بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Thursday, 5 April 2012

18 Tips Membina Pengaruh

Bagaimanakah cara untuk memiliki pengaruh?

Sebelum saya terlupa, segala cara di bawah perlulah dilakukan dengan ikhlas dan bukan dengan niat untuk membina pengaruh walaupun kita boleh membinanya. Pengaruh itu boleh terbina sendiri. Maka, fokuslah kepada keikhlasan dan juga pada proses yang dilakukan.

Berikut adalah 18 cara yang boleh dilakukan untuk membina pengaruh di dalam perniagaan atau dalam erti kata yang lain, jika ia dilakukan secara konsisten walaupun tanpa niat untuk membina pengaruh, ia boleh mencipta pengaruh yang berpanjangan..

1. Tidak terlalu meminta-minta dengan orang lain. Banyakkan berdikari. Alasannya mudah iaitu kuasa pengaruh kita tidak terlalu kuat kerana apa yang kita miliki bukan hasil usaha kita sepenuhnya. Pengaruh biasanya wujud akibat daripada diri individu itu sendiri.

2. Tidak menyatakan kelemahan kita secara terbuka. Banyakkan berbicara mengenai kejayaan. Walaupun kita mempunyai 99 kegagalan dan hanya satu kejayaan, kerapkan berkongsi cerita mengenai satu kejayaan tersebut. Orang lebih mahu mendengar cerita kejayaan berbanding cerita kegagalan.

3. Tidak merendah-rendahkan diri sendiri. Bagaimana orang boleh yakin pada kita jika kita sendiri tidak yakin pada diri sendiri?

4. Banyakkan berkongsi ilmu dan pengalaman tanpa mengenakan bayaran. Ini tidak dapat disangkalkan lagi keberkesanannya. Tangan yang memberi itu amat tinggi kedudukannya..

5. Tidak memperbodohkan orang lain terutama di dalam proses menjual.

6. Tidak memaksa-maksa orang lain memenuhi kehendak kita seperti di dalam jualan.

7. Banyakkan bercakap atau menulis mengenai perkara yang menjadi bidang fokus kita. Pengaruh akan terbina kerana fokus.

8. Membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka dengan sepenuh hati (ikhlas).

9. Elakkan perkara atau perbuatan yang jelas salah. Jika tidak tersengaja, minta maaf dengan mereka yang terlibat.

10. Tidak memuji-muji diri sendiri.

11. Menghormati prinsip dan pegangan baik orang lain.

12. Integriti yang tinggi: Melayan semua orang sama rata tidak kira tahap, pangkat atau kedudukan. Bagi diri saya sendiri dalam bidang Internet Marketing, saya melayan semua orang sama rata tidak kira mereka newbie atau otai.

13. Berbahasa dan berkata-kata dengan baik. Yang penting bukanlah apa yang kita katakan sama ada positif atau negatif, tetapi bagaimana kita berkata-kata di mana kata-kata itu tidak melukakan si pendengar. “Sampaikan yang negatif dengan cara positif”.

14. Sentiasa berkongsikan sesuatu yang bermanfaat seperti kata-kata yang boleh memotivasikan atau menggembirakan orang lain.

15. Elakkan berkongsi perkara yang terlalu peribadi terutama perkara peribadi yang boleh mencalar kredibiliti.

16. Tidak menyerang peribadi seseorang atau tidak terlalu emosional.

17. Gunakan bahasa aras tinggi seperti Bahasa Melayu Tinggi di dalam sebarang komunikasi perniagaan. Ia bukan bermaksud bahasa baku, tetapi bahasa yang sedap didengar dan membuatkan pelanggan kita amat-amat rasa dihormati dan ‘diletak di tempat yang tinggi’.

18. Tunaikan janji. Jika tidak dapat tunaikan pada waktu yang dinyatakan, berterus-terang kepada pelanggan agar mereka tidak tertunggu-tunggu. Orang yang amanah pada janjinya biasanya mudah dipercayai oleh ramai orang. Dari situ akan berlakunya cakap-cakap mulut yang positif mengenai kita atau perniagaan.


Sumber:  http://blog.smartusaha.com/membina-pengaruh-perniagaan/

Wednesday, 4 April 2012

Campakkan Diri Ke Dalam Bahaya

Kita mestilah berani melangkah ke depan.
Sekalipun perjuangan tidak menjanjikan kejayaan.
Rasa gentar dan ragu-ragu yang ada di fikiran,
bukanlah untuk dilayan.
Biar kita kekok di permulaan jalan.
Agar mulia di hujung perjalanan.
Terkorban dalam perjuangan bukanlah satu kegagalan.
Gagal mencapai matlamat utama bukanlah satu yg nak dimalukan.
Tapi kegagalan ialah gagal melangkahkan kaki menuju perjuangan.
Kehinaan ialah sifat pengecut yang sepatutnya dimalukan.

Jangan gentar sebelum mencuba.
Jangan andai yang negative sebelum lihat dgn mata.
Jika orang lain boleh, kita juga sudah semestinya!




Adakalanya kita bertindak selepas mendapat kepastian bahawa kita pasti berjaya,
Tapi, adakalanya kita perlu bertindak sekalipun kita tidak pasti berjaya,
kerana kita juga tidak pasti bahawa kita akan kalah,
hanya fikiran-fikiran negative saja yang mengatakan kita mungkin kalah,
Jika kita fikirkan boleh, sudah pasti boleh.


Monday, 2 April 2012

Zaman Muda Hanya Sekali

Suatu hari, ada seorang ustaz nak bawa saya terlibat dgn kerja2 dakwah,  apa yang menariknya, ustaz itu berpesan bahawa

"banyak pogram nak ajak enta join, enta anak muda, stamina masih kuat, sayanglah jika tenaga yang ada tidak dimanfaatkan kerja2 sosial di lapangan. Tak ramai anak muda yg lasak dan peduli kerja dakwah lapangan ramai yg dok berceramah di masjid dan surau ... tapi tak mau turun padang jumpa mad'u face to face "

Kata-kata ini membuatkan saya termotivasi, dan sedar akan keupayaan diri. Umpama harimau yang tidur, seperti dia itu hanyalah arnab, walhal dia kuat kerana dia tidak sedar bahawa dia kuat sebenarnya.

Zaman muda kelebihannya tenaga banyak dan semangat kuat, tapi kelemahannya ialah akal cetek dan kurang ilmu pengalaman. Berbeza dengan orang tua, meskipun tenaga berkurang, tapi akalnya jauh, ilmu pengalamannya luas.

Andai kita gabungkan kedua-dua golongan ini, alangkah kuatnya kita.

Gabungkan antara tenaga dan semangat yang kuat dengan akal dan ilmu yang mantap. Bayangkan bertapa berjayanya kita kelak.

Redho Dengan Taqdir Allah

Saya merupakan orang yang bercita-cita tinggi, berjiwa besar, semangat berkobar-kobar, disebabkan hal ini, saya mendapat masalah. Bila  cita2 saya tak tercapai, saya jadi tekanan dan tidak boleh terima kenyataan, jiwa memberontak. dan akhirnya jatuh sejatuh-jatuhnya nya semangat saya.. Tidak stabil.

Sehinggalah bila saya dengar kuliah maghrib, ustaz bercerita tentang qadho qodar.



Firman Allah: ما يصيبنا إلا ما كتب الله لنا

Tidaklah akan menimpa kita melainkan apa yang telah Allah tetapkan akan berlaku ke atas kita.



Allah berfirman dalam surah al hadid, ayat 22

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah."


Dalam sebuah hadis, nabi mengajar kita agar bersyukur ketika diberikan nikmat, bukanlah terlalu seronok.

Dan bersabar ketika mendapat musibah, bukanlah terlalu sedih.

Dengan mengamalkan dua kaedah ini, maka menjadilah kita sebagai insan yang stabil kehidupannya.

Sunday, 1 April 2012

Jangan Jadi Mangsa Yang Terkorban

Saya ambil iktibar dari fahaman sempit saya zaman sekolah menengah, iaitu zaman yang mana saya sangat bersemangat tanpa bimbingan akal yang matang, saya terlalu gemar berkorban dan suka jika mendapat kesusahan dalam perjuangan kerana saya faham bahawa semakin susah perjuangan ini, semakin besar pahalanya. Saya berjuang semata-mata untuk meraih pahala dari Allah tanpa memikirkan soal faedah dan kemenangan, kini saya sedari kecacatan nya ini.

Saya tertarik dgn kata-kata seorang sahabat:

"Jadilah seperti toslight yang menggunakan bateri untuk memberi cahaya kpd org,
jika bateri habis boleh beli lain,
jangan jadi lilin yang membakar dirinya untuk memberi cahaya kpd org,
jika lilin habis maka habislah sekali dengan cahayanya"


ya, alangkah baik jika pemikiranku terbuka sejak dulu. Mesti banyak faedah yang aku boleh dapat sepanjang hidupku, kini telah banyak umur yang aku bazirkan dan peluang yang aku abaikan hanya kerana pemikiran sempitku. Tidak apa, aku redho dgn taqdir Tuhan.


Saya dulunya suka berjuang dalam keadaan kesakitan dan keperitan, umpama membakar diri untuk memberi cahaya kpd org lain, walhal org lain sikitpun tidak menginginkan sangat cahaya itu. bahkan tidak menghargainya pun, akhirnya pengorbanan saya menjadi sia-sia. Hasilnya cahaya tidak sampai kpd manusia, tapi hasilnya ialah saya akhirnya menjadi mangsa yg terkorban. Inilah hasilnya.

Saya tidak kisah andai terkorban, krn pahala saya dapat, tapi kita perlu tingkatkan kemajuan dan kejayaan kita dalam dakwah dan perjuangan. Kita perlu juga mencapai kejayaan dalam perjuangan bukan hanya mencapai syahid sahaja.

 Apa yang saya berlajar dari pengalaman saya ialah, kita janganlah jadi seperti lilin yg membakar diri untuk memberi cahaya kpd orang lain, kerana hasilnya belum tentu cahaya itu diperlukan orang, dan belum tentu org menerima dan menghargai cahaya itu, tapi, yang pastinya kita terkorban. Bila kita terkorban, apa yang kita dapat? Adakah kita mampu meneruskan perjuangan kita? Adakah kita mampu meluaskan perjuangan kita? Adakah kita mampu meningkatkan perjuangan kita kearah yg lebih tinggi?

Tidak.. yang kita dapat ialah kita terkorban dan perjuangan kita pun terhenti, dan tamat. Namun, kegagalan ini dipujuk oleh Allah dgn ganjaran pahala. oleh itu, jangan bersedih diatas kegagalan ini ..

Ingatlah bahawa fokus utama kita ialah kejayaan, dan terkorban itu bukanlah fokus, tapi itu hanyalah bonus.



Negative dan Positive Semangat

Semangat ialah sesuatu yang positive, tapi ia sebenarnya bergantung kepada sasaran semangat, Semangat juga perlu dibimbing dgn akal yg matang berfikir, akal yg matang berfikir datang dari ilmu.

Semangat yang terbaik ialah semangat yang dibimbing dgn akal yang matang dan ilmu.

Semangat tanpa bimbingan akal dan ilmu akan membuatkan kita gagal mengatur langkah dgn betul. Seterusnya membuatkan kita banyak buat silap, seterusnya gerak kerja kita semakin sempit dan sukar.

Semangat bagi saya ialah penting tapi kedudukannya pada rangking ketiga. Pertama sekali yang penting ialah ilmu, bacalah sirah Nabi agar kita dapat memahami bagaimana manhaj perjuangan Islam. dan keduanya gunakan akal untuk menterjemahkan apa yg kita baca kpd kehidupan nyata kita, dan ketiganya bersemangat dalam melaksanakan apa yg kita faham itu.

Dengan ini, barulah langkah kita betul dan dapat mencapai kejayaan.

Semangat dalam melakukan kerja perjuangan, namun belum membaca sirah nabi (tidak cukup ilmu), menyebabkan kita tidak dapat menahan diri, dan terlalu gelojoh, hilang sabar, dan tidak dapat melangkah seperti yang dicontohkan oleh Nabi.

Oleh itu, semangat, dan ilmu itu sangatlah penting.

Tanpa semangat, apa gunanya ilmu bertimbun-timbun, ianya umpama

"Al Ilmu Bila Amalin,
 kas Sayyarotu Bila Stereng"

"Al-ilmu bila amalin,
Kal basikal bila hendle"

Ilmu tanpa semangat(kemahuan) tidak akan membuatkan kita melakukan apa yg kita tahu. Kita jika tidak ada semangat, akan cenderung menyembunyikan kebenaran sedangkan kita tahu tentang kebenaran itu.

Selain itu, kita akan mencari alasan atau menggunakan ilmu kita untuk mengelakkan diri dari perintah yang Allah titahkan keatas kita.

maka, Ilmu dan Semangat merupakan dua perkara yang sungguh penting, tanpa keduanya, cacatlah sesuatu itu.

Apa yang saya sebutkan ialah apa yang saya lihat lebih baik, namun apa yang dinilai di sisi Allah, Allah lebih mengetahui. Adakalanya org yg bersemangat dalam berjuang sedangkan ilmu tidak cukup, tetap mendapat syahid dan syurga dari ALlah. Kerana dia telah memenuhi syarat2 syurga. iaitu mengucap 2 kalimah syahadah dan berjihad  dgn niat lillahi taala (ikhlas) sehingga syahid.


Semangat bukanlah sesuatu yang kurang penting berbanding ilmu..


Semangat itu adakalanya lebih utama dari ilmu. kerana dengan semangat akan datangnya kemahuan mencari ilmu dan kemahuan beramal.


Saya cukup setuju dengan kata2 ini:

"manusia bertindak bukan kerana dia tahu,
tapi manusia bertindak kerana dia mahu"


Semangat mempunyai hubungan yang rapat dengan iman. Kemunafiqan seseorang itu boleh terzhahir bila dia yang tahu tapi tidak bersemangat untuk mengamalkan apa yg dia tahu.

Dan hampir2 mustahil seseorang akan bersemangat jika dia tidak tahu mengenai apa yg dia semangatkan, krn dia tahu mengenai itu sebab itulah dia bersemangat untuk melakukan itu.



Kesimpulannya, Ilmu dan Semangat merupakan 2 perkara yang sama taraf kepentingannya.

step2 untuk bersemangat:
1) mendapatkan ilmu (sirah nabi)
2) menggunakan akal bg menterjemahkan tulisan(ilmu) kpd amalan(kerja perjuangan)
3) bersemangat dalam mengerjakan amalan itu

Nombor 1, Perjuangan Atau Masa Depan?

Saya ambil iktibar dari kisah hidup saya zaman sekolah menenangah, zaman yang mana saya terlalu extreame dalam bab perjuangan, dan meletakkan pelajaran (masa depan) sebagai benda yang tidak penting.

Bila kita meletakkan perjuangan sbg nombor satu, yang berlaku ialah perpecahan, dan yang berlaku juga ialah kita semakin lemah, kerana masa depan semakin sempit akibat bergaduh dan berlawan. Akhirnya, yang kita dapat ialah kelemahan.

berbeza pula andai kita meletakkan pelajaran dan masa depan sebagai nombor satu, kita bukan nak tinggalkan perjuangan, tapi kita meletakkan perjuangan pada masa yang sepatutnya, seperti memetik buah, kita memetiknya pada masanya, kita perlu bersabar dulu, tunggu betul2 masak, barulah dipetik, bukan petik sekarang. andai petik buah ketika belum masak, maka tiada apa yg kita dapat.


begitu juga dgn perjuangan, jika kita berjuang di masa lemah, tiada apa yg kita dapat, jika kita sibuk berjuang di zaaman sekolah, tiada apa yg kita dapat wallahua'lam. bahkan khuatir dgn perjuangan itulah kekuatan kita menjadi lemah.

Masa ini ialah masa untuk kita berlajar menimba ilmu dan kekuatan, hingga kekuatan telah terkumpul matang, ketika itu, barulah tiba masa untuk berjuang.

Rasulullah ketika mendapat arahan agar berperang supaya menyelamatkan penduduk mekkah yang lemah, baginda tidak terus berperang dlm keadaan lemah, tp baginda mengambil masa untuk mengumpul kekuatan terlebih dahulu, yang akhirnya dgn kekuatan yg matang barulah dibawa 10 000 tentera islam menawan mekkah. dan menang.

maka, saya berpendapat, bahawa yang perlu diutamakan ialah mengumpul kekuatan sebelum berjuang. bukan berjuang ketika lemah.

Jangan Sentuh Bab Politik

Saya selalu berdakwah dalam internet, ketika saya hanya sentuh mengenai Islam, maka sambutannya baik, tapi ketika saya menyentuh berkaitan parti, maka ketika itu ramai orang tidak dapat menerima kebenaran, bahkan orang yang berparti islam sendiri ada kalanya tidak dapat menerima kebenaran.

Parti bagi saya merupakan jerat yang akan membuatkan pengikutnya gagal melihat kebenaran. Ada juga org umno yang turut terlibat dalam kerja2 Islam, dan orang pas juga, mereka bersama2 dalam kerja Islam, tapi bila isu parti disebut, maka timbul lah perpecahan hati seterusnya merebak ke dalam kerja islam pula. dan bahaya.

Dalam hal ini, saya ambil langkah berlepas diri dari mana-mana parti, dan cuba buat2 x kisah dgn apa pun org nak kata kat mana2 parti. Saya hanya inginkan keamanan dan boleh hidup dan buat kerja Islam seperti sedia kala. Saya utamakan perut saya berbanding ideologi saya. hehe Dalam hal aqidah, tiada tolak ansur. Dalam hal lain, saya ambil langkah lepas diri, tidak terlibat dgn mana2, tidak taksub dan open minded, serta buat tak kisah.

Ada orang menasihati saya, katanya dia lihat saya ini hanya memikirkan soal ideologi sehingga tidak fikir soal masa depan hidup. ya, benar, memang sebelum ini saya memikirkan ideologi sehingga masa depan saya banyak yang sempit. Kini, saya insafi kesilapan saya.

Saya kini mencontohi rakan2 saya yang tidak kisah degan permasalahan ideologi, dan lebih utamakan soal masa depan. Lebih utamakan keamanan hidup dan hubungan persaudaraan.

Sederhana Dalam Beragama

Agama ialah aturan hidup, satu sistem yang mengatur hidup manusia agar hidupnya baik. Tanpa agama, manusia bertindak tanpa pedoman dan tanpa aturan, maka jadilah mrk seperti binatang (orang kafir). Agama membimbing manusia yang berpegang teguh dgn nya agar lancar dalam melayari kehidupan dunia dan akhirat.

Jika kita menjadikan agama sebagai satu sistem yang mengatur kita agar mencapai keselamatan/kebahagian dunia akhirat, ya itulah yang baik. Jika kita menjadikan agama sebagai satu beban yang berlebih-lebih, maka itu sebenarnya bakal menjerat kita kembali krn kita tidak akan  mampu bertahan dalam keadaan yang susah.

oleh itu, kita dinasihati agar jangan berlebih-lebihan dalam beragama (ghuluw), dan jangan pula terlalu meringan-ringankan agama, tapi bersederhana dalam beragama.

Aku Mesti Kahwin

Saya pada asalnya tidak mahu kahwin, kerana saya baca buku mengenai asy Syahid Fauzi, anak kelahiran kedah yang pergi menyahut panggilan jihad dan mencari syahid di Afghanistan. Saya ingin jadi seperti beliau. Tapi..

Saya juga memberi tahu seorang naqib saya mengenai hasrat hati saya yang tak mau kahwin, tapi nasib baik naqib saya ni membetulkan saya.

Naqib saya nasihatkan saya agar berkahwin, lalu beliau menceritakan mengenai kisah novel cinta mujahid yang beliau baca. Kisah ini lebih kurang seperti inilah...

Ada seorang pemuda sholeh, pemuda ini kematian isteri, suatu hari seorang wanita yang tidak bertudung terlihat pemuda ini, lantas berkenan, kemudian entah macam mana (lupa) mereka akhirnya bernikah.. Bila menikah, pemuda ini mentarbiyah dan melayan isterinya dgn baik.

Bilasampai satu hari, pemuda ini ingin berjihad di Afghanistan, dia pun meninggalkan harta kpd isterinya yg dalam keadaan mengandung itu. dia pun pergi berjihad selama 10 tahun. Lalu sampailah khabar bahawa pemuda itu telah syahid.

Isterinya sedih tapi redho. dan tidak berniat untuk berkahwin lagi, tiba2 datang seseorang ke rumah. Ingat orang nak meminang, rupanya suaminya belum syahid.. begitulah ceritanya (ringkasan tahap piaw)

Lagipun, orang perempuan sangat ramai, dan orang lelaki sangat sedikit , jika tak kahwin dgn mereka, sapa nak kahwin dgn mrk. hehehe.. kesian mrk..

Tapi, bila dah kahwin nak tinggal macam mana? ini lagi satu masalah, tapi takpa, tawakkal saja, belum cuba belum tahu.. Cuba kahwin dulu, baru tahu mampu ke tak nak tinggal, insyaAllah boleh!


Pompuan macam mana aku nak?

Saya pun tak tau la macam mana, tapi yang pentingnya agama, akhlak, boleh jadi penawar hatiku yang selalu panas.. Jangan jadi pemanas hati.. Boleh meringakan  kesusahan hidupku dan melancarkan perjalananku menuju syurga. Boleh hormati perjuanganku.

Selebihnya redho saja.. kalau kejar yang sempurna, sampai bila2 pon tak kahwin la jawabnya. Kalau kejar yg sempurnya, akhirnya semua tercicir, satu pun tak da. Jangan kejar yg sempurna, tp redho dgn kekurangannya. jangan kejar yg sempurna tp syukurlah dgn apa yg ada. Jangan tengok pd kelemahan, tp tengok pd kelebihan.

macam mana nak yang tinggi2 sedangkan diri sendiri pun rendah. banyak kelemahan dan kekurangan.

"Aku akan kahwini pompuan yg x secantik bidadari syurga,
krn akupun taklah sehebat malaikat"


Ketar, dan buntu.. hahahaha. x tau nak buat cena.. dalam bab ni saya penakut.. mampoih p la..

Tak payah fikir lagi bab macam mana nak kahwin, tp fikir macam mana nak jadi suami dan bapa yg berjaya. Bila dah dapat kuasai ini, insyaAllah berani. Buat persediaan betul2.. bina diri dulu biar mantap..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah