Sesungguhnya kejayaan umat Islam adalah kejayaan Islam. Adakah Islam mahu penganutnya menjadi ummah yang lemah, dhoef, miskin dan selalu ditindas? Sudah tentulah Islam mahu penganutnya berjaya di dunia dan di akhirat. Satu-satunya cara untuk berjaya ialah berusaha, berkerja, dan berjuang. Tidak boleh bermalas-malasan.
Di sini, saya kongsikan tips untuk berjaya:
1) Merancang untuk berjaya
Telah berjaya siapa yang menjaga hatinya dan rugilah siapa yang mencemarinya. Siapa berusaha dia berjaya, siapa malas, dia menyesal.
Hidup di dunia tidak terlepas dari sebab dan kesan. Allah lah yang menciptakan sebab dan kesan. Allah yang menetapkan undang-undang alam jadi begitu.
Siapa yang merancang, bermakna dia akan berjaya. Siapa yang tidak merancang, bermakna dia merancang untuk gagal. Ya, itulah undang-undang alam ciptaan Allah.
Kenapa Allah menyuruh hambanya berjuang bagi menyelamatkan nasib diri mereka? Kenapa Allah tidak menurunkan mukjizat agar hambaNya berjaya? Kerana Allah ingin menguji hambaNya.
Orang yang tidak merancang, beerti merancang untuk gagal.
2) Mengambil segala manfaat yang ada
Kita akan hadapi banyak masalah dan kesukaran dalam usaha mencapai matlamat kita. Kita perlukan perkara-perkara yang akan melincirkan kerja kita. Kita bukan mahu buang masa lama-lama untuk menyelesaikan sesuatu kerja, kita mahu cepat, kerana banyak kerja lain yang perlu dibuat.
Kita perlu manfaatkan orang-orang yang ada di sekeliling kita. Manfaatkan teknologi mordern. Manfaatkan ilmu pengetahuan dan wang ringgit. Bagi memudahkan kerja kita. Agar cepat kita boleh capai matlamat.
Dalam erti kata lain, guna cara yang lebih mudah, guna cara yang lebih simple. Semakin luas perjalanan, semakin luas pandangan. Jana idea melalui pandangan dan berfikir.
3) Cinta kepada kejayaan dan usaha untuk berjaya
Unsur yang membuatkan kita bertahan lama dalam sesuatu kerja ialah minat. Disebabkan minat, orang itu boleh buat kerja seharian tanpa jemu dan bosan, serta lebih istiqamah. Oleh itu, binalah rasa seronok untuk berlajar. Melalui rasa seronok itulah kita akan selalu berlajar berlajar dan berlajar.
Sedangkan berlajar itu akan menambah ilmu dan menambah kualiti diri. Setelah kita berlajar, kita akan jadi lebih dari orang lain yang tak berlajar.
Mohamad Hudri b Md Isa
17 Jun 2013
Hayyu Asyir, kaherah, mesir.
No comments:
Post a Comment