بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Friday, 29 March 2013

Jihad Itu Lambang Iman

Banyak orang jahil memperkatakan tentang jihad tanpa ilmu, lalu mereka pun menyebarkan ajaran sesat tanpa memperdulikan ayat-ayat Al-Quran dan Sunnah nabi serta hukum fiqh. Mereka sanggup menyelewengkan ilmu dan fakta, asalkan mereka dapat menegakkan benang yang basah.


Saya ingin menjawab syubhat-syubhat yang disebarkan, isi-isi ini saya ambil berdasarkan Al-Quran dan Sunnah, bukanlah dari pandangan saya atau hawa nafsu,


1) Berperang di jalan Allah tidaklah sama dengan apa-apa amalan, menuntut ilmu juga tidak sama dengan jihad di jalan Allah. Jihad di jalan Allah lebih tinggi pahalanya tiada bandingan.

2) Berperang di jalan Allah bukanlah seperti amalan-amalan fardhu kifayah yang lain, tetapi berperang di jalan Allah itu wajib hukumnya dalam Islam, adakalanya ia menjadi fardhu ain, semua muslim ketika itu diwajibkan Allah untuk berperang di jalanNya, tidak kira apapun perkerjaan orang tersebut.

3) Berperang di jalan Allah ini amalan yang terdapat dalam Quran, Sunnah, sirah, dan fiqh.

4) Allah mencintai amalan ini, Rasulullah mencintai amalan ini, amalan berperang di jalan Allah adalah sunnah Nabi. Siapa yang bencikan sunnah nabi bukanlah pengikut Nabi. Orang beriman mencintai amalan ini kerana mereka mencintai Allah, merek juga inginkan ganjaran pahala dari Allah.

5) Berperang di jalan Allah tidak boleh ditangguh-tangguhkan, kerana ia menyebabkan semakin ramai umat islam yang terbunuh dan agama menjadi kucar kacir.

6) Berperang di jalan Allah itu wajib menurut Islam,  manusia hanyalah manusia, andai semua manusia tidak berjihad tidak bermakna perkara itu halal. Manusia perlu mengikut Islam. Bukan Islam yang perlu diselewengkan agar sesuai dengan kehendak nafsu manusia.

7) Sebarang usaha memadamkan 'perang di jalan Allah' dari agama adalah sama dengan perbuatan memadam solat dari agama. 


Mohamad hudri b md isa
30 March 2013
mesir

Wednesday, 27 March 2013

Pemecahan Minda

Ketika berlangsungnya pameran kitab antarabangsa di mesir pada awal tahun 2013, saya telah membeli kitab-kitab. Saya menemui dua buah pustaka ikhwan muslimin di dalamnya. Saya sangat gemar kepada buku-buku berkaitan pemikiran kerana ia akan mencerna idea dan memajukan minda.

Saya telah membeli buku-buku berkaitan haraki selain buku-buku ilmiah. Buku haraki pertama saya beli ialah 'Fiqh Nashr Wa Tamkin' Ilmu mengenai kemenangan dan kekukuhan.

Dalamnya ia membincangkan mengenai kisah nabi yusuf yang asalnya masuk penjara tapi akhirnya menjadi insan yang berkedudukan tinggi dan hebat. juga kisah Nabi Sulaiman yang menjadi raja dan pemerintah yang berkuasa di muka bumi ini.

Ia menerangkan cara-cara mencapai kemenangan dan kedudukan, kerana sekarang ini umat Islam sedang mundur ketinggalan, menjadi dunia kelas ketiga sedangkan barat sudah maju dan menguasai dunia ini.

Buku-buku yang saya baca telah menyedarkan saya mengenai kepentingan dunia ini. Dunia ini haruslah dikuasai oleh umat Islam, agar kekuatan berada di tangan kita, dan kejayaan menjadi milik kita.

Antara kata-kata yang menarik hati saya:

"berapa banyak orang yang menggunakan agama untuk kepentingan dunia,
dan berapa banyak orang yang menggunakan dunia untuk kepentingan agama"

Kata-kata ini menggalakkan kita menguasai ilmu-ilmu dunia, seperti sains, teknologi, ekonomi dan lain-lain agar dengannya kita dapat mengukuhkan umat. Kita perlulah menguasai kekayaan alam dan ekonomi, agar dengannya kita dapat berinfaq ke jalan Allah demi kesejahteraan umat. kita juga perlulah mempunyai pengaruh, kedudukan dan kuasa agar dengannya kita dapat menerapkan agama.

Kata-kata itu juga mencela orang yang hanya mengaji agama sahaja, lalu terpaksa mempergunakan agama demi untuk mendapatkan wang, terpaksa memutar belit agama demi untuk mendekati pemerintah.

Saya bercita-cita baru, kononnya ingin menyambung pelajaran dalam bidang sains setelah tamat pengajian dalam bidang syariah. Namun, cita-cita asal tetap tak buang, nak berjihad sehingga mati syahid jika ditaqdirkan Allah.

Tapi, saya hanya bercita-cita sahaja. Mungkin cita-cita atau idea ini boleh disalurkan kepada orang yang lebih muda atau orang yang lebih sesuai. Meskipun saya tidak dapat menjalankannya, tapi andai disampaikan idea ini, orang lain dapat menjalankannya.


Saya menangguhkan cita-cita untuk berperang, kerana buku-buku itu menyedarkan saya mengenai persiapan yang mestilah dilakukan terlebih dahulu, persiapan itulah yang akan membangunkan kekuatan ummah, kekuatan iman, kekuatan ilmu pengetahuan, kekuatan ekonomi, kekuatan teknologi, bangungkan kekuatan-kekuatan itu, barulah akhirnya sekali kita mampu berperang dan menang. Seperti yang diterangkan dalam Surah Al-Anfal ayat 60.

Idea untuk berperang kemudian gugur syahid telah berpindah kepada idea membangunkan kekuatan, setelah adanya kekuatan, akhirnya barulah melancarkan peperangan kemudian menang. Seperti stratergi yang diambil oleh Sultan Muhammad Al-fateh yang memakan masa yang lama untuk membangunkan kekuatan-kekuatannya sebelum berperang.


Hudri maahadi
28 March 2013
hayyu asyir


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah