Setelah khilafah islam yang berpusat di Turki ditumbangkan oleh yahudi dan sekutunya yang memusuhi Islam, tanah air Islam telah dirampas dari genggaman umat Islam, kuffar menjajah dan memecah-mecahkan sempadan negara, maka tanah air Islam pun terpecah menjadi negara-negara kecil, lalu diletakkan demokrasi sebagai sistem pemerintahannya untuk menyusahkan proses kebangkitan umat Islam.
Kesan dari pembatasan negara ialah umat Islam Islam dipecah-pecahkan, lalu ditiupkan pula semangat patriotik, nasionalisme, yang semakin membangkitkan semangat yang memecah belahkan kesatuan umat Islam. Bagaikan orang Islam yang bukan sebangsa atau bukan senegaranya itu bukan saudaranya.. Wujudlah perpecahan umat Islam, kerana saling asobiyah dengan negara dan bangsanya. Semangat bangsa dan negara ini salah, kerana ia membawa mudhorat kepada kesatuan umat Islam.
Kesan pemecahan negara-negara juga ialah pengabaian nasib malang umat Islam di negara lain, bagaikan mereka yang ditindas itu bukanlah saudaranya, seolah-olah mereka tiada ada kena mengena dengannya, tiada hubungan dengannya. hanya kerana berbeza negara atau berbeza bangsa.
Hadis Nabi telah mengajar hal yang asal, iaitu seluruh umat Islam itu umpama satu jasad, apabila salah satu anggota jasad merasa sakit, seluruh jasad akan turut merasai sakit. Maksudnya mereka tidak berpecah-pecah, mereka tidak mementingkan masing-masing sahaja, mereka bukanlah tidak saling ambil tahu.
Maka, musuh mudahlah menindas dan membasmi umat Islam di sesebuah negara, lalu negara-negara Islam yang lain hanya boleh lihat, tapi tidak boleh tolong. bahkan tidak tahu langsung apa yang terjadi, kerana berita disekat.
Islam mengajar umatnya untuk berperang andai musuh menyerang sesebuah negara Islam, hinggalah musuh keluar. Namun, hal ini tidak dilaksanakan oleh umat Islam, kerana mereka dipecahkan oleh sempadan negara. Mereka tidak akan berperang atau masuk campur dalam urusan negara orang lain, sekalipun negara orang lain itu negara Islam.
Musuh telah mencatur dunia ini, umat islam pula menjadi penerima nasib malangnya..
Mohamad hudri b md Isa
18 may 2013
5;17PM
Mesir
No comments:
Post a Comment