بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Wednesday, 11 July 2012

Akhlak Rasulullah


Sebagaimana yang diriwayatkan mengenai perilaku Rasulullah s.a.w., bahawa Baginda tidak pernah sama sekali memukul seorang pun dengan tangannya, melainkan  dipukulnya kerana fisabilillahi Ta’ala. Baginda juga tidak pernah memeram dendam kerana sesuatu yang dilakukan ke atasnya dirinya sendiri, melainkan bila melihat kehormatan Allah dicabuli.
Jika Baginda diminta untuk memilih antara dua perkara, tanpa ragu-ragu lagi Baginda akan memilih yang paling ringan dan mudah antara keduanya, kecuali jika pada perkara itu ada dosa, ataupun akan menyebabkan terputusnya perhubungan silaturrahim, maka Baginda akan menjadi orang yang paling jauh sekali daripadanya.
Tiada pernah seseorang yang datang kepada Nabi s.a.w., baik ia merdeka atau hamba sahaya ataupun amah (hamba sahaya perempuan) mengadukan keperluannya, melainkan Baginda akan memenuhi hajat masing-masing.
Berkata Anas r.a.: Demi Zat yang mengutusnya dengan kebenaran. Ia (Nabi) tiada pernah berkata padaku dalam perkara yang tiada diinginnya, mengapa engkau lakukan itu. Dan apabila isteri-isteri memarahiku atau sesuatu yang aku lakukan, maka ia berkata kepada mereka: Biarkanlah si Anas itu, dan jangan dimarahi, sebenarnya tiap-tiap sesuatu itu berlaku menurut ketentuan dan kadar.
Termasuk akhlaknya yang mulia, ialah memulakan memberi salam kepada sesiapa saja yang ditemuinya. Jika ada orang yang mengasarinya kerana sesuatu keperluan, ia menyabarkannya sehingga orang itu memalingkan muka daripada baginda. Bila berjumpa dengan salah seorang sahabatnya, segera ia akan menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Baginda tidak pernah bangun atau duduk, melainkan lidahnya sentiasa menyebut nama Allah.
Seringkali bila sedang sembahyang, lalu ada tetamu yang datang kerana sesuatu keperluan, maka segeralah ia meringkaskan sembahyangnya untuk menyambut tetamu seraya bertanya kepadanya: Apa hajat anda?
Bila baginda berada di dalam sesuatu majlis antara para sahabatnya tidak pernah dikhususkan satu tempat baginya, melainkan di mana saja Baginda sampai, di situlah ia duduk. Baginda selalu menghormati sesiapa saja yang mendatanginya, sehingga terkadang-kadang Baginda sampai menghamparkan bajunya supaya orang itu duduk di atasnya. Sering pula Baginda memberikan bantal sandaran kepada orang yang datang, supaya orang itu bersandar padanya.
Bila di dalam suatu majlis yang ramai, Baginda menghadapkan wajahnya kepada semua orang, satu lepas satu, sehingga seolah-olah kesemua majlisnya, pendengarannya, percakapannya, kehalusan budi pekertinya dan perhatiannya ditumpukan kepada setiap orang yang duduk bersamanya di dalam majlis itu. Padahal majlis Rasulullah s.a.w. itu umumnya ialah majlis yang diliputi oleh kesopanan kerendahan diri dan amanah.
Allah telah berfirman di dalam al-Quran al-Karim:
“Oleh kerana rahmat Tuhan engkau bersikap lemah lembut terhadap mereka, dan kiranya engkau berbudi kasar dan berhati bengis, nescaya mereka akan lari dari sekelilingmu.” (Ali-Imran: 159)
Baginda lebih suka memanggil para sahabatnya dengan nama gelaran masing-masing untuk menghormati mereka akan memikat hati mereka. Sesiapa yang tidak punya nama gelaran, Baginda memberinya nama gelaran, lalu ia pun dipanggil dengan gelaran itu. Bukan kaum lelaki saja yang diberi nama gelaran malah kaum wanita juga, sama ada pernah melahirkan anak mahupun yang tidak. Bahkan kepada anak-anak kecil pun demikian juga, sehingga hati anak-anak itu tertarik kepada peribadinya s.a.w.
Baginda Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang amat jarang marahnya, tetapi jika marah paling segera redha pula. Baginda adalah orang yang berhati belas terhadap orang ramai, paling baik antara mereka sekalian, dan paling banyak memberikan manfaat kepada seluruh manusia. Tidak pernah sekalipun terdengar suara yang tinggi dalam semua majlis-majlisnya.
Apabila bangun dari majlisnya, Baginda sering membaca :
“Maha Suci engkau wahai Tuhanku dengan segala kepujian bagiMu, aku menyaksikan bahawasanya tiada tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan kepadaMu dan aku bertaubat kepadaMu.” 


Sumber 

Menjadi Sufi Yang Betul


Setiap yang dilahirkan oleh manusia sama ada fikiran dan tindakannya adalah berpunca dari hati. Kalau baik hati, maka baiklah seluruh perbuatan dan pertuturan. Begitulah sebaliknya kalau hati jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan.
Kedatangan Rasulullah SAW untuk memperbaiki akhlak manusia mendapat kejayaan kerana baginda berjaya mendidik hati manusia.

Sebab itu, kalau kita mahu berjaya dalam melahirkan peribadi yang baik sama ada pada diri atau dalam masyarakat kita, maka pendidikan hati hendaklah difikirkan dahulu.

Tetapi bukan semua manusia faham dan nampak bagaimana dan apa kesan hati kepada perlakuan manusia. Sebab itu manusia masih gagal membina hidup aman damai kerana gagal memahami bagaimana untuk mendidik hati supaya menjadi baik. Manusia juga gagal untuk mengubat penyakit hati yang telah merosakkan seluruh perbuatan zahir seseorang.

Oleh kerana itu manusia cukup sensitif dengan penyakit zahir tetapi tidak ambil pusing dengan penyakit batin. Penyakit bati yang dimaksudkan ini bukanlah penyakit jantung atau barah tetapi adalah penyakit mazmumah seperti riak, angkuh, dengki, ego, tamak, pemarah dan lain-lain lagi. Tidak ada alat x-ray yang dapat mengesan penyakit mazmumah kecuali ilmu tasawuf dan didikan dari seorang guru sufi.

Sebab itu kepentingan ilmu tasawuf dan pendidikan sufi  amat penting sekali demi menjamin kebahagiaan hidup manusia. Jadi, orang yang bercita-cita dan berazam untuk membersihkan hatinya dengan mengikut panduan ilmu dan didikan guru tasawuf, sebenarnya sedang menempuh jalan tasawuf.

Sekarang kita paparkan beberapa kisah ahli sufi yang jika kita ingin mengikut jejak ahli sufi maka ikutilah mereka. Kalau hendak menjadi seorang sufi jadilah seperti Nabi Musa yang memakai pakaian yang sederhana tetapi berani berhadapan dengan Firaun yang memakai pakaian maharaja. Atau jadilah seperti Nabi Sulaiman yang menjadi raja besar dengan segala kemewahan dan kekuasaan tetapi makanan hariannya cuma roti kering.

Satu ketika Nabi Sulaiman sedang melayang di atas tikar terbang diiringi oleh pengawalnya dari kaum jin. Datang peringatan dalam hatinya.  Jika dalam hatinya ada sebutir debu dari rasa takbur nescaya dia akan dibenamkan ke dasar bumi sedalam tingginya dia terbang di udara. Malah pernah Nabi Sulaiman berkata: “Satu kalimah Subhanallah lebih berharga bagiku dari segala dunia dan isinya.”

Menjadi orang sufi ertinya sanggup memikul tugas besar seperti Nabi Yusuf yang telah menjadi menteri Perbendaharaan. Baginda menyimpan makanan yang cukup selama tujuh tahun untuk berdepan dengan musim kemarau. Bukanlah dipanggil orang sufi jika menjadi masalah kepada masyarakat dan hidup dengan meminta belas kasihan dari orang ramai.

Seorang sufi bukanlah orang yang memutuskan nafsunya seperti seorang sami Buddha tetapi dia sanggup mengawalnya seperti Nabi Yusuf ketika berhadapan dengan godaan Zulaikha. Seorang sufi juga mesti sanggup menahan rasa sakit sepertimana Nabi Ayub, menahan penderitaan walaupun hanya tinggal hati dan lidahnya sahaja yang masih tidak dijangkit penyakit.

Apabila ditanya orang mengapa baginda tidak berdoa meminta sihat sedangkan baginda seorang Nabi yang makbul doanya. Lantas baginda berkata: “Aku malu untuk berdoa  pada Allah kerana aku baru ditimpa sakit selama dua tahun sedangkan Allah memberi aku sihat selama enam puluh tahun.”

Seorang sufi bukanlah orang yang lari daripada kemungkaran masyarakatnya tetapi dia adalah orang yag berjuang menegakkan makruf di tengah banjir kemungkaran. Kalaupun mereka lari, adalah dengan niat untuk membina kekuatan sebagai persediaan untuk kembali ke tengah gelanggang perjuangan. Seorang sufi adalah orang yang sanggup menurut jejak Nabi Ibrahim.

Baginda sanggup dibakar kerana meruntuhkan berhala pujaan Namrud dan rakyatnya. Jadilah pemimpin yang mempunyai jiwa sufi seperti Nabi Zulkifli yang tahan berhadapan dengan karenah pengikutnya. Atau milikilah kehebatan seperti Nabi Isa  A.S. yang sanggup berbantalkan lengan ketika tidur di malam hari.

Itulah hidup sufi yang dituntut oleh Allah pada kita untuk dimiliki. Syukur berhadapan dengan nikmat, sabar berhadapan dengan ujian, berani berhadapan dengan kezaliman, tawadhuk bila berhadapan dengan kebenaran dan dalam apa juga keadaan sekalipun hati tetap sama dan tenang tanpa cacat atau berubah.

Menjadi seorang sufi bukanlah mengalah pada semua  suasana dalam berhadapan dengan kekufuran, tetapi sufi sebenar sanggup berperang seperti peribadi Nabi Muhammad SAW yang ada kalanya berbicara dengan pedang apabila kata-kata gagal menahan serangan fizikal orang-orang Musyrikin.

Seorang sufi juga bukan orang yang lari daripada harta ketika diperlukan untuk mengendalikannya tetapi menjadi seperti Abdul Rahman bin Auf yang bertindak sebagai “bank” kepada masyarakat Islam. Namun jangan sampai ditawan oleh dunia seperti Tsa’labah. Seorang sufi juga adalah orang yang licin mengintip musuh seperti Abu Huzaifah ataupun mempunyai kepakaran strategi peperangan seperi Salman Al Farisi yang menjadi “master-mind” dalam Peperangan Khandak.

Nah, itulah peribadi contoh jika kita hendak mengikut jalan-jalan sufi. Bukan seperti sangkaan orang sekarang yang meletakkan hidup sufi sebagai hidup yang hina.  Pada sangkaan setengah orang, sufi menjadikan seseorang lepas bebas dari masyarakat sekelilingnya. Bila disebut sufi orang akan membayangkan seorang yang berjanggut dengan pakaian yang  buruk duduk tersepuk di mihrab-mihrab masjid menggetil tasbih.

Makanannya disedekahkan orang, sementara dia duduk sendirian mencari Tuhannya dalam ‘khalwat’ dan zikirnya. Bukan itu cara hidup sufi, kerana bukan seperti itu hidup para Rasul, Nabi dan para sahabat zaman dahulu!

Bukan itu yang dinamakan sufi. Kerana bukan itu cara hidup tokoh-tokoh sufi yang telah kita paparkan tadi. Walaupun tangan orang sufi selalu menggetil tasbih tetapi tangan itu juga sanggup memegang cangkul untuk bertani, tangan itu sanggup memegang pena untuk memerangi kebatilan dan ada masanya tangan itu juga sanggup memikul senjata memerangi kekufuran.

Semudah memetik biji-biji tasbih di dalam zikirnya, maka semudah itu jugalah ia mentadbir dunia ayang diamanahkan padanya. Kerana apa? Kerana hati yang berpaut pada Allah boleh mengendalikan apa sahaja dengan mudah dan berjaya

Rasulullah SAW sebelum berjaya menegakkan Islam telah melalui banyak ujian dan segala ujian itu sebenarnya menyuburkan jiwa sufi baginda. Rasulullah diuji menggembala kambing sebelum berjaya memimpin manusia. Rasulullah tetap sujud ketika dilonggokkan dengan perut unta yang busuk sebelum berjaya meruntuhkan berhala-berhala di sekeliling Kaabah.

Bermula dari dua buah gua iaitu gua Hira’ dan gua Thur maka bangkitlah satu kekuatan Islam yang menguasai dua pertiga dunia. Mana pejuang-pejuang sufi seperti peribadi mereka itu kini? Mana lambang pusat latihan kerohanian (gua-gua) yang tegak di zaman moden kini? Mana sekolah-sekolah latihan sufi yang sanggup mencabar sistem pendidikan sekular (penyambung lidah penjajah)? InsyaAllah, semuanya mula kelihatan mercup tumbuh sekarang.

Sesungguhnya kita memerlukan jiwa sufi yang dapat menggunakan kemodenan zaman ini untuk Islam. Orang-orang sufi mesti bangun menggunakan jentera-jentera moden, komputer, alat-alat elektronik dan segala gajet teknologi yang “sophisticated” untuk memperjuangkan Islam.

Pertahankanlah peribadi sufi yang kukuh pendirian, hidup berdisiplin dan boleh berada dalam kemewahan sedangkan hati sedikit pun tidak terpaut dengannya. Boleh menanggung derita tetapi jiwanya tidak keluh kesah. Maka jika kita mahu jadi orang sufi jadilah seperti mereka itu.

Hanya Dengan Bismillah


Aku mesti menulis tentang Aurangzeb. Namanya yang sengaja dihitamkan oleh ahli-ahli sejarah yang prejudis dengan Islam harus dibersihkan. Sejak kecil aku mengenali tokoh ini melalui buku-buku sejarah yang diajar di sekolah rendah.
Kata mereka dia adalah seorang tokoh kejam, tidak bertimbang rasa dan tidak berakhlak. Malah pada waktu itu aku menjadi seorang antara  ribuan orang Islam yang menyanjung Akbar, Shah Jehan dan lain-lain raja dalam Dinasti Mogul di India.
Akbar tidak patut disanjung seperti yang ditonjolkan oleh orientalis-orientalis Barat. Sifat bertimbang rasa, lembut dan pemaafnya sangat tidak kena pada tempatnya. Malah ia adalah penguasa yang jelas menentang hukum-hakam Islam dengan menyediakan pelacur-pelacur di tempat-tempat rehat para musafir di dalam negaranya.
Dan kemungkaran terbesar yang dibuat oleh Akbar ialah mencipta agama Din Ilahi, iaitu agama paduan antara Hindu, Buddha, Kristian dan Islam. Ia juga terlalu memberi muka kepada penentang-penentang Islam dengan menarik semula pembayaran jizyah sepertimana yang telah ditetapkan oleh syariat.
Sebaliknya, Aurangzeb adalah tokoh yang tegas, berani dan kuat memegang syariat. Beliau juga adalah ahli sufi yang benar-benar kuat menjalankan mujahadah dan latihan-latihan rohani. Beliau ialah seorang mujahid yag tidak teragak-agak menggunakan senjata apabila keadaan memerlukannya. Sembahyang dan puasanya begitu banyak. Beliau mengharamkan arak, nyanyian-nyanyian, tari-tarian, gundik-gundik yang telah bermaharajalela dalam istana Dinasti Mogul sebelumnya. Fikiran dan firasatnya sangat tajam dan ini telah membuktikan dengan beberapa peristiwa.
Satu ketika peperangan telah meletus antara tentera Islam Dinasti Mogul dengan kaum pemberontak  di dalam negara India. Dalam peperangan itu, tentera Islam hampir tewas kerana tentera-tentera musuh menggunakan sihir. Senjata yang mereka gunakan tidak dapat digunakan menentang musuh kerana telah ‘bertukar’ kepada benda-benda lain. Dengan ini, tentera Islam lemah semangat dan dengan mudah dibunuh oleh tentera musuh.
Ternyata, tentera Islam tidak dapat menentang sihir yang dilakukan oleh tentera musuh. Berita ini telah diberitahu kepada Aurangzeb. Kerajaan Mahrata jika tidak segera dikalahkan, akan memusnahkan kerajaan Mogul yang Islam dan ini sudah tentu membahayakan semua penganut Islam di India. Tetapi bagaimanakah caranya? Bagaimana dan apakah yang perlu dilakukan untuk menghadapi tentera-tentera musuh yang menggunakan sihir ini?
Aurangzeb adah yang sangat soleh. Beliau adalah seorang putera sufi yang yakin dengan bantuan Allah dalam menghadapi apa jua keadaan. Dikumpulkannya semua tentera Islam dan pada setiap senjata yang hendak dibawa bertempur digantungnya sehelai kain yang bertulis. Tetapi isi tulisan itu dirahsiakan, dan tidak siapa yang dibenarkan membuka kain yang terlipat itu sebelum tamat peperangan. Aurangzeb mengingatkan tenteranya supaya bertaqwa kepada Allah dan yakinlah selalu dengan bantuan Allah. Beliau juga berpesan supaya jangan gentar menghadapi sihir tentera musuh kerana kain yang diikat pada setiap senjata itu akan menjadi pendinding.
Tentera Islam pun berperang dengan berani dan penuh keyakinan serta bertawakal kepada Allah. Mereka pun berjaya. Bila tamat peperangan, Aurangzeb memerintahkan tenteranya membaca tulisan pada kain yang diikat pada senjata, alangkah terkejutnya mereka bila tulisan pada kain yang diikat itu yang ada pada kain itu hanya perkataan: Bismillah!
Satu tindakan berani yang dilakukan oleh Aurangzeb semasa pemerintahannya ialah mengharamkan muzik yang melalaikan. Sebarang bentuk hiburan selain zikir, selawat dan lagu-lagu memuji Allah dilarang keras. Tentunya itu menimbulkan kejutan yang amat sangat dalam kalangan ahli-ahli muzik di negaranya, kerana selama ini muzik sangat disanjung dan mendapat tempat yang istimewa di hati para pemerintah sebelumnya.
Namun, bagi Aurangzeb yang tegas berpegang kepada syariat, segala bentuk perkara yang haram tetap haram walaupun disukai ramai. Padanya, muzik yang melalaikan membunuh jiwa perjuangan dan menyuburkan rasa khayal kepada cinta asyik maksyuk yang diharamkan oleh Islam. Ia berpegang tegas kepada sabda Rasulullah SAW: “Tidak ada ketaatan kepada makhluk(manusia) dengan bermaksiat kepada Khalik(Allah).”
Tindakan ini menimbulkan rasa tidak puas hati yang sangat meluas dalam kalangan para pemuzik dan mereka yang bersimpati dengannya. Lalu mereka mencari satu jalan untuk membantah undang-undang itu. untuk bangun menentang secara kekerasan mereka takut kerana mereka arif benar dengan sikap Aurangzeb yang tidak teragak-agak mengangkat senjata demi menegakkan hukum Allah.
Akhirnya mereka bersepakat melakukan demonstrasi secara besar-besaran. Untuk itu mereka telah membuat sebuah keranda yang besar untuk dibawa semasa perarakan. Dalam keranda itu mereka telah isikan semua alat-alat muzik mereka. Tentu keranda itu sangat besar memandangkan alat-alat muzik kepunyaan para pemuzik di dalam negara India itu sangat banyak.
Pada hari yang ditetapkan, beraraklah beramai-ramai. Sambil berarak mereka menangis tersedu-sedu. Tangisan itu bergema di seluruh negara menghasilkan suasana yang pilu dan menusuk jiwa. Rupa-rupanya tangisan itu mengundang raja dan rakyat seluruhnya kepada nasib pemuzik. Keranda besar itu turut diusung beramai-ramai sehinggalah perarakan itu melalui rumah Aurangzeb. Mendengar tangisan yang mendayu-dayu, Aurangzeb pun bertanya, “Apakah yang sedang berlaku?”
Orang pun menjelaskan bahawa itulah perarakan para pemuzik. Aurangzeb pun keluar melihat perarakan itu dan terus nampak keranda besar yang diusung.
“Apakah yang diisikan dalam keranda besar itu?”
Orang menjawab, “Itulah muzik yang tuanku bunuh. Ia sudah menuju tempat pengebumiannya.”
Mendengar itu, Aurangzeb pun berkata, “katakan kepada ahli-ahli muzik itu, cepat-cepatlah kebumikannya kerana aku dan rakyat ku tidak tahan lagi bau bangkainya!”
Jawapan ini sangat tegas dan tepat. Ahli-ahli muzik yang mengharapkan simpati dari Aurangzeb kecewa dan sekarang mereka kenal siapa Aurangzeb yang sebenarnya. Tetapi dalam hati Aurangzeb, raja soleh itu, puas kerana telah menyelamatkan rakyatnya daripada kelalaian dunia hedonisme. Dia sedar bahawa dialah yang akan ditanya di Padang Mahsyar nanti terhadap apa yang dilakukannya pada rakyat-rakyatnya. Biarlah pahit, kerana itu selalunya ubat.
Dalam hidupnya dia selalu menangis, iaitu apabila mendengar nasihat-nasihat alim-ulama. Beliau sangat serius bila mendengar tarbiah daripada ulama-ulama tasauf. Sembahyang tahajudnya banyak, hidup sederhana dan sering berpuasa sunat. Walaupun istana Mogul cantik dan mewah, Aurangzeb akan berada di situ sewaktu ada tugasan-tugasan rasmi sahaja. Rumahnya yang sebenar berada di tepi istana iaitu sebuah rumah kecil yang sangat sederhana.
Aurangzeb memerintah India selama 47 tahun. Iaitu dari tahun 1659 hingga 1707. Semasa menegakkan satu kerajaan yang kukuh, beliau tidak teragak-agak untuk bertindak demi menegakkan hukum Allah walaupun terpaksa berhadapan dengan saudara-saudaranya. Baginya pertalian syahadah melebihi pertalian darah dan saudaranya ialah siapa sahaja yang kuat berpegang kepada hukum Allah.
Dalam masa pemerintahan juga, beliau terpaksa berhadapan dengan pemberontak-pemberontak yang telah dimulakan oleh pemerintah-pemerintah dahulu. Dengan tegas, beliau menukarkan nama kota Banares, kepada Ahmadabad dan mendirikan sebuah masjid besar yang mempunyai kubah putih dengan menaranya menjulang tinggi ke langit. Berkat melimpah-limpah semasa pemerintahannya apabila hasil pendapatan meningkat dengan tinggi melebihi apa yang dicapai semasa pemerintaha Akbar.
Inilah antara usaha kecil ku untuk membersihkan nama Aurangzeb dari cercaan umat Islam dari zaman ke zaman. Kita telah diracuni sejarah hasil tulisan orientalis yang mengagungkan Akbar dan Shah Jehan. Sedangkan mereka berdualah sebenarnya penguasa yang telah mencuaikan tanggungjawab sebagai khalifah Islam. Sedangkan Aurangzeb yang soleh itu dituduh kejam dan namanya ditenggelamkan dalam sejarah Islam.
Memang dia keras tetapi adakalanya kita memerlukan orang-orang yang keras untuk menjaga kesucian Islam. Peribadi Aurangzeb yang tegas ini mengingatkan kita kepada Sayidina Umar Al Farouk yang terkenal ketegasannya itu. Dan mereka berdua inilah antara ribuan mujahid-mujahid Islam yang menepati sanggup dibenci kerana menjaga kesucian agama.
Sebagai manusia biasa, Aurangzeb tentunya mempunyai kesalahan dan kelemahan. Semoga, baginda diampunkan Allah. Mungkin menyedari kelemahannya itu, baginda telah berkata, “Kalaupun aku kejam, adalah kerana cinta ku kepada Islam mata!”

Antara Kisah Pahlawan Terdahulu

Untukmu –wahai para pemuda- beberapa contoh kepahlawanan mereka, peristiwa-peristiwa pengorbanan mereka :

1. Diriwayatkan bahawa anak Abu Khaisamah r.a telah dibunuh di dalam peperangan Badar. Lantas Abu Khaisamah datang berjumpa Nabi s.a.w. Beliau berkata “ Peperangan Badar telah tersalah daripadaku. Aku –demi Allah- sangat berkeinginan menyertainya, sehingga aku membuat undi dengan anakku, siapakah diantara kami yang berhak keluar berperang. Kemudian keluarlah undi kepada anakku, dan beliau dianugerahi syahadah. Sesungguhnya semalam aku telah bermimpi bertemu dengan anakku dalam keadaan yang cukup elok, berjalan kearah buah-buahan syurga dan sungai-sungainya. Beliau berkata “ Kebenaran bersama kita, wahai ayahku. Marilah sertai kami di syurga. Sesungguhnya aku dapati segala janji Tuhanku kepadaku adalah benar. “

Aku terjaga, wahai Rasulullah, menjadi sangat rindu kepada syurga, sedangkan umurku telah lanjut, tulang belulangku telah lemah, aku juga sangat rindukan berjuampa Tuhanku. Maka doakanlah untukku,wahai Rasulullah, agar aku diberi rezeki syahadah dan dapat bertemu Khaisamah di dalam syurga. “ Lalu Rasulullah s.a.w mendoakannya dan beliau terbunuh dalam peperangan Uhud debagai seorang syahid.

2. Amru bin Jumud r.a adalah seorang yang sangat tempang. Beliau mempunyai empat orang anak muda yeng berperang bersama Rasulullah s.a.w. Ketika baginda s.a.w ingin berangkat kepeperangan Uhud, beliau berhasrat untuk keluar berjihad bersama Rasulullah s.a.w. Lalu anaknya berkata kepadanya “ Sesungguhnya Allah telah menjadikan untukmu rukhsah (keringanan) daripada pergi berperang. Cukuplah kami sebagai gantimu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat kewajipan berjihad daripadamu. “
Kemudian Amru mendatangi Rasulullah s.a.w dan berkata “ Wahai Rasulullah! Sesungguhnya anakku itu menghalang aku daripada berjihad bersamamu. Demi Allah, sesungguhnya aku amat berharap agar aku syahid di jalan Allah, dan aku dapat memijak dengan ketempanganku ini di dalam syurga!! “ .. Baginda s.a.w bersabda “ Adapun untukmu, sesungguhnya Allah telah mengangkat kefarduan jihad daripadamu. “ Baginda berkata kepada anak-anaknya “ Tidak perlulah kamu menghalangnya, mudah-mudahan Allah azza wajalla akan menganugerahkan syahadah. “ Maka keluarlah beliau bersama Rasulullah s.a.w dan akhirnya beliau dibunuh pada hari peperangan Uhud sebagai seorang syahid.

3. Berkata Nuaim bin Malik r.a “ Wahai Nabi Allah! Janganlah kau haramkan kami. Demi Tuhan yang jiwaku berada di genggamannya, aku akan memasukinya (syurga). “ Berkata Rasulullah s.a.w “ Dengan apa? “ Beliau menjawab “ Dengan cintaku kepada Allah dan Rasulnya, dan aku tidak akan lari pada hari peperangan. “ Berkata Rasulullah s.a.w kepadanya “ Engkau benar. “ Kemudian beliau telah syahid pada hari tersebut.

4. Inilah Umair bin Himam r.a tatkala mendengar Rasulullah s.a.w bersabda kepada para sahabatnya pada hari peperangan Badar “ Bangunlah kea rah syurga, lebarnya seluas langit dan bumi. “ Berkata Umair “ Wahai Rasulullah, syurga lebarnya sahaja seluas langit dan bumi?!! “ Jawab Baginda “ Ya! “ Berkata Umair “ Bagus! Bagus! “ Bersabda Rasulullah “ Apakah yang menyebabkan engkau berkata “Bagus! Bagus!”? “ Jawabnya “ Tidak –demi Allah- wahai Rasulullah, melainkan aku berharap aku menjadi salah seorang ahli syurga. “ Baginda bersabda “ Sesungguhnya engkau daripada ahli syurga. “

Pada hari peperangan beliau mengeluarkan beberapa biji tamar daripadanya kulitnya kemudian beliau memakan sebahagian daripadanya. Kemudian beliau berkata “ Kalaulah aku terus hidup sehingga aku selesai memakan buah tamar ini, ia adalah tempoh yang cukup panjang. “ Beliau melemparkan kurma yang ada di tangannya lantas merempuh masuk ke medan pertempuran mengangkat pedangnya dengan tangan kanannya, dihayunkan ke atas.

5. Abu Talhah al-Ansari membaca surah “Baraah” (Taubat) sehinggalah sampai kepada ayat :

“ Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dngan harta dan dirimu di jalan Allah. “
 - At-Taubah : 41 –

Beliau r.a berkata “ Allah telah memerintahkan kita keluar berjihad dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, muda dan berumur pertengahan, Allah tidak akan mendengar alasan daripada sesiapa pun. “ Dia berkata kepada anaknya “

“ Wahai anakku, siapkanlah daku… persiapkanlah daku… (yakni untuk berjihad). Anaknya berkata kepadanya “semoga Allah merahmatimu. Engkau telah berperang dengan Nabi s.a.w sehingga Baginda wafat, bersama Abu Bakar r.a sehingga beliau wafat, bersama Umar sehingga beliau wafat. Sekarang biarlah kami pula yang berperang menggantimu!” Beliau menjawab “Tidah, bahkan persiapkanlah daku…” Lalu mereka mempersiapkan kelengkapan perang untuknya. Kemudian beliau berperang di lautan dan meninggal di dalam perjalanan. Mereka tidak mendapati suatu pulau pun untuk mengkebumikannya, radhiyallahu anhu.

6. Said bin Musayyib r.a keluar ke medan peperangan, sedangkan sebelah matanya telahpun buta. Orang berkata kepadanya “ Engaku adalah orang yang sakit! “ Beliau menjawab “Allah telah menyuruh kita berangkat untuk berperang baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat. Kalaulah aku tidak mampu berperang sekali pun, aku boleh meramaikan bilangan tentera, menjaga barang-barang mereka.”

7. Diriwayatkan di dalam beberapa peperangan bahawa anak dan ayah berlumba-lumba untuk berjihad, mereka mengundi di antara kedua-duanya. Keluarlah undi memihak kepada anaknya. Si ayah berkata “ Atamakanlah aku wahai anakku, akukan ayahmu.” Jawab si anak “Ianya adalah syurga wahai ayah. Kalaula perkara lain nescaya aku akan utamakan engkau, demi Allah.”

8. Adalah salah seorang mujahidin tatkala rebah syahid di dalam medan jihad berkata “ Aku bersegera kepadaMu wahai Tuhanku supaya Engkau meredhainya.”

Berkata yang lain pula ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir:
“ Esok aku akan berjumpa para kekasih…
Muhammad dan para sahabatnya. “

Berkata yang lain pula ketika dia ditewaskan di dalam medan yang mulia:
“ Ini adalah hari kegembiraan yang paling besar “

Berkata yang lain pula ketika akan dijatuhkan hukuman bunuh, sedangkan para musuh mengelilinginya dari segenap penjuru:
“ Aku tidak peduli tatkala aku dibunuh sebagai seorang muslim, Dari arah manapun untuk Allah lah pertarunganku. ”

Berkata mujahid yang kelima ketika dia menyerahkan rohnya kepada Tuhannya. “ Wahai Kebahagiaan syurga dan pemilik keserahan. Aku mendapati bau syurga di sebalik bukit Uhud. “

Semoga Allah merahmati penyair Islam Muhammad Iqbal, di atas nait-bait syairnya yang dikarang tentang jihad umat ini, yang terdidik daripada madrasah keimanan, memahami hakikat islam dengan sebenarnya, menyelami medan pertempuran jihad, mencita-citakan syahadah di jalan Allah. Marilah kita sama-sama mendengar kepada qasidah yang terpelihara ini :

“ Siapakah yang mengangkat pedang untuk menjulang namamu..
Sebagai menara dia atas kemuncak bintang-bintang?

Kita adalah kaum gunung yang tinggal di sebalik gunung, dan mungkin..
Kita adalah pelayar yang belayar di atas gelombang lautan.

Di kuil-kuil Afrika dahulunya kita beribadat..
Sebelum datangnya pasukan Islam yang membuka bandar-bandar,

Afrika dan padang pasirnya tidak lupa …
Sembah-sujud kita.. sedangkan bumi melontar api…

Kita telah menghadapkan dada-dada kita kearah pedang..
Tidak pernah kami gentar musuh yang zalim, yang bermaharajalela.

Seolah-olah banyangan pedang adalah teduhan di taman-taman..
Menghijau, tumbuh di sekitarnya bunga-bungaan.

Tidaklah kami takut kepada thaghut yang memerangi kami walaupun..
Mereka mencacakkan maut di sekeliling kami sebagai pagar.

Kami mengisytiharkan dengan lantang bahawa “Tiada Tuhan Melainkan Dia”
Yang Menciptakan kewujudan dan Yang Menentukan takdir.

Kepala-kepala kami –wahai tuhan- di atas telapak tangan kami…
Kami mengharapkan pahalaMu, ganjaran dan berdampingan denganMu.

Kami melihat berhala-berhala daripada emas, lantas…
Kami hancurkannya, dan kami hancurkan di atasnya orang-orang kuffar

Kalaulah orang bukan Islam, nescaya mereka akan mengambilnya
Sebagai harta simpanan, ditempa perhiasan dan duit dinar. “


Wahai para pemuda Islam, nantikanlah hari ini yang kamu mempersembahkan hati dan rohmu dengan murahnya di jalan menegakkan kalimat Allah, memuliakan agamaNya di muka bumi.

Sesungguhnya pertolongan tidak akan datang dengan hanya berangan, redha dengan keadaan sekarang, berterusan untuk berehat, mengutamakan keselamatan… bahkan ianya hanya akan datang dengan mempersembahkan pasukan-pasukan korban, segerombolan syuhada merentasi pertarungan berdarah, dan jihad yang pahit…

“ Biarkan daku menggapai ketinggian yang tidak mampu dikecapi..
Kemuliaan yang tersukar ada pada yang sukar, dan yang termudah ada pada yang mudah.
Engkau mahu mencapai ketinggian dengan harga yang murah, 
Sedangkan untuk mendapatkan madu mestilah disengat lebah. ”

Sesungguhnya jemaah-jemaah Islam pada kurun ke-20 telah mempersembahkan beberapa rantaian syuhada seperti as-Syahid Imam Al-Banna, as-Syahid Abdul Qadir Audah, as-Syahid Sayyid Quth, as-Syahid Muhammad Faraghli, as-Syahid Yusuf Tal’at, as-Syahid Marwan Hadid, dan ratusan lagi.. Sesungguhnya ia akan mempersembahkan pula pada masa hadapan yang terdekat, laluan-laluan pertempuran yang panjang, satu kafilah (rombongan) demi satu kafilah… satu pasukan demi satu pasukan, sehingglah kita melihat bendera “La Illaha Illa Allah, Muhammad Rasulullah” dijulang di langit dunia, menyaingi umat-umat di dalam kemegahannya, kekuatannya, dan ketinggiannya… Bukanlah perkara ini suatu yang sukar bagi Allah.

Maka wahai para pemuda, sesungguhnya ia adalah salah satu daripada dua kebaikkan, sama ada kemenangan ataupun syahadah.

“ Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya merekapun menderita kesakitan juga, sebagaimana kamu menderitanya, sedangkan kamu mengharapkan dari Allah apa yang tidak mereka harapkan. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksanan. ”
 - An-Nisa’ : 104-

“ Kamilah manusia, yang tiada perantaraan (pilihan ketiga) di antara kami, 
Pilihan kami; menang dan terkedepan di dalam alam, ataupun kuburan.. ”

“ Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur syahid. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu. Dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya) ” - Al-Ahzab : 23 –

“ Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. ”
 - Al-Imran : 169 –

Semoga Allah merahmati penyair yang telah berkata :

“Saudaraku, jika kita mati, kita akan berjumpa kekasih kita,
Taman-taman syurga Tuhanku disediakan untuk kita.
Burung-burung mengibas-ngibas sayapnya di sekeliling kita,
Alangkah eloknya Negara yang kekal abadi untuk kita..”


Inilah cara untuk melaksanakan –wahai para pemuda-

Syiar “Allah Matlamat Kami”
dan syiar “Rasul Ikutan Kami”
dan syiar “Al-Quran Perlembagaan Kami”
dan syiar “Jihad Jalan Kami”
dan syiar “Mati di Jalan Allah Cita Tertinggi Kami”


Maka apabila kamu melaksanakannya nescaya perbuatan kamu akan menjadi bertepatan dengan apa yang kamu laung-laungkan.. Dan untuk perkara inilah, hendaklah golongan yang bekerja berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Teman-teman sekalian, mereka terdahulu tidak lekang dalam meletakkan keyakinan pada setiap langkah yang mereka aturkan. Mereka dahulukan langkah mereka dengan niat Fillah, mereka tidak gentar kerana hati dan diri mereka sudah kebal dengan Cintakan Syahid. Sungguh diri ini amat yakin akan suatu masa akan lahir batang-batang tubuh yang tersedia dan menanti kesyahidan menyapa.





Sumber

CARA MEMBUAT HATI DAN FIKIRAN TENANG

CARA MEMBUAT HATI DAN FIKIRAN TENANG 


 1. Pandai Bersyukur 
Kita harus sering melihat kondisi orang yang berada di bawah kita dan membatasi melihat oang-orang yang berada di atas kita. Kita akan merasa cukup walaupun hidup sederhana apa adanya. Apa yang kita dapat akan lebih bermakna dibandingkan orang yang memiliki segunung harta tetapi selalu merasa kurang. 


 2. Jangan terlalu Mengejar Cita-Cita Keduniawian 
Menghabiskan sebagian besar waktu demi mencari materi akan membuat kita menyesal di kemudian hari. Gunakan sebagian waktu yang ada untuk beramal, beribadah, sedekah, membangun keluarga yang bahagia, memberi kontribusi bagi lingkungan sosial masyarakat, dan lain sebagainya. 


 3. Bantu Orang Lain & Selalu Berbuat Kebaikan Serta Amal Shaleh 
Bangun suasana yang akrab dan kekeluargaan dengan saudara, tetangga dan orang-orang di lingkungan kita karena manusia adalah makhluk sosial. Lingkungan sosial yang baik akan membantu kita hidup saling tolong-menolong satu sama lain, bergotong-royong, musyawarah untuk mufakat, saling menjaga, dan lain sebagainya.


 4. Manajemen Emosi 
Jaga emosi dan nafsu kita karena mereka dapat menghancurkan kita dan meninggalkan kita dalam penderitaan. Latih nafsu dan emosi dengan puasa. Jangan mudah terpancing emosi. Jadilah orang yang baik dan hindari menjadi orang jahat/penjahat. Biarkan saja orang lain bilang apa/melakukan apa, karena dunia penuh dengan ujian dan persoalan. 


 5. Hidup Sederhana 
Dengan hidup sederhana kita akan selalu merasa berkecukupan dan hidup tenang lahir batin. Hidup mewah dan gelamor butuh biaya yang tidak sedikit dan harus terus menjaga image dengan banyak daya upaya. Dengan hidup sederhana dan rendah diri kita tidak akan mudah stres. Fokuslah ke kekayaan non materi dan fisik (kecantikan/ketampanan) karena orang akan lebih menghargai kita jika kita punya banyak kemampuan yang tidak dimiliki orang lain tetapi kita tidak sombong.


 Semoga dapat membantu kita semua hidup tenang dunia dan akhirat :D


Sumber

Tuesday, 10 July 2012

Perang Uhud

Peperangan Uhud 


Tahun berlaku : 7 Syawal, dan ada yang mengatakan pada 15 Syawal tahun ke-3 Hijriah. 
Tempat peperangan : Berdekatan bukit Uhud di Madinah Al-Munawwarah 
 Ketua tentera muslimin : Nabi Muhammad S.A.W. 
Bilangan tentera muslimin : 700 orang 
Pemegang panji : Mus'ab bin Umayr 
Bilangan syuhada' : 70 orang. 


 Ketua tentera musyrikin : Abu Sufyan Sakhr bin Harb 
Bilangan tentera musyrikin : 3000 orang 
Pemegang panji : Talhah bin Uthman 
Bilangan tentera yang terbunuh : 22 orang menurut pendapat Ibnu Ishaq, dan 37 orang menurut pendapat Sofiyurrahman Al-Mubarakfuri (pengarang kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum).


 Sebab peperangan – Telah berkata Imam Ibnu Jarir At-Thabari (Perkara yang menyebabkan berlakunya perang Uhud antara Nabi S.A.W dan kaum musyrikin Quraisy ialah pertempuran Badar, apabila telah terbunuh di dalamnya pemimpin Quraisy dan pemukanya).




 Sebelum peperangan 


 Ketika Abu Sufyan pulang dalam keadaan selamat bersama tunggangannya ke Makkah, dalam masa yang sama tentera Quraisy pulang dari peperangan Badar dalam kekalahan, datang kepadanya di kalangan mereka yang kehilangan sanak saudara (ayah, anak-anak, dan saudara terdekat) di dalam peperangan Badar. 


Mereka menawarkan kepadanya bantuan harta untuk memerangi Nabi S.A.W. serta membalas dendam ke atas kaum muslimin. Selepas beberapa ketika, kaum Quraisy berkumpul bersama konco-konconya termasuklah golongan Kinanah dan Tihamah yang kesemuanya bersepakat memerangi Nabi S.A.W. Mereka keluar dari kota Makkah sehinggalah sampai ke suatu tempat berdekatan dengan bukit Uhud. Ketika itu, Nabi S.A.W. yang telah mengetahui perkhabaran ini bermesyuarat dengan para sahabat di Madinah. Antara persepakatan dalam perbincangan ini ialah :


 • Satu kumpulan akan keluar berperang. 
• Satu kumpulan yang lain akan menjaga keselamatan dalam Madinah.


 Pendirian ini dilihat oleh Nabi S.A.W. sebagai suatu strategi walaupun ramai di kalangan para sahabat yang bersemangat dan ingin keluar berperang. Akhirnya, setelah selesai solat Jumaat Nabi S.A.W. bersama kaum muslimin telah keluar bersama 1000 bala tentera. Di pertengahan jalan, ketua kaum munafiqin iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul telah memainkan peranannya sehingga menyebabkan seramai 300 orang berundur daripada menyertai pasukan tentera kaum muslimin. 


Nabi S.A.W. bersabda : Dia (Abdullah bin Ubai) telah menderhakaiku, dan taat kepada mereka (musyrikin). Perbuatan ini telah menimbulkan kemarahan baginda sehingga Rasulullah berpendapat bahawa mereka akan diperangi ketika berada di Madinah. 




 Persiapan bala tentera 


 Nabi S.A.W. telah memerintahkan tentera muslimin berada dekat kawasan bukit Uhud, sedangakan seramai 50 orang pemanah di bawah kawalan Abdullah bin Jubayr bersiap sedia di kawasan atas bukit yang lain. Antara pesanan Rasulullah kepada dua kelompok ini : 


 • Bala tentera : Janganlah kamu semua memerangi sesiapa sehingga aku memerintahkan sedemikian.
 • Pasukan pemanah : Seranglah pasukan berkuda (musyrikin) dengan panah sehingga mereka tidak dapat menyerang kita dari belakang walaupun kita menang atau kalah (dalam peperangan ini). Tetaplah kamu di tempat ini. 




 Peristiwa dalam perang Uhud 


 1. Nabi S.A.W. memberikan pedangnya kepada salah seorang sahabat, Abu Dujanah untuk memerangi musuh.
 2. Kaum wanita memainkan peranan apabila turut serta bersama kaum musyrikin sehingga kaum lelaki mereka sentiasa bersemangat dan tidak lari daripada peperangan. Tambahan pula, mereka akan lebih berhati-hati dalam peperangan ini apabila bukan sahaja melindungi diri mereka daripada terbunuh tetapi ahli keluarga mereka daripada terjatuh ke dalam tawanan kaum muslimin. Antaranya – Abu Sufyan bersama Hindun bt 'Utbah, Ikrimah bin Abu Jahal bersama Ummu Hakim bt Al-Harith bin Hisham bin Al-Mughirah, Safwan bin Umayyah bersama Barzarah bt Mas'ud bin 'Amru bin Umayr As-Tsaqfiyyah.
 3. Kesilapan pasukan pemanah muslimin – tentera berkuda musyrikin di bawah pimpinan Khalid bin Al-Walid telah cuba menyerang kaum muslimin dari belakang tetapi ia dapat dipatahkan oleh pasukan pemanah yang berada di atas bukit. Maka beliau dan tentera berkudanya berpatah balik dalam keadaan kaum muslimin berjaya mara ke kawasan tentera musyrikin. Apabila melihat tentera berkuda Khalid Al-Walid berpatah balik, mereka (beberapa orang daripada pasukan pemanah) telah berkata : Marilah kita mengambil harta rampasan perang. Sebahagian yang lain pula berkata : Jangan ingkar pada pesanan Nabi S.A.W.! Tetapi kebanyakan daripada mereka meninggalkan kawasan bukit sehinggalah perkara ini diketahui oleh Khalid bin Al-Walid dan beliau mengarahkan tentera berkuda musyrikin sekali lagi menyerang kaum muslimin dari belakang. Ketika kaum musyrikin melihat musuh mereka diserang dari kawasan belakang bukit, mereka terus bersemangat dan meneruskan serangan dari hadapan ke kawasan kaum muslimin.
 4. Pembunuhan beberapa tokoh Quraisy oleh kelompok tentera muslimin yang dipimpin Saidina Ali K.A.W. iaitu 'Amru bin Abdullah Al-Jumahi dan Syaibah bin Malik.
 5. Syahidnya Saidina Hamzah yang dibunuh oleh Wahsyi ketika beliau sedang bertempur dengan Siba' bin Abdil Uza. Setelah ditikam, beliau cuba untuk mengejar Wahsyi tetapi telah jatuh dan syahid di jalan Allah S.W.T. 
6. Rasulullah S.A.W. cedera – patah gigi hadapan, luka di kepala dan kawasan muka (pipi). 
7. Di akhir peperangan, Rasulullah S.A.W. bersama kaum muslimin naik ke bukit dan diekori kaum musyrikin. Nabi S.A.W. bersabda : Mereka tidak akan dapat mengatasi kita, maka kaum muslimin membaling batu ke arah kaum musyrikin sehingga mereka turun daripada bukit tersebut. 
8. Perbuatan kejam kaum Quraisy kepada syuhada' muslimin – mereka telah memotong hidung, telinga dan merobek perut syuhada' muslimin. 




 Selepas peperangan


 1. Wahsyi telah memeluk Islam selepas beberapa tahun dan menggunakan pedang yang sama ketika membunuh Musailamah Al-Kazzab dalam peperangan Al-Yamamah.
2. Antara syuhada' muslimin :
 • Abdullah bin Jahsy 
• Mus'ab bin Umayr
 • Hanzalah bin Abi 'Amir (Ghasil Al-Malaikah)
 • Aus bin Tsabit, saudara kepada Hasan bin Tasbit penyair Nabi S.A.W.
 • Abdullah bin Jubayr (ketua pasukan pemanah).




Sumber

أماه ديني قد دعاني للجهاد وللفداء

أماه ديني قد دعاني للجهاد وللفداء
 أماه إني ذاهبٌ للخلد لن أترددا

 أماه لا تبكى علي إذا سقطت ممددا
 فالموت ليس يخيفنى ومناي أن استشهدا

 اللــــــــــــه أكبـــــــــــــــر

 كلما صوت القنابل زغردا الله أكبر
كلما صدح الرصاص وغردا الله أكبر

 لن تضيع دماء إخواني سدى
 فالنصر أقبل ضاحكا والحق زاد توقدا

 نأبى الهوان ولو أعد الكافرون لنا المُدى
 نأبى الركون ألى الطغاة الحاقدين على الهدى
 فالحر يأبى أن يلين أو أن يهادن مفسدا



Wahai ummah, agamaku telah memanggilku untuk berjihad dan berkorban
wahai ummah, sungguh aku sedang menuju ke syurga yang abadi tanpa ragu-ragu


Wahai ummah, jangan menangis andai aku gugur
Kerana kematian tidaklah menggentarkan aku bahkan aku bersita-cita untuk syahid


Allah Maha Besar!


Setiap kali berdentum bunyi letupan Allah Maha Besar
Setiap kali bergemerincing bunyi tembakan Allah Maha Besar


Kau takkan biarkan darah saudara-saudara tumpah begitu saja
Kemenangan akan tiba dan Kebenaran akan tertegak


Kami takkan lemah sekalipun orang kafir sentiasa memerangi kami
Kami takkan menyerah kepada thaghut yang hasad dengki kepada Islam
Samada kami berjaya mencapai kemerdekaan atau kami terkorban kerananya



Siap Diterjemah oleh kafilahmuhajir.blogspot.com

نداء الأقصى أبكاني


أنشودة - نداء الأقصى أبكاني ** إنشاد - محمد الحسيان

 الكلمات:

 مولاي إني سائر ** للدين حتماً سائر
 فالقدس صاحت غادر ** أدمى فؤادي الطاهر

 و نداء الاقصى أبكاني ** فجر وجداني
 و ضمير الأمة يا ربي ** مات بلا جاني

 مجرم قالوا لأني ** أرفض الذل الكبير
 أرفض العيش بصمت ** ضمه القهر المرير

 فليقولوا ما يقولوا ** أنت من أرجو رضاه
 أنت من تعلم أني ** لك أرخصت الحياة

 يا من رويت بدمائك ** أشجار العزة و الإنتصار
 إن يسرقوك من تاريخنا ** لن ينزعوك من صدورنا

 يا شهيد.. يا شهيد .. يا شهييييييييد


Wahai Tuhanku, sungguh aku ini sedang menjalankan misiku 
Demi agama mestilah aku menjalankannya

Kerana Al-Quds memanggil dengan suaranya
 menyebabkan hati yang suci berdarah

Seruan Al-Aqsa membuatkan aku menangis
Ia menyentuh perasaanku

Jeritan ummatku Ya Tuhanku..
Mereka dibunuh tanpa dosa

Aku dituduh sebagai pengganas
Aku tolak penghinaan yang besar itu

Aku tidak mahu hidup dalam keadaan berdiam diri
Segala penindasan yang pahit telah memaksaku untuk bangkit
،ش

Biarlah mereka kata apa yang mereka ingin kata
Aku ikhlas mencari redhaMu Ya Allah

Engkaulah yang mengetahui bahawa aku 
mengorbankan kehidupan dunia untuk mencari redhoMu

Wahai insan yang mengorbankan darahnya
untuk menyuburkan pepohon keagungan dan kemenangan

Andai kamu pergi dari dunia ini,
 jasamu tetap terkenang di hati kami

Wahai syahid..




Siap diterjemah oleh Hudri 

Sunday, 8 July 2012

Harga Diri Orang Bersifat Mahmudah

Orang yang Amanah ialah Emas Bernilai 


Kita hidup dalam dunia yang orang dalamnya hidup tanpa agama, mereka suka menipu, suka menunjuk samseng, hasad dengki, mengumpat, menfitnah, mengkhianat amanah. Mereka kata mereka terpaksa melakukan semua itu demi untuk hidup, jika mereka tidak melakukan itu maka mereka akan hidup susah. 


Sesungguhnya Allah menyuruh kita supaya beribadah kepadaNya dan taat kepadaNya, janganlah khuatir akan menjadi susah, Allah akan mengkayakan kita dengan limpah kurniaNya jika Dia berkehendak, Allah maha Bijaksana. 


Orang yang hidup berpandukan agama dalam setiap aspek kehidupannya adalah emas yang sangat bernilai di sisi manusia. Bukan hanya ikut agama dengan melakukan solat, kemudian menipu dalam berniaga, tapi mengikut agama secara total. 


Orang yang hatinya kaya, (zuhud), adalah orang yang sangat bernilai kerana hampir-hampir semua manusia dalam dunia ini tamak haloba, mengejar keinginannya dan sanggup melakukan segala kejahatan demi untuk mendapatkan apa yang diingini. 


Orang yang hatinya ikhlas jujur adalah orang yang sangatlah sukar dicari, kerana hampir semua manusia tidak dapat mencapai tahap keikhlasan ini, kebanyakan manusia melakukan kebaikan bersebab, ada udang di sebalik batu. 


Orang yang amanah sangat dikehendaki dan diperlukan, kerana hampir semua orang suka mengkhianati amanah, dan menggunakan apa yang diamanahkan itu untuk kepentingan nafsunya dan melakukan banyak kerosakan. 


Siapa yang berjaya menguasai sifat-sifat mahmudah ini, maka dialah emas permata yang sangatlah bernilai, kerana bukan mudah untuk mencari orang seperti itu, perlu ditapis dan dibuang segala sampah sarap, dan barang-barang palsu tak bernilai, sehingga akhirnya jumpa juga emas permata yang asli dan tulin. 


Dalam jutaan manusia yang kebanyakanya tidak bernilai, disebabkan mereka mempunyai sifat2 yang keji hina dan tidak bernilai manfaat. 


Orang yang amanah pasti akan direbut untuk diletakkan jawatan sebagai penjaga harta kekayaan. Seterusnya, dia juga diberikan kekayaan. Seperti Nabi Muhammad yang terkenal dengan sifat amanah, digelar al-amin.. Beliau lah emas permata, yang ditawarkan menjadi penjaga harta kekayaan, dan penjadi peniaga barang orang yang sangat kaya iaitu khadijah. Akhirnya bagindalah yang menjadi pilihan hati insan yang sangat kaya dan menjadi rebutan ramai iaitu Khadijah.


 Begitulah harga diri orang yang mempunyai sifat mahmudah. Sangatlah bernilai.

Jauhi Kaum Yang Zhalim

Samseng perlu dijauhi, bukan diajari 


Sudah menjadi fitrahku pantang dicabar, dan pantang mengalah terutamanya kepada puak-puak yang berlagak samseng. Itu adalah sifat semula jadi orang lelaki. Maruah cukup tinggi. Sifat ini menjadi ujian kepada diri kita. 


Dalam menjalani hidup yang matlamatnya ialah beribadah kepada Allah, sesekali kita diuji dengan gangguan yang boleh menyebabkan kita lupa akan matlamat kita, adakalanya ujian yang membuatkan kita lalai dan leka, adakalanya ujian yang membuatkan kita marah dan terjebak ke dalam kancah pergaduhan yang merugikan. 


Oleh itu kita diajar supaya sentiasa bersabar dan bertaqwa kepada Allah, nescaya ujian-ujian itu tidak dapat memberi kesan kepada kelancaran hidup kita menuju ke matlamatnya. 


 Kebanyakan manusia terjebak ke dalam kancah pergaduhan kerana merasakan dirinya kuat dan ramai geng, sesetengah orang pula terjebak ke dalam kancah pergaduhan hanyalah disebabkan sifat pantang dicabar dan pantang mengalah. Kedua-dua pihak telah tewas ujian kesabaran. 




 Bagaimana sikap orang yang bijak jika mengalami situasi ujian itu?


 وإذا خاطب الجاهلون قالوا سلاما 


Apabila orang-orang jahil mengata kepada mereka, maka mereka menjawab dengan kata-kata yang selamat.


 Orang yang bijak tidak melayan perbuatan jahat orang berlagak samseng kepadanya, dia tidak berlagak samseng balik, dia tidak memaki mereka dan tidak memukul mereka, sebaliknya dia mengundurkan diri dan mengucapkan selamat tinggal. 




 Kata-kata orang bijak pandai: Jika kita mengalah, kita hanya menyesal sekali, tapi jika kita berkeras, kita menyesal banyak kali. 


Jika kita mengalah, kita menyesal kerana kita mengalah, tapi jika berlawan, maka semakin banyak kejahatan yang mereka akan lakukan terhadap kita, dan kita semakin bersedih hati dan banyak menyesal. 


Kita juga diajar supaya berdoa agar dijauhi dari kaum yang zhalim. 


Fikirlah bagaimana nak menyelamatkan diri dari kaum yang zhalim, dan janganlah tewas dengan ujian kesabaran, agar terus lancar menuju ke matlamat dengan selamat. Sesekali, kita perlu tegas lantang mempertahankan diri dan maruah kita, tapi tidak perlu melampaui batas dengan mengenakan balik orang zhalim itu kerana itu boleh membuatkan kita terjebak ke dalam kancah.


Teruslah melayari bahtera hidup dengan selamat sejahtera..




Hudri Maahadi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah