بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Saturday, 2 November 2013

MAHU BERHIJRAH

1 MUHARRAM kelak, saya BERHIJRAH  ke Mesir.

Saya mahu berhijrah tempat, dari kampung yang tiada cabaran kehidupan, tiada kesusahan, tiada kerisauan, kepada tempat yang banyak duri-duri cabaran, lautan kesusahan dan gunung-ganang kerisauan.
Aku cintakan kesusahan, kerana ia mendidikku menjadi seorang lelaki dewasa.
Sedangkan tempat yang tiada cabaran akan membuatkan aku lemah longlai, kusut masai dan ketinggalan zaman. Kesusahan akan membuatkan aqalku ligat tajam berfikir, semangatku tinggi dan kental, tenagaku gagah perkasa. Lebih berdisiplin, teratur dan terancang.

Aku mahu berhijrah perangai, dari perangai yang tidak mantap, kepada perangai akhlak yang mulia lagi terpuji serta disukai.

Aku mahu berhijrah ilmu, dari ilmu yang cetek dan tidak bertambah, kepada ilmu yang luas dan sentiasa bertambah, ingatan yang lebih kuat, lebih banyak beramal dengan ilmu dan tegar menyampaikannya.

Aku mahu berhijrah jiwa, dari jiwa yang lemah dan hanya berserah kepada nasib, kepada jiwa yang besar dan garang berani, menentukan nasib sendiri dan mengatur nasib yang terbaik untuk diri sendiri. Dari jiwa yang luntur bila ditiup angin, kepada jiwa yang kukuh pendirian dan keingingan, tidak goyah walau dilanda ribut taufan dan gelombang tsunami. Dari mudah patah hati dengan cabaran kecil kepada jiwa yang teguh tidak retak, tidak lemah, tidak patah, kukuh sekukuh gunung jerai yang telahpun aku tawan.

Aku mahu berhijrah diri, dari seorang yang biasa, kepada seorang perwira, paahlawan yang gagah perkasa, berani tangkas dan handal lagi cekap.

Aku mahu berhijrah nasib, dari nasib yang selalu malang kepada nasib yang selalu untung dan menang lagi senang. Dari nasib yang selalu gagal, kepada nasib yang selalu menang. Dari selalu ketinggalan, kepada sentiasa kehadapan dan paling maju. Dari sentiasa tidak berjaya, kepada sentiasa berjaya apa sahaja.

HIJRAH..
DISEBABKAN HIJRAH LAH ISLAM MENCAPAI KEJAYAAN
DISEBABKAN HIJRAH LAH ISLAM SELAMAT DARI KEBINASAAN
DISEBABKAN HIJRAH ISLAM MEMPEROLEHI KEKUATAN
DARI HIJRAH ISLAM MEMERINTAH ALAM

DENGAN HIJRAH AKANKU CAPAI KEJAYAAN
DENGAN HIJRAH AKANKU SELAMAT DARI KEBINASAAN
DENGAN HIJRAH AKANKU MEMPEROLEHI KEKUATAN
DARI HIJRAH AKANKU MEMERINTAH ALAM


Mohamad Hudri B Md Isa
Universiti Al Azhar Mesir

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah