بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Wednesday, 16 May 2012

Kewajipan Kita


Para ulama menyatakan, sekiranya musuh masuk menyerang negara umat Islam, menjadi fardhu ain ke atas penduduk negara tersebut dan mereka yang berada kurang daripada jarak musafir untuk berjihad. Jika masih tidak mencukupi, kefardhuan tadi melangkau kepada negara yang terdekat.[3] Syeikh Abdullah Azzam menyebut, begitulah seterusnya, jika masih lagi tidak mencukupi, sehinggalah kefarduan tadi akhirnya merangkumi seluruh umat Islam di atas dunia.

Imam al-Haskafi r.h.m menyebut: "Jangan engkau menyangka, sekiranya penduduk negeri Rom (Turki) berjihad, maka gugur kefardhuannya daripada penduduk India (yang jauh). Bahkan kewajipan itu dipikul oleh penduduk negara yang terdekat dengan musuh, kemudian negara seterusnya, begitulah sehingga mencukupi (untuk melawan musuh). Sekiranya kekuatan masih tidak mencukupi melainkan dengan seluruh manusia, maka ia menjadi fardhu ain (ke atas seluruh umat Islam), seperti kewajipan sembahyang."[4]

Ini adalah hukum jika tanah umat Islam dirampas, bagaimana pula sekiranaya tanah tersebut adalah tanah suci umat Islam, dan kiblat pertama mereka? Daripada sini dapat kita fahami bahawa menjadi fardhu ain ke atas setiap umat Islam berjihad membebaskan Palestin.[5]


Sumber: Klik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah