بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Saturday, 6 April 2013

Pemecahan Minda 2

Setelah saya berdebat dengan rakan-rakan usrah mengenai kewajipan jihad, saya mengatakan jihad itu fardhu ain, namun rakan-rakan mengatakan ia hanya fardhu kifayah. Katanya kita tak perlu berperang, hanya perlu berlajar sahaja, biar tentera yang memikirkan soal perang. Ada yang mengatakan perang itu tidak wajib terus..

Saya tetap beri'tiqad bahawa perang dalam Islam hukumnya wajib, kerana tsabit dengan ayat Quran
كتب عليكم القتال
Samada ia wajib fardhu kifayah atau wajib fardhu ain. Sekarang adalah wajib fardhu ain berdasarkan kefahaman saya, kerana ia berlaku sepertimana yang tertera dalam kitab fiqh. Iaitu musuh telah menyerang negeri Islam, gazza, syiria, iraq, afghanistan, burma, pattani.. tidak syak lagi jihad menjadi fardhu ain, seluruh muslim wajib berjihad sehinggalah tidak perlu keizinan sesiapa.

Saya juga berpegang dengan qaedah fiqh
ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب
Kewajipan yang tidak mampu dilaksanakan melainkan dengan sesuatu, maka sesuatu itu menjadi wajib
Maka wajib membangunkan kekuatan-kekuatan, kerana ia mempotensikan kita untuk berperang.
Segaris dengan ayat 60 surah al anfal
وأعدوا لهم ما استطعتم من قوة


Setelah saya memikirkan beberapa sudut lain, saya melihat negara saya Malaysia juga terdapat musuh dalaman yang perlu ditewaskan terlebih dahulu. Kerana andai semua orang Islam meninggalkan malaysia untuk ke syiria, maka musuh dalaman akan menguasai malaysia dan menghapuskan Islam dengan mudah, kerana orang Islam sudah tiada di situ.

Maka saya berfikir, lebih utama menawan musuh yang lebih dekat, disamping itu perlu juga menghantar sebahagian kecil untuk berperang bersama saudara2 seislam yang sedang dihimpit bahaya dan kemusnahan itu, sekadar untuk membuatkan mereka dapat bertahan dari hancur.

Andai kita menghantar kesemua tentera ke syiria, maka musuh dalaman akan menguasai negara kita dengan mudah dan menaklukinya, kerana tiada saki baki tentera pun yang ditinggalkan untuk mempertahankannya.

Lebih utama menawan musuh yang lebih dekat, sebelum menawan musuh yang jauh. Setelah musuh yang dekat berjaya ditawan, musuh yang jauh akan datang menyerang, ketika itu perlu mempertahankan negara Islam ini, bertahan sehinggalah mereka berundur, ketika itu gunakan masa yang ada untuk memmantapkan pertahanan, kemudian hantar tentera untuk berjuang bersama saudara2 kita, menakluki musuh yang lebih jauh.

Setelah mampu menegakkan negara Islam, dan mampu mempertahankan kedaulatan negara Islam yang baru ditegakkan itu dari serangan musuh, barulah kita mampu menghantar tentera untuk berjuang bersama saudara2 kita bagi menakluki musuh.

Ketika kita belum mampu menegakkan negara Islam di negara kita, kita perlu hantar juga sebahagian kecil untuk berjuang bersama saudara2 kita, agar mereka tidak dibiarkan musnah di tangan musuh dengan begitu sahaja.. Sekurang-kurangnya orang yang kita hantar dapat membuatkan saudara2 kita dapat terus bertahan.



Mohamad Hudri  b md Isa
3:52 AM
7 April 2013
Mesir

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah