بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Sunday, 19 May 2013

Rahsia Menghadapi Cabaran

Kebanyakan orang mengatakan bahawa mereka tidak mampu melakukan sesuatu yang mencabar. Tapi sebenarnya mereka bukanlah tidak mampu, mereka mampu. Mereka sebenarnya tidak sanggup melakukan sesuatu yang mencabar itu.

Rakan tanya saya, batulkah saya dapat pumping 50 kali? Mereka tidak percaya, kerana mereka sudah cuba buat, tapi tak larat.

Saya mampu buat, tapi saya juga sebenarnya tidak larat, badan saya lebih kecil dari mereka, sepatutnya mereka lebih kuat. Jika saya yang kecil pun mampu buat, mereka yang lebih besar sudah tentu boleh buat. Tapi, beza antara saya dan mereka ialah saya sanggup memaksa diri saya untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan.

Kerana itulah meskipun saya kecil, saya tak kuat, tapi saya mampu pumping 50 kali, kerana saya sanggup paksa diri melakukan sesuatu yang saya tak mampu. Sanggup merasai perit dan penat. Sanggup menanggung bebanan dan tekanan serta kesakitan.

Saya mengembara seorang diri sahaja di kaherah, adakah kerana saya fasih berbahasa arab? adakah kerana saya berani? Tidak.. Tapi, kerana saya sanggup menghadapi cabaran. Sanggup untuk menanggung risiko. Sanggup memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan.

Rahsia saya ialah kesanggupan jiwa untuk menghadapi apa-apa tribulasi. Kekuatan Jiwa. Tidak ada manfaatnya kekuatan lahiriah serta kemampuan yang ada, andai tidak ada keyakinan atau semangat untuk melakukannya. Ramai orang yang ada kemampuan untuk melakukan perkara yang mencabar, tapi mereka tidak melakukannya kerana mereka takut, tidak yakin, tidak sanggup menghadapi masalah, tidak sanggup menanggung beban keperitan.

Zaman sekolah dulu, saya suka bercakap di hadapan pelajar asrama, bagi tazkirah. Bukan kerana saya berilmu, bukan kerana saya pandai cakap, bukan kerana saya berani, tapi kerana saya ingin mencuba, ingin melatih diri saya bercakap. Orang menyangka saya sudah biasa bercakap, walhal saya hanya memaksa diri saya untuk bercakap sahaja.

Ketika itu, saya lihat ramai rakan-rakan yang pandai cakap dan banyak ilmu, tapi mereka tidak bercakap di hadapan, kerana mereka takut, tidak yakin diri, gementar, lemah jiwa, rendah semangat. Mereka ada daya kemampuan, namun sia-sia sahaja, kerana mereka takut.

Umpama seekor singga yang gagah, ada taring, ada kuku, tapi hanya duduk diam, tidak sedar yang dirinya ada kemampuan, takut, tidak ada keyakinan, lemah semangat, tidak sanggup menghadapi cabaran. Segala kekuatan yang ada padanya terbengkalai, tidak boleh digunakan disebabkan kematian semangat, lemah jiwa.

Sebaliknya, seekor kucing yang tidak ada apa-apa kekuatan, andai dia berani, siap untuk berlawan dan menghadapi apa jua akibatnya, maka singa pun boleh takut pada dia.


Mohamad hudri b Md Isa
20 May 2013
4;47AM
cairo, mesir

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah