بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Showing posts with label Ibubapa Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Ibubapa Keluarga. Show all posts

Monday, 30 September 2013

Kasih Sayang Menghasilkan Ikutan

Cara untuk mendapatkan ketaatan ialah dengan memberikan kasih sayang. Kasih sayang adalah umpan yang akan dapat membuatkan kita menarik orang mengikuti kita. Disebabkan mendapat kasih sayang, wanita Islam menjadi murtad kerana mengikuti pak we kristiannya. Disebabkan mendapat kasih sayang, lelaki india masuk Islam kerana mengikuti kekasihnya yang muslimah. 

 Tidak hairanlah mengapa Hasan Al banna menyebut, "Senjata dakwah kita ialah kasih sayang/ cinta" Disebabkan mendapat kasih sayanglah, anak sanggup mentaati segala suruhan ibubapa. Siapa yang tidak mendapat kasih sayang, umpama orang lapar tidak bertemu makan, dahaga tidak bertemu air, menderita.. Siapa yang tidak memberi kasih sayang, tidak akan diberikan kasih sayang.

Bermain dan berbual dengan kanak-kanak adalah cara untuk menunjukkan rasa kasih sayang kepada mereka, mereka akan merasa bahagia dan gembira. Kita juga turut merasai bahagia dan gembira.

Setiap manusia sukakan kebahagiaan dan kegembiraan, kerana itu mereka akan mengikuti sumber kebahagiaan dan kegembiraan. Siapa yang memberikan kebahagiaan dan kegembiraan adalah sumber kegembiraan. Siapa yang menjadi sumber kegembiraan, dia akan disukai dan diperlukan dan diingati serta diikuti..


(Video lumba berenang dengan anak menakan yang berusia 7 tahun.. Saya pulun berenang, bila celik mata, tengok2 dia sampai dulu.. isy3.. laju sungguh.. ajaiblah..)


Mohamad Hudri B Md Isa
Kuliah Syariah,
Universiti Al Azhar Mesir
11;25AM
1 october 2013
Kedah

Wednesday, 28 August 2013

Pembinaan Diri

Pembinaan Insan

Tarbiah itu ada tiga menurut Imam Hasan Al Banna:
1) Aqliah
2) Ruhiah
3) Jasadiah

Atau:
1) Mental
2) Emosi /spritual
3) Fizikal



1) Cara membina Minda/Aqliah/Mental 

ialah dengan pendidikan, dan pembelajaran. Pembelajaran bukan sahaja boleh didapati di sekolah, malah dengan melihat dan berfikir juga adalah satu proses pembelajaran. Membaca juga dapat mencerna idea.

أفلا ينظرون إلى الإبل كيف خلقت
Tidakkah mereka memerhatikan unta seraya memikirkan bagaimana ia diciptakan? 
(Nescaya mereka akan mengetahui bahawa Allah lah Sang Pencipta)

اقراء بسم ربك الذي خلق
Mulakan bacaan dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan


2) Cara membina jiwa/emosi/ruhiah 

ialah dengan memberi dan mendapatkan kasih sayang, dan perhatian manusia, terutamanya keluarga. Melakukan zikullah. Memantapkan iman. Menguatkan semangat. Melatih jiwa bersabar dan bermujahadah. Berpuasa. Hidup sederhana/zuhud. Membuang sifat-sifat mazmumah dan memasukkan sifat-sifat mahmudah ke dalam hati.

قد أفلح من زكاها وقد خاب من دساها
Beruntunglah siapa yang mensucikan jiwanya dan rugilah siapa yang mengotorinya

ليس منا من لم يرحم صغيرنا ولم يوقر كبيرنا
Bukanlah dari golongan umatku, siapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati orang tua


3) Cara membina tubuh badan/fizikal/jasadiah 

ialah dengan makanan, melakukan senaman.

وأعدوالهم ما استطعتم من قوة ومن رباط الخيل
Sediakanlah untuk memerangi mereka segala kekuatan yang mampu kamu sediakan dan juga (kuda) kenderaan perang

ان الله اصطفاه عليكم وزاده بسطة في العلم والجسم
Sesungguhnya Allah telah memilih Thalut sebagai pemimpinmu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan kegagahan tubuh badan

Gambar: Memanjat Tangga Kenari Gunung Jerai
Untuk Menguatkan Mental, jiwa dan fizikal. 
Rasulullah suka memanjat gunung Nur, dan beruzlah di gua hirak.





Mohamad Hudri B Md Isa
28 ogos 2013
9;35pm
Kedah

Tuesday, 18 September 2012

Kemajuan Hidup dan Kejayaan Dunia.

Lusa, hari khamis aku akan naik bas pukul 10 pagi, menuju ke kl, naik kapal terbang ke mesir.. Aku hari ini pergi ke pejabat agama alor setar bersama ayahku, aku terlepas taklimat, aku berjumpa dgn ustaz fadhil dan dengar taklimat ringkas darinya, dan mendapat sumbangan wang dari MB, dan baitul mal. jazakumullahi khaira.

Kemudian, kamipun pulang ke sungai petani, dalam perjalanan, kawanku telepon, menyuruku pergi ke menara zakat untuk menerima zakat, kamipun patah balik ke menara zakat dgn penuh kepenatan. Bila sampai di sana, aku tidak dapat menerima wang, krn mereka silap tulis nombor kad pengenalanku, mereka suruh kami balik dan datang pagi esok pula.

Kami pun balik dgn kepenatan dan duka lagi, ayahku ketika itu meluahkan isi hatinya, dia bercerita tentang sejarah hidupnya yang susah, dan sejarah hidupnya sehingga kini. kisah itu membuatkan aku celik, dan sedar akan nikmat senang, nikmat menjadi orang berjaya.. kerana ramai orang yang duduk di pendalaman, tidak tahu apa, dan mundur. Ayahku berhijrah, dan berjuang untuk mendapatkan kemajuan hidup untuk keluarga dan anak-anaknya.

Aku pula jauh sekali memikirkan soal kehidupan.. jauh dari sudut hatiku untuk berfikir untuk mendapatkan kemajuan hidup, jauh dari hatiku untuk menginginkan kehidupan dunia.. dan aku tidak bersyukur dengan nikmat yang ada. kini aku sedari nikmat ini, dan kepentingannya. 

Tidak lama lagi, aku akan berjauhan dari ayah dan ibuku, pastilah aku terpaksa berhijrah dan berjuang seorang diri tanpa peneman di sisi melainkan Allah. Dimanakah inginku adukan deritaku? Dimanakah inginku berehat dan berteduh? 

Biarlah aku bersusah-susah dahulu, kelak aku akan pulang dengan membawa 1000 kebaikan kepada keluargaku dan masyarakat serta umat Islam amnya.. Atau aku pergi tidak pulang, selagi belum memperolehi syurga..

Aku melihat kawan2ku, ada diantara mrk yang tidak mempunyai ciri2 kelayakan, namun mereka cuba sedaya mungkin untuk membuat-buat layak, mrk smua ingin jadi seseorang, ingin ada kedudukan, terpandang di sisi manusia. Manusia berjuang untuk menjadi seseorang, dan menjadi mulia di mata manusia. Ingin dipandang, dihormati dan disegani.. Sedangkan semua itu jauh dari hatiku.. Aku tidak inginkan smua itu, aku ingin syahid di jalan Allah.. Aku mempunyai ciri2 kelayakan, serta potensi, namun aku zuhudkan diriku, aku sembunyikan diriku, dan berbuat seperti orang biasa yang tiada apa dan tidak tahu apa..

Aku fikir, andai aku mendapat dunia, maka ia akan membuang masaku dari masuk syurga cepat2.. Itulah yang membuatkan aku menolak dunia, agar aku dapat memasuki syurga cepat2, tanpa halangan, sekatan, dan tanpa membuang masaku dari memasuki syurga.

Ayahku beruntung kerana mempunyai anak seperti ini, dengan ilmu yang aku perolehi ini, aku lebih memilih akhirat berbanding dunia, meskipun ramai manusia memilih dunia. Bagiku dunia ini adalah pentng, tetapi sekadar keperluan, kerana andai kita hidup dalam faqir miskin, bagaimana kita nak beribadah kerana kita sibuk berkerja mencari duit.

Aku kini hidup dalam keadaan tidaklah faqir, dan aku tidaklah susah sangat untuk mengejar akhirat. Kerana itulah aku tidak terfikir untuk mencari kemajuan hidup seperti yang difikirkan oleh bapaku dan manusia..

Andai semua manusia hanya inginkan akhirat dan menolak dunia jauh-jauh, bagaimana manusia akan hidup di bumi? Bagaimana kemajuan akan berlaku? Tamadun manusia pun takkan membangun. Bahkan manusiapun tidak lagi melahirkan anak dan berketurunan, dan tidak mempunyai cucu cicit, tidak membiak di muka bumi. manusia juga tidak lagi menjadi khalifah yang memakmurkan muka bumi, dan membiarkan bumi ini dirosakkan oleh para perosak. Kerana semuanya mati syahid dan berpindah ke dalam syurga.. 

Seseorang rakan facebook menasihatiku supaya seimbangkan antara dunia dan akhirat, bukan tolak dunia ambil akhirat sahaja. Mungkin mereka bercakap berdasarkan pengalaman hidup mrk dan realiti kehidupan, sedangkan aku bercakap berdasarkan apa yang aku baca tanpa melihat realiti hidup.

Lihatlah dunia. Lihatlah realiti kehidupan manusia ini. Andai aku tersangkut di dunia, bagaimana aku nak berlari ke akhirat?

Aku perlu berlajar mengenai kehidupan dunia, aku mesti berlajar mengenai kehidupan manusia. Kerana ini akan membantuku mencapai cita-cita akhiratku.


Hudri Maahadi

Monday, 17 September 2012

Wahai Ibu Yang Berduka

Lihatlah anak orang sedang berseronok dengan nikmat dunia.. 
Anakmu sekarang sedang berseronok dengan nikmat akhirat..

Lihatlah anak orang sedang mulia dan tinggi di mata penduduk bumi..
Anakmu sekarang sedang mulia dan tinggi di mata penduduk langit..

Lihatlah anak orang menikmati kemewahan dan kesenangan harta benda..
Anakmu sednag menikmati kemewahan dan kesenangan harta benda syurga..

Lihatlah anak orang mempunyai isteri dan anak-anak..
Anakmu mempunyai bidadari-bidadari syurga dan anak-anaknya juga..

Lihatlah anak orang menjalani hidup mereka..
Anakmu pula menjalani hidupnya yang abadi di syurga firdaus yang paling tinggi..

Lihatlah manusia yang lalai dan terpedaya dengan dunia serta melakukan dosa..
Sedangkan anakmu terselamat darinya dan berjaya memperolehi syurga..

Lihatlah manusia sanggup mati demi melakukan kejahatan..
Sedangkan anakmu sanggup mati demi membela agama..

Lihatlah manusia yang mati di jalan raya..
Sedangkan anakmu mati di jalan Allah..

Lihatlah manusia masih berusaha beramal untuk memasuki syurga..
Sedangkan anakmu sudah masuk syurga awal mendahului mereka..

Lihatlah manusia melupakan agama untuk mendapatkan kesenangan hidup..
Sedangkan anakmu pula melupakan kesenangan hidup untuk mendapatkan agama..

Lihatlah manusia tergila-gilakan dunia dan sanggup membuat dosa dan menempah bencana di akhirat..
Sedangkan anakmu tergila-gilakan syurga dan sanggup berjihad dan menempah bencana di dunia..

Lihatlah manusia menggadaikan syurga demi dunia..
Sedangkan anakmu menggadaikan dunia demi akhirat..

Maka beruntunglah wahai ibu yang melahirkan mujahid.. =)
Berbahagialah wahai ibu yang mendapat permata cahaya yang akan bersamanya di syurga.. =)

Tersenyumlah wahai ibu yang mendapat anak yang berjaya di dunia dan akhirat!
Bergembiralah wahai ibu yang akan disyafaati oleh anaknya di padang mahsyar kelak =)

Berseronoklah kerana anakmu sedang berseronok di syurga sekarang ini..
Allah sudah berjanji akan memasukkan anakmu ke syurga dan menghapuskan seluruh dosanya..

Selagi anakmu berjihad hanya kerana Allah semata-mata..
Andai dia belum melangsaikan hutang, Allah akan melangsaikan hutangnya di padang mahsyar..

Allah sudah berjanji tidak akan mensia-siakan ganjaran untuk anakmu yang berjuang mati-matian demiNya..
Maka bergembiralah wahai ibu yang sangatlah beruntung kerana mempunyai anak yang sangatlah beruntung..


Dikarang: Hudri Maahadi 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah