Aku melihat umar mukhtar, dan merenung nasibnya. Aku dapati bahawa perjuangannya lebih menderita, lebih tertekan, perjuangannya merupakan lautan pengorbanan, dan berakhir dengan hal yang sangat pahit lagi memeritkan iaitu dia mati di tali gantung, dan negara Islam yang cuba dipertahankannya dengan harta dan jiwanya itu akhirnya jatuh ke tangan kuffar juga akhirnya.
Ditambahi pula wujudnya orang Islam yang berpihak kepada musuh, tidak mahu berjuang untuk mempertahankan khilafah Islam dari jatuh ke tangan kuffar. Anak-anak dan isterinya ditangkap dan mati dibunuh. Rumahnya ditinggalkan untuk menjalankan tugas memikul amanah perjuangan Islam.
Perjuangannya akhirnya berakhir dengan kegagalan apabila beliau ditangkap dan musuh berjaya menakluki tanah air Islam yang cuba dipertahankannya.
Tapi, menurutnya perjuangannya belum berakhir, belum gagal. Kerana perjuangan Islam ini hanyalah diwarisi olehnya sewaktu kewujudannya, setelah ketiadaanya generasi islam pula yang akan menyambungnya. Perjuangan Islam akan terus dipikul oleh generasi-generasi Islam yang mendatang hingga tiba hari qiamat.
Beliau tidak kecewa dengan apa yang terjadi, tidak merasa duka cita, tidak merasa lemah, tidak merasa gagal pun. Di sisinya, beliau sudah berjaya, kerana telah meneruskan perjuangan sehingga ke akhirnya. Beliau sudah berjaya kerana telah berjaya melaksanakan tugasnya sebaik mungkin. Berjaya kerana tidak menyerah kalah. Berjaya kerana melaksanakan perintah Allah. Berjaya kerana memperolehi pahala jihad dan memperolehi mati syahid, syurga serta keredhoan Allah.
Itulah kejayaan yang sangat agung di sisi Allah. Ramai anbiya dan daie yang ditangkap, disiksa, dihukum dan dibunuh. Mereka mendapat kecelakaan di dunia ini. Namun di sisi Allah, mereka sudah berjaya, kerana berjaya menjalankan perintah Allah, berjaya mendapat keredhoan dan syurga Allah. Sekalipun berakhir dengan kematian.
Pada zaman ini juga pejuang Islam ramai yang ditangkap, disiksa dan dibunuh. Mereka mendapat kecelakaan dan riwayat hidup mereka berakhir dengan kematian. Tapi perjuangan mereka tidak akan tamat selama-lamanya. Hanya nyawa mereka yang tamat di dunia, seterusnya mereka masuk syurga. Tapi perjuangan mereka di muka bumi tidak tamat, kerana disambut oleh generasi Islam.
Bukan mereka yang memulakan perjuangan mereka, mereka hanya meneruskan perjuangan Nabi dalam hidup mereka, setelah mereka tiada, perjuangan Nabi akan diteruskan oleh siapa yang masih ada.
mohamad hudri b md isa
21 may 2013
cairo, mesir
No comments:
Post a Comment