بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Monday, 9 April 2012

Cintakan Dunia Membawa Padah

Cinta maksudnya ialah kecenderungan hati. Setiap manusia fitrahnya mempunyai kecenderungan hati. Bezanya ialah kemana hati itu cenderung?

cenderung kepada Allah dan Rasul?
cenderung kepada harta?
cenderung kepada wanita?
cenderung kepada kedudukan?
cendrung kepada jihad dan mati syahid?
cenderung kepada membaca Quran?
cenderung kpd solat?

atau..

cenderung kepada maksiat dan dosa?

Kita diajar oleh Quran supaya mencintai Allah, Rasul dan Jihad mengatasai segala-galanya termasuklah mengatasi cinta kepada ibu bapa dan anak isteri. Ini yang diajarkan kepada kita. (at-taubah:24)

Ada sebuah hadis yang menerangkan bahawa insan yg sepatutnya kita cintai selepas Allah dan Rasul ialah ibu kita, setelah itu barulah ayah kita. Ini yang diajarkan.

Manakala cinta kepada dunia tidaklah diajarkan. Tidak bermaksud haram, tapi maknanya perlulah sedar akan hakikatnya yang kecil, dan perlulah bersederhana tidak ghairah tidak melampaui batas dan perlu didapatkan keperluan dunia melalui cara yang halal.

Yang diajarkan juga ialah kita mengambil dunia sekadar keperluan. orang yang kaya mengumpul hartanya kemudian tidak bakhil menginfaqnya fisabilillah.

Dunia itu diterangkan hakikatnya oleh Allah sebagai  "mata'ul  ghurur"
dan diterangkan dalam hadis sebagai "bangkai" dan tidak berharga melebihi sebelah sayap nyamuk.


Akibat cinta dunia

Dunia itu tabiatnya akan musnah, akan hilang, akan habis, fana, sementara, sekejap.
Cinta tabiatnya bila sesuatu itu ada, kita rasa bahagia, tapi bila sesuatu itu tiada, kita mendertia.

Maka, bila kita cintakan dunia, akhirnya ia mestilah ditutup dengan rasa menderita, rasa sedih, kecewa, merana dan binasa. Kerana memang tabiat dunia itu sendiri pasti akan tiada akhirnya.

Cinta dunia membawa penderitaan perasaan.


Berbeza dengan cintakan Allah, Rasul dan Jihad, serta amal sholeh. kita akan bersemangat mengumpul amalan agar mendapat kebahagiaan yang hakiki dan sebenar iaitulah kebahagiaan di akhirat yang abadi.

 Manakala, bila cinta ini menguasai hati kita, maka dunia dan maksiat akan terkeluar dari hati kita, kita tidak terpedaya dan tertipu dgn 2 virus ini, yang sebenarnya merosakkan kehidupan dunia akhirat kia.

Orang yang mengawal dirinya dari cinta dunia dan maksiat, dan mendorong hatinya mencinati apa yg dajarkan itu, maka dia dapat menjalani hidup ini dengan baik, dan insyaAllah akan sampai ke matlamat hidupnya yang sebenar iaitu Radho Allah dan jannah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah