بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Wednesday, 18 July 2012

Operasi syahid tewaskan menteri pertahanan rejim Assad dan saudara ipar Assad

Allahu Akbar! Operasi syahid Mujahidin tewaskan menteri pertahanan rejim Assad dan saudara ipar Assad

Menteri Pertahanan rejim Syi'ah Nushairiyah dan wakilnya Asif Syawkat-saudara ipar Bashar Assad-tewas hari ini, Rabu (18/7/2012), dalam operasi syahid Mujahidin di Damsyik, berdasarkan laporan tv nasional Syria.

Menurut laporan yang disiarkan UmmaNews, As Syahid (insyaAllah) melakukan amaliyat I
stisyhadiyah di bangunan Keselamatan Nasional rejim Alawiyah itu, Allahu Akbar.

Pada saat itu, di bangunan itu, sedang digelar pertemuan antara menteri dan sejumlah kepala keselamatan negara. Kemudian tiba-tiba bangunan itu dihentam oleh operasi syahid Mujahidin Syam.

"Ledakan 'pengganas' menyasarkan bangunan keselamatan negara di Damsyik, yang terjadi pada saat sebuah pertemuan para menteri dan sejumlah kepala badan keselamatan," lapor tv nasional Syria.

As Syahid, dengan izin Allah, berjaya menyusup ke bangunan itu dan meletupkan diri di dalamnya, hingga menyebabkan menteri pertahanan Daud Rajiha dan wakilnya Asif Syawkat tewas serta melukai yang lain, termasuk menteri dalam negeri Muhammad al-Sya'ar dan pemimpin perisikan Hisham Bakhtiar, kemungkinan jumlah 'korban' akan meningkat disebabkan letupan yang dahsyat itu.

Awalnya, laporan mengatakan bahawa Syawkat berada dalam keadaan kritikal, kemudian laporan selanjutnya datang mengatakan bahawa dia tewas di rumah sakit.

Operasi syahid itu berlaku selepas empat hari pertempuran sengit terjadi di Damsyik, pasukan Assad benar-benar dihentam oleh serangan-serangan Mujahidin, sebagai balasan atas pembunuhan dan kekejaman lainnya yang mereka lakukan terhadap Muslim Syria.

Semalam, Brigade Sayful Islam (salah satu brigade FSA) melakukan serangan besar terhadap istana presiden Assad dengan mortar hingga menyebabkan kebakaran hebat



http://www.facebook.com/photo.php?fbid=334077346677766&set=a.188995044519331.49794.171132802972222&type=1&relevant_count=1&ref=nf

Ulama Al-Azhar Kecam Sekatan Myanmar

Ulama Al-Azhar Kecam Sekatan Myanmar

Dewan Ulama al-Azhar dalam kenyataan mengenai jenayah terhadap kaum Muslim Rohingya di Myanmar, menyeru demonstrasi umat Islam di depan Kedutaan Besar Myanmar di seluruh dunia Islam.

Fars News melaporkan, al-Azhar menuntut reaksi tegas khususnya terhadap kerajaan Myanmar atas aksi pembunuhan warga Muslim etnik Rohingya.

Dewan Ulama al-Azhar dalam kenyataan mengecam pembunuhan, penyiksaan, dan pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Muslim Rohingya.

Menyinggung kebisuan masyarakat antarabangsa di hadapan aksi tidak berperikemanusiaan itu, Dewan Ulama al-Azhar menyeru protes dan sekatan terhadap Kedutaan Besar Myanmar di seluruh negara Islam.

Seraya menjelaskan penindasan Muslim Rohingya, al-Azhar menilai apa yang terjadi di Myanmar lebih buruk dari perlakuan rejim Zionis Israel terhadap warga Palestin. Tidak terdengarnya teriakan mereka [Rohingya] merupakan hal yang sangat menyedihkan di era maklumat seperti saat ini.

Dewan Ulama al-Azhar juga menekankan persaudaraan sesama Muslim dan menuntut ahli politik serta penguasa negara-negara Islam untuk memboikot Myanmar sampai kerajaan Rangoon memperbaiki keadaan untuk warga Muslim di negaranya.

Dewan Ulama al-Azhar juga meminta Syeikh al-Azhar mengeluarkan kenyataan tentang pelbagai kejahatan yang menimpa warga Muslim Myanmar, demi keredhaan Allah SWT.





http://www.facebook.com/photo.php?fbid=333935836691917&set=a.188995044519331.49794.171132802972222&type=1&theater

Mujahidin Syiria Akan Terus Memburu Al Asad

Pembangkang Syira Akan Terus Buru Al Assad Hingga Istana

Pasca Al Ikhwan Al Muslimin Syria memerangi rejim Bashar Al Assad, pertempuran kumpulan pembebasan Syria sudah menembusi kota Damsyik. Tentera pro Al Assad sendiri sudah mengerahkan kereta kebal dan helikopter secara total untuk membendung arus perlawanan dari kerjasama kumpulan Mujahidin dan rakyat awam Syria.

Kumpulan pembangkang sudah menjalankan operasi Damsyik. Operasi ini adalah tindakan serangan total terhadap sasaran rejim Al Assad dan sekatan jalan utama di seluruh negara.

Operasi perlawanan yang disebut oleh Al Ikhwan Al Muslimin ini sebagai operasi penentuan, merupakan titik kemenangan dari puncak perlawanan kumpulan pembangkang untuk menjatuhkan rejim Al Assad.

Sementara itu perdamaian dari utusan PBB Kofi Annan mencari jalan buntu. Perbezaan pendapat antara kumpulan pembangkang yang terlanjur tidak boleh memaafkan atas 17.000 korban awam yang dibantai Bashar Al Assad sejak konflik bermula pada Mac 2011 ini, semakin meruncing dengan sikap Vladimir Putin yang akan melawan setiap campur tangan international untuk menjatuhkan Bashar Al Assad.

Kekerasan terus menyebar di seluruh Syria. Secara terancang tentera pembangkang telah menembus Damsyik. Saksi mata mengatakan, Rabu (18/7/2012) awal pagi hari ini Tentera Bashar Al Assad mengerahkan kekuatan penuh untuk menghalang perlawanan yang semakin menembusi ke tengah-tengah Damsyik.

Perlawanan yang bermula dari Baghdad Street, menembus ke bandar Homs. Hingga saat ini roket-roket Al Assad dari helikopter terdengar di sepanjang Sabaa Bahrat yang merupakan pusat para pendukung Al Assad. Bahkan kumpulan pembangkang juga menyerang dari sisi barat kota Midan, Barzeh, Qaboun, hingga daerah Nahr Eisha.

Sementara itu masyarakat international masih membimbangkan kemungkinan. Ada satu senjata terakhir yang belum digunakan Al Assad, iaitu senjata kimia yang mempunyai kesan pemusnah besar-besaran.

Namun kesemuanya itu tidak membuat gentar kumpulan pembangkang untuk terus menembus masuk mengejar Al Assad hingga ke kediamannya di Presidential Palace, di hujung kota tempat Masjid Umawi pernah dibebaskan oleh Shahaludin alayubi dalam sejarah.

"Adalah mustahil itu terjadi di Syria, jika Bashar Al Assad rela melepaskan jawatannya kerana intevensi politik. Dia hanya boleh digulingkan dengan perlawanan (jihad)," jelas Nawaf Fares, salah seorang tokoh pembangkang kepada AFP. *





http://www.facebook.com/photo.php?fbid=333932493358918&set=a.188995044519331.49794.171132802972222&type=1&relevant_count=1&ref=nf

Saturday, 14 July 2012

NASA Menyatakan Matahari Akan Terbit Dari Barat



Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.
Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Keratan akhbar yang menyatakan bahawa NASA telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini
TEORI QURAN VS TEORI BARAT
Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.
Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.
Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.
Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).
Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.
Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah