Ada yang menyebarkan idea bahawa umat Islam akan menang hanya dengan doa, zikir dan tawakkal. Tidak perlu berusaha, berjuang.. Menyangka bahawa Allah akan menurunkan mukjizat dari langit kemudian kemenangan pun dicapai dengan mudah. Namun, sebenarnya itu hanyalah mimpi di siang hari.. Lihatlah kepada realiti dan berpijaklah di atas bumi.
Allah Maha Berkuasa menurunkan mukjizatnya untuk memberi kejayaan kepada kita, namun Allah tidak mahu berbuat demikian, sebaliknya Allah memerintahkan kita berusaha untuk meraih kemenangan.
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya." (Al-Anfal; 60)
Ada tiga jenis kekuatan yang Allah suruh kita sediakan dari ayat ini:
1) Quwwah: alat memanah/ senjata
2) Ribathil Khail: kenderaan perang
3) Anfaqtum: duit
Berusaha, membuat persiapan dan persediaan serta mengumpul kekuatan adalah disuruh oleh Islam. Kekuatan lahiriah adalah penting, dan boleh menjadi wajib.
"Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) samada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan jihad itu (dan lenyaplah sebab-sebab yang memimbulkannya). Demikianlah (diperintahkan kamu melakukannya) dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia membinasakan mereka (dengan tidak payah kamu memeranginya); tetapi Dia (perintahkan kamu berbuat demikian) kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan yang kufur ingkar (yang mencerobohi kamu) dan orang-orang yang telah berjuang serta gugur syahid pada jalan Allah (mempertahankan agamanya), maka Allah tidak sekali kali akan mensia-siakan amal-amal mereka. " (Muhammad; 4)
Ayat diatas menerangkan bahawa Allah mampu memberikan kemenangan secara percuma kepada kita, namun Allah tidak mahu berbuat demikian, sebaliknya Allah memerintahkan kita berusaha dan berjuang bagi mencapai kejayaan, kerana Allah ingin menguji kita.
"Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya dan dia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan? Nabi mereka berkata: Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya." (Al-Baqarah; 247)
Ayat di atas pula menunjukkan bahawa ilmu pengetahuan dan kekuatan tubuh badan adalah kelebihan. Semua itu digunakan untuk berusaha berjuang bagi mencapai kemenangan Islam.
Jelaslah bahawa umat Islam tidak seharusnya berdoa semata-mata untuk mencapai kejayaan. Sebaliknya perlulah memiliki faktor-faktor yang mendorong ke arah kejayaan. Perlu berusaha gigih dan berjuang bagi memperoleh kemenangan. Perlulah memiliki kekuatan lahiriah.
Mohamad hudri b Md isa
11 feb 2013
9;00PM
madinah nasr, Kaherah, mesir
No comments:
Post a Comment