Ketika iman di jiwa mantap, datanglah ribut taufan menghentam, sikitpun tidak tergugat.
Ketika iman ketandusan bekalan tenaga, datanglah taufan menghentam, lalu tersungkur lumpuhlah.
Andai musibah sebesar apa pun yang datang, itu takkan dapat melumpuhkan kita.
Jika benar musibah itu besar, paling maximum pun kita hanya terduduk, namun tidak lumpuh, kerana tenaga dalaman masih hidup.
Tetapi, ketika tenaga dalaman sudah kehabisan, ketika itu kita akan lumpuh.
Untuk bangun sesudah lumpuh ialah perlu meng'charge' tenaga iman.
Sesudah tenaga iman kembali hidup, barulah akan hidup segala-galanya, jika tidak, semuanya lumpuh.
Mulakan kebangkitan baru kita ini dengan men'charge' tenaga iman.
No comments:
Post a Comment