بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Thursday, 28 November 2013

Kesihatan Mental

Mental yang sakit akan membuatkan seseorang itu kehilangan daya dan membuatkan dia menjadi orang yang tidak produktif.

DIANTARA PUNCA SAKIT

1) Berkeinginan besar tapi tidak tercapai
2) Jatuh cinta pada seseorang tapi tidak mendapatinya
3) Tidak cukup tidur
4) Tidak tahan dengan beban masyarakat
5) Bermeditasi atau bertapa

CARA MERAWAT MENTAL

Fikirlah bahawa andai kita mempunyai kecacatan, pasti kita mempunyai kelebihan lain yang boleh menampung kecacatan kita, atau kelebihan lain yang boleh mengimbangi kekurangan kita. Cari di mana kelebihan diri.

Di waktu terlalu tertekan sangat, 
1) Manjakan diri, pergi makan makanan yang sedap2, tinggal di tempat yang selesa, 
2) Buat perkara baru, pakai pakaian yang mahal dan cantik, layan diri baik, buat perkara2 baru, pakaian baru, rambut baru, bertukar cara, jalan2 cari kawan baru.. 
3) Buat apa-apa yang dapat membuatkan kita senang, gembira dan ceria
4) Layan diri dengan baik, beri pertolongan dan dokongan untuk diri sendiri, berikan perhatian dan kasih sayang untuk diri sendiri



CARA MENYALURKAN EMOSI
Menahan naluri batin akan membuatkan kita sakit, naluri perlu dilepaskan asalkan dengan cara yang baik.


-----------------------------
Sumber rujukan: Internet


Mohamad Hudri B Md Isa
Kuliah Syariah Islamiah,
Universiti Al Azhar

Tuesday, 26 November 2013

Kunci Kejayaan

MACAM MANA NAK BAGI ADA RAMAI KAWAN?

Rajin senyum,
bagi pandai buat lawak, 
berfikir yg baik2, 
dengar orang cakap, 
yakin diri, 
kenal kehebatan diri,
jujur, 
pandai menempatkan diri,
sederhana dengan apa yg ada,
membuka diri utk org lain,
boleh menerima prubahan..


---------------------------------------


Mungkin anda tercari-cari BAGAIMANA MENANAM MINAT MEMBACA?

Caranya begini:

1) Lihat/berkawan dengan orang yang rajin membaca, setiap kali anda melihat dia membaca, anda akan terangsang untuk membaca/ untuk mengikutinya/ terpengaruh dengannya.

Atau jika anda ingin mendidik anak anda membaca, maka anda perlu membaca buku, bila dia melihat anda membaca, maka anda adalah contoh teladannya, dia akan ikut anda.

2) Biasakan diri dengan membeli buku, tengok buku, main buku, belek buku, lama2 anda akan timbul minat untuk mengetahui ilmu yg terkandung dalam buku.

Beli buku plastik untuk anak anda, biarkan dia main, lama2 dia akan lihat gambar2 dlm buku tu, lepastu timbul minat untuk mengetahui apa yg ada dalam buku.

3) Wujudkan perpustakaan kecil di rumah/bilik.

4) Buat target, dalam sebulan berapa mukasurat mahu baca, atau berapa buku mahu khatam. berapa buku baru mahu beli.

5) Rajin pergi kedai buku

Asuh anak anda, dengan membawanya pergi ke kedai buku, buat macam tu banyak kali, maka dia dengan sendirinya akan pergi kedai buku, kerana perasaan minat, sayang dan suka buku sudah ada di jiwanya.


-----------------------------------------------


Pernah anda terfikir BAGAIMANA MAHU JADI PAKAR DALAM SESUATU ILMU?

Caranya begini:

1) Baca pelbagai jenis buku tentang topik ilmu yang anda ingin pakar, sekurang-kurangnya 5 buku.

2) Search di google, dan baca sekurang-kurangnya 10 sumber tentang topik yang anda ingin pakar

3) Belajar dari pelbagai guru tentang topik yang ingin anda pakar itu

Contoh:

Saya sangat minat dengan jihad fi sabilillah, saya akan beli semua CD tentang jihad, saya akan beli semua buku tentang jihad, saya buka internet search tentang jihad, saya belajar tentang jihad dari ramai guru.

Rakan-rakan saya akui bahawa setiap orang itu ada kelebihan dan kepakaran yang tersendiri.


------------------------------------------------------


PERSEDIAAN SEBELUM BERBICARA DI HADAPAN UMUM
1) INFO MAKLUMAT/ ILMU
-Buka google, baca 10 sumber berkenaan topik anda
-Beli sekurang-kurangnya 5 buah buku berkenaan topik dan baca semua

2) HADIRI CERAMAH/SEMINAR
-Lihat cara orang ceramah, dapat idea baru bagaimana cara untuk menyampaikan maklumat

3) PRAKTIS
-praktis banyak kali, dan praktis sepertimana sistuasi sebenar yang akan kita buat
-apa yg kita buat dalam praktis akan menggambarkan apa yg kita akan buat di situasi sebenar
-apa yg kita buat dalam praktis, itulah yang kita akan buat kelak


--------------------------------------------------------

SEMALAM 15.11.2013, saya sembang dengan pegawai MARA yang bertugas di Iskandariah, dia dulu belajar di Maktab Mahmud Alor Setar dan di Universiti Al-Azhar juga. Dia kata, belajar di mesir ni kena MUJAHADAH, SEMANGAT KENA KUAT.

Dia kongsikan tips2 nak berjaya:

1) Bangkit pagi, p belajar di kuliah,
2) balik dan buka balik kitab tadi, baca balik, jika tidak kita akan lupa
3) Esok, bangkit pagi, p kuliah, lepastu balik dan buka balik kitab tu
4) Di ujung minggu, buka balik kitab dan baca balik semua yang kita dah belajar dlm seminggu
5) Tulis apa yg kita faham, jangan tangguh, kalau tangguh nanti jadi bukit, payah nak perhabis

Waktu baca buku,
1) Jangan main baca saja, tapi kena kenal apa yang dia nak habaq, tahu benda penting yang dia nak habaq
2) Hafaz benda penting, hafaz dapat membuatkan kita semakin tahu bahasa pengarang, dan supaya doktor faham apa yg kita jawab

Dia kata, kena ada sistematik,..

Saya rasa tips2 ini sangat penting, perlu diamalkan, jika usaha punya usaha punya usaha tanpa ada sistem yang tersusun, maka tiada hasilpun yang dapat, kerana itulah usaha perlu ada sistem.


----------------------------------------------------


STRATERGI FAHAM PELAJARAN:

1) Baca siap2 buku tu sebelum ia dibaca bersama guru/ sebelum masuk kuliah

2) Dalam kelas, dengar betul2 apa yg guru syarahkan, ambil kefahaman, dan catit

3) Bila balik rumah, buka balik buku tadi, buat ulang kaji

4) Buat nota dan peta minda di ujung minggu

5) Perbanyakkan perbendaharaan kata, supaya mudah faham setiap kalimah yang disebut oleh guru


----------------------------------------------------

Cara menguatkan mental

Meskipun bebanan yang maha besar perlu ditanggung, namun fikirkanlah bahawa kita mampu, selagi belum mati selagi itu kita mampu berjuang berjuang dan berjuang sehingga mati. Kematian takkan hadir jika tidak diizinkan Allah.

Apabila emosi dan mental terjejas, kata-kata semangat adalah diperlukan.

Ketika keletihan mula memenuhi jiwa, menyanyi lagu semangat adalah penting.

Di saat perjalanan masih jauh, berbual adalah penting untuk meringankan beban yang dirasai.

Biar apapun cabaran, provokasi, kritikan, dan reaksi negatif yang mendatang, pedulikan semuanya, kosongkan fikiran, fokus pada stratergi yang sudah diatur, terus bersemangat garang melakukan stratergi, terus bergerak dan berjuang, haram lemah selagi belum tiba ke destinasi.

Bersiap sedia untuk menghadapi sebarang tragedi pahit, semua tragedi adalah perkara biasa dan lumrah kehidupan.


----------------------------------------------------------


MATLAMATKU:
1) Cemerlang dalam peperiksaan di Al-Azhar
2) Menjadi pendakwah, imam, pengkhutbah, mutowif, penceramah yang hebat setelah pulang dari al azhar
3) Menjadi peniaga yang berjaya, pemimpin yang adil, pejuang yg berani dan ilmuan yg bijaksana
4) Sangat bermanfaat kepada manusia, dan berjaya di dunia dan akhirat

TUGAS:
1) Baca kitab-kitab kuliah sehingga habis dan ulang baca lagi, beserta kefahaman
2) Baca buku-buku yang membina, tengok orang2 yg hebat, belajar dari mereka
3) Praktis, berlatih, beramal

(SIAPKAN DIRI DENGAN ILMU, DIIKUTI DENGAN PRAKTIKAL DAN LATIHAN)

Musuh:
1) Perkara yg membawa kpd kelalaian/dosa


Mohamad Hudri B Md Isa
kuliah Syariah Islamiah 
Universiti Al-Azhar mesir

Saturday, 2 November 2013

Rancangan Makanan

Makanan adalah perkara penting, kerana ia berkait rapat dengan tenaga, kekuatan otot, kesihatan dan tumbesaran badan. Oleh itu, makanan hendaklah dijaga dan disediakan dengan baik. halalan thoyyibah, halal lagi baik.

Nak makan apa di mesir?

1) Telur separuh masak 2 biji/ telan telur mantah 2
Untuk mendapatkan protein, protein akan digunakan untuk menghasilkan otot dan tenaga, ia juga menghasilkan sel tisu, dan membina badan. Badan yang kekurangan protein akan kurus, lemah longlai, tidak berdaya melakukan apa kerja, dan cepat letih,  rendah keyakinan diri.

2) Madu
Untuk kesihatan perut, untuk menguatkan anti body, untuk mencerdaskan fikiran, supaya dapat menuntut ilmu dengan mudah, untuk meningkatkan tenaga.

3) Kacang
Untuk menjana protein

4) Nasi
Untuk mengenyangkan perut, bila perut kenyang hidup pun senang, bila perut lapar hidup merana, kerja tergendala.

5) Gargil
Untuk menguatkan fikiran

6) Ayam/ikan/daging
Untuk mendapatkan protein


Cara mudah menyediakan makanan ialah masak nasi, kemudian buat ayam panggang, makan nasi+ayam panggang+gargil =kenyang lagi halalan thoyyibah. Ayam masak separuh/seekor, ambil sikit, selebihnya simpan dalam peti ais, petang dan satgi ambil makan saja, tak payah masak banyak kali dah.

Sarapan Pagi
Sebelum tidur, buat telur separuh masak 2 biji, bangun pagi makan telur separuh masak dan roti, dan madu, gargil.

Tengah hari
Masak nasi, buat ayam panggang, makan nasi+ayam panggang+gargil.

Petang dan malam
Makan nasi dan ayam panggang yang sudah dimasak tadi.


Inilah masa makan.. InsyaAllah Makan tidaklah akan mencuri masa studi ku, makan adalah perkara wajib, krn tanpa makan, kesihatan badan terjejas, dan akan menjejaskan pelajaran. Makan jangan dilarang krn ia bawa faedah kepada diri sendiri. Yang perlu dilarang ialah melayari internet terlalu lama, kerana ia akan mencuri masa makan, curi masa studi, curi masa tidur, hingga aku tidak dapat melakukan apa2 melainkan 1 iaitu dok depan laptop. Laptop adalah perkara yang perlu dilarang dan dibatasi, makan tidaklah perlu dibatasi. kerana ia bermanfaat.


MHMI

MAHU BERHIJRAH

1 MUHARRAM kelak, saya BERHIJRAH  ke Mesir.

Saya mahu berhijrah tempat, dari kampung yang tiada cabaran kehidupan, tiada kesusahan, tiada kerisauan, kepada tempat yang banyak duri-duri cabaran, lautan kesusahan dan gunung-ganang kerisauan.
Aku cintakan kesusahan, kerana ia mendidikku menjadi seorang lelaki dewasa.
Sedangkan tempat yang tiada cabaran akan membuatkan aku lemah longlai, kusut masai dan ketinggalan zaman. Kesusahan akan membuatkan aqalku ligat tajam berfikir, semangatku tinggi dan kental, tenagaku gagah perkasa. Lebih berdisiplin, teratur dan terancang.

Aku mahu berhijrah perangai, dari perangai yang tidak mantap, kepada perangai akhlak yang mulia lagi terpuji serta disukai.

Aku mahu berhijrah ilmu, dari ilmu yang cetek dan tidak bertambah, kepada ilmu yang luas dan sentiasa bertambah, ingatan yang lebih kuat, lebih banyak beramal dengan ilmu dan tegar menyampaikannya.

Aku mahu berhijrah jiwa, dari jiwa yang lemah dan hanya berserah kepada nasib, kepada jiwa yang besar dan garang berani, menentukan nasib sendiri dan mengatur nasib yang terbaik untuk diri sendiri. Dari jiwa yang luntur bila ditiup angin, kepada jiwa yang kukuh pendirian dan keingingan, tidak goyah walau dilanda ribut taufan dan gelombang tsunami. Dari mudah patah hati dengan cabaran kecil kepada jiwa yang teguh tidak retak, tidak lemah, tidak patah, kukuh sekukuh gunung jerai yang telahpun aku tawan.

Aku mahu berhijrah diri, dari seorang yang biasa, kepada seorang perwira, paahlawan yang gagah perkasa, berani tangkas dan handal lagi cekap.

Aku mahu berhijrah nasib, dari nasib yang selalu malang kepada nasib yang selalu untung dan menang lagi senang. Dari nasib yang selalu gagal, kepada nasib yang selalu menang. Dari selalu ketinggalan, kepada sentiasa kehadapan dan paling maju. Dari sentiasa tidak berjaya, kepada sentiasa berjaya apa sahaja.

HIJRAH..
DISEBABKAN HIJRAH LAH ISLAM MENCAPAI KEJAYAAN
DISEBABKAN HIJRAH LAH ISLAM SELAMAT DARI KEBINASAAN
DISEBABKAN HIJRAH ISLAM MEMPEROLEHI KEKUATAN
DARI HIJRAH ISLAM MEMERINTAH ALAM

DENGAN HIJRAH AKANKU CAPAI KEJAYAAN
DENGAN HIJRAH AKANKU SELAMAT DARI KEBINASAAN
DENGAN HIJRAH AKANKU MEMPEROLEHI KEKUATAN
DARI HIJRAH AKANKU MEMERINTAH ALAM


Mohamad Hudri B Md Isa
Universiti Al Azhar Mesir

Tuesday, 29 October 2013

aPA aku buat waktu cuti 4 bulan d malaysia?

DULU waktu kecil2, saya bercita2 mahu menjadi mujahidin, sebab saya ingin berjaya di akhirat kelak. Kehidupan dunia pula saya tak ambil peduli.

Nasib baiklah saya sempat membaca kitab fiqh nashr wat tamkin, karangan syeikh ali shobuni. Bacaan ini mengembangkan fikiran saya bahawa kejayaan bukan semata-mata di akhirat sahaja. Kejayaan di dunia boleh dimanfaatkan untuk akhirat jua.

Saya pun mengubah cita2, saya ingin menjadi jutawan beriman, ingin jadi ilmuan yang soleh, ingin jadi orang yang mempunyai kekuatan dan kuasa yang bertaqwa. Saya juga ingin jadi mujahidin, tapi itu adalah cita2 terakhir.

Alangkah baik jika saya baca buku itu sejak dulu lagi..

Kini, apa yang saya jadi? 


1) saya memulakan langkah dengan perniagaan kain tudung saya, alhamdulillah sudah lincin, meskipun keuntungan hanya 40% sahaja..

2) saya bertani di kampung, tanam ubi kayu dan tebu.. saya buat sistem saliran air ke kawasan tanaman, hingga kini tanaman mendapat air yg cukup.. Tak lama lagi akan dapat hasilnya.

3) Saya pergi ke perpustakaan, baca buku, saya dengar ceramah, buat lawatan ke pondok, membuat lawatan ke beberapa buah masjid. saya menggunakan peluang untuk mengimami solat fardhu, solat terawih, dan solat 2 hari raya d surau. saya menyampaikan tazkirah/ kuliah di surau. saya berjalan2 di sekitar utara malaysia, melihat keadaan dunia ini.

4) Waktu bulan ramadhan, saya berjaya khatam Quran pada 10 ramadhan. saya cuba menghabiskan bacaan kitab asbabun nuzul dan kitab nahu sorof namun berat kepala, kena berhenti baca sebab nak bagi ruang rehat kpd minda. jika teruskan membaca juga, ia bagaikan air yg melimpah dari cawan.

5) selebihnya saya merehatkan diri dengan berenang, menembak, main game, tengok tv.. tidur, makan, mandi, sembang, main dgn anak2 menakan..


6) Belajar masak dari mak, berlatih bawa kereta dengan ayah, tolong mak dan ayah, tolong tokwan, tolong keluarga
Alhamdulillah.. saya tidaklah membazirkan masa cuti saya di malaysia ini..

Demi Harapan Orang Kampungku

Kalau nak ikutkan hati, saya tak mau jadi ustaz, tak mau jadi pendakwah, tak mau jadi imam, tak mau jadi ulama, sebab saya tak layak, sebab saya banyak kekurangan.

kalau nak ikutkan hati, saya nak main game saja, tak mau ambil tahu apa, nak tanam ubi, tanam pokok, lepastu tunggu hasil.. tak mau campur dengan dunia ni..

Kalau boleh, lepas saya p mesir, saya tak mau balik dah ke malaysia, sebab saya tak layak untuk menggalas semua tugas mulia itu.. Biarlah orang lain yang ambil tugas itu, saya tak mau bebanan, saya nak bebas merdeka dan ringan..

Tadi, surau saya buat bacaan yaasiin, untuk anak2 kampung yg nak ambil SPM, dan juga untuk saya sebagai anak jati kampung yang nak p belajar d Mesir. Tok imam kata semoga Adik Hadri ni p mesir ambil ilmu2 yg bermanfaat kemudian pulang dan bagi kat kita.

Perasaan saya ketika itu, saya rasa 'aku tak mau balik ke malaysia lah, aku mana layak jadi pendakwah..'

Tapi.. ayah dan mak saya kata ini adalah hasutan syaithon, supaya saya tidak berdakwah, berdakwah adalah pahala, sepatutnya saya sukakan pahala dan suka kepada kerja yang dapat membuatkan saya memperolehi pahala.

Sepatutnya, saya bersyukur kerana inilah peluang untuk saya memberi sumbangan kepada masyarakat dan agama Islam. Sepatutnya saya gembiralah krn dapat mengimarahkan surau itu. Sepatutnya saya lega lah krn saya tidaklah menjadi seperti kereta yang keusangan kerana tidak digunakan, sekurang-kurangnya saya bergerak juga.

Sepatutnya, saya tidak perlu sibuk memikirkan tentang ketidak layakan saya ini. Sebaliknya, fikirlah tentang kemestian saya untuk melakukan kerja tersebut. Buat apa saya fikir tentang hal yang akan membuatkan saya ragu-ragu dan tidak yakin diri, itu akan membuatkan saya memecilkan diri dan menjadi orang yang tak berguna kepada nusa dan bangsa.

Lebih baik saya fikir tentang hal2 kemestian saya untuk melakukan kerja2 itu, supaya ia membuatkan saya menjadi lebih berkeyakinan diri, lebih berani, lebih aktif dan memberikan banyak jasa kepada masyarakat.

Saya tengok tok imam saya tak macam saya pun, mana dia dok susah hati sambil berkata 'aku tak layak.. aku tak layak..' sebaliknya dia bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk berbakti. Dia buat dengan baik saja, tanpa ragu2 pon.. dia x malu2 pon..

Semua orang ada kekurangan, kekurangan itu perkara biasa. Meskipun ada kekurangan, janganlah jadikan itu sebagai penghalang untuk berbakti, apabila kita mampu melakukan kerja tersebut dengan baik, maka tidak syak lagi kita memang layak melakukan kerja itu.



Mohamad Hudri b md isa

Apa Aku Nak Buat Kat Mesir?

A) Apa benda aku nak buat di Mesir?



BENDA WAJIB:

1) Cari kawan, supaya boleh bertukar2 informasi dan bantuan.

2) Cari tempat tinggal, supaya boleh tidur, rehat dan hidup

3) Cari sumber makanan, supaya dapat tenaga untuk hidup

4) Daftar pengajian, supaya boleh dapat kad pelajar dan ambil periksa

5) Belajar siang malam hingga benar2 pandai dan dapat result yang gempak dalam peperiksaan.




BENDA SUNAT:

1) Tanam gargil hahahaa...

2) masak benda yg sedap2

3) buat bisnes

4) mengembara

5) main game

6) berpersatuan

7) bela arnab

 hiasi bilik lawa2

9) bersukan

10) baca buku dan belajar ilmu yang x masuk periksa





 Lepas balik dari mesir, apa benda aku nak buat?
1) jadi imam di surau

2) bagi tazkirah/kuliah/mengajaq kitab/ceramah/motivasi

3) cari kerja, supaya dapat duit

4) jadi ulama/ustaz/pendakwah

5) jadi jutawan beriman, ilmuan soleh, dan orang hebat yg bertaqwa


BERIMAN DAN BERAMAL SHOLEH
HIDUP UNTUK DIISI DENGAN KERJA YAG BAIK2



mohamad Hudri b md Isa

Monday, 30 September 2013

Kuliah Maghrib: Beramal Ikut Syariat


Saya menyampaikan kuliah maghrib di surau, pada 30 September 2013. Kitab Ayyuhal Walad, ilmu tasauf, nasihat ke sebelas 'Beramal mengikut syariat'

Kasih Sayang Menghasilkan Ikutan

Cara untuk mendapatkan ketaatan ialah dengan memberikan kasih sayang. Kasih sayang adalah umpan yang akan dapat membuatkan kita menarik orang mengikuti kita. Disebabkan mendapat kasih sayang, wanita Islam menjadi murtad kerana mengikuti pak we kristiannya. Disebabkan mendapat kasih sayang, lelaki india masuk Islam kerana mengikuti kekasihnya yang muslimah. 

 Tidak hairanlah mengapa Hasan Al banna menyebut, "Senjata dakwah kita ialah kasih sayang/ cinta" Disebabkan mendapat kasih sayanglah, anak sanggup mentaati segala suruhan ibubapa. Siapa yang tidak mendapat kasih sayang, umpama orang lapar tidak bertemu makan, dahaga tidak bertemu air, menderita.. Siapa yang tidak memberi kasih sayang, tidak akan diberikan kasih sayang.

Bermain dan berbual dengan kanak-kanak adalah cara untuk menunjukkan rasa kasih sayang kepada mereka, mereka akan merasa bahagia dan gembira. Kita juga turut merasai bahagia dan gembira.

Setiap manusia sukakan kebahagiaan dan kegembiraan, kerana itu mereka akan mengikuti sumber kebahagiaan dan kegembiraan. Siapa yang memberikan kebahagiaan dan kegembiraan adalah sumber kegembiraan. Siapa yang menjadi sumber kegembiraan, dia akan disukai dan diperlukan dan diingati serta diikuti..


(Video lumba berenang dengan anak menakan yang berusia 7 tahun.. Saya pulun berenang, bila celik mata, tengok2 dia sampai dulu.. isy3.. laju sungguh.. ajaiblah..)


Mohamad Hudri B Md Isa
Kuliah Syariah,
Universiti Al Azhar Mesir
11;25AM
1 october 2013
Kedah

Sunday, 29 September 2013

Tazkirahku: Ikhlas


Kitab Ayyuhal Walad, Ilmu tasauf, nasihat ke lima, "Ikhlaskan Niatmu"

Saturday, 28 September 2013

Tuesday, 17 September 2013

Tazkirahku: Ilmu dan Amal



Setelah melihat rakaman kuliah saya di surau, saya dapati saya bicara agak gopoh dan kurang jelas, membuatkan saya sendiri merasa serabut mendengarnya. Jadi, saya perbaiki cara cakap, agar lebih jelas.

Monday, 16 September 2013

Perbaiki Tazkirah

Perkara Penting dalam menyampaikan tazkirah:

1) Duduk tegak
-yakin diri

2) Muka menghadap ke muka setiap pendengar
-orang rasa diberi perhatian, mrk akan beri perhatian, mrk rasa seronok

3) Rasakan ketenangan, bukan kegopohan
-orang juga rasa tenang, bukan rasa serabut,
-mrk dapat dengar lama2

4) sebut satu perkataan demi satu perkataan dgn sehabis jelas dan fasih yang mampu.
-kata2 yang x jelas, membuatkan fikiran mrk bingung dan serabut, mrk akan rasa menyampah, rasa tak mau dengar.
-kata2 yg jelas membuatkan mrk rasa lapang dada dan berasa puas dengar

5) Senyum
-orang rasa terpesona melihat kekacakan kita.. hahaha

6) gunakan bahasa yang indah, sopan, dan berunsur kasih sayang
- terpikat orang dengar, tertambat hati, terpegun, terpesona, orang suka..




(Video: Menyampaikan kuliah maghrib, 16/9/2013 di surau. Kitab Ayyuhal Walad, ilmu Tasauf)


Mohamad Hudri B Md Isa
17.9.2013
1;30pm
Kedah


Monday, 9 September 2013

Perkara Penting Untuk Daie

Perkara penting yang mesti ada pada seorang pendakwah bagi memastikan mesej yang disampaikannya itu dapat difahami dan diterima oleh manusia ialah:

1) Ilmu
2) Seni menyampaikan ilmu







9 September 2013, Isnin : Saya menyampaikan kuliah maghrib di Surau, baca Kitab Ayyuhal Walad karangan Imam Ghazali. 


Diantara seni menyampaikan ilmu ialah:

1) Duduk tegak, dapatkan keselesaan, keserasian, ketenangan serta kemerdekaan

2) Wajah tidak tunduk ke bawah, langut wajah agar orang dapat melihat wajah, andai takut, maka jangan lihat kepada mata orang, tapi lihatlah kepada dinding.

3) Sebut perkataan satu demi satu, jelas, tidak terburu-buru mahu menghabiskan kalam

4) Selitkan dengan humor


Antara perkara-perkara penting:

1) Mulakan dengan basmalah, memberi salam, memuji Allah dan selawat ke atas Nabi.
2) membaca Ayat Quran dan hadis
3) Mengucapkan pernghormatan kepada pihak masjid dan hadirin
4) Mula memberikan permulaan kepada syarahan
5) Menyampaikan syarahan
6) Buat kesimpulan ringkas
7) memohon maaf andai ada terkasar bahasa
8) Wabillahit taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh
9) membaca doa


Mohamad hudri b Md Isa
10 September 2013
8;50AM
Kedah

Monday, 2 September 2013

Siapkan Diri Galas Tugas Nabi

2 September 2013 adalah tarikh saya mula menyampaikan kuliah maghrib di Surau di Sungai Petani Kedah. Pada bulan ramadhan yang lalu, saya ditugaskan menyampaikan tazkirah ramadhan dan imam terawih sebanyak 5 kali dalam bulan itu.

Dalam tazkirah maghrib pertama saya tadi, sebelum itu sebenarnya saya tidaklah membuat persiapan yang rapi, sekadar fikir dan rancang dalam otak nak cakap apa.

Sebelum saya menuju ke masjid, tiba-tiba saya dibebani rasa takut dan gentar. Saya mula kuatkan azam dan semangat untuk berjuang dan berdakwah di jalan Allah. Nasyid-nasyid jihad saya takwilkan ke arah dakwah, ia membuatkan saya berani dan bersemangat. Ayat Quran yang memotivasi saya jadikan azimat.

Saya pun melaksanakan tugas saya, alhamdulillah berjaya! Orang yang asalnya sedikit tiba-tiba datang semakin ramai. Saya menyampaikan ilmu, sehingga saya sudah kehabisan ilmu, saya masuk ilmu lain pula, kemudian tiba-tiba datang ilham baru, saya cakap panjang sikit lagi.


____________________

Saya fikir bahawa ilmu saya tidak cukup, 
saya merancang untuk meningkatkan ilmu dengan dua cara ini:

1) Saya perlulah menghabiskan pembacaan sebuah buku ilmiah dalam masa dua hari, 
perlulah menghabiskan puluhan buku dalam masa sebulan,
dan ribuan buku dalam masa setahun.

2) Saya juga perlu penuhi masa dengan menuntut ilmu di pondok
dan sentiasa berkelana ke medan ilmu. 

3) Ingatlah tanggungjawab saya ialah penyampai risalah Islam
penyambung perjuangan Anbiya, oleh kerana itu saya perlu kerahkan segala daya dan tenaga untuk mempersiapkan diri semantapnya bagi menggalas tugas itu


____________________

Ayat Quran dan nasyid perjuangan telah membangkitkan keberanian saya untuk berdakwah dan semangat untuk menggalas tugas menyambung perjuangan Anbiya. 



لقد من الله على المؤمنين اذ بعث فيهم رسولا منهم يتلو عليهم اياته ويزكيهم ويعلمهم الكتاب والحكمة وان كانوا من قبل لفي ضلال مبين

Sesungguhnya Allah telah menganugerahkan kepada orang-orang beriman dengan mengutuskan untuk mereka seorang utusan dari kalangan mereka sendiri yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, dan  membersihkan jiwa mereka dan mengajari mereka Al-kitab dan Al-Hikmah (sunnah) sedangkan mereka sebelum itu berada dalam kesesatan yang nyata

Ali Imran 164


Di antara tugas Nabi dalam ayat di atas ialah:
1) Membacakan ayat-ayat Allah 
2) Mensucikan jiwa manusia
3)Mengajari Al-Kitab (Quran) dan Al-Hikmah (Sunnah)

Said Hawa menulis dalam kitabnya, jundullah bahawa perkara paling asas untuk menjadi tentera Allah ialah Ilmu Pengetahuan. Saya bertanggungjawab untuk meningkatkan daya usaha mendalami ilmu terutamanya di pondok, saya bertanggungjawab untuk mengerahkan segala tenaga untuk mengaut ilmu melalui pembacaan. Kerana saya ditugaskan untuk mengajar pada setiap hari isnin malam selasa di surau tersebut. 

Saya perlu menyelak kisah-kisah ulama mencari ilmu ia akan memotivasi saya untuk menuntut ilmu. Membaca kisah-kisah Nabi dan pendakwah pula akan memotivasi saya untuk berdakwah.

Bahkan, tanggungjawab saya ialah pembawa risalah Islam ke kawasan tersebut! Saya juga bertanggungjawab untuk menghidupkan risalah Islam pada zaman ini! Saya bertanggungjawab untuk menyala dan menerangkan obor keimanan manusia! Saya berlajar di Maktab Mahmud Alor Setar, kemudian sambung ke Universiti Al-Azhar adakah wajar saya berdiam diri membiarkan masyarakat? 

Andai kamu cintakan Allah, maka ikutilah Nabi, nescaya Allah cinta padamu..


Mohamad hudri b md Isa
2 September 2013
10;45pm
Kedah

Wednesday, 28 August 2013

Pembinaan Diri

Pembinaan Insan

Tarbiah itu ada tiga menurut Imam Hasan Al Banna:
1) Aqliah
2) Ruhiah
3) Jasadiah

Atau:
1) Mental
2) Emosi /spritual
3) Fizikal



1) Cara membina Minda/Aqliah/Mental 

ialah dengan pendidikan, dan pembelajaran. Pembelajaran bukan sahaja boleh didapati di sekolah, malah dengan melihat dan berfikir juga adalah satu proses pembelajaran. Membaca juga dapat mencerna idea.

أفلا ينظرون إلى الإبل كيف خلقت
Tidakkah mereka memerhatikan unta seraya memikirkan bagaimana ia diciptakan? 
(Nescaya mereka akan mengetahui bahawa Allah lah Sang Pencipta)

اقراء بسم ربك الذي خلق
Mulakan bacaan dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan


2) Cara membina jiwa/emosi/ruhiah 

ialah dengan memberi dan mendapatkan kasih sayang, dan perhatian manusia, terutamanya keluarga. Melakukan zikullah. Memantapkan iman. Menguatkan semangat. Melatih jiwa bersabar dan bermujahadah. Berpuasa. Hidup sederhana/zuhud. Membuang sifat-sifat mazmumah dan memasukkan sifat-sifat mahmudah ke dalam hati.

قد أفلح من زكاها وقد خاب من دساها
Beruntunglah siapa yang mensucikan jiwanya dan rugilah siapa yang mengotorinya

ليس منا من لم يرحم صغيرنا ولم يوقر كبيرنا
Bukanlah dari golongan umatku, siapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati orang tua


3) Cara membina tubuh badan/fizikal/jasadiah 

ialah dengan makanan, melakukan senaman.

وأعدوالهم ما استطعتم من قوة ومن رباط الخيل
Sediakanlah untuk memerangi mereka segala kekuatan yang mampu kamu sediakan dan juga (kuda) kenderaan perang

ان الله اصطفاه عليكم وزاده بسطة في العلم والجسم
Sesungguhnya Allah telah memilih Thalut sebagai pemimpinmu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan kegagahan tubuh badan

Gambar: Memanjat Tangga Kenari Gunung Jerai
Untuk Menguatkan Mental, jiwa dan fizikal. 
Rasulullah suka memanjat gunung Nur, dan beruzlah di gua hirak.





Mohamad Hudri B Md Isa
28 ogos 2013
9;35pm
Kedah

Friday, 23 August 2013

Hubungan Baik Dengan Semua

Kita bukanlah sendirian dalam kehidupan. Kita tidur di atas tilam yang orang lain buat, kita tinggal di dalam rumah yang orang lain bina, kita menggunakan laptop yang orang lain reka. Hidup kita ada hubung kait dengan orang lain. Kita umpama batu bata yang saling memerlukan satu antara lain, andai 1 tiada, maka boleh runtuhlah binaan.

Anda mesti hairan, kenapa anda mempunyai bakat, mempunyai kebolehan dan daya tetapi tiada siapa yang mengiktirafinya? Anda tidak diangkat ke tempat yang sepatutnya pun. Sebaliknya orang lain yang kurang bakat pula yang diangkat.

Puncanya apa ya? Bagi menyelesaikan sesuatu masalah, sudah tentulah perlu mencari puncanya, setelah puncanya diselesaikan, barulah masalah jua akan selesai. Umpama anda melihat lantai dapur anda dipenuhi air. Andai hairan kenapa air semakin bertambah, jadi apa yang anda lakukan? Ana terus mengelapnya atau mencari punya terlebih dahulu? Sudah tentulah mencari punyanya, kemudian baru anda tahu rupa-rupanya ada kebocoran paip, lalu anda pun perlulah memperbaiki kebocoran itu, bila ia sudah beres, maka masalah pun akan terhenti, dan kini barulah tiba masa untuk mengelap lantai. apa gunanya mengelap lantai, kemudian air melimpah lagi, lap, kemudian melimpah lagi, lap kemudian melimpah lagi.

 Kebanyakan masalah yang melanda diri kita berpunca  dari diri kita sendiri. Oleh itu,PERBAIKILAH DIRI SENDIRI.

Puncanya ialah kerana anda tidak mewujudkan hubungan yang baik dengan semua orang. Anda hanya memikirkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. Anda malas berbuat baik  dengan orang lain. Malas menyebarkan bahagia dan menolong orang lain. Tidak gemar memuliakan orang. 

Penyelesaian masalah ini ialah dengan BER'AKHLAK'. 

Akhlak ada 2 terasnya:
1) Hubungan baik dengan makhluk
2) Hubungan baik dengan Pencipta makhluk

حبل من الله وحبل من الناس

Orang yang hanya baik hubungan dengan manusia, tidaklah berakhlak andai tidak beriman. Orang yang rajin solat namun tiada hubungan baik dengan manusia juga bukanlah berakhlak. Tapi kedua-duanya perlulah ada, barulah dikira berakhlak.

Sesungguhnya Islam adalah Akhlak. Ajaran Islam mengajar kita supaya berakhlak dengan manusia, Islam bukan hanya mengajar supaya berakhlak dengan Allah sahaja. Nabi Muhammad malah berakhlak dengan musuh Islam. Akhlaklah yang membuatkan manusia terpesona dan terpikat untuk memeluk Islam.

Terdapat banyak ayat Quran dan hadis yang berkaitan dengan 'hubungan baik dengan manusia'

Ironinya, saya menutup penulisan saya kali ini dengan membaca sepotong ayat Quran.



وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين
Tidaklah Kami mengutuskanmu wahai Muhammad melainkan sebagai pembawa rahmat bagi sekelian alam.


dan jua sepotong hadis Nabi:



بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
Aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.


Ingatlah, tiada siapa yang boleh berjaya seorang diri, anda perlu wujudkan hubungan yang erat dan baik dengan ramai orang, termasuklah ketua. Jadikan diri anda 'somebody' di mata manusia disebabkan sifat anda yang amanah, bertanggungjwab, berwibawa, berdaya, berkemampuan, berilmu, berakhlak, berkemahiran, mempunyai kelebihan dan berkepimpinan. 

Jangan runtuhkan rasa hormat orang terhadap anda! Peliharalah rasa hormat manusia, jadikan itu sebagai salah satu motivasi untuk terus mengekal dan meningkatkan quality diri. Ketahui apa sebabnya anda dihormati dan peliharalah ia sebaik mungkin. Ketahui apa perkara yang menjatuhkan rasa hormat dan jauhilah perkara itu. Bukan untuk menipu manusia, tapi bukan pula untuk menafikan kelebihan yang ada pada diri kerana itu juga adalah satu bentuk penipuan.

Tidak dapat tidak, anda terpaksa menjaga pandangan lain terhadap anda dan menjaga hubungan orang lain dengan anda. Anda tidak boleh menjadi 'unknow person' atau menjadi orang yang tidak berguna. Jangan salahkan manusia andai mereka menghina anda, kerana anda sendiri yang merelakannya... Andai anda tidak bergerak untuk menghormati diri sendiri, maka jangan sedih andai manusia menyisihkan anda.. Jangan marah andai orang melupakan anda.. Jangan ambil hati andai orang menendang anda keluar.. Jangan hairan dengan nasib malang yang menimpa anda.. Jangan makan hati melihat orang lain semuanya berjaya melainkan anda.. Mestilah berjuang untuk mendapatkan kedudukan yang selesa! Mestilah berusaha keras untuk terus kekal hidup!

 Bukan mahu dipuja-puja, tapi jangan pula sampai dihina-hina. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya, usahakan memelihara dan menambah kelebihan, serta hapuskan kekurangan yang ada.

Orang sibuk mempromosikan kekurangan anda dan menyembuyikan kebaikan anda,  diri anda sendiri mengiakannya? Atau melawaninya?

Bukan mahu masyhur dengan pujian serata dunia, tapi jangan pula masyhur dengan kejian di serata dunia. Bukan mahu hidup sombong mendabik dada, tapi jangan pula hidup terhina disepak tendang di mana sahaja. 

Apa salahnya nama masyhur dengan pujian dan penghormatan, sepertimana Rasulullah masyhur dengan gelaran Al-Amin disebabkan sifat amanahnya?

Apa salahnya berkuasa dan berkedudukan tinggi di bumi, sepertimana Nabi Sulaiman berkuasa dan menjadi raja di bumi?

Redho manusia adalah tidak akan terpenuhi. Biar orang mencemuh perbuatan anda asalkan ianya adalah perbuatan yang benar, akan wujud orang yang menyokong anda. Beranikan diri untuk melakukan sesuatu yang mengundang kemurkaan manusia! Asalkan anda berjaya. 

Andai orang lain berada di tempat anda, adakah mereka akan memikirkan semua ini? Mereka tidak akan mensia-siakan peluang yang ada. 



Mohamad Hudri b Md Isa
23 Ogos 2013
9;55PM
Kedah

Thursday, 18 July 2013

Tips Menjadi Imam dan Daie Yang Owsome

Tips Menjadi Imam dan Daie Yang Owsome

Hari ini 9 ramadhan, saya berpuasa di kedah, kerana pulang bercuti dari Mesir. Alhamdulillah pagi ini saya sudah membaca Quran sampai di juzuk 27, tahun lepas saya mengkhatam Quran 3 kali pada bulan ramadhan. Saya dilantik untuk menjadi imam dan menyampaikan tazkirah di surau pada beberapa hari yang sudah ditetapkan. Sebelum pulang ke Malaysia, seorang sinior berpesan agar saya berbakti kepada masyarakat, saya juga tidak sangka diberi peluang untuk berbakti.

Bukan saya seorang sahaja imam muda di kampung itu, ada beberapa imam muda yang lain turut ada di situ. Melihat mereka membuatkan saya dapat berlajar dari kelebihan dan kekurangan mereka.

KEKURANGAN IMAM

1) Baca terlalu panjang,
hingga membuatkan makmum merasa letih, jemu dan bosan. Mereka serik untuk datang solat berjemaah lagi.

2) Suara perlahan,
membuatkan makmum menjadi tidak faham apa yang harus mereka lakukan, nak berdiri ka? nak rukuk ka? nak sujud ka? akhirnya sembahyang jadi bertabur, krn makmum tidak dapat mengikut arahan imam, krn arahan itu tidak didengari dan tidak fahami oleh makmum

3) Suara tiada naik turun, tiada kecik besar
membuatkan bacaan tidak menarik, menimbulkan rasa bosan makmum berdiri lama

4) Tidak yakin diri, lemah semangat, takut, segan
membuatkan makmum hilang kepercayaan kepada imam, makmum menganggap imam tidak berwibawa, dan standart rendah, makmum tidak hormat pada imam.

5) Bacaan sangkut, lupa
makmum memandang rendah pada imam

KEHEBATAN IMAM

1) Baca pendek sesuai kemampuan makmum
ia tidaklah membuatkan makmum merasa berat

2) Suara kuat
makmum dengar dan faham apa yang harus mereka lakukan, nak rukuk, nak sujud ,nak iktidal, maka solat menjadi terpimpin dan tersusun. makmum mengetahui bahawa imam ini tinggi keyakinan dirinya, makmum menganggap imam sudah berpengalaman, makmum hormat pada imam

3) Suara ada naik turun, ada kecik besar
membuatkan makmum seronok menikmati bacaan imam yang sedap, merasa rindu untuk mendengar bacaan imam berkali-kali, sanggup berdiri lama untuk mendengar bacaan imam. teringat-ingat nak sembahyang dengan imam itu lagi. lapang dada dan gembira apabila imam itu menjadi imam

4) Yakin diri, berani, bersemangat, tak segan, percaya diri, rasa tinggi diri, tenang, selesa
Makmum merasa percaya pada kebolehah imam, tidak memandang rendah padanya, menganggap dia sudah pakar. tidak memperlecehkannya

5) Baca dgn jelas, fasih dan lancar berajwid
Makmum rasa puas dengar bacaan imam, percaya pada kebolehannya

6) Mampu senyum dan bersalaman dengan makmum
makmum merasa selesa dengan kewujudan imam, timbul rasa sayang kpd imam, makmum mudah untuk menghormati imam, hilang rasa tak suka kpd imam, makmum beranggapan baik kpd imam

7) Pakaian sesuai dengan darjatnya sebagai imam
makmum tidak memandang rendah padanya, makmum percaya kpd imam, merasa kagum, memandang tinggi pada imam, menyangka baik pd nya


KEKURANGAN DAIE
1) Semua kekurangan yang saya sebut di atas

2) Cakap gopoh, gagap, tersangkut-sangkut, tak selesa, tak lancar
timbul rasa penat mendengar daie bercakap, bosan, mengantuk, tidak senang dengar. Bila imam bercakap dengan senang, maka pendengarnya turut merasa senang. jika imam merasa takut, malu, segan, bercakap dalam keadaan tidak selesa, maka orang yang mendengar turut merasa tidak selesa, dan tidak mahu dengar lama-lama.



Mohamad Hudri B Md Isa
Kedah
18/7/2013
9 ramadhan
3.00PM

Sunday, 14 July 2013

Fiqh Manhaji: PUASA

MAKNA

dari sebgi bahasa: tahan, tahan diri dari makan atau dari cakap

dari istilah: tahan diri dari nafsu zahir (makan minum) dan nafsu batin (kawin) dari subuh hingga maghrib dgn niat.


SEJARAH

Puasa di syariatkan pada tahun ke 2 hijrah, bulan syaaban. Umat2 terdahulu sudah disyariatkan berpuasa, tapi puasa ramadhan khas disyariatkan buat umat Nabi Muhammad.


DALIL:

al baqarah; 183-185

hadis 'buniyal islamu ala khamsin'


HUKUM MENINGGALKAN PUASA:

Murtad siapa yang mengingkari kewajipan puasa, dia diminta bertaubat, andai tak mau bertaubat, maka dibunuh, begitulah hukum hudud bagi org yg murtad.

Tapi tidak dikira murtad andai dia baru memeluk Islam, atau dia berada di kawasan yang jauh dari alim ulama (dia jahil)

Sekiranya seseorang itu mengakui kewajipan puasa, namun tidak mengerjakannya, maka dia tidak murtad krn dia mengakui kewajipan puasa, dia cuma fasiq.


HIKMAH

1. antara hikmahnya ialah melahirkan hamba yang menyedari kehambaanya dan tunduk patuh kpd kehendak Penciptanya. Mendampingi Allah mengingatiNya.

2. Mengelak perut dari terlalu kenyang, menjauhi minda dari memikirkan hawa nafsu makan, lantas memudahkan manusia untuk fokus beribadah kpd Allah.

3. Terlalu kenyang akan mengeraskan jiwa, dan bersikap kasar. Lapar akan melembut dan penghaluskan perasaan manusia. membesihkan jiwa.

4. Bagi orang kaya tahu bagaimana rasa lapar, maka dia tahu bagaimana yang dihadapi oleh org2 miskin yg kepalaran, munculah sikap kasih sayang, simpati, kasihan dan tolong menolong.



PENETAPAN MASUKNYA BULAN RAMADHAN


ada 2 kaedah:


1) Melihat anak bulan ramadhanpada 29 syaaban, malam 30 syaaban, lihatlah anak bulan.cukup seorang saksi shj yg nampak anak bulan itu. (ada pendapat mengatakan dua org saksi diperlukan)


2) Sempurnakan 30 hari bulan syaabansekiranya anak bulan ramadhan tidak kelihatan pada 29 syaaban malam 30, maka esoknya (30 syaaban) dikira sbg syaaban. lusa barulah ramadhan.


andai nampak anak bulan pada 29 syaaban malam 30, maka esoknya berpuasa. maka jadilah syaaban hanya 29 sahaja, krn esoknya ialah 1 ramadhan.


berdasarkan hadis Nabi


صوموا لرؤيته وافطروا لرؤيته فإن غم عليكم فاكملوا عدة شعبان ثلاثين يوما


"berpuasalah dgn melihatnya, berbukalah dgn melihatnya, jika kamu terhalang dari melihatnya, maka sempurnakanlah syaaban 30 hari."


berbezanya tempat, akan menyebabkan berbezanya tempat terbit anak bulan, dan menyebabkan berbezanya tarikh masuknya bulan ramadhan.


ada tempat yg ramadhan masuk awal, ada tempat yg ramadhan masuk lewat sikit.


negeri2 yg berdekatan dgn neegeri yg melihat anak bulan wajib turut berpuasa dgn negeri yg melihat anak bulan itu.


manakala negeri2 yg jauh dari negeri itu tidak diwajibkan.


andai kita yg berpuasa ini berpindah ke negeri lain, yg mana negeri itu masih berpuasa, sdgkan kita dah puasa cukup 30 hari, maka kita kena puasa juga, krn bila kita berada di tempat itu maka kita kena ikut hukum tempat tu,


kena beraya tarikh mrk raya. krn kita kena ikut hukum tempat mrk


andai kita hanya berpuasa 28 hari shj, kmudian kita berpindah ke negeri lain yg mana mrk sdg raya, maka kita pun kena raya juga, tp kena qadho 1 hari, krn 1 bulan samada 29 hari atau 30 hari, tidak ada 28 hari.


andai kita sdg beraya pada waktu pagi, kmudian petangnya kita berada d negeri lain yg penduduknya masih berpuasa, maka kita kena tahan diri utk baki hari tersebut shj, krn kita kena ikut hukum tempat tu..


Mohamad Hudri b Md Isa
3.00AM
14 Julai 2013
Kedah


Sumber: 

Kitab Al Fiqhul Manhaji (Mazhab Syafie)
 Dr. Mustofa Al Khin , Dr Mustofa Al bugho dan Ali Asy Syarbaji
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah