بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Thursday, 21 June 2012

هتف الشبل

هتف الشبل سأحيا سرمديا
 وأمام الظلم إعصارًا عتيا

 أبذل الروح وأشتاق المنيا
 في يميني نطق الصخر أبيا

 من دمائي ترتوي الأرض فداءً
 تنبت الأرض نضالا أبديا

  جهل الباغون أني في إبائي
 شامخ ما عشت يومًا للدنيّا

 حجري عزّي ومقلاعي إبائي
 عاصب الهامات مقداما جريّا

 أنا شبلٌ مسلمٌ حرٌ أبيٌّ
 صاغني القرآن مغوارًا عصيا

 عزتي من نبع ديني وكتابي
 منه ما قد سرت في دربي عليا

 شعبنا المطعون لا يرضى هواناً
 قاوم الباغين كهلاً وفتيا

 طفح الكيل فقمنا بجهاد
 لنذيق الظلم بركاناً قويا

 كم سقينا الكفر كأساً من جحيم
 ورأو منا جهادًا قدسيا

 عربد الكفر بعرضي ودمائي
 ومضى قتلاً وسحقاً همجيا

 حارقو الأرض بحقد عسكري ٍ
 فرضوا حكماً عنيدًا عنصريا

 أيها الآساد ما هذا التغاضي
لا أرى فيكم غيورًا أو وفيا

 هذه القدس تناديكم مليا
 تبعث الصوت إلى الأسد فهيا

 أين فيكم عاشق الخلد وأين
 باذل الروح إلى المجد رضيا

 كيف يسقى شعبنا ظلمًا مريرًا
 ويباد الشعب شيخًا وصبيا

 كيف والآساد فينا حرةٌ 
وترى الموت فدًا رطبا جنيا

 كيف يلهو الضبع في الغاب هواناً
 كيف والليث بنا أمسى قويا




Anak singa mengaum : aku akan hidup selamanya (syahid)..
di hadapan kezhaliman berlawan umpama puting beliung..


Aku mengorbankan nyawa dan aku mendapat syahid..
Di tangan kananku ini batu yang bercakap dengan tegar..


Darahku yang aku korbankan akan menyirami bumi..
Dan menumbuhkan benih-benih perjuangan yang kekal abadi..


Musuh yang zhalim tidak tahu bahawa aku tegar dengan azamku..
Azamku tinggi bukanlah aku mengejar perkara duniawi..


Batuku ini kekuatanku dan lastikku pula keteguhanku..
Dengan mengikat kepala aku berlari mara ke hadapan..


Akulah anak singa yang Muslim merdeka dan teguh..
Al-Quran telah membentukku dan melindungiku dari penderhakaan terhadap Allah..


Kekuatanku berpunca dari agamaku dan al-Quran..
Berpandukannyalah aku melalui jalan hidupku yang panjang ini..


Rakyat kami ditindas tidak rela menjadi lemah mengalah..
Bangkit menentang kezhaliman samada dewasa atau kanak-kanak..


Musuh telah melampaui batas maka kami bangkit berjihad..
Supaya penzhalim itu merasai letusan gunung berapi yang kuat..


Kami telah banyak memberi orang kafir itu minuman neraka..
Dan kami dapati jihad itu suci..


Orang kafir telah bertindak biadap terhadap kemuliaanku dan darahku..
Dan merekalah yang menimbulkan pembunuhan, kekejian dan keganasan..


Askar kafir membakar bumi dengan penuh rasa dendam..
Dan mengenakan undang-undang yang zhalim terhadap umat Islam..


Wahai para pahlawan kenapakah tidak ambil peduli dengan semua ini..?
Aku tidak dapati kamu ini jujur dan setia..


Al-Quds ini sedang memanggil kamu dengan kuat..
Dan menyebarkan seruannya kepada pahlawan maka marilah kita berjihad..!


Siapakah yang merindui syurga yang kekal abadi..?
Siapakah yang rela mengorbankan nyawa untuk meraih ke redhoan Allah..?


Adakah patut dibiarkan rakyat kami sentiasa diberi minum dgn kezhaliman..?
Sehingga orang tua dan kanak-kanak juga dizhalimi..


Kenapakah pahlawan masih tidak bertindak..?
Sedangkan kau melihat syahid itu cantik dan gebu..


Mengapakah hari ini pahlawan telah lalai dan leka..?
Sedangkan pada zaman dahulu mereka sangat kuat..






Siap diterjemah oleh:
Hudri Maahadi

7 Golongan Mendapat Naungan Allah

7 golongan yg mendapat naungan Allah di akhirat : 


 1. Pemimpin yang adil. 


 2. Pemuda yang membesar dlm beribadah kpd Allah. 


 3. Orang yang hatinya terkait/terpaut pada masjid shj. 


 4. Dua org yg berkasihan (bersahabat) kerana Allah, tak berjumpa dan berkumpul kecuali semata2 kerana Allah. cth: Hubungan Nabi SAW dan para Sahabat. 


 5. Org yg berzikir di tempat sunyi sehingga menitiskan air mata takut kepada Allah. 


 6. Lelaki yg menolak ajakan zina wanita cantik dan kenamaan kerana takutkan Allah. 


 7. Org yg bersedekah sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yg disumbangkan oleh tgn kanan. 


 (HR Bukhari dan Muslim) 


 Hudri Maahadi

Wednesday, 20 June 2012

74 Doa Hisnul Muslim

Antum boleh mendapatkan 74 doa hisnul muslim (perisai muslim) bacaan oleh Syeikh Saad Said Al Ghamidi. Doa-doa ini diamalkan oleh Nabi Muhammad. 


Antum boleh mendengarnya sentiasa, dan menghafaznya serta mengamalkannya. Sangat bermanfaat. Boleh letak dalam telefon bimbit.

Firman Allah:


واذكر الله كثيرا لعلكم تفلحون


Berzikirlah (sebut atau ingatlah) Allah sebanyak-banyaknya semoga kamu berjaya


Doa Hisnul Muslim - 01 Muqaddimah


Boleh download (muat turun) 74 doa tersebut di laman ini ---> klik di sini


Hudri Maahadi

Cara Untuk Berjihad

Sesungguhnya jihad itu bukanlah semudah bermimpi dan berangan-angan di hati. Bukanlah semudah kata-kata di lidah. 


Ia tidak dapat dilakukan tanpa persediaan dan kekuatan. 


 Pada hari ni, umat Islam sentiasa diperangi di merata tempat, namun tiada satu rombongan jihad pun dihantar ke sana untuk berjihad. Mengapakah fardhu jihad tidak dapat dilaksanakan? 


 ***** 


 Kerana umat Islam tiada 2 perkara penting: 

 1) Mujahidin 

 2) Senjata


 ***** 


 Diantara sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang individu untuk menjadi mujahidin ialah IMAN, semangat, jiwa tahan lasak, mental sentiasa berfikiran positive, sabar, ikhlas. Pada hari ini mujahidin tiada kerana kilang untuk melahirkan mujahidin juga tiada. 


Pertama, kita memerlukan kpd kilang yang akan mentarbiyah dan mendidik serta membina manusia menjadi mukmin yang berquality (yang mempunyai sifat2 yang disebut diatas), kelak mereka inilah yang akan menjadi mujahidin InsyaAllah. 


 Kedua, kita memerlukan senjata. kerana mukmin tanpa senjata tidak dapat mengalahkan kafir yang bersenjata. Kita memerlukan kepada senjata yang canggih dan kuat. seperti roket, dan peluru berpandu atau sniper. 


Senjata perlulah dihasilkan, dengan kepakaran (ilmu pengetahuan) dan juga kekuatan ekonomi. Jika tidak mampu menghasilkan, boleh merampas senjata musuh.


Perlu mencari individu yang pakar ilmu menghasilkan senjata yag rela menjadi menjadi penghasil senjata mujahidin, dan perlu mencari individu kaya yang rela menginfaqkan harta fisabilillah agar dapat membeli peralatan mencipta senjata atau untuk membeli senjata.




Dalam hal ini, sudah menjadi kewajipan untuk seseorang itu menjadikan dirinya sebagai mukmin yang berquality seterusnya dia perlulah membentuk seberapa ramai orang lain menjadi mukmin berquality.


Menjadi kewajipan juga untuk mendalami ilmu pengetahuan mengenai cara menghasilkan senjata.


Dan menjadikan kewajipan juga untuk menguasai kekayaan ekonomi.




Hudri Maahadi

Kearah Membina 6 Kekuatan

Enam kekuatan yang jika dicapai oleh umat Islam, maka mereka menjadi umat yang kuat, mereka dapat mempertahankan diri dari musuh, dapat menyebarkan Islam dan mengamalkannya dengan aman, dan dapat mengembangkan empayar Islam:


1) Kekuatan Aqidah (Iman)

2) Kekuatan Akhlak

3) Kekuatan Ilmu Pengetahuan

4) Kekuatan Ekonomi

5) Kekuatan Perpaduan

6) Kekuatan Jihad (mujahidin dan senjata)


Enam kekuatan ini saya dapat dari ceramah ustaz kazim bersama ustaz azhar idrus dalam cd ceramah beliau.
Hudri Maahadi

Keredhoan Allah Yang Dicari

Bukanlah keredhoan manusia yg aku cari..
 bukan ketinggian di sisi manusia yg aku impi.. 
 sebaliknya hanya semata-mata redho, rahmat, dan syurga Ilahi.. 
 Aku di atas jalan yg lurus dan jelas yang aku yakini..  
sekalipun semua orang bodo x faham dan membenci.. 
 suatu hari, mereka akan menyedari hakikat kebodohan mrk ini.. 
 di hari yg mana semua org dihidupkan  sesudah mati..

Kini mereka telah dikuasai syaithon si pendengki.
yang ingin menjadikan manusia x suka kpd orang yang nak menegakkan kebenaran hakiki..
dan menjatuhkan sang pejuang tanpa asas dan bukti..
akhirnya berlakulah apa yang tak diingini..
bertindak terburu-buru tanpa menyelidiki..
kelak bakal mengundang masalah dan penyesalan yang tiada henti...

***

Inilah dia adat berjuang,
telah pun diceritakan Allah dalam Quran,


يجاهدون في سبيل الله ولا يخافون لومة لائم

"mereka berjihad pada jalan ALLAH, dan tidak takut pada celaan orang yang mencela"

Bermakna, siapa yang berjihad pada jalan Allah, maka manusia akan mencelanya.
manusia tidak suka, tidak redho, marah, iri hati, mereka memandang ia sbg perbuatan yang salah, mereka berfikiran negative terhadap orang yang berjihad.

Maka kita perlu sedar, bahawa misi dan tugas kita ialah berjihad fisabilillah, untuk mencari keredhoan Allah, dan jangan sampai kata2 manusia itu membuatkan kita lupa kpd misi dan matlamat kita.

Masalah kita ialah kita terlalu ambil berat terhadap kata2 manusia sehingga kita lupa kpd misi dan tugas kita, akhirnya kita x berjaya, dan tak ke mana. Itu tak kena, ini tak kena, semua tak kena berlaka.. itulah manusia. 




Hudri Maahadi

Monday, 18 June 2012

Jihad Nafsu

Jihad nafsu itu ada 4 perkara: 


 1) Menuntut ilmu agama 


 2) Beramal dengan ilmu agama


3) Menyebarkan ilmu agama


4) Bersabar dalam menyebarkannya (akibat mendapat ujian)




Jihad nafsu ialah apa yang terkandung dalam surah al-ashr:


"Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Melainkan orang-orang yang beriman, beramal sholeh, berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran"


1) Beriman


2) Beramal


3) Berpesan-pesan dengan kebenaran


4) Berpesan-pesan dengan kesabaran


*****


Mari kita ikuti majlis-majlis Ilmu di masjid dan di mana sahaja. Kemudian cuba beramal. Disamping berkongsi dengan orang sekeliling. Dalam melakukan hal ini, akan ada ujian yang mendatang, maka kita perlulah bersabar.


Ana pernah menziarahi seorang ulama yang sudah berumur, ana minta pandangan beliau mengenai jihad fisabilillah, maka beliau berpesan agar menuntut ilmu sehingga kuat agama dahulu, barulah berjihad fisabilillah.


Apa yang ana faham dari pesanan itu ialah perlu menjadi orang beriman.



         وَإِذَآ أُنزِلَتْ سُورَةٌ أَنْ آمِنُواْ بِاللّهِ وَجَاهِدُواْ مَعَ رَسُولِهِ اسْتَأْذَنَكَ أُوْلُواْ الطَّوْلِ مِنْهُمْ وَقَالُواْ ذَرْنَا نَكُن مَّعَ الْقَاعِدِينَ   

         Dan apabila diturunkan suatu surat (yang memerintahkan kepada orang munafik itu): "Berimanlah kamu kepada Allah dan berjihadlah beserta Rasul-Nya", niscaya orang-orang yang mampu berjihad di antara mereka meminta izin kepadamu (untuk tidak berjihad) dan mereka berkata: "Biarkanlah kami berada bersama orang orang yang duduk tidak ikut berjihad
(At-Taubah: 86)


dalam ayat ini, diperintahkan berjihad setelah diperintahkan beriman, kerana jihad tanpa iman bukanlah jihad fi sabilillah, dan dalam ayat ini juga ada pengejian terhadap org yg meminta izin untuk tidak berjihad sedangkan mrk mampu untuk melakukannya.



Hudri maahadi

19/6/2012
2:40am

Sunday, 17 June 2012

عالاقصى شدو الرحال

عالاقصى شدو الرحال
 والقدس تنادى الابطال

 واحنا رجالك يا اسلام
 حركتنا بتهد جبال

 هيلا ...هيلا ...يابا هيلا .........هيلا هيلا هيلا
......هيلا هيل هيل . ........ هيلا هيل

 حررنا ارضك يا غزه
 بنهنى شعب فلسطين

 شهدانا وصواريخ العزه
 تحرق جيش المحتلين

 عقبال الضفة يا رجال
 حنا خلقنا للنزال

 يا ارضى ليلك لوطا ل
 بالمصحف احنا جايين

 هيلا ...هيلا ...يابا هيلا .........هيلا هيلا هيلا
......هيلا هيل هيل . ........ هيلا هيل

 انفاق العزه صنعتنا
 النا الارض والنا الغار

 والرايه الخضرا رايتنا
 نفديها واحنا الانصار

 خيبر خيبر يايهود
 جيش محمد سوف يعود

 بالدم بنحفظ العهود
 هنصالح لالا ما نلين

 هيلا ...هيلا ...يابا هيلا .........هيلا هيلا هيلا
 ......هيلا هيل هيل . ........ هيلا هيل

 هذا جدارك ما يرعبنا
 من فوقه وتحته جايين

 اجساد الشهدا عدتنا
 وجنودك ه المندحرين

 يا موج الشهدا السيال
 اجيال توصى اجيال

 لو صارت دمى شلال
 ما ننسى ارض فلسطين

 هيلا ...هيلا ...يابا هيلا .........هيلا هيلا هيلا
 ......هيلا هيل هيل . ........ هيلا هيل

 دم الرنتيسى ينادينا
 بيعاهد احمد ياسين

 يا دم بيسرى بأراضينا
 افواج القساميين

 تصلى الغاصب نار وثار
 اعصار يولد اعصار

 حنا والله رجال كتار
 ما نخشى موت وزنازين





Kepada Aqsa Kami bergegas mara
Al Quds sedang memanggil-manggil para perwira

Kamilah pahlawanmu wahai Islam
Langkah kami menggoncang gunung




Kami pasti membebaskanmu wahai Gazza
dan membuatkan rakyat palestin bergembira


syuhada dan roket kami yang gah

membakar tentera penjajah

menujulah ke dhoffah wahai pahlawan
kita dilahirkan untuk berlawan

wahai tanah airku sekalipun malammu berpanjangan
dengan Al-Quranlah kami berdatangan



terowong gah kami sediakan
sampai ke tanah dan sampai ke gua

panji hijau adalah panji kami
kami memperjuangkanya dan kamilah penolong

jaga2 hai yahudi
tentera muhammad kan kembali

dengan darahlah kami menepati janji 
akan menepatinya tidak akan mungkiri




tembokmu ini tidak menggentarkan kami
dari bawah dan atasnya kami tembusi

jasad para syuhada kami hitung
merekalah yang memusnahkan tenteramu

wahai ombak syuhada yang mengalir
generasi mmeberi wasiat kepada generasi

sekalipun darahku mengalir bagaikan airterjun
takkan ku lupa bumi palestin




Darah asy syahid rantisi memanggil kita
ahmad yasin berjanji

wahai darah yang mengalir di tanah air kita
kemaraan pasukan qossam berbondong-bondong

berdoalah bagi perampas itu neraka dan pemberontakan
zaman demi zaman

Kami demi Allah lelaki perkasa
Kami tak takut mati




Diterjemah oleh: 
Mohamad Hudri B Md Isa
29 ogos 2013
Kedah




Saturday, 16 June 2012

Punca Kelemahan Umat Islam

Pandangan Syeikh Jamaludin Al Afghani:


Menurut beliau, umat Islam mundur kerana telah meninggalkan ajaran Islam yang sejati. Beliau mengambil contoh fahaman terhadap qada dan qadar. Pada masa silam, fahaman ini memupuk keberanian dan kesabaran dalam jiwa umat Islam. 


Sebab-sebab kemunduran umat Islam di bidang politik pula, menurut beliau, ialah munculnya perpecahan yang terdapat di kalangan umat Islam, pemerintahan yang zalim, mengabaikan pertahanan tentera serta adanya campur tangan asing. 


 Jalan untuk memperbaiki keadaan umat Islam menurut beliau adalah dengan melenyapkan salah faham yang dianut oleh umat Islam menerusi cara kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.




Sumber (artikel penuh) : http://kinaizzati.blogspot.com/2009/09/jamaluddin-al-afghani-pejuang-islam.html




-------------------------------------------------


Kesimpulan sebab kelemahan:




1) Meninggalkan ajaran islam yang asli. 


2) Salah faham terhadap konsep-konsep dalam Islam, 

  • misalnya salah faham terhadap konsep qada dan qadar, hasilnya ialah hilang sifat keberanian dan kesabaran.



3) Perpecahan umat


4) Pemerintah zhalim


5) Mengabaikan pertahanan tentera (i'dad dan jihad)


6) Gangguan musuh Islam






Cara untuk Mengembalikan kegemilangan:




1) Hapuskan salah faham terhadap konsep Islam


2) kembali kepada ajaran Islam yang tulin dan asli.


Maratib Amal

MARATIB AMAL


Meneliti Seerah Rasulullah saw, kita jelas mendapati jalan perjuangan dan fasa-fasa yang dilalui oleh Baginda saw dan para Sahabat ra seperti yang diatur oleh Allah swt. Sebaik turun dari Gua Hirak pada 610M, Nabi saw mula membentuk (1) Peribadi-peribadi Islam yang bakal mendokong Dakwah Islam dan teguh melalui jalan panjang hingga mencapai matlamatnya. Setiap sahabat pula mendidik keluarga masing-masing hingga menjadi (2) Keluarga Islam sejati lagi mithali.


Kesemua isteri dan anak-anak Nabi saw seperti Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah mendokong Risalah dan melalui Jalan yang dilalui Baginda saw. Begitu juga Abu Bakar As-Siddiq didokong oleh isteri dan anak-anaknya Abdullah, Abdur Rahman, Aisyah, Asmak dan lain-lain. Tumbuhnya keluarga-keluarga Islam ini mewarnai dan mencorak suasana dan didikan Islam di sekitar, maka lahirlah bibit sebuah (3) Masyarakat Islam di Mekah sebelum mereka diperintah oleh Allah dan RasulNya saw untuk berhijrah ke Madinah pada tahun 622M membentuk sebuah (4) Kerajaan Islam dibawah pimpinan Rasulullah saw sendiri.


 Di Madinah, turun ayat-ayat Al-Quran mengenai Perundangan Islam sedikit demi sedikit menyentuh dan mengatur dari kehidupan ibadah dan sosial kepada hal ehwal berkait dengan kenegaraan dan Jihad (kekuatan dan kedaulatan) sehinggalah sempurna ciri-ciri sebuah (5) Negara Islam di Madinah.


Selepas Pembukaan Mekah pada tahun 630M, kerajaan-kerajaan kecil di Semenanjung Arab datang berbondong-bondong ke Madinah mengiklankan penggabungan ketua negara, kerajaan dan rakyat masing-masing di bawah Rasulullah saw dan berterusan ke zaman Abu Bakar As-Siddiq ra membentuk (6) Khilafah Islam.


Pada masa itu, kuasa besar masih di tangan Kerajaan Rum dan Kerajaan Parsi. Selepas Rasulullah saw wafat (632M), Islam mengalahkan kedua-dua Kuasa Besar tersebut di zaman Umar Al-Khattab ra. lalu Islam ditabal (7) Memimpin Alam Sejagat dan terus membimbingnya dengan Sistem Islam ke arah mendapatkan Syurga dan keredhaan Allah swt. “Katakanlah (wahai Muhammad kepada umat Islam dan dunia), ‘Sekiranya kamu mencintai Allah, ikutlah (jalan) aku, nescaya kamu akan dicintai Allah dan Dia ampunkan dosa-dosa kamu” (Ali Imran;31). Kepada mereka yang mencintai Allah dan berazam menuju kepadanya Seerah RasulNya itulah jalan menuju kepadaNya.


Berusaha dan beramallah melalui Jalan dan fasa-fasa di bawah :


 TAJUK-TAJUK RUKUN AMAL 7


 1. Peribadi Islam
 2. Keluarga Islam
 3. Masyarakat Islam
 4. Kerajaan Islam
 5. Negara Islam
 6. Khilafah Islam
 7. Memimpin Alam


Sumber: http://jalanjuang.wordpress.com/maratib-amal/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah