baca laju-laju sebab banyak sangat nak baca, kesannya tidak faham secara mendalam. Kesannya juga ialah Tidak sempat membuat nota, dan tidak sempat menghafaz. Aku hanya baca, faham yang mana boleh faham, dan ingat, seterusnya di hari periksa, kena perah otak untuk ingat semula apa yang aku baca, dan karang jawapan pakai ayat sendiri. Berat ooo.....

Sepatutnya, selepas dapat saja buku kuliah, aku perlu terus membaca sambil menterjemah makna, faham kemudian buat nota, kemudian ingat.

Sebelum masuk kuliah, perlu baca dulu pelajaran yang akan disyarahkan, cari dulu maknanya, buka kamus dulu. Agar bila dengar syarahan doktor, boleh faham kalimah-kalimah yang dia sebut, sebab dah cari dah maknanya sebelum masuk kuliah.

Bila masuk tiba-tiba, maka dengar kalimah baru secara tiba2, tak faham, lepastu sia-sia saja dengar ceramah, sebab tak faham. Masuk angin keluar asap.

Masa lapang bukanlah digunakan untuk berfesbuk dan main game, tapi masa lapang digunakan untuk membaca kitab, paksa diri baca kitab, bagi semangat kepada diri untuk baca kitab, baca kitab dari malam hingga ke pagi. Manakala, fesbuk dan game hanya digunakan waktu nak berehat-rehat saja. Sekali sekala saja untuk merehatkan minda.

Penuhi masa dengan membaca kitab, timbulkan rasa lahap membaca, timbulkan rasa risau andai tidak baca, cabar diri untuk bermujahadah studi. Timbulkan rasa minat untuk menguasai ilmu itu. Timbulkan rasa ingin memahaminya agar dapat beramal.

Aku belum gagal selagi masih ada masa untuk studi, aku perlukan masa yang suntuk ini dengan sebaiknya, hari ini 24 mei 2013, 26 ini periiksa, tinggal sehari saja.. malam ini malam terakhir studi di malam hari.. aku masih sempat untuk membaca kitab untuk kali kedua, dan membuat nota, dan hafaz, kerana hari periksa selang 2 hari cuti..


Semoga Allah membantuku..

MHMI
24 mei 2013
hayyu asyir, cairo, mesir

Tuesday, 21 May 2013

Baca Buku Hingga Habis!

Periksa sudah dekat, iaitu 26 mei 2013 ni, sedangkan kitab-kitab kuliah tak baca pun, baca sikit-sikit saja. Kawan-kawan pula rajin studi, buat studi grouplah.. tinggal aku seorang diri yang berehat, tak baca buku.

Akhirnya pada 20 mei, aku membulatkan tekad membaca kitab fiqh muqoron hingga habis, semalaman tak tidur, baca kitab sampai selesai, tapi yang muqoror yang paling penting saja, 17 tajuk, sebelum azan subuh bunyi, khatamlah pembacaanku..

Sesudah subuh, 21 mei, hafaz Quran, kemudian sambung baca kitab tauhid pula, mengantuk, tidur, terjaga waktu asar, solat, berborak-borak dengan rakan, sesudah maghrib, berehat, lepas isya, masak, makan kemudian sambung studi kitab tauhid, hingga ke subuh, 22 mei, lepas subuh sambung baca hingga khatam, muqoror saja..

Sebentar lagi aku akan tidur, kemudian sesudah maghrib, akan baca muqoror kitab fiqh syafie, hingga khatam.


MHMI
22 mei 2013
hayyu asyir, cairo, mesir.

Sunday, 19 May 2013

Rahsia Menghadapi Cabaran

Kebanyakan orang mengatakan bahawa mereka tidak mampu melakukan sesuatu yang mencabar. Tapi sebenarnya mereka bukanlah tidak mampu, mereka mampu. Mereka sebenarnya tidak sanggup melakukan sesuatu yang mencabar itu.

Rakan tanya saya, batulkah saya dapat pumping 50 kali? Mereka tidak percaya, kerana mereka sudah cuba buat, tapi tak larat.

Saya mampu buat, tapi saya juga sebenarnya tidak larat, badan saya lebih kecil dari mereka, sepatutnya mereka lebih kuat. Jika saya yang kecil pun mampu buat, mereka yang lebih besar sudah tentu boleh buat. Tapi, beza antara saya dan mereka ialah saya sanggup memaksa diri saya untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan.

Kerana itulah meskipun saya kecil, saya tak kuat, tapi saya mampu pumping 50 kali, kerana saya sanggup paksa diri melakukan sesuatu yang saya tak mampu. Sanggup merasai perit dan penat. Sanggup menanggung bebanan dan tekanan serta kesakitan.

Saya mengembara seorang diri sahaja di kaherah, adakah kerana saya fasih berbahasa arab? adakah kerana saya berani? Tidak.. Tapi, kerana saya sanggup menghadapi cabaran. Sanggup untuk menanggung risiko. Sanggup memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan.

Rahsia saya ialah kesanggupan jiwa untuk menghadapi apa-apa tribulasi. Kekuatan Jiwa. Tidak ada manfaatnya kekuatan lahiriah serta kemampuan yang ada, andai tidak ada keyakinan atau semangat untuk melakukannya. Ramai orang yang ada kemampuan untuk melakukan perkara yang mencabar, tapi mereka tidak melakukannya kerana mereka takut, tidak yakin, tidak sanggup menghadapi masalah, tidak sanggup menanggung beban keperitan.

Zaman sekolah dulu, saya suka bercakap di hadapan pelajar asrama, bagi tazkirah. Bukan kerana saya berilmu, bukan kerana saya pandai cakap, bukan kerana saya berani, tapi kerana saya ingin mencuba, ingin melatih diri saya bercakap. Orang menyangka saya sudah biasa bercakap, walhal saya hanya memaksa diri saya untuk bercakap sahaja.

Ketika itu, saya lihat ramai rakan-rakan yang pandai cakap dan banyak ilmu, tapi mereka tidak bercakap di hadapan, kerana mereka takut, tidak yakin diri, gementar, lemah jiwa, rendah semangat. Mereka ada daya kemampuan, namun sia-sia sahaja, kerana mereka takut.

Umpama seekor singga yang gagah, ada taring, ada kuku, tapi hanya duduk diam, tidak sedar yang dirinya ada kemampuan, takut, tidak ada keyakinan, lemah semangat, tidak sanggup menghadapi cabaran. Segala kekuatan yang ada padanya terbengkalai, tidak boleh digunakan disebabkan kematian semangat, lemah jiwa.

Sebaliknya, seekor kucing yang tidak ada apa-apa kekuatan, andai dia berani, siap untuk berlawan dan menghadapi apa jua akibatnya, maka singa pun boleh takut pada dia.


Mohamad hudri b Md Isa
20 May 2013
4;47AM
cairo, mesir

Thursday, 16 May 2013

Perjuanganku Belum Berakhir

Sejak kecil, saya ingin berjihad di jalan Allah, agar saya diselamatkan dari azab neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, untuk mencapai tawaran yang Allah nyatakan dalam surah as shof ayat 10-11.

Kemudian saya cuba mentarbiah diri saya, sepanjang umur saya agar saya bersedia untuk melakukan perniagaan dengan Allah. hingga saya berumur 18 tahun, saya merasakan saya sudah siap untuk berjihad, saya mencari medan jihad, yang paling dekat ialah patani.

Saya cari jalan untuk mengenali patani, dan cara untuk sampai ke sana, akhirnya saya menyertai sebuah NGO yang bergerak untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan patani. Saya sertai beberapa gerak kerja untuk menyebarkan isu patani, kami sebarkan isu patani di sekitar kedah, dan saya ikut rombongan ke patani bersama NGO itu, kamu turun ke rumah-rumah, mendengar cerita rakyat patani yang ditindas dan memberikan sumbangan kepada mereka.

Saya ketika itu berusia 18 tahun, saya ambil STAM di sebuah skolah agama, apabila rakan2 tahu saya ingin berjihad, mereka menghalang saya, begitu juga dgn guru dan ustaz.

Mereka tidak henti-hentinya berusaha untuk menerangkan kepada orang ramai agar jangan berjihad fi sabilillah, jangan berjihad qital, jangan berperang di jalan Allah.

Ustaz-ustaz politik yang mengaku memperjuangkan hukum Allah juga tidak menerima hukum Allah berkenaan perang jihad. mereka menolak kewajipan jihd qital, bagaikan ia tidak pernah disebut dalam Al-Quran pun.

Mereka mengatakan bahawa kita hanya perlu berjuang untuk negeri kelahiran kita sahaja, tidak perlu berjuang untuk negeri orang lain.

Setahu saya, apa yang diajarkan itu bercanggah dengan ajaran Islam. Oleh kerana itu, saya cuba menerangkan hal sebenar agar mereka tidak terus salah, tapi mereka menghina jihad di jalan Allah, mereka katakan bahawa jihad di jalan Allah adalah perjuangan yang tak ke mana, kerana mujahid itu akan mati.

Saya semakin hairan, mengapakah mereka boleh berkata demikian jika mereka memperjuangkan Islam?

Akhirnya, saya merasakan perjuangan mereka tidak bertepatan dgn Islam, maka saya bermufaraqah dari mereka.

Orang sekeliling berusaha untuk menahan saya dari berjihad, mereka juga menghapuskan kefardhuan jihad sekalipun mereka mempelajari agama. Ibubapa pula menahan saya di rumah.

Akhirnya saya tidak dapat bergerak, dan terpaksa tinggal di rumah sahaja.

Setelah itu, saya sambung pelajaran ke Mesir, dalam bidang syariah.
Di sini, saya mendapat bahan bacaan haraki, ia menyuluh jalan perjuangan saya.

Ulama-ulama azhar pula tidak sibuk untuk mengkafirkan pemerintah, tidak memberi semangat kepada orang ramai agar hidup dalam bermusuhan dan berbalah, sebaliknya mereka mengajar nilai-nilai murni, nilai2 keamanan, kedamaiaan dan perpaduan serta rahmat.

Di sini, saya ingin menziarahi gazza, walau seorang diri, saya ingin ke gazza, tapi saya belum fasih berbahasa arab, saya cuba untuk pengembara ke beberapa tempat di mesir seorang diri, dan saya berjaya melakukannya. Saya berbuat demikian untuk menguji adakah saya mampu mengembara ke gazza kelak. Ya, saya mampu. Tapi saya belum pernah mengembara ke luar dari cairo seorang diri, sedangkan gazza itu bukan saja di luar cairo, malah di luar mesir, jauh jaraknya.. Nanti saya akan mengembara ke alexendria, ia adalah negeri yang jauh dari cairo, gazza lebih jauh dari itu.

Andai kata-kata kita tidak diperdulikan, seruan jihad diabaikan, usah menghentikan usaha dakwah, teruskan berdakwah teruskan menulis.. Satu hari nanti akan ada orang yang mencari tulisan2 dan video kita. Mencari sejarah kita, mencari hasil peninggalan kita. Untuk dijadikan contoh buatnya.

Seorang rakan bertanya saya 'takkan enta nak p gazza kot? tak takut mati ka?'
saya jawab 'tidak'

apabila saya jawab tidak, maka dia pun cuba untuk menakut-nakutkan saya, dan menasihatkan saya agar jangan berjihad.

Disebabkan bosan mendengar kata2 yang tidak ilmiah  dan tidak melambangkan iman itu, akhirnya saya menjawab 'sebenarnya ana melawak saja, ana tak mau p gazza pun, ana takut mati..'

saya pernah berbual dengan pemuda arab, dia kata dia nak berjihad di syiria selepas tamat pengajiannya, ramai adik beradiknya yang pergi berjihad di syiria sekarang ni. dia kata, nanti dia akan bawa saya pergi ke gazza, dia kata jangan p gazza sorang2, sebab payah.

Jika di zaman Nabi, ada orang munafiq yang kerjanya melemahkan semangat orang lain untuk berjihad di jalan Allah, zaman ini juga ada. Tapi, tak perlulah kita kata bahawa dia itu orang munafiq. cukup sekadar tidak terpedaya dgn hasutan buruknya. jadikan ayat Quran sebagai perisai dan pegangan.


Mohamad hudri b md isa
16 may 2013
6;45PM
cairo, mesir

Tuesday, 23 April 2013

Pengalaman Manis Di mesir

Pengalaman Manis Di mesir

Sebelum datang ke mesir, saya terbayang bahawa saya akan menderita kelaparan di mesir, kerana tiada makanan. Saya juga terbayang akan merempat di masjid dan jalanan kerana tiada tempat tidur. Saya terfikir macam2 perkara negative yang membangkitkan rasa lemah semangat untuk berkelana ke perantauan.
Sebaliknya, bila sampai saja di AirPort Kaherah, kami disambut oleh Majlis kebajikan keluarga kedah, mereka mengusung beg kami dan membawa kami naik bas ke asrama, kami dapat kediaman. Ada makanan, ada tempat tidur.. Fuh.. rupa2nya dilayan macam raja la pula awal2 ni..

Saya cuba untuk mengambil cakna dengan isu semasa yang berlangsung di Mesir, tambahan pula saya ingin mendekati Ikhwanul muslimin. Berlaku pergolakan sesudah kemenangan Dr Mursi sebagai presiden mesir, ada pihak yang menganjurkan demontrasi untuk menentang ikrar Dr mursi.

Dari situ, Ikhwan pun menganjurkan demo untuk mendokong ikrar Dr Mursi, saya baca melalui akhbar ikhwan yang ditampal depan kuliah syariah islamiah, kuliah saya. Demo akan diadakan di dataran Abidin.
Saya pun bertanya arab di atas bas, dimanakah medan abidin itu? Mereka bagi tahu saya bahawa demo ikhwan akan dibuat di giza.

Esoknya saya pun bergegas ke metro ramsees, naik metro ke giza dan turun di universiti kaherah. Saya bertanya orang2 di situ, di manakah medan abidin, tapi semua orang tak tahu.

Saya berjalan punya berjalan hingga sampai ke zoo giza. Saya berhenti untuk makan roti fino seguf.
Penjual fino itu ialah pakcik tabligh, rupa2nya kat mesir pun ada tabligh. Pak cik tabligh ni buat ramah dengan saya. Dia kata “Saya cinta kamu kerana Allah” rupa2nya dia pandai cakap melayu.. kemudian dia cium kepala saya ketika saya sedang makan.

Tiba2 ada orang lain yang membuat bising, saya tidak faham dia kata apa, tapi pakcik tabligh ni dok defend saya, dia kata saya orang baik dan beradab, saya orang islam, saya tak join demonstrasi.. dia dok promote kat orang ramai kata saya baik, saya beradab, saya takkan join demonstrasi.. maka orang ramaipun senyum kepada saya dan beramah dengan saya. Orang yang buat bising tadi pun dah tak buat bising.

Mungkin mereka tahu saya nak join demo. Saya cari di mana dataran abidin, tapi tak jumpa, maka saya pun balik, saya tersesat di sungai nil dan masuk ke imbabah, akhirnya saya jalan kaki dari imbabah hingga ke sungai nil dari sungai nil saya naik bas ke tahrir, kemudian pulang. Sungguh letih ya amat..

Yang menariknya, ketika sedang makan fino, pakcik tabligh tu kata bahawa dia pernah datang ke malaysia, malaysia sangat cantik katanya. Malaysia negeri orang islam katanya.

Dia sangat berkenan kepada muslimah malaysia, kalau boleh nanti dia nak kawen dengan empat orang muslimah malaysia, dia suruh saya berdoa agar hajatnya termakbul. Kemudian dia bagi sayur kepada saya, saya tak makan sayur,

maka dia tanya, ‘tahu tak ni sayur apa?’ ‘tak tahu’

‘inilah gargil.. sapa makan sayur ni akan jadi kuat dengan izin Allah, jadi kuat macam orang mesir..’

Barulah saya makan, hahaha….!

Setelah pulang saya lihat googlemap, baru saya tahu bahawa medan abidin itu di kaherah, sebenarnya ikhwan telah membatalkan demo di medan abidin dan menukar tempat ke universiti kaherah.

patutlah arab di bas itu kata suruh saya turun di universiti kaherah. saya tak tahu yang demo dibuat disitu.

Saya lihat banyak sungguh truk-truk polis yang bersadai di sebuah tempat di giza, truk2 itu sudah ready untuk menangkap orang2 yang berdemo dan menghumbankan mereka ke dalam penjara.


mohamad hudri b md isa
12 march 2013
hayyu asyir

Tuesday, 18 September 2012

Mengemas Barang Untuk Ke Mesir


Ya Allah.. aku sudah penat mengemas barang, ayahku pula masih sibuk mengemas barang untukku, begitu juga ibuku. aku tidak pernah pergi kedai untuk membeli barang, tiba2 dah ada banyak barang makanan, ayah dan mak tolong belikan. nasib baik mak ayah ada disamping, terurus sikit hidupku. aku mengenang pengamalanku berada d asrama dan rumah sewa, aku sentiasa menderita kerinduan kpd ibubapaku, d rumah sewa, aku menderita kelaparan stiap hari. bila berada d rumah, hidupku kembali stabil, dan lancar mcm biasa.. bila duduk lama2 di asrama dan rumah sewa, smua benda jadi smakin x terkawal. 

 wahai diriku, janganlah susah hati, krn kakiku akan berdebu d jalan Allah.. Aku bukan hanya bercita-cita untuk meraih keredhoanNya, malah aku akan menemuinya benar-benar. Bukankah cita-citaku tinggi sebelum ini? Jika tinggi cita-cita, maka penatlah diriku mendaki untuk mencapai cita-cita.

Pakaiaan sungguh banyak, begitu juga dengan makanan, buku sedikit sahaja..

Aku buntu, tidak tahu nak bawa apa.

Aku akan sentiasa merindui ibubapaku kelak, itu adalah naluri semula jadiku, mereka banyak memberi nasihat dan pedoman kepadaku, siapalah yang akan mengganti mrk setelah ketiadaan mrk disampingku? Orang lain kebanyakannya suka menghentam, mencela, dan menghina. bukanlah memberi nasihat dan pedoman.

Ibubapaku selalu memberi dorongan dan motivasi kepadaku, mereka selalu membacking aku, selalu membelaku, dan melindungiku, dan menyelamatkan aku. Siapalah yang akan mengganti mrk ketika ketiadaan mrk disamping? Orang lain membiarkan aku dan meninggalkan aku seorang diri.

Ibubapaku selalu menyediakan makanan kepadaku, adakalanya menyuap makanan kepadaku, mereka membawaku berkelah, berjalan-jalan, berenang.. Mereka menghiburkan hatiku, mereka menenangkan hatiku.. Dimanakah aku nak cari pengganti mrk? orang lain kebanyakannya tidak memperdulikan perutku yang kelaparan, dan tidak memperdulikan perasaanku, mrk suka menghiris-hiris perasaanku.

Tiada siapa yang paling ambil berat denganku melainkan ibubapaku, merekalah yang paling sayang dan paling bertungkus lumus terhadapku. Mereka banyak bersabar dengan karenahku..

Aku tidak akan menjumpai sesiapa lagi yang dapat mengganti mereka, hanya Allah sahajalah tempat pergantunganku kelak. AKu akan menjadi tetamu Allah, kepada Allah sahajalah aku berserah, semoga Dia lah yang melindungiku dan menjagaku, Dia bersamaku..


Kak Long ku telah memberikan banyak ringgitnya kepadaku, sambil membuat pesanan ringkas : "Berlajar rajin-rajin" begitu juga suaminya yang bertungkus lumus mengutip derma di tempat kerjanya dan mendapat wang untukku. Dan meminta sumbangan dari majikannya untukku. begitulah juga Kak Ngah ku, menghulurkan wang ringgit, Abang Lang juga menghulur duit.  Semua adik beradikku memberi sokongan kepadaku, mereka berbangga kerana aku boleh mengaji ke Al-Azhar sedangkan bukan senang untuk mendapat peluang ini, aku bukanlah calang2 orang di sisi mereka. Di sisi mereka, aku pelajar pandai kerana lulus imtihan qabul.

Aku terjumpa jiranku, dia sungguh berbangga denganku, sungguh merespectku, dan memandang tinggi kepadaku, dia nak berbaik-baik dgnku, mengajakku makan, dan nak keluar bersamaku, namun aku malu pula.. aku ini bukanlah sesiapa, hanya orang biasa macam dia juga, aku tidak layak untuk direspect sangat.. aku segan untuk menemuinya.

Jiran-jiranku kagum dan berbangga kerana aku dapat pergi ke Al-Azhar, terutamanya ustazah2, mereka sangat berbangga dan memandang tinggi padaku, sedangkan diriku memandang hina pada diriku sendiri. Mereka menghulurkan duit kepada ibuku supaya ibuku berikan kepadaku.

Imam-imam masjid berbangga dengan ku, wajah mrk sungguh berbangga, mereka berpesan agar aku mengaji hingga ke PHD, kemudian pulang dan mengajar di masjid Al-muttaqin taman ria, sungai petani, kedah.mereka kata jangan risau dengan bayaran, mereka akan bayar. namun dalam hatiku, aku bukanlah inginkan semua ini, aku inginkan pahala akhirat.

Ibuku redho aku pergi ke jalan Allah, begitu juga ayahku, asalkan jangan tersilap langkah, jangan tersesat sudah.


Jangan sedih, aku meninggalkan keluarga dan tempat tinggal kesayanganku, aku akan mendapat pengganti semua ini.. Andai aku gugur di jalan Allah, itulah yang aku paling nak, syurgalah gantiannya.. =)


Hudri Maahadi

Sunday, 16 September 2012

Indah Khabar Dari Rupa

aku terlalu gemar melihat video jihad, dan aku sangat2 nak berjihad, aku suka berangan-angan mengenai jihad. Bagiku, semua orang Arab itu mujahidin, tapi reality nya mujahidin yang berjihad dalam video yang aku lihat adalah orang yang ganjil.. orang yang sikit.. bukan mudah nak jadi mujahidin..

Aku berchating dengan orang Gaza dalam facebook, aku ingat mrk itu mujahidin, ada seorang itu bercerita kpd ku bhw ayahnya syahid ketika dia masih kecil, tidak lama kemudian dia kata ayahnya masih hidup masih bersamanya. dan dia minta aku pungut derma dan bagi kpd dia, sbb dia nak beli senjata untuk berjihad. 

Dia tipu aku sahaja..dulu dia kata ayahnya mati, kini dia kata ayahnya hidup pulak. ya Allah, dalam dunia ni banyak penipu.. Beginikah ciri2 mujahidin? tidak..

Satu hari, aku memberi komen pada sebuah gambar bhw aku berasal dari malaysia, aku bercita nak p gaza, maka orang2 arab pun pakat2 add aku, mrk berchating dgn aku, tanya mengenai aku. aku pun cerita dgn jujur lagi bersuluh mengenai diriku ini.

Maka orang itu bagi nombor telepon dia kpd ku, suruh aku call dia bila sampai ke gazza, dia nak bawa aku p jumpa mujahidin. Bila aku dengar kata2nya nampak macam dia ni betul2 mujahidin. Tapi bila aku lihat facebook dia, aku nampak dia subscrite pompuan2 yg bertudung.. inikah mujahidin?

Aku rasa mrk ini agen yahudi, yang kerjanya menginformasikan intipan mrk kpd yahudi.. 

Ada 1 pengajaran yang berharga.. Benda yang berlaku di muka bumi sekarang ini tidaklah seindah, dan sebetul apa yang bermain di minda. Apa yang sebenarnya terjadi bukanlah seindah apa yang kita lihat..

Apa yang kita lihat itu hanyalah lakonan sahaja..dan tambah2.. walhal yg sebenarnya x da apa..


Hudri Maahadi

Friday, 14 September 2012

Orang masjid yang ketandusan iman dan kejujuran

Satu hari, aku memohon sumbangan derma d masjid, aku perlu berurusan dgn orang yang menguruskan masjid, mrk pun akhirnya membuat pengumuman, katanya ada seorang yang nak menyambung pengajian ke al-azhar, maka berilah sumbangan kepada encik sekian2 (orang masjid) yang tunggu di pintu masjid.

Sesusah selesai solat, aku pun berada di samping encik sekian2 itu, encik sekian2 itu ada sejadah d depannya, dan ada tabung d sampingnya, orang ramai pun bagi duit kpd nya.

Bila selesai kutip derma, orang yang menguruskan masjid itu kira duit, dan bagi separuh sahaja kepadaku, sedangkan tadinya dia kata duit ini untuk orang yang mengaji ke mesir.. dia telah berbohong dan berkhianat..
wal'iyazubillah.. 

hal ini kerana orang yang menguruskan hal ehwal masjid itu bukanlah orang yang selayaknya, kerana keimanan dan sifat amanah pun kurang pada dirinya.

Di hadapan orang dia mengatakan bahawa sumbangan ini untuk orang yang nak mengaji d azhar, tp di belakang orang dia hanya memberi sikit sahaja kepada orang yang nak mengaji azhar, selebihnya dia guna untuk lain.. ini namanya mempergunakan orang demi mendapatkan wang.. aku telah menjadi bahan permainan mereka untuk mereka dapat duit lebih..

namun aku bersyukur dgn apa yang ada padaku, hanya itulah rezkiku..

namun pada masa yang sama aku tidak boleh berdiam sahaja dengan kemungkaran yang dilakukan itu.

Itu adalah di masjid! Rumah Allah! di tempat muliapun manusia boleh menggunakannya untuk berlaku dusta, khianat dan memperdayakan manusia. Apatah lagi d luar sana.. 

Aku tidak mahu meletakkan kepercayaanku kepada sesiapapun lagi, meskipun kepada orang yang berlebai, berkata2 mengenai Islam dan sebagainya.. kerana mereka mungkin menggunakan itu semua untuk memperolehi pengaruh, seterusnya mereka boleh memperdayakan manusia untuk memperolehi kuasa dan harta.

Dunia bagiku tiada keamaan dan keberkatannya lagi, kerana tiada sifat jujur amanah lagi pada manusia dalam dunia ini. Aku tidak sanggup diperdaya dan dijadikan bahan mainan untuk manusia lain mendapatkan kuasa dan harta.

Sepatutnya yang menguruskan sesuatu perkara ialah orang yang beriman, dan bersifat amanah. Bukanlah orang yang otak penipu, pendusta, penaya, dan pengkhianat..


Hudri Maahadi

Wednesday, 5 September 2012

Barang Nak dibawa ke mesir


PAKAIAN

Untuk Majlis Rasmi

1-Baju Batik
2-Seluar Slack
3-Kasut Hitam
4-Stokin Hitam
5-Baju Kemeja
6-Tali Leher
7-Kot

Hari Raya

1-Baju Melayu Satu Set
2-Sampin
3-Songkok
4-Kopiah Putih
5-Jubah
6-Serban
7-Baju Raihan

Untuk Ke Kuliah

1-Baju Kemeja Pendek/Panjang
2-Baju T-Shirt Yang Bersesuaian
3-Kasut Yang Sesuai
4-Kasut sukan@bertutup

**Pakaian untuk ke kuliah sebenarnya bebas,tapi pakailah pakaian yang sesuai,bukan yang menjolok mata.

**Untuk makluman semua,apabila kalian semua sampai ke bumi kinanah ini,selalunya Mesir akan mengalami musim sejuk selang beberapa bulan daripada tarikh anda tiba di Mesir..Musim sejuk selalunya bermula pada bulan 10/bulan 11.Baju sejuk tidak perlu dibawa dan dibeli di Malaysia.Beli di sini (MESIR)sahaja.Disini harga untuk baju sejuk murah.@Kalau nak beli,beli satu sudah cukup.Untuk spare SAHAJA.yang bundle pown x pa...huhu.Kebanyakkan pelajar datang ke Mesir pada bulan 9.Bulan 9 masih musim panas.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqFX69b9_cZQE8NwWdKVyMUr7Vn2HnXF_IXNvtAIMBMDM36hFnpN_sp7gcwT57mlFtAhPWm4y9RgB8bCk1YKcmHMjduNPn_3hmQ75EovDki_v3Tx5Z5gDW5063kcacjukmrcYhHB8Xepes/s1600/man_in_business_suit-2_s600x600-medium.jpghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgnZn5i-CaaeEeqXgIjXqPKeHNMgmLCxUgCHlDnnkqu5X3AkRkyoC3o5KWRjTmUjwI-bjTPsMhRQHirY_zNXBYucm16y33Ny5Ysy8bM72p-Wc0OTe5J8c8vtdx8hOA5lWlc9T9bEgTD4c4_/s1600/baju_melayu9.jpg

BUKU

Semua sedia maklum bahawa Mesir adalah sebuah Negara Arab.Mestilah buku2 di sini adalah semuanya dalam bahasa Arab.Untuk memudahkan korang semua,bawalah buku2 rujukan bahasa melayu yang telah diterjemahkan.

Untuk Kuliah Syariah Tahun 1,ada satu madah Ulum Hadis pada semester pertama.Nak senang,bawalah buku Ulum Hadis STAM kerana silibusnya lebih kurang sama.

Senarai buku yang perlu dibawa :

1-Kamus Dwibahasa Oxford Fajar BM-BI (Subjek BI Diajar Pada Semua Kuliah Di Semua Tahun 1-4)
2-Kamus At-Tullab
3-Kamus Al-Miftah ***
4-Kitab Ulum Hadis STAM
5-Kitab-Kitab Fiqh ***
6-Kitab-Kitab Rujukan ***
PALING PENTING : AL-QURAN TERJEMAHAN BAHASA MELAYU

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3Bql8BrzVHKM48PSuTTfq9faRWRgrr-R4cWGP06DVXyQNqm4uHUHoThaaEJy-WjZkzRKDtHFshpxgLGCb5LA4vYkcTkOG-ln70sZ_hM74YFCxiZGpFpCeX1kDBo7xUYFpEFwy2VUb3Y2v/s1600/Image1462.jpg


*** Tak digalakkan bawa.Kalau nak bawak jugak,bawak dalam 1 atau 2 ja...takut berat beg...Kalau bawak kitab,letakkan dalam hand luggage.

BARANG-BARANG PERIBADI

1-Baju T-Shirt untuk pakaian harian
2-Seluar slack
3-Seluar track
4-Laptop (kalau ada lar) Di Al-Azhar,tak guna langsung laptop…nak bawak boleh ja…
5-Kamera digital
6-Telefon bimbit
7-Kain pelikat
8-Baju fit untuk musim sejuk (tak penting sangat)
9-Seluar fit untuk musim sejuk
10-Ubat-ubatan peribadi
11-Charger phone
12-Ex-stantion (exstantion dibuat di mesir x berkualiti langsung)
13-Tuala
14-Ipad/Samsung Galaxy Tab/1Malaysia Tab**(kalau ada lar...huhu)
15-GAMBAR IBU AYAH (tempat melepaskan rindu)
16-Jam loceng

UBATAN PERIBADI

1. Minyak Angin / Minyak Cap Kapak / gamat
2. Pil Chi Kit Tek Aun
3. Koyok
4. Paracetemol
5. Ubat batuk / Selsema
6. Lip Balm / Lotion

Dan barang2 lain yang dirasakan perlu.benda yang tidak disenaraikan di atas,ada di Mesir

DUIT

Sebelum ke Mesir,anda diminta untuk menukarkan duit RM kepada USD (US Dollar) Tukarkan wang anda sebanyak USD 300 (nk tahu dlm RM berapa,convert sendiri) Duit RINGGIT : TIDAK DITERIMA di Mesir.Hanya USD SAHAJA.Duit MESIR semestinya diterima di Mesir.Untuk tukaran wang US Dollar,Sila tukarkan wang anda di Malaysia.Boleh jika di sini,tetapi tukaran pound mesir kepada USD amatlah rugi jika ditukar.

Tukaran Semasa : USD 300 = RM 945.75  WAJIB TUKAR!Untuk permulaan ketika mula2 sampai ke sini.
Untuk mengetahui kiraan terkini,klik SINI

KAD BANK

Selalunya orang-orang disini buka akaun HSBC.Buat akaun bersama,dua penama antara waris dan pelajar Sebelum ke Mesir,test deposit dan withdraw duit supaya berfungsi kad tersebut…nanti bila datang ke mesir,tak berfungsi…menangis tak berlagu…kena pulak duit beribu2 pulak dalam akaun tu…pergi dekat HSBC,kata kat dia nk bukak akaun bersama.Diorang faham…

Akaun bersama : akan dapat 2 kad bank.satu untuk waris kita dan satu kad lagi untuk kita.Nanti senang lar ayah nk deposit duit.Tapi,mentang-mentanglah kat sini duit kita tinggi kat Mesir,jangan boros.Bila buat kad HSBC akaun bersama,ayah kita juga boleh tahu baki duit di dalama akaun tersebut.maksudnya,akaun hanya satu tapi boleh diakses menggunakan 2 kad bank,yang ada dekat kita dengan waris kita nanti.

PASPORT

Pastikan bawa kerana ia adalah nyawa anda di negara orang

http://www.zaraaluwi.com/wp-content/uploads/2010/06/DSC_0091.jpg

PERHATIAN (PENTING !)  :
Apabila kita tiba di airport Mesir,pastikan gambar di muka hadapan pasport (yang terdapat maklumat diri) sama seperti setelahmana sampai di airport.Maksudnya,jika gambar di dalam pasport anda memakai cermin mata,apabila sampai di airport Mesir,pakai juga cermin mata.Kalau tak pakai,tak payah pakai.(bagi yang bercermin mata lar).

Dalam erti kata lain,muka dan rupa paras harus sama sepertimana dalam pasport.Kerana apabila proses imigresen,arab yang menjaga di situ akan melihat muka kita,sama atau tidak seperti mana dalam pasport.Kalau sama,Alhamdulillah.Kalau tak sama,alamatnya kena tahan lar....Orang arab tu ingat,kita guna pasport orang lain.Orang arab Mesir ni pelik sikit.
BAGASI


Disarankan membawa 1 beg bagasi besar,1 kotak kosong sebesar CPU Komputer,tapi besar sikit,dan beg galas
--Beg bagasi,akan dibawa ke perut pesawat,macam kat dalam bas
-----Berat bagasi mengikut syarikat penerbangan.
Contoh : Gulf Air-30 kg,Kuwait Airways-35 kg,Egypt Air 46kg,Etihad Airways-40kg,Singapore Airlines-40kg
--Kotak juga akan dibawa ke perut pesawat
--Beg galas/beg laptop (hand luggage) akan dibawa bersama dibawa ke atas pesawat.minima berat 5kg sahaja.

BEG BAGASI / KARGO

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgo-sApZT0gKhljk6yoW5MOOM_msrx3YcR0F-dQ8IpHn2WDsljdll86F3tG5S4HG_pJHEyy2y5YD-52oQ_0WIYKciLZN0blD5FSDYUlGVQ8dj1B69yft_1DRYcrusMKlXFML0d-4jnTRl4r/s1600/trolley_bag.jpg

http://3.bp.blogspot.com/_rOucBx4VicY/SNUBT9osHuI/AAAAAAAAAFQ/kLUSdySlVgk/s320/Imej(258).jpg


HAND LUGGAGE -Beg Galas

http://newsimg.bbc.co.uk/media/images/42113000/gif/_42113660_max_hand_luggage.gif

Contoh Hand Luggage Yang Ke-2


Contoh Kotak - Tapi Kecil Sikit Daripada Ini....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYxyv6rzr_0Z4NbO6G7L2Kz9DyaHGIKkSV8alJ5zky9LSS7P38GTw0SMTwyKzU71BNwWC3Eu6ygu_AYKya_lVy3xYwxN__IQ_0_eGuZi5FkdFByTB_ytr8-FLC_yXpshDRI7JYpKvlA7A/s1600/gram+box.JPG


BARANG MAKANAN (Paling Penting Untuk Anda Di Mesir)

Barang-Barang Yang Perlu Dibawa & Tiada Di Mesir

PERINGATAN : Ini hanya cadangan…Saya tak suruh anda membawa kesemuanya.Pakat dengan kawan2,bawa sorang sikit,baru tak berat beg.Sebab nanti nk bubuh baju lagi,barang peribadi lagi…Saya cadangkan Beg Bagasi bubuh BAJU/BARANG PERIBADI … Kotak sebesar CPU computer (tapi besar sikit) letak barang makanan sahaja.Hand Luggage (beg galas)-Laptop…

Barang-barang yang tidak disenaraikan di bawah,ada di Mesir.(tidak semua) - jangan beli jenis nak guna seminggu,beli sepapan / sekotak (untuk kegunaan jangka masa panjang) ...Jangan beli satu dua bungkus je taw...haha

1-Ikan Bilis 
2-Ikan Kering/Ikan Masin***
3-Rempah Masakan (Ayam-Ikan-Udang-Sotong-Ketam-Kurma-Kunyit)
4-Minuman segera (MILO-Nescafe-RADIX-Horlicks) ***
5-Makanan segera (Maggi-Bihun PAMA-Ruski dll…tapi kat Mesir pun ada Maggi…Indomee nama dia)***
6-Santan serbuk (Di Mesir tiada santan siap,kena perah sndiri santan dari kelapa)
7-Perencah (Nasi Goreng-Bihun Goreng-Tom Yam-Sup-Sup bunjut)
8-Kiub (Ayam-ikan bilis-Tom Yam)***
9-Sos dan Kicap (cari yg botol plastik)-balut dengan surat kahabar…takut disekat/tumpah dalam beg untuk dibawa ketika nk keluar negara
10-Asam jawa***
11-Asam keping***
12-Daun pandan***
13-Daun kari***
14-Kerisik***
15-Serunding***
16-Daun limau***
17-Bihun (ada di Mesir tp mahal sangat2)
18-Serbuk Perasa (Maggi Cukup Rasa/Hilal/Know Pasti Sedap)
19-Serunding
20-Belacan (balut dengan palstik/kertas tebal supaya tidak berbau)
21-Daun kesum***
22-Daun pandan***

Tanda *** ialah yang tidak digalakkan bawa.Tapi tiada masalah untuk membawa.diingatkan sekali lagi,pakat dengan kawan2,bawak sikit2 barulah ringan beg.

Jangan Bawa! 
(bukan bermaksud tidak boleh sama-sekali untuk bawa.Cuma,tidak digalakkan.Kalau anda rasa ia perlu untuk diri anda,silakan bawa.Tujuan saya menulis di bawah hanyalah untuk memudahkan anda membawa perkara yang lebih penting.Ia juga dapat menjimatkan ruang beg/bagasi anda)

1-Periuk nasi
2-Beras
3-Ubat gigi
4-Berus gigi
5-Daedorant
6-Sikat
7-Pemotong kuku
8-Gunting
9-Pisau
10-Penyangkut baju
11-Sabun
12-Syampu
13-Pisau cukur
14-Pemotong rambut
15-Barang2 kosmetik
16-Pencuci muka
17-Air mineral
18-CD/DVD
19-Duit MALAYSIA
20-Minyak wangi…(nk bawak boleh jugak tapi letakkan di dalam beg kargo/bagasi )
21-Periuk belanga
22-Cawan
23-Pinggan
24-Sudu/garpu
25-Broadband
26-Garam/Gula
27-Mee
28-Kuew Teow
29-LESUNG BATU
30-Petai

Apa2 barang yang rasa tak sesuai nk bawak tu jangan lar bawak…K

KAD SIM

Di Mesir terdapat 3 telco utama iaitu Vodafone Egypt,Etisalat dan Mobinil.tetapi kebanyakkan rakyat Malaysia di sini memakai Etisalat.Jangan risau,soal sim card akan diuruskan oleh abang2/kakak2 lama.Mereka akan tunjukkan kepada anda nanti setelah datang ke sini.
LAIN-LAIN

Persedian sebelum masuk ke kuliah,HAFAL SATU JUZUK AL-QURAN.Nanti tak gelabah bila nk syafawi Al-Quran.Peperiksaan Al-Quran adalah semasa Semester ke2.Lebih kurang bulan 6.Memang lama lagi,tapi hafal siap2.banyak tu…21 muka surat…

Duit dalam simpanan,standby dalam RM 2000/RM 3000.banyaknya!Jangan risau,duit insyaAllah orang bagi.Untuk contoh surat minta bantuan zakat/dermasiswa,klik link di bawah.DALAM BENTUK NOTE DI FACEBOOK.Matlumat itu,ubah kepada maklumat diri anda.apa2pun Ikhlaskan niat,untuk menuntut ilmu,InsyaAllah….Allah akan sentiasa menolong hamba-Nya yang menuntut ilmu Allah.

Satu lagi perkara penting apabila anda di Mesir.Anda perlu pandai memasak.Setiap hari akan ada orang yang ditugaskan untuk memasak.Kepada sesiapa yang tidak pandai masak,belajarlah dari sekarang.Mintalah secret recipe daripada ibu anda.Nak teror lg,masuk MasterChef Malaysia...gerenti pandai masak...hehe.Masak tomyam ka,gulai ka,sambal ka dll...Masak untuk ahli bait lebih kurang 9 orang untuk setiap rumah.PENTING NI....haha

Untuk mengeratkan ukhwah sesama ahli bait,setiap hari,setiap kali waktu makan,anda dikehendaki makan beramai-ramai,berjemaah dengan menggunakan TALAM.Maksudnya,makan dalam talam lar....barulah ukhwah itu terjalin dan persahabatan itu InsyaAllah berkekalan....sesiapa yang masih geli untuk makan dalam talam tu,biasa-biasakan lar yer...


Mungkin ramai orang kata...Tak kan banyak macam ni kena bawak?Mesti punya...tapi,bawa ala kadar dan kemampuan...Barang-barang yang perlu dan mustahak,perlu lar diutamakan.OK...Saya ulang sekali lagi,untuk barang makanan,bawa sorang sikit,barulah tidak berat beg.Saya tidak suruh bawa kesemuanya.ikut kemampuan.

Sebab,selalunya apabila kita hendak berlepas,bagasi kita akan ditimbang,jika berat melebihi yang ditetapkan,akandikenakan bayaran.So,untuk mengelakkan perkara ini terjadi,bawa seorang sikit dan sebelum bertolak dari rumah menuju ke lapangan terbang,timbang bagasi anda.

Kalau ada apa2 pertanyaan lanjut , tinggalkan komen di bawah@tanya di inbox Facebook/emailkan ke :

ashfaq_mmkl07@yahoo.com – Yahoo! Mesengger
asbi_alazhar@yahoo.com – Facebook (Akaun Pertama),Twitter
asbi_alazhar2@yahoo.com - Facebook (Akaun Kedua)
ahmadshafiqismail@gmail.com - Gmail/Google Plus/Blog

Saya mengucapkan Selamat Datang Ke Bumi Mesir Ardul Kinanah...Ikhlaskan niat anda semata-mata untuk menuntut ilmu di sini.Ilmu dunia dan ilmu akhirat.Selamat Berlepas dan Selamat Datang...kami di Mesir mengalu-alukan kedatangan anda...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4Vhb9LxEFVsu3H5Xdsa0PHuWtcBxUzWk1qgM9G0kIda9PFw8NujAfwHUnRrFg2HJazpiIlB2svhx3J5EK0yXXXbO0ZPUH7fOpcisi4JXtFCvRhfJR3LnLz0JS1SatOvkX6pWtkdTSRPI/s1600/Piramid.JPG

Dikemaskini Kali Terakhir : 29/08/2012

Cetusan Idea & Pembentukan Artikel Ini Sumbangan Bersama :
Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM)

Blog : Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir
Facebook : PMRAM Cawangan Penang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah