Jangan Menunggu..
Jangan apa?
Jangan menunggu BAHAGIA baru TERSENYUM, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia..
Jangan menunggu KAYA baru BERSEDEKAH, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya..
Jangan menunggu TERMOTIVASI baru BERGERAK, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi..
Jangan menunggu DIPEDULIKAN orang baru kamu PEDULI, tapi pedulilah tentang orang lain. Maka kamu akan dipedulikan..
Jangan menunggu orang MEMAHAMI kamu baru kamu memahami mereka, tapi fahamilah orang itu, maka orang itu faham dengan kamu..
Jangan menunggu TERINSPIRASI baru MENULIS,tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu..
Jangan menunggu HOMEWORK baru BEKERJA, tapi bekerjalah, maka homework kamu akan menunggumu..
Jangan menunggu DICINTAI baru MENCINTAI, tapi belajarlah mencintai,maka kamu akan dicintai..
Jangan menunggu banyak RUANG baru hidup TENANG, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah…bukan sekadar ruang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya..
Jangan menunggu CONTOH baru bergerak MENGIKUTI, tapi bergeraklah,maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti..
Jangan menunggu BERJAYA baru BERSYUKUR,tapi bersyukurlah, maka akan bertambah kejayaan..
Jangan menunggu MAMPU baru MELAKUKAN, tapi lakukanlah..
Jangan menunggu sudah TUA BARU BERTAUBAT,kerana KEMATIAN menjemput bila-bila masa..
Renung-renungkan..
Berjalanlah dengan penuh HARAPAN walau hidup ini tidak selalu BAHAGIA..
SEDEKAHKANLAH satu SENYUMAN walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan..
BELAJARLAH memaafkan walau dirimu terLuKa..
BERHENTILAH memberi ALASAN walau ingin menyatakan KEBENARAN..
HIDUPLAH dalam IMAN walau hari dipenuhi DUGAAN..
BERPEGANGLAH kepada ALLah walau DIA tidak KELIHATAN…
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ
Sunday, 29 April 2012
Thursday, 26 April 2012
SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH
KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)
2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari- cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) ** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…
8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah… ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH

Friday, 20 April 2012
Teknik Dakwah: HEMOI
Saya merupakan orang yang cukup pendiam, tapi hati berkeinginan untuk berdakwah, sehingga satu hari, saya ikut bengkel dakwah yang dibuat oleh Ustaz Kamarudin Kassim, beliau mengetengahkan sebuah ilmu yang cukup mahal, iaitu ilmu mengenai hemoi.
Saya cuba mengamalkannya dan alhamdulillah, ini merupakan perubahan besar dlam hidup saya.

اذهب إلى فرعون إنه طغى
قال رب اشرحلى صدرى
ويسرلى أمرى
واحل العقدة من لسانى
يفقه قولى
Pergilah kepada firaun sesungguhnya dia sangat zhalim
Berkata Musa: Tuhanku, lapangkanlah dadaku
Permudahkanlah urusanku,
Lepaskanlah simpulan di lidahku,
Mereka memahami kataku.
Step-step berhadapan dengan sasaran dakwah:
1) Sasaran dakwah itu bukanlah zhalim seperti firaun, sejahat-jahatnya pun belum sampai tahap firaun
2) Lapangkan dada, buka hati, menerima dirinya. Bukanlah sempit dada, bukanlah takut, kecut, ketar, cemperak.
3) Berdoa kepada Allah agar Dia memudahkan urusan kita, sekalipun kita sudah mahir sekalipun.
4) Bercakap biar jelas, perkataan itu keluar sebutir sebutir.
5) Agar mesej dakwah sampai kepada mereka.
Untuk menguasai ilmu ini, perlukan kepada latihan-demi latihan.
Monday, 16 April 2012
Tarbiyah Ruhiyah
~Amal yg dapat menghidupkan tarbiah RUHIYYAH~
1.solat jemaah 5 waktu(bg ikhwah sgt digalakkan solat di masjid)
2.solat sunat rawatib
3.solat sunat dhuha
4.qiamullail
5.solat sunat tasbih
6.tilawah al quran
7.zikrullah(dpt menghidupkan jiwa)
8.berpuasa sunat(baik utk mendidik nafsu)

Wednesday, 11 April 2012
Ajar Anak Dengan Terbaik
Jika anak diajar dgn celaan ,..
Ia berlajar memaki ,.
Jika anak dibesarkan dgn permusuhan ,.. Ia belajar menentang,.
Jika anak dibesarkan dgn cemuhan ,.. Ia belajar rendah diri,.
Jika anak dibesarkn dgn toleransi ,.. Ia belajar jadi penyabar,.
Jika anak dibesarkn dgn dorongan ,.. Ia belajar percaya diri ,.
Jika anak dibesarkn dgn pujian ,.. Ia belajar menghargai ,.
Jika anak dibesarkn dgn kasih sayang dan persahabatan ,... ♥ Ia akn terbiasa perdirian ,.

Petua Untuk Berfikiran Positif
Petua Untuk Berfikiran Positif
Apabila kita berinteraksi dengan sesiapa sahaja, hendaklah kita meletakkan diri kita di tempatnya. Contohnya:
1.Apabila berinterkasi dengan ibubapa kita, letakkanlah diri kita di tempat mereka. Nescaya kita menghendaki agar anak-anak kita berinteraksi dengan cara yang terbaik kepada kita. Maka dengan itu juga, apabila berinteraksi dengan ibubapa kita, pilihlah cara yang terbaik.
2.Apabila melihat orang lain melakukan sesuatu kesalahan, letakkanlah diri kita ditempatnya. Nescaya kita akan menghargai apabila ada orang yang sudi memaafkan kita serta memberi nasihat dan teguran. Ini kerana tidak ada manusia yang terlepas daripada melakukan kesalahan. Maka dengan itu maafkanlah kesalahan orang lain dan berusahalah mencari ruang menasihati dan menegurnya .
3.Apabila ingin membetulkan kesalahan orang lain, letakkanlah diri kita di tempatnya. Nescaya kita mengingini agar orang yang membetulkan kita melakukannya dengan cara yang tersembunyi, lemah lembut dan hikmah. Maka dengan itu juga, betulkanlah kesalahan orang lain, sama ada yang melakukan maksiat atau bid‘ah, secara tersembunyi, lemah lembut dan hikmah. Jangan menghebohkannya, bersikap keras dan kaku.
4.Apabila saudara kita memiliki sesuatu kelebihan seperti ilmu, kedudukan, kemasyhuran atau harta, maka letakkanlah diri kita di tempatnya. Nescaya kita bergembira dan bersyukur atas kelebihan-kelebihan tersebut. Maka dengan itu juga, hendaklah kita turut bergembira dan bersyukur apabila di kalangan saudara kita ada yang diberi atau memiliki sesuatu kelebihan.
5.Apabila seorang Muslim yang lainnya mencaci dan menghina kita dengan perkataan yang kurang menyenangkan, beredarlah daripada situ dan tinggalkan majlis atau perbincangan tersebut. Jangan pula kita juga mengherdik sama. Maka samalah kita dengan dia. Tiada bezanya. Kalau boleh kita beri sedikit nasihat. Dengar ataupun tidak terpulang padanya. Lambat laun pasti dia akan berubah. Memang sukar untuk melakukan demikian tetapi sekiranya kita ingin mengikuti akhlak Rasulullah, itu sahaja jalannya.
Disebut dalam Riwayat Hadith Shahih mengenai akhlak yang mulia merupakan ibadah yang paling memberatkan timbangan amal: "Tiada sesuatu yang lebih memberatkan timbangan (pada Hari Akhirat) berbanding akhlak yang baik."(Riwayat Abu Dawud:Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4799 (Kitab al-Adab, Bab berkenaan akhlak yang baik). Malah disebut orang yang berakhlak mulia adalah orang yang sangat dikasihi Nabi Muhammad SAW
Sumber: http://www.facebook.com/layarMinda

Monday, 9 April 2012
Ciri-ciri Pendakwah Cemerlang.
Ciri-ciri Pendakwah Cemerlang.
Dakwah ke jalan Allah s.w.t. ialah dakwah yang paling mulia dan berharga di dunia ini. Ia merupakan kaedah (manhaj) yang benar dan jalan yang lurus iaitu jalan para nabi, rasul dan orang-orang yang saleh. Pendakwah hendaklah berpegang dengan seruan dakwahnya dan menunjukkan contoh akhlak yang mulia serta beramal dengan prinsip-prinsip asas dalam perlakuan dan kata-katanya. Pendakwah juga hendaklah beriltizam dengan bersungguh-sungguh tentang apa yang didakwahkannya kepada orang ramai. Dengan itu, pendakwah perlu berdakwah melalui perbuatannya, bukan dengan kata-katanya sahaja. Bagi menjayakan usaha dakwahnya, pendakwah perlu mempunyai beberapa sifat yang mulia supaya ia dapat menjadi seorang pendakwah yang baik dan sabar dalam melaksanakan tugas dakwahnya. Antara sifat -sifat yang perlu dimiliki adalah:
1. Hubungan dengan Allah s.w.t.
Pendakwah hendaklah mempunyai hubungan yang erat dengan Allah s.w.t. Ia dapat memberi keyakinan yang kukuh kepada pendakwah dalam menghadapi rintangan dalam kehidupan. Hubungan tersebut juga memberi kesan yang baik dalam dakwah dan menjadikannya seorang yang sabar, tabah dan berani dengan kebenaran. Hubungan dengan Allah s.w.t. dan niat yang ikhlas adalah penting dalam menjalankan usaha dakwah. Pendakwah perlu menjalankan usaha dakwahnya hanya semata-mata kerana Allah s.w.t. dan tidak kerana sebab-sebab lain yang boleh merosakkan dakwahnya. Pekerjaannya juga akan menjadi sia-sia seperti yang difirmankan oleh Allah s.w.t yang bermaksud: Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah s.w.t. Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya. dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya).
2. Mengawal Hawa Nafsu.
Setelah pendakwah dapat mengeratkan perhubungannya dengan Allah s.w.t. dan mengikhlaskan niat kepada-Nya, pendakwah perlu membaiki dirinya sendiri dan mengawal hawa nafsunya. Pendakwah hendaklah mengetahui segala perintah dan larangan Allah s.w.t. Imam al-Ghazali berkata, ‘Dalam kesibukan berdakwah kepada orang ramai, pendakwah perlu membaiki dirinya terlebih dahulu. Contohnya, jika seorang pendakwah ingin membaiki seseorang daripada sifat bakhil, ia haruslah menjauhkan dirinya daripada sifat tersebut terlebih dahulu. Sesiapa yang memulakan dengan dirinya terlebih dahulu, ia akan mengetahui dengan sebenarnya apa yang akan disampaikannya kepada orang lain dan kata-kata tersebut akan sampai kepada jiwa yang tulus ikhlas’. Perkara yang penting bagi para pendakwah Islam ialah mendalami dirinya sendiri dan seterusnya mengubati atau membaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam dirinya. Hanya dengan cara itu pendakwah dapat menjadi contoh yang baik (ukhwah hasanah) kepada orang lain dan sekaligus menyebabkan orang lain mematuhi apa yang disampaikan oleh pendakwah tersebut serta beriltizam untuk menjauhi apa yang dilarang.
3. Keyakinan Kepada Diri Sendiri dan Mendapat Kepercayaan Masyarakat.
Pendakwah hendaklah meyakini dirinya sendiri, agamanya dan segala prinsip (dasar) yang didakwahkannya. Kepercayaan terhadap diri sendiri perlu dipupuk melalui kepercayaan terhadap Allah s.w.t. Kepercayaan masyarakat terhadap pendakwah tidak akan wujud sehinggalah pendakwah itu dapat menjadi satu contoh yang baik dalam perbuatan dan pengetahuannya melalui akhlak dan muamalah sehariannya. Pendakwah hendaklah berakhlak mulia, bercakap benar, menepati janji dan mengasihi sesama manusia. Keyakinan masyarakat terhadap pendakwah juga tidak kuat sekiranya pendakwah tidak menampilkan contoh yang baik dan mengamalkan apa yang disampaikan dalam kehidupannya dari segi prinsip dan akhlak. Pendakwah yang berdakwah ke jalan Allah s.w.t. perlu menjadi seorang manusia yang berhemah tinggi, mengasihani, menjaga hati orang lain, masyhur dengan kelakuan mengikut al-Quran dan al-sunnah serta beramal dengan kedua-duanya. Pendakwah hendaklah mengelakkan diri daripada berkelakuan yang boleh menyakiti hati orang lain sama ada dari segi perkataan, akhlak dan lain-lain. Pendakwah juga perlu mahir dalam ilmu usul tauhid serta mengetahui dalil dan hujah, menjadi sebagai doktor yang bijak mengubati penyakit jiwa manusia dan mampu menjadi penawarnya. Apabila faktor ini dapat dipenuhi, pendakwah boleh melunak dan menjinakkan jiwa manusia yang keras dengan melayani tingkah laku mereka yang buruk itu sehingga hati mereka menjadi jinak. Dengan ini, bolehlah pendakwah mendakwah mereka ke arah kebenaran yang akan memberi manfaat kepada masyarakat.
4. Mencintai Dakwah dan Semangat Berkorban Untuk Melaksanakan Dakwah.
Sifat ini adalah antara sifat yang patut dimiliki oleh seorang pendakwah. Ia menunjukkan kecintaan pendakwah terhadap tugasnya tanpa berbelah bagi. Dakwah merupakan jalan yang benar (siratul mustaqim) dan ia tidak akan meninggalkan dakwah tersebut dengan begitu sahaja.
5. Luhur dan Dihormati.
Untuk menyampaikan dakwahnya dengan berkesan pendakwah perlu memiliki sifat yang luhur dan tidak mudah terpengaruh dengan orang lain. Dengan sifat sedemikian. beliau akan sentiasa dihormati. Seorang bangsa Arab pernah bertanya kepada seorang lelaki penduduk Basrah tentang ketua mereka. Lelaki itu menjawab, ‘Hassan al-Basri’. Lelaki Arab itu bertanya lagi, ‘Bagaimana dia mengetuai kamu semua?’ Lelaki itu menjawab, ‘Manusia berhajatkan ilmunya, tetapi dia tidak mengingini balasan (wang) daripada mereka’. Ini menunjukkan. pendakwah tidak boleh mendahulukan kehendak atau kemahuan dirinya sendiri serta bersifat mementingkan diri sendiri. Pendakwah perlu mementingkan keperluan dan kebaikan orang ramai lebih daripada kepentingan dirinya sendiri. Pendakwah juga haruslah mempunyal sifat pemaaf dan menyedari bahawa setiap manusia melakukan kesalahan dan Allah s.w.t. sentiasa menerima taubat hamba-Nya.
6. Sabar dan Tabah Menghadapi Kesusahan.
Dalam melaksanakan tugas dakwah ke jalan Allah, banyak halangan dan masalah yang perlu dihadapi seperti musuh-musuh Allah yang bertujuan menjauhkan mereka daripada manhaj Allah. Mereka memusuhi pendakwah secara terang-terangan dan tersembunyi. Semasa di Mekah, Rasulullah s.a.w. mengelakkan dakwah secara pergaduhan dan peperangan dengan tujuan untuk menunjukkan cara yang sempurna, betul dan terbaik untuk berdakwah. Baginda begitu sabar untuk meneruskan dakwahnya dengan ikhIas dan tabah dalam menghadapi segala rintangan dan cabaran. Allah s.w.t. menguji kesabaran dan ketabahan para pendakwah. dengan memberi kesusahan dan ujian ketika ia melaksanakan tugasnya. Ujian tersebut adalah untuk membuktikan keikhlasan pendakwah terhadap Allah s.w.t. dan membersihkan dirinya daripada perkara syubhah (buruk). Ini merupakan sunnah para nabi dan rasul. Nabi Nuh a.s. contohnya, tinggal bersama-sama dengan kaumnya lebih kurang 950 tahun, menyeru kaumnya ke jalan Allah tetapi mereka menutup telinga dan menyelubungi diri mereka dengan pakaian supaya mereka tidak mendengar dakwah yang disampaikan. Mereka tetap degil dan takbur. Maka Allah S.W.T telah menurunkan banjir yang besar dan menghapuskan mereka dalam kezaliman mereka sendiri.
7. Tawadhu’.
Tawadhu’ merupakan salah satu akhlak mulia yang perlu dimiliki oleh setiap pendakwah. Sifat tawadhu’ adalah lawan bagi sifat takbur. Maksiat pertama yang berlaku selepas Allah mencipta nabi Adam ialah sifat takbur yang menyebabkan iblis telah dihalau dari syurga Allah. Tawadhu’ adalah sifat rendah diri dan berkasih sayang terhadap sesama muslim. Sifat ini dapat membantu pendakwah menyatupadukan umat Islam dan menyuburkan perasaan kasih sayang. Segala tutur kata, perlakuan dan sifat-sifat mahmudah yang terpancar daripada pendakwah akan membuatkan ia disenangi dan menjadi contoh yang baik. Apabila pendakwah disenangi oleh orang lain, maka dakwahnya akan mudah diterima dan berkesan.
8. Penyantun.
Pendakwah selalu bertemu dengan manusia yang mempunyai pelbagai perangai dan ragam yang berbezaAda di antara mereka yang baik akhlaknya dan tidak kurang juga yang sebaliknya. Terdapat juga manusia yang kasar dan degil sifatnya. Pendakwah yang memiliki sifat penyantun akan berhadapan dengan manusia sebegini dengan hati yang terbuka dan berinteraksi dengan setiap orang dengan cara yang berkesan dan bermanfaat. Bersopan-santun bukanlah bermakna berdiam diri apabila dihina kerana seorang mukmin yang mulia tidak akan membenarkan dirinya dihina. Seseorang pendakwah itu perlu bersopan-santun apabila berhadapan dengan kejahilan orang yang jahil. Seseorang yang memiliki sifat ini tidak menggunakan kezaliman apabila mempertahan haknya. Sekiranya seorang itu berdiam diri kerana kelemahannya dan tidak mampu untuk menolak serta mempertahan haknya, maka itu adalah kerana kelemahannya, bukan sifat penyantun. Terdapat banyak kisah yang menjelaskan tentang sifat penyantun dan pemaaf. Abdullah bin Tahir pernah berkata, ‘Pada satu hari saya berada disisi al-Ma'mun dan dia memanggil khadamnya. 'Wahai khadam', tetapi tiada siapa yang menjawab. Kemudian dia memanggi llagi sambil menjerit. 'Wahai khadam' lalu seorang khadam Turki masuk dan berkata. 'Bukankah seorang khadam itu perlu makan dan minum? Setiap kali kami keluar dari bilik tuan, tuan akan menjerit memanggil kami’. Al- Ma'mun kemudian menundukkan kepalanya agak lama. Saya yakin bahawa beliau akan menyuruh saya memancung kepala khadam itu. Al- Ma'mun kemudian memandang saya dan berkata, 'Wahai Abdullah, seseorang itu kalau baik akhlaknya maka akan buruklah akhlak pembantunya (khadamnya). Oleh itu kita tidak boleh memburukkan akhlak kita demi membaiki akhlak khadam kita.

Cintakan Dunia Membawa Padah
Cinta maksudnya ialah kecenderungan hati. Setiap manusia fitrahnya mempunyai kecenderungan hati. Bezanya ialah kemana hati itu cenderung?
cenderung kepada Allah dan Rasul?
cenderung kepada harta?
cenderung kepada wanita?
cenderung kepada kedudukan?
cendrung kepada jihad dan mati syahid?
cenderung kepada membaca Quran?
cenderung kpd solat?
atau..
cenderung kepada maksiat dan dosa?
Kita diajar oleh Quran supaya mencintai Allah, Rasul dan Jihad mengatasai segala-galanya termasuklah mengatasi cinta kepada ibu bapa dan anak isteri. Ini yang diajarkan kepada kita. (at-taubah:24)
Ada sebuah hadis yang menerangkan bahawa insan yg sepatutnya kita cintai selepas Allah dan Rasul ialah ibu kita, setelah itu barulah ayah kita. Ini yang diajarkan.
Manakala cinta kepada dunia tidaklah diajarkan. Tidak bermaksud haram, tapi maknanya perlulah sedar akan hakikatnya yang kecil, dan perlulah bersederhana tidak ghairah tidak melampaui batas dan perlu didapatkan keperluan dunia melalui cara yang halal.
Yang diajarkan juga ialah kita mengambil dunia sekadar keperluan. orang yang kaya mengumpul hartanya kemudian tidak bakhil menginfaqnya fisabilillah.
Dunia itu diterangkan hakikatnya oleh Allah sebagai "mata'ul ghurur"
dan diterangkan dalam hadis sebagai "bangkai" dan tidak berharga melebihi sebelah sayap nyamuk.
Akibat cinta dunia
Dunia itu tabiatnya akan musnah, akan hilang, akan habis, fana, sementara, sekejap.
Cinta tabiatnya bila sesuatu itu ada, kita rasa bahagia, tapi bila sesuatu itu tiada, kita mendertia.
Maka, bila kita cintakan dunia, akhirnya ia mestilah ditutup dengan rasa menderita, rasa sedih, kecewa, merana dan binasa. Kerana memang tabiat dunia itu sendiri pasti akan tiada akhirnya.
Cinta dunia membawa penderitaan perasaan.
Berbeza dengan cintakan Allah, Rasul dan Jihad, serta amal sholeh. kita akan bersemangat mengumpul amalan agar mendapat kebahagiaan yang hakiki dan sebenar iaitulah kebahagiaan di akhirat yang abadi.
Manakala, bila cinta ini menguasai hati kita, maka dunia dan maksiat akan terkeluar dari hati kita, kita tidak terpedaya dan tertipu dgn 2 virus ini, yang sebenarnya merosakkan kehidupan dunia akhirat kia.
Orang yang mengawal dirinya dari cinta dunia dan maksiat, dan mendorong hatinya mencinati apa yg dajarkan itu, maka dia dapat menjalani hidup ini dengan baik, dan insyaAllah akan sampai ke matlamat hidupnya yang sebenar iaitu Radho Allah dan jannah.

Thursday, 5 April 2012
18 Tips Membina Pengaruh
Bagaimanakah cara untuk memiliki pengaruh?
Sebelum saya terlupa, segala cara di bawah perlulah dilakukan dengan ikhlas dan bukan dengan niat untuk membina pengaruh walaupun kita boleh membinanya. Pengaruh itu boleh terbina sendiri. Maka, fokuslah kepada keikhlasan dan juga pada proses yang dilakukan.
Berikut adalah 18 cara yang boleh dilakukan untuk membina pengaruh di dalam perniagaan atau dalam erti kata yang lain, jika ia dilakukan secara konsisten walaupun tanpa niat untuk membina pengaruh, ia boleh mencipta pengaruh yang berpanjangan..
1. Tidak terlalu meminta-minta dengan orang lain. Banyakkan berdikari. Alasannya mudah iaitu kuasa pengaruh kita tidak terlalu kuat kerana apa yang kita miliki bukan hasil usaha kita sepenuhnya. Pengaruh biasanya wujud akibat daripada diri individu itu sendiri.
2. Tidak menyatakan kelemahan kita secara terbuka. Banyakkan berbicara mengenai kejayaan. Walaupun kita mempunyai 99 kegagalan dan hanya satu kejayaan, kerapkan berkongsi cerita mengenai satu kejayaan tersebut. Orang lebih mahu mendengar cerita kejayaan berbanding cerita kegagalan.
3. Tidak merendah-rendahkan diri sendiri. Bagaimana orang boleh yakin pada kita jika kita sendiri tidak yakin pada diri sendiri?
4. Banyakkan berkongsi ilmu dan pengalaman tanpa mengenakan bayaran. Ini tidak dapat disangkalkan lagi keberkesanannya. Tangan yang memberi itu amat tinggi kedudukannya..
5. Tidak memperbodohkan orang lain terutama di dalam proses menjual.
6. Tidak memaksa-maksa orang lain memenuhi kehendak kita seperti di dalam jualan.
7. Banyakkan bercakap atau menulis mengenai perkara yang menjadi bidang fokus kita. Pengaruh akan terbina kerana fokus.
8. Membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka dengan sepenuh hati (ikhlas).
9. Elakkan perkara atau perbuatan yang jelas salah. Jika tidak tersengaja, minta maaf dengan mereka yang terlibat.
10. Tidak memuji-muji diri sendiri.
11. Menghormati prinsip dan pegangan baik orang lain.
12. Integriti yang tinggi: Melayan semua orang sama rata tidak kira tahap, pangkat atau kedudukan. Bagi diri saya sendiri dalam bidang Internet Marketing, saya melayan semua orang sama rata tidak kira mereka newbie atau otai.
13. Berbahasa dan berkata-kata dengan baik. Yang penting bukanlah apa yang kita katakan sama ada positif atau negatif, tetapi bagaimana kita berkata-kata di mana kata-kata itu tidak melukakan si pendengar. “Sampaikan yang negatif dengan cara positif”.
14. Sentiasa berkongsikan sesuatu yang bermanfaat seperti kata-kata yang boleh memotivasikan atau menggembirakan orang lain.
15. Elakkan berkongsi perkara yang terlalu peribadi terutama perkara peribadi yang boleh mencalar kredibiliti.
16. Tidak menyerang peribadi seseorang atau tidak terlalu emosional.
17. Gunakan bahasa aras tinggi seperti Bahasa Melayu Tinggi di dalam sebarang komunikasi perniagaan. Ia bukan bermaksud bahasa baku, tetapi bahasa yang sedap didengar dan membuatkan pelanggan kita amat-amat rasa dihormati dan ‘diletak di tempat yang tinggi’.
18. Tunaikan janji. Jika tidak dapat tunaikan pada waktu yang dinyatakan, berterus-terang kepada pelanggan agar mereka tidak tertunggu-tunggu. Orang yang amanah pada janjinya biasanya mudah dipercayai oleh ramai orang. Dari situ akan berlakunya cakap-cakap mulut yang positif mengenai kita atau perniagaan.
Sumber: http://blog.smartusaha.com/membina-pengaruh-perniagaan/

Wednesday, 4 April 2012
Campakkan Diri Ke Dalam Bahaya
Kita mestilah berani melangkah ke depan.
Sekalipun perjuangan tidak menjanjikan kejayaan.
Rasa gentar dan ragu-ragu yang ada di fikiran,
bukanlah untuk dilayan.
Biar kita kekok di permulaan jalan.
Agar mulia di hujung perjalanan.
Terkorban dalam perjuangan bukanlah satu kegagalan.
Gagal mencapai matlamat utama bukanlah satu yg nak dimalukan.
Tapi kegagalan ialah gagal melangkahkan kaki menuju perjuangan.
Kehinaan ialah sifat pengecut yang sepatutnya dimalukan.
Jangan gentar sebelum mencuba.
Jangan andai yang negative sebelum lihat dgn mata.
Jika orang lain boleh, kita juga sudah semestinya!
Adakalanya kita bertindak selepas mendapat kepastian bahawa kita pasti berjaya,
Tapi, adakalanya kita perlu bertindak sekalipun kita tidak pasti berjaya,
kerana kita juga tidak pasti bahawa kita akan kalah,
hanya fikiran-fikiran negative saja yang mengatakan kita mungkin kalah,
Jika kita fikirkan boleh, sudah pasti boleh.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Fokus
Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah