بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Saturday, 31 March 2012

Dunia Belum Tentu Musuh kita

Suatu ketika dahulu, saya faham bahawa saya perlu jauhkan diri dari dunia, jangan ambil perkara-pekara yang menyeronokkan, itu semua hanyalah dunia. Ambillah perkara-perkara yang tidak best. Itulah yang saya faham.

Pemahaman saya ini akhirnya menjerat saya sendiri, dan menyusahkan saya.

Sehinggalah suatu hari, saya mendengar kuliah agama di masjid, Ustaz Kabir bercerita soal dunia, dari isi kuliahnya, baru saya faham bahawa dunia itu terbahagi kepada dua,

Dunia yang tercela dan dunia yang terpuji,

Sebelum itu, apakah yang dimaksudkan dengan dunia?


Taarif DUNIA:

 1) sebelum akhirat
 2) hidup sebelum mati
 3) harta kekayaan
4) bawaan hidup



Dunia terbahagi kepada dua:
 1) dunia yg tercela -yg melalaikan dari akhirat
 2) dunia yang terpuji -yg menjadi jambatan ke akhirat

 Tercela atau terpuji itu bergantung kpd bagaimana cara kita menggunakannya.



 Abu Darda yang di siang harinya berpuasa, dan di malam harinya qiyam, sehingga tidak peduli kpd isterinya, perbuatan ini ditegur oleh Salman dan juga Rasulullah, diri kita mempunyai haknya, -tidurlah diwaktu malam, krn itu hak diri kita, jk x tidur, berdosa krn memudharatkan diri- begitu juga dgn isteri, dia mempunyai hak. Amal sholeh merupakan Islam, dan keluarga juga merupakan Islam. buatlah jadual, agar tidak ada yang terabai antara keduanya.

 _______________________

 tambahan: kebanyakan kita, bila sebut dunia, terus berpaling, sedangkan belum tentu kita kena berpaling, krn dunia terbagi 2, dunia yg tercela dan dunia yg terpuji, silap berpaling jadi berdosa, krn mengabaikan hak. dunia bukan 1 dosa jk ia dijadikan jambatan ke akhirat, dunia juga bukan 1 dosa andai kita gunakannya cara yg halal. bahkan menjadi PAHALA! YEAAA!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah