Saya setelah tamat mengaji di MMAS, saya tiba2 dipaksa berkerja sebagai tukang makan dan tidur.. Bayangkan, saya asalnya orang yang sibuk kerja sana-sini, aktif. Bila balik ke rumah, kena penjara dengan ayah. Jiwa saya tidak boleh hidup di sini. Saya sangat tekanan jiwa.
Untuk meredakan tekanan jiwa, saya ada satu hobi baru, merepek.. Saya cukup suka memenuhi masa lapang dengan merepek dan medan merepek saya pula ialah facebook. Cerdik sekali tindakan ini.. Lagipun, sebenarnya saya memang berniat untuk merepek pun, agar identiti sebenar saya dapat disembunyikan. Saya ingin mengelakkan diri dari disyaki apa-apa. Dengan merepek, orang yang lihat akan membuat andaian yang tidak tepat terhadap diri saya, dan identiti saya pun terjaga.
Setelah banyak saya dok merepek, lama-lama ia menjadi hobi. Saya merepek punya merepek sampai tiada had. Akhirnya, ada seorang hamba Allah yang menasihati saya, beliau berpesan agar jangan berbuat seperti ini, kerana akan merosakkan nilaiaan orang terhadap kita. Ini bukan kaedah yang benar untuk menyembunyikan dentiti diri.
Alangkah baik jika insan ini nasihatkan saya sejak dulu. Setelah rosak pandangan orang terhadap saya, barulah saya nak berhenti merepek. Tidak apa, saya tidak kisah pun dengan nilaian orang.
Kesimpulannya, marilah kita menjaga diri kita, menjaga aib kita, untuk menjaga nilaian dan pandangan orang terhadap kita. Kita mestilah menjaga pandangan orang terhadap kita.
Sudah ramai orang yang memberi tanggapan/ penilaian yang salah terhadap saya. Saya sendiri yang mendorong mereka memandang demikian. Namun, saya tidak kisah apa pandangan orang. Kerana saya faham bahawa amal sholeh perlu dirahsiakan, jika kita berbuat amal sholeh untuk riyak, maka balasan untuk kita ialah neraka. Disebabkan hal inilah saya memburukkan imej diri, untuk menyembunyikan amal sholeh agar saya dapat masuk syurga. Inilah punca sebenar saya jadi seperti itu.
Namun, kini saya perlu faham bahawa saya hanya perlu beramal sholeh dan tidak riyak. Saya tidak diajar supaya merosakkan pandangan manusia terhadap saya. Saya juga tidak diajar supaya menyembunyikan kebenaran. Saya telah salah sebelum ini, kerana memburukkan imej diri dan menyembunyikan kebenaran.
No comments:
Post a Comment