Cara untuk mendapatkan ketaatan ialah dengan memberikan kasih sayang.
Kasih sayang adalah umpan yang akan dapat membuatkan kita menarik orang mengikuti kita.
Disebabkan mendapat kasih sayang, wanita Islam menjadi murtad kerana mengikuti pak we kristiannya.
Disebabkan mendapat kasih sayang, lelaki india masuk Islam kerana mengikuti kekasihnya yang muslimah.
Tidak hairanlah mengapa Hasan Al banna menyebut, "Senjata dakwah kita ialah kasih sayang/ cinta" Disebabkan mendapat kasih sayanglah, anak sanggup mentaati segala suruhan ibubapa. Siapa yang tidak mendapat kasih sayang, umpama orang lapar tidak bertemu makan, dahaga tidak bertemu air, menderita.. Siapa yang tidak memberi kasih sayang, tidak akan diberikan kasih sayang.
Bermain dan berbual dengan kanak-kanak adalah cara untuk menunjukkan rasa kasih sayang kepada mereka, mereka akan merasa bahagia dan gembira. Kita juga turut merasai bahagia dan gembira.
Setiap manusia sukakan kebahagiaan dan kegembiraan, kerana itu mereka akan mengikuti sumber kebahagiaan dan kegembiraan. Siapa yang memberikan kebahagiaan dan kegembiraan adalah sumber kegembiraan. Siapa yang menjadi sumber kegembiraan, dia akan disukai dan diperlukan dan diingati serta diikuti..
(Video lumba berenang dengan anak menakan yang berusia 7 tahun.. Saya pulun berenang, bila celik mata, tengok2 dia sampai dulu.. isy3.. laju sungguh.. ajaiblah..)
Mohamad Hudri B Md Isa
Kuliah Syariah,
Universiti Al Azhar Mesir
11;25AM
1 october 2013
Kedah

No comments:
Post a Comment