Kisah Jalut dan Thalut membawa banyak pengajarannya untuk kita.
Allah telah memilih Jalut untuk memimpin tentera bagi menakluki Baitul
maqdis. Hal ini kerana kebijaksanaan aqalnya dan kekuatan tubuh
badannya.
Sedangkan orang ramai tidak menyukainya, kerana dia bukanlah orang kaya.
Ketika Jalut dan tenteranya dalam perjalanan ke medan perang, mereka terjumpa sebatang sungai. Dalam keadaan yang sangat haus dahaga itu, tiba-tiba Jalut mengizinkan tenteranya meminum hanya seteguk air sahaja. Ramai tenteranya yang minum melebihi seteguk kerana gagal menahan rasa dahaga. Rasa dahaga yang keterlaluan membuatkan mereka menjadi hilang kawalan apabila bertemu air, mereka meminumnya hingga melebihi seteguk.
Sedikit sahaja dari kalangan tenteranya yang taat pada perintahnya, yang dapat menahan rasa dahaga, yang mampu mengawal diri dari rasa lahap terhadap air.
Akibatnya ialah tentera yang minum melebihi had itu merasa lemah untuk meneruskan perjalanan ke medan perang, akhirnya mereka berpatah balik.
Hanya tentera yang minum tidak melebihi had sahaja yang gagah untuk meneruskan perjuangan, mereka dimomokkan bahawa akan kalah di medan perang kelak, kerana bilangan mereka sudah sikit sekarang, akibat pulangnya sebahagian besar tentera-tentera yang sudah lemah.
Lalu mereka menjawab 'berapa banyak terjadinya pihak yang sedikit dapat menewaskan pihak yang ramai'. Tanpa rasa lemah semangat, bahkan mereka yakin mampu mencapai kemenangan.
berlakulah peperangan, dan mereka menang.
Empat Pengajaran yang boleh diambil ialah:
1) Kebijaksanaan aqal dan ilmu pengetahuan
2) Kekuatan lahiriah
3) Kekuatan jiwa, ketahanan diri, zuhud, taqwa
4) Sikap percaya diri, berfikir positive, sentiasa yakin mampu melakukan, optimis
Mohamad Hudri Md Isa
9 mei 2013
2;48am
mesir

No comments:
Post a Comment