بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Showing posts with label Hijrah. Show all posts
Showing posts with label Hijrah. Show all posts

Saturday, 2 November 2013

MAHU BERHIJRAH

1 MUHARRAM kelak, saya BERHIJRAH  ke Mesir.

Saya mahu berhijrah tempat, dari kampung yang tiada cabaran kehidupan, tiada kesusahan, tiada kerisauan, kepada tempat yang banyak duri-duri cabaran, lautan kesusahan dan gunung-ganang kerisauan.
Aku cintakan kesusahan, kerana ia mendidikku menjadi seorang lelaki dewasa.
Sedangkan tempat yang tiada cabaran akan membuatkan aku lemah longlai, kusut masai dan ketinggalan zaman. Kesusahan akan membuatkan aqalku ligat tajam berfikir, semangatku tinggi dan kental, tenagaku gagah perkasa. Lebih berdisiplin, teratur dan terancang.

Aku mahu berhijrah perangai, dari perangai yang tidak mantap, kepada perangai akhlak yang mulia lagi terpuji serta disukai.

Aku mahu berhijrah ilmu, dari ilmu yang cetek dan tidak bertambah, kepada ilmu yang luas dan sentiasa bertambah, ingatan yang lebih kuat, lebih banyak beramal dengan ilmu dan tegar menyampaikannya.

Aku mahu berhijrah jiwa, dari jiwa yang lemah dan hanya berserah kepada nasib, kepada jiwa yang besar dan garang berani, menentukan nasib sendiri dan mengatur nasib yang terbaik untuk diri sendiri. Dari jiwa yang luntur bila ditiup angin, kepada jiwa yang kukuh pendirian dan keingingan, tidak goyah walau dilanda ribut taufan dan gelombang tsunami. Dari mudah patah hati dengan cabaran kecil kepada jiwa yang teguh tidak retak, tidak lemah, tidak patah, kukuh sekukuh gunung jerai yang telahpun aku tawan.

Aku mahu berhijrah diri, dari seorang yang biasa, kepada seorang perwira, paahlawan yang gagah perkasa, berani tangkas dan handal lagi cekap.

Aku mahu berhijrah nasib, dari nasib yang selalu malang kepada nasib yang selalu untung dan menang lagi senang. Dari nasib yang selalu gagal, kepada nasib yang selalu menang. Dari selalu ketinggalan, kepada sentiasa kehadapan dan paling maju. Dari sentiasa tidak berjaya, kepada sentiasa berjaya apa sahaja.

HIJRAH..
DISEBABKAN HIJRAH LAH ISLAM MENCAPAI KEJAYAAN
DISEBABKAN HIJRAH LAH ISLAM SELAMAT DARI KEBINASAAN
DISEBABKAN HIJRAH ISLAM MEMPEROLEHI KEKUATAN
DARI HIJRAH ISLAM MEMERINTAH ALAM

DENGAN HIJRAH AKANKU CAPAI KEJAYAAN
DENGAN HIJRAH AKANKU SELAMAT DARI KEBINASAAN
DENGAN HIJRAH AKANKU MEMPEROLEHI KEKUATAN
DARI HIJRAH AKANKU MEMERINTAH ALAM


Mohamad Hudri B Md Isa
Universiti Al Azhar Mesir

Saturday, 25 May 2013

Berjihad Menegakkan Khilafah

Ada orang terfikir, ingin ikut berperang di syiria, berperang hingga musuh keluar dari bumi syiria, kemudian tegakkan khilafah islamiah di syiria. maka wujudnya sebuah negara islam yang berpusat di syiria, 

andai berperang, kemudian pemerintahan di kuasai oleh pihak yang tak mahukan khilafah, tidak boleh.

mujahidin lah yang layak untuk menguasai pemerintahan negara, agar dapat menubuhkan semula khilafah.

setelah wujudnya khilafah di syiria, kemudian boleh hantar tentera untuk membebaskan palestin dan lain2..

Nabi meninggalkan tanah airnya, meninggalkan negeri kelahirannya , iaitu mekkah. Berhijrah ke Madinah, dan menegakkan negara Islam di Madinah, maka bermulalah siri-siri peperangan jihad, hingga akhirnya Nabi pulang ke mekkah dan menubuhkan negara Islam di negeri kelahirannya itu pula.

Nabi berjuang di negeri orang lain, Nabi berjuang menengakkan Islam di tanah orang lain (madinah).. Tapi lepastu pulang dan memperjuangkan Islam di tanah airnya sendiri. Ramai sahabat Nabi yang berjuang di madinah dan syahid di madinah, sedangkan negeri kelahiran mereka ialah mekkah, sedangkan negara mereka ialah mekkah, tapi mereka berjuang dan syahid di madinah.

Tegakkan Islam pada dirmu, nescaya tertegaklah Islam di tanah airmu.

Yang penting diri kita kena Islam, agar kita dapat bawa Islam di tanah mana saja kita berada. Bukanlah tanah yang perlu diislamkan terlebih dahulu. Tanah tak perlu ditaksubkan. Kerana itulah tanah air sendiri sanggup ditinggalkan, untuk menegakkan islam di tanah air orang lan. Andai belum syahid, boleh pulang menegakkan islam di tanah sendiri, andai syahid, maka mati di jalan Allah.

Siapa yang berperang untuk tujuan ini, sudah tentulah dia berjihad fi sabilillah, dan sudah tentulah mati syahid.


MHMI
11;09PM
25 mei 2013
hayyu asyir, cairo, mesir

Saturday, 15 September 2012

Hijrah Di Jalan Allah


Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, kemudian ia mati, maka syurgalah tempatnya, itulah janji Allah. Apatah lagi jika dia berhijrah dan berjihad, lebih tinggilah darjatnya di syurga.

Maka, langkahkan kaki ke jalan Allah, berkelana, mengembara dan merantaulah ke jalan Allah..

Siapkan bekal, bergeraklah dengan kesungguhan, zikrullah, dan tawakkal.

Selamat jalan wahai peminang bidadari syurga... Jangan pulang sebelum menemui apa yang dicari.. Bidadari syurga melambai-lambai merindui sang peminangnya sepertimana sang peminangnya juga merinduinya..

Perniagaan yang tidak pernah dikesali, dan tidak perang rugi, tidak akan sia-sia.. Allah sudah berjanji..


Hudri Maahadi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah