بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Wednesday, 12 September 2012

Carilah Kaum Anshar

Islam tidak dapat bertapak di muka bumi, kerana sejak tumbuhnya tumbuhan itu, ia terus cuba diracuni, dan dicantas oleh semua manusia. Meskipun demikian, ada juga yg menjadi penolongnya meskipun lemah. Dimana sahaja tumbuhan ini cuba dikembangkan, ia mendapat tentangan hebat.

Akhirnya jumpalah sebuah tempat yg sudi menerima Islam iaitu Yastrib. mereka memerlukan Islam untuk mendamaikan keadaan mrk yg berperang sesama sendiri. Maka islam datang menyatukan mrk, dan menjadikan mrk sbg tempat bergantung, dan menjadikan madinah sebagai kubu pertahanan dari segala mush yang cuba datang menghapuskan Islam.

Sikap orang lain bila menerima Islam ialah negative, mereka menolak Islam dan bersikap negative terhadap Islam. berbeza dgn kaun anshar, mrk bersikap positive dgn Islam, mereka menerima islam dgn baik, paling jahatpun ada d antara mrk yg bersikap munafiq, krn mrk lemah, tidak mampu berbuat jahat lebih2..

Sebagai seorang daie, kita pastilah akan hadapi cercaan, kutukan dan ujian dari manusia. Mereka memaki hamun dan menghina Islam. Maka bersabarlah, jgn ikut perangai mrk, dan jangan balas kejahatan mrk. Tetapi carilah org yg bersikap seperti kaum anshar..

Pada kaum anshar itulah kita boleh bertumpang teduh, berlindung dari musuh, dan mempersebarkan ajaran islam, dan memperkuatkan pengaruh kita. Bila kita dah kuat, barulah kita dapat berdepan dan menghapuskan orang2 yg memusuhi kita. Kaum anshar mendapat didikan dari Nabi, krn itulah mrk dapat menjadi pembantu nabi yang setia..

Anshar sangat besar peranannya, merekalah yang menyelamatkan Islam,.. Berbeza dgn orang lain yg kerjanya nak mematikan Islam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah