بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Showing posts with label Akhlak. Show all posts
Showing posts with label Akhlak. Show all posts

Monday, 16 September 2013

Perbaiki Tazkirah

Perkara Penting dalam menyampaikan tazkirah:

1) Duduk tegak
-yakin diri

2) Muka menghadap ke muka setiap pendengar
-orang rasa diberi perhatian, mrk akan beri perhatian, mrk rasa seronok

3) Rasakan ketenangan, bukan kegopohan
-orang juga rasa tenang, bukan rasa serabut,
-mrk dapat dengar lama2

4) sebut satu perkataan demi satu perkataan dgn sehabis jelas dan fasih yang mampu.
-kata2 yang x jelas, membuatkan fikiran mrk bingung dan serabut, mrk akan rasa menyampah, rasa tak mau dengar.
-kata2 yg jelas membuatkan mrk rasa lapang dada dan berasa puas dengar

5) Senyum
-orang rasa terpesona melihat kekacakan kita.. hahaha

6) gunakan bahasa yang indah, sopan, dan berunsur kasih sayang
- terpikat orang dengar, tertambat hati, terpegun, terpesona, orang suka..




(Video: Menyampaikan kuliah maghrib, 16/9/2013 di surau. Kitab Ayyuhal Walad, ilmu Tasauf)


Mohamad Hudri B Md Isa
17.9.2013
1;30pm
Kedah


Monday, 9 September 2013

Perkara Penting Untuk Daie

Perkara penting yang mesti ada pada seorang pendakwah bagi memastikan mesej yang disampaikannya itu dapat difahami dan diterima oleh manusia ialah:

1) Ilmu
2) Seni menyampaikan ilmu







9 September 2013, Isnin : Saya menyampaikan kuliah maghrib di Surau, baca Kitab Ayyuhal Walad karangan Imam Ghazali. 


Diantara seni menyampaikan ilmu ialah:

1) Duduk tegak, dapatkan keselesaan, keserasian, ketenangan serta kemerdekaan

2) Wajah tidak tunduk ke bawah, langut wajah agar orang dapat melihat wajah, andai takut, maka jangan lihat kepada mata orang, tapi lihatlah kepada dinding.

3) Sebut perkataan satu demi satu, jelas, tidak terburu-buru mahu menghabiskan kalam

4) Selitkan dengan humor


Antara perkara-perkara penting:

1) Mulakan dengan basmalah, memberi salam, memuji Allah dan selawat ke atas Nabi.
2) membaca Ayat Quran dan hadis
3) Mengucapkan pernghormatan kepada pihak masjid dan hadirin
4) Mula memberikan permulaan kepada syarahan
5) Menyampaikan syarahan
6) Buat kesimpulan ringkas
7) memohon maaf andai ada terkasar bahasa
8) Wabillahit taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh
9) membaca doa


Mohamad hudri b Md Isa
10 September 2013
8;50AM
Kedah

Friday, 23 August 2013

Hubungan Baik Dengan Semua

Kita bukanlah sendirian dalam kehidupan. Kita tidur di atas tilam yang orang lain buat, kita tinggal di dalam rumah yang orang lain bina, kita menggunakan laptop yang orang lain reka. Hidup kita ada hubung kait dengan orang lain. Kita umpama batu bata yang saling memerlukan satu antara lain, andai 1 tiada, maka boleh runtuhlah binaan.

Anda mesti hairan, kenapa anda mempunyai bakat, mempunyai kebolehan dan daya tetapi tiada siapa yang mengiktirafinya? Anda tidak diangkat ke tempat yang sepatutnya pun. Sebaliknya orang lain yang kurang bakat pula yang diangkat.

Puncanya apa ya? Bagi menyelesaikan sesuatu masalah, sudah tentulah perlu mencari puncanya, setelah puncanya diselesaikan, barulah masalah jua akan selesai. Umpama anda melihat lantai dapur anda dipenuhi air. Andai hairan kenapa air semakin bertambah, jadi apa yang anda lakukan? Ana terus mengelapnya atau mencari punya terlebih dahulu? Sudah tentulah mencari punyanya, kemudian baru anda tahu rupa-rupanya ada kebocoran paip, lalu anda pun perlulah memperbaiki kebocoran itu, bila ia sudah beres, maka masalah pun akan terhenti, dan kini barulah tiba masa untuk mengelap lantai. apa gunanya mengelap lantai, kemudian air melimpah lagi, lap, kemudian melimpah lagi, lap kemudian melimpah lagi.

 Kebanyakan masalah yang melanda diri kita berpunca  dari diri kita sendiri. Oleh itu,PERBAIKILAH DIRI SENDIRI.

Puncanya ialah kerana anda tidak mewujudkan hubungan yang baik dengan semua orang. Anda hanya memikirkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. Anda malas berbuat baik  dengan orang lain. Malas menyebarkan bahagia dan menolong orang lain. Tidak gemar memuliakan orang. 

Penyelesaian masalah ini ialah dengan BER'AKHLAK'. 

Akhlak ada 2 terasnya:
1) Hubungan baik dengan makhluk
2) Hubungan baik dengan Pencipta makhluk

حبل من الله وحبل من الناس

Orang yang hanya baik hubungan dengan manusia, tidaklah berakhlak andai tidak beriman. Orang yang rajin solat namun tiada hubungan baik dengan manusia juga bukanlah berakhlak. Tapi kedua-duanya perlulah ada, barulah dikira berakhlak.

Sesungguhnya Islam adalah Akhlak. Ajaran Islam mengajar kita supaya berakhlak dengan manusia, Islam bukan hanya mengajar supaya berakhlak dengan Allah sahaja. Nabi Muhammad malah berakhlak dengan musuh Islam. Akhlaklah yang membuatkan manusia terpesona dan terpikat untuk memeluk Islam.

Terdapat banyak ayat Quran dan hadis yang berkaitan dengan 'hubungan baik dengan manusia'

Ironinya, saya menutup penulisan saya kali ini dengan membaca sepotong ayat Quran.



وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين
Tidaklah Kami mengutuskanmu wahai Muhammad melainkan sebagai pembawa rahmat bagi sekelian alam.


dan jua sepotong hadis Nabi:



بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.


Ingatlah, tiada siapa yang boleh berjaya seorang diri, anda perlu wujudkan hubungan yang erat dan baik dengan ramai orang, termasuklah ketua. Jadikan diri anda 'somebody' di mata manusia disebabkan sifat anda yang amanah, bertanggungjwab, berwibawa, berdaya, berkemampuan, berilmu, berakhlak, berkemahiran, mempunyai kelebihan dan berkepimpinan. 

Jangan runtuhkan rasa hormat orang terhadap anda! Peliharalah rasa hormat manusia, jadikan itu sebagai salah satu motivasi untuk terus mengekal dan meningkatkan quality diri. Ketahui apa sebabnya anda dihormati dan peliharalah ia sebaik mungkin. Ketahui apa perkara yang menjatuhkan rasa hormat dan jauhilah perkara itu. Bukan untuk menipu manusia, tapi bukan pula untuk menafikan kelebihan yang ada pada diri kerana itu juga adalah satu bentuk penipuan.

Tidak dapat tidak, anda terpaksa menjaga pandangan lain terhadap anda dan menjaga hubungan orang lain dengan anda. Anda tidak boleh menjadi 'unknow person' atau menjadi orang yang tidak berguna. Jangan salahkan manusia andai mereka menghina anda, kerana anda sendiri yang merelakannya... Andai anda tidak bergerak untuk menghormati diri sendiri, maka jangan sedih andai manusia menyisihkan anda.. Jangan marah andai orang melupakan anda.. Jangan ambil hati andai orang menendang anda keluar.. Jangan hairan dengan nasib malang yang menimpa anda.. Jangan makan hati melihat orang lain semuanya berjaya melainkan anda.. Mestilah berjuang untuk mendapatkan kedudukan yang selesa! Mestilah berusaha keras untuk terus kekal hidup!

 Bukan mahu dipuja-puja, tapi jangan pula sampai dihina-hina. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya, usahakan memelihara dan menambah kelebihan, serta hapuskan kekurangan yang ada.

Orang sibuk mempromosikan kekurangan anda dan menyembuyikan kebaikan anda,  diri anda sendiri mengiakannya? Atau melawaninya?

Bukan mahu masyhur dengan pujian serata dunia, tapi jangan pula masyhur dengan kejian di serata dunia. Bukan mahu hidup sombong mendabik dada, tapi jangan pula hidup terhina disepak tendang di mana sahaja. 

Apa salahnya nama masyhur dengan pujian dan penghormatan, sepertimana Rasulullah masyhur dengan gelaran Al-Amin disebabkan sifat amanahnya?

Apa salahnya berkuasa dan berkedudukan tinggi di bumi, sepertimana Nabi Sulaiman berkuasa dan menjadi raja di bumi?

Redho manusia adalah tidak akan terpenuhi. Biar orang mencemuh perbuatan anda asalkan ianya adalah perbuatan yang benar, akan wujud orang yang menyokong anda. Beranikan diri untuk melakukan sesuatu yang mengundang kemurkaan manusia! Asalkan anda berjaya. 

Andai orang lain berada di tempat anda, adakah mereka akan memikirkan semua ini? Mereka tidak akan mensia-siakan peluang yang ada. 



Mohamad Hudri b Md Isa
23 Ogos 2013
9;55PM
Kedah

Sunday, 19 May 2013

Islam Membuatkan Manusia Hidup Aman

1) Tidak sewajarnya kita menghina orang lain.. Terutamanya seorang muslim..

"Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan." (Al Isaa: 70)



2) Sayangilah apa yang ada di bumi.. termasuklah alam, haiwan, tumbuhan dan manusia..

“Sayangilah apa yang ada di bumi ini, niscaya engkau akan disayangi oleh siapa yang ada di langit,” (HR Imam Thabrani)



3) Menerima perlawaan damai, sekalipun dari orang kafir.

"Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang dia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). " (At Taubah:6)


Mohamad hudri b Md Isa
15 March 2013

Wednesday, 11 July 2012

Rasulullah SAW dengan sebiji limau.


Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.




http://www.al-munir.edu.my/kisah_teladan.html

Akhlak Rasulullah


Sebagaimana yang diriwayatkan mengenai perilaku Rasulullah s.a.w., bahawa Baginda tidak pernah sama sekali memukul seorang pun dengan tangannya, melainkan  dipukulnya kerana fisabilillahi Ta’ala. Baginda juga tidak pernah memeram dendam kerana sesuatu yang dilakukan ke atasnya dirinya sendiri, melainkan bila melihat kehormatan Allah dicabuli.
Jika Baginda diminta untuk memilih antara dua perkara, tanpa ragu-ragu lagi Baginda akan memilih yang paling ringan dan mudah antara keduanya, kecuali jika pada perkara itu ada dosa, ataupun akan menyebabkan terputusnya perhubungan silaturrahim, maka Baginda akan menjadi orang yang paling jauh sekali daripadanya.
Tiada pernah seseorang yang datang kepada Nabi s.a.w., baik ia merdeka atau hamba sahaya ataupun amah (hamba sahaya perempuan) mengadukan keperluannya, melainkan Baginda akan memenuhi hajat masing-masing.
Berkata Anas r.a.: Demi Zat yang mengutusnya dengan kebenaran. Ia (Nabi) tiada pernah berkata padaku dalam perkara yang tiada diinginnya, mengapa engkau lakukan itu. Dan apabila isteri-isteri memarahiku atau sesuatu yang aku lakukan, maka ia berkata kepada mereka: Biarkanlah si Anas itu, dan jangan dimarahi, sebenarnya tiap-tiap sesuatu itu berlaku menurut ketentuan dan kadar.
Termasuk akhlaknya yang mulia, ialah memulakan memberi salam kepada sesiapa saja yang ditemuinya. Jika ada orang yang mengasarinya kerana sesuatu keperluan, ia menyabarkannya sehingga orang itu memalingkan muka daripada baginda. Bila berjumpa dengan salah seorang sahabatnya, segera ia akan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Baginda tidak pernah bangun atau duduk, melainkan lidahnya sentiasa menyebut nama Allah.
Seringkali bila sedang sembahyang, lalu ada tetamu yang datang kerana sesuatu keperluan, maka segeralah ia meringkaskan sembahyangnya untuk menyambut tetamu seraya bertanya kepadanya: Apa hajat anda?
Bila baginda berada di dalam sesuatu majlis antara para sahabatnya tidak pernah dikhususkan satu tempat baginya, melainkan di mana saja Baginda sampai, di situlah ia duduk. Baginda selalu menghormati sesiapa saja yang mendatanginya, sehingga terkadang-kadang Baginda sampai menghamparkan bajunya supaya orang itu duduk di atasnya. Sering pula Baginda memberikan bantal sandaran kepada orang yang datang, supaya orang itu bersandar padanya.
Bila di dalam suatu majlis yang ramai, Baginda menghadapkan wajahnya kepada semua orang, satu lepas satu, sehingga seolah-olah kesemua majlisnya, pendengarannya, percakapannya, kehalusan budi pekertinya dan perhatiannya ditumpukan kepada setiap orang yang duduk bersamanya di dalam majlis itu. Padahal majlis Rasulullah s.a.w. itu umumnya ialah majlis yang diliputi oleh kesopanan kerendahan diri dan amanah.
Allah telah berfirman di dalam al-Quran al-Karim:
“Oleh kerana rahmat Tuhan engkau bersikap lemah lembut terhadap mereka, dan kiranya engkau berbudi kasar dan berhati bengis, nescaya mereka akan lari dari sekelilingmu.” (Ali-Imran: 159)
Baginda lebih suka memanggil para sahabatnya dengan nama gelaran masing-masing untuk menghormati mereka akan memikat hati mereka. Sesiapa yang tidak punya nama gelaran, Baginda memberinya nama gelaran, lalu ia pun dipanggil dengan gelaran itu. Bukan kaum lelaki saja yang diberi nama gelaran malah kaum wanita juga, sama ada pernah melahirkan anak mahupun yang tidak. Bahkan kepada anak-anak kecil pun demikian juga, sehingga hati anak-anak itu tertarik kepada peribadinya s.a.w.
Baginda Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang amat jarang marahnya, tetapi jika marah paling segera redha pula. Baginda adalah orang yang berhati belas terhadap orang ramai, paling baik antara mereka sekalian, dan paling banyak memberikan manfaat kepada seluruh manusia. Tidak pernah sekalipun terdengar suara yang tinggi dalam semua majlis-majlisnya.
Apabila bangun dari majlisnya, Baginda sering membaca :
Maha Suci engkau wahai Tuhanku dengan segala kepujian bagiMu, aku menyaksikan bahawasanya tiada tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan kepadaMu dan aku bertaubat kepadaMu.” 


Sumber 

Friday, 22 June 2012

12 Sifat Sahabat Sejati

12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI 


 1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu. 


 2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu. 


 3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu. 


 4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik. 


 5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu. 


 6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya. 


 7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya. 


 8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu. 


 9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu). 


 10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu. 


 11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu. 


 12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Wednesday, 11 April 2012

Petua Untuk Berfikiran Positif

Petua Untuk Berfikiran Positif

 Apabila kita berinteraksi dengan sesiapa sahaja, hendaklah kita meletakkan diri kita di tempatnya. Contohnya:

1.Apabila berinterkasi dengan ibubapa kita, letakkanlah diri kita di tempat mereka. Nescaya kita menghendaki agar anak-anak kita berinteraksi dengan cara yang terbaik kepada kita. Maka dengan itu juga, apabila berinteraksi dengan ibubapa kita, pilihlah cara yang terbaik.

 2.Apabila melihat orang lain melakukan sesuatu kesalahan, letakkanlah diri kita ditempatnya. Nescaya kita akan menghargai apabila ada orang yang sudi memaafkan kita serta memberi nasihat dan teguran. Ini kerana tidak ada manusia yang terlepas daripada melakukan kesalahan. Maka dengan itu maafkanlah kesalahan orang lain dan berusahalah mencari ruang menasihati dan menegurnya .

3.Apabila ingin membetulkan kesalahan orang lain, letakkanlah diri kita di tempatnya. Nescaya kita mengingini agar orang yang membetulkan kita melakukannya dengan cara yang tersembunyi, lemah lembut dan hikmah. Maka dengan itu juga, betulkanlah kesalahan orang lain, sama ada yang melakukan maksiat atau bid‘ah, secara tersembunyi, lemah lembut dan hikmah. Jangan menghebohkannya, bersikap keras dan kaku.

4.Apabila saudara kita memiliki sesuatu kelebihan seperti ilmu, kedudukan, kemasyhuran atau harta, maka letakkanlah diri kita di tempatnya. Nescaya kita bergembira dan bersyukur atas kelebihan-kelebihan tersebut. Maka dengan itu juga, hendaklah kita turut bergembira dan bersyukur apabila di kalangan saudara kita ada yang diberi atau memiliki sesuatu kelebihan.

 5.Apabila seorang Muslim yang lainnya mencaci dan menghina kita dengan perkataan yang kurang menyenangkan, beredarlah daripada situ dan tinggalkan majlis atau perbincangan tersebut. Jangan pula kita juga mengherdik sama. Maka samalah kita dengan dia. Tiada bezanya. Kalau boleh kita beri sedikit nasihat. Dengar ataupun tidak terpulang padanya. Lambat laun pasti dia akan berubah. Memang sukar untuk melakukan demikian tetapi sekiranya kita ingin mengikuti akhlak Rasulullah, itu sahaja jalannya.

 Disebut dalam Riwayat Hadith Shahih mengenai akhlak yang mulia merupakan ibadah yang paling memberatkan timbangan amal: "Tiada sesuatu yang lebih memberatkan timbangan (pada Hari Akhirat) berbanding akhlak yang baik."(Riwayat Abu Dawud:Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4799 (Kitab al-Adab, Bab berkenaan akhlak yang baik). Malah disebut orang yang berakhlak mulia adalah orang yang sangat dikasihi Nabi Muhammad SAW


Sumber:  http://www.facebook.com/layarMinda
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah