Saya juga memberi tahu seorang naqib saya mengenai hasrat hati saya yang tak mau kahwin, tapi nasib baik naqib saya ni membetulkan saya.
Naqib saya nasihatkan saya agar berkahwin, lalu beliau menceritakan mengenai kisah novel cinta mujahid yang beliau baca. Kisah ini lebih kurang seperti inilah...
Ada seorang pemuda sholeh, pemuda ini kematian isteri, suatu hari seorang wanita yang tidak bertudung terlihat pemuda ini, lantas berkenan, kemudian entah macam mana (lupa) mereka akhirnya bernikah.. Bila menikah, pemuda ini mentarbiyah dan melayan isterinya dgn baik.
Bilasampai satu hari, pemuda ini ingin berjihad di Afghanistan, dia pun meninggalkan harta kpd isterinya yg dalam keadaan mengandung itu. dia pun pergi berjihad selama 10 tahun. Lalu sampailah khabar bahawa pemuda itu telah syahid.
Isterinya sedih tapi redho. dan tidak berniat untuk berkahwin lagi, tiba2 datang seseorang ke rumah. Ingat orang nak meminang, rupanya suaminya belum syahid.. begitulah ceritanya (ringkasan tahap piaw)
Lagipun, orang perempuan sangat ramai, dan orang lelaki sangat sedikit , jika tak kahwin dgn mereka, sapa nak kahwin dgn mrk. hehehe.. kesian mrk..
Tapi, bila dah kahwin nak tinggal macam mana? ini lagi satu masalah, tapi takpa, tawakkal saja, belum cuba belum tahu.. Cuba kahwin dulu, baru tahu mampu ke tak nak tinggal, insyaAllah boleh!
Pompuan macam mana aku nak?
Saya pun tak tau la macam mana, tapi yang pentingnya agama, akhlak, boleh jadi penawar hatiku yang selalu panas.. Jangan jadi pemanas hati.. Boleh meringakan kesusahan hidupku dan melancarkan perjalananku menuju syurga. Boleh hormati perjuanganku.
Selebihnya redho saja.. kalau kejar yang sempurna, sampai bila2 pon tak kahwin la jawabnya. Kalau kejar yg sempurnya, akhirnya semua tercicir, satu pun tak da. Jangan kejar yg sempurna, tp redho dgn kekurangannya. jangan kejar yg sempurna tp syukurlah dgn apa yg ada. Jangan tengok pd kelemahan, tp tengok pd kelebihan.
macam mana nak yang tinggi2 sedangkan diri sendiri pun rendah. banyak kelemahan dan kekurangan.
"Aku akan kahwini pompuan yg x secantik bidadari syurga,
krn akupun taklah sehebat malaikat"
Ketar, dan buntu.. hahahaha. x tau nak buat cena.. dalam bab ni saya penakut.. mampoih p la..
Tak payah fikir lagi bab macam mana nak kahwin, tp fikir macam mana nak jadi suami dan bapa yg berjaya. Bila dah dapat kuasai ini, insyaAllah berani. Buat persediaan betul2.. bina diri dulu biar mantap..
No comments:
Post a Comment