بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Thursday, 5 April 2012

18 Tips Membina Pengaruh

Bagaimanakah cara untuk memiliki pengaruh?

Sebelum saya terlupa, segala cara di bawah perlulah dilakukan dengan ikhlas dan bukan dengan niat untuk membina pengaruh walaupun kita boleh membinanya. Pengaruh itu boleh terbina sendiri. Maka, fokuslah kepada keikhlasan dan juga pada proses yang dilakukan.

Berikut adalah 18 cara yang boleh dilakukan untuk membina pengaruh di dalam perniagaan atau dalam erti kata yang lain, jika ia dilakukan secara konsisten walaupun tanpa niat untuk membina pengaruh, ia boleh mencipta pengaruh yang berpanjangan..

1. Tidak terlalu meminta-minta dengan orang lain. Banyakkan berdikari. Alasannya mudah iaitu kuasa pengaruh kita tidak terlalu kuat kerana apa yang kita miliki bukan hasil usaha kita sepenuhnya. Pengaruh biasanya wujud akibat daripada diri individu itu sendiri.

2. Tidak menyatakan kelemahan kita secara terbuka. Banyakkan berbicara mengenai kejayaan. Walaupun kita mempunyai 99 kegagalan dan hanya satu kejayaan, kerapkan berkongsi cerita mengenai satu kejayaan tersebut. Orang lebih mahu mendengar cerita kejayaan berbanding cerita kegagalan.

3. Tidak merendah-rendahkan diri sendiri. Bagaimana orang boleh yakin pada kita jika kita sendiri tidak yakin pada diri sendiri?

4. Banyakkan berkongsi ilmu dan pengalaman tanpa mengenakan bayaran. Ini tidak dapat disangkalkan lagi keberkesanannya. Tangan yang memberi itu amat tinggi kedudukannya..

5. Tidak memperbodohkan orang lain terutama di dalam proses menjual.

6. Tidak memaksa-maksa orang lain memenuhi kehendak kita seperti di dalam jualan.

7. Banyakkan bercakap atau menulis mengenai perkara yang menjadi bidang fokus kita. Pengaruh akan terbina kerana fokus.

8. Membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka dengan sepenuh hati (ikhlas).

9. Elakkan perkara atau perbuatan yang jelas salah. Jika tidak tersengaja, minta maaf dengan mereka yang terlibat.

10. Tidak memuji-muji diri sendiri.

11. Menghormati prinsip dan pegangan baik orang lain.

12. Integriti yang tinggi: Melayan semua orang sama rata tidak kira tahap, pangkat atau kedudukan. Bagi diri saya sendiri dalam bidang Internet Marketing, saya melayan semua orang sama rata tidak kira mereka newbie atau otai.

13. Berbahasa dan berkata-kata dengan baik. Yang penting bukanlah apa yang kita katakan sama ada positif atau negatif, tetapi bagaimana kita berkata-kata di mana kata-kata itu tidak melukakan si pendengar. “Sampaikan yang negatif dengan cara positif”.

14. Sentiasa berkongsikan sesuatu yang bermanfaat seperti kata-kata yang boleh memotivasikan atau menggembirakan orang lain.

15. Elakkan berkongsi perkara yang terlalu peribadi terutama perkara peribadi yang boleh mencalar kredibiliti.

16. Tidak menyerang peribadi seseorang atau tidak terlalu emosional.

17. Gunakan bahasa aras tinggi seperti Bahasa Melayu Tinggi di dalam sebarang komunikasi perniagaan. Ia bukan bermaksud bahasa baku, tetapi bahasa yang sedap didengar dan membuatkan pelanggan kita amat-amat rasa dihormati dan ‘diletak di tempat yang tinggi’.

18. Tunaikan janji. Jika tidak dapat tunaikan pada waktu yang dinyatakan, berterus-terang kepada pelanggan agar mereka tidak tertunggu-tunggu. Orang yang amanah pada janjinya biasanya mudah dipercayai oleh ramai orang. Dari situ akan berlakunya cakap-cakap mulut yang positif mengenai kita atau perniagaan.


Sumber:  http://blog.smartusaha.com/membina-pengaruh-perniagaan/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah