بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Tuesday, 18 September 2012

Kemajuan Hidup dan Kejayaan Dunia.

Lusa, hari khamis aku akan naik bas pukul 10 pagi, menuju ke kl, naik kapal terbang ke mesir.. Aku hari ini pergi ke pejabat agama alor setar bersama ayahku, aku terlepas taklimat, aku berjumpa dgn ustaz fadhil dan dengar taklimat ringkas darinya, dan mendapat sumbangan wang dari MB, dan baitul mal. jazakumullahi khaira.

Kemudian, kamipun pulang ke sungai petani, dalam perjalanan, kawanku telepon, menyuruku pergi ke menara zakat untuk menerima zakat, kamipun patah balik ke menara zakat dgn penuh kepenatan. Bila sampai di sana, aku tidak dapat menerima wang, krn mereka silap tulis nombor kad pengenalanku, mereka suruh kami balik dan datang pagi esok pula.

Kami pun balik dgn kepenatan dan duka lagi, ayahku ketika itu meluahkan isi hatinya, dia bercerita tentang sejarah hidupnya yang susah, dan sejarah hidupnya sehingga kini. kisah itu membuatkan aku celik, dan sedar akan nikmat senang, nikmat menjadi orang berjaya.. kerana ramai orang yang duduk di pendalaman, tidak tahu apa, dan mundur. Ayahku berhijrah, dan berjuang untuk mendapatkan kemajuan hidup untuk keluarga dan anak-anaknya.

Aku pula jauh sekali memikirkan soal kehidupan.. jauh dari sudut hatiku untuk berfikir untuk mendapatkan kemajuan hidup, jauh dari hatiku untuk menginginkan kehidupan dunia.. dan aku tidak bersyukur dengan nikmat yang ada. kini aku sedari nikmat ini, dan kepentingannya. 

Tidak lama lagi, aku akan berjauhan dari ayah dan ibuku, pastilah aku terpaksa berhijrah dan berjuang seorang diri tanpa peneman di sisi melainkan Allah. Dimanakah inginku adukan deritaku? Dimanakah inginku berehat dan berteduh? 

Biarlah aku bersusah-susah dahulu, kelak aku akan pulang dengan membawa 1000 kebaikan kepada keluargaku dan masyarakat serta umat Islam amnya.. Atau aku pergi tidak pulang, selagi belum memperolehi syurga..

Aku melihat kawan2ku, ada diantara mrk yang tidak mempunyai ciri2 kelayakan, namun mereka cuba sedaya mungkin untuk membuat-buat layak, mrk smua ingin jadi seseorang, ingin ada kedudukan, terpandang di sisi manusia. Manusia berjuang untuk menjadi seseorang, dan menjadi mulia di mata manusia. Ingin dipandang, dihormati dan disegani.. Sedangkan semua itu jauh dari hatiku.. Aku tidak inginkan smua itu, aku ingin syahid di jalan Allah.. Aku mempunyai ciri2 kelayakan, serta potensi, namun aku zuhudkan diriku, aku sembunyikan diriku, dan berbuat seperti orang biasa yang tiada apa dan tidak tahu apa..

Aku fikir, andai aku mendapat dunia, maka ia akan membuang masaku dari masuk syurga cepat2.. Itulah yang membuatkan aku menolak dunia, agar aku dapat memasuki syurga cepat2, tanpa halangan, sekatan, dan tanpa membuang masaku dari memasuki syurga.

Ayahku beruntung kerana mempunyai anak seperti ini, dengan ilmu yang aku perolehi ini, aku lebih memilih akhirat berbanding dunia, meskipun ramai manusia memilih dunia. Bagiku dunia ini adalah pentng, tetapi sekadar keperluan, kerana andai kita hidup dalam faqir miskin, bagaimana kita nak beribadah kerana kita sibuk berkerja mencari duit.

Aku kini hidup dalam keadaan tidaklah faqir, dan aku tidaklah susah sangat untuk mengejar akhirat. Kerana itulah aku tidak terfikir untuk mencari kemajuan hidup seperti yang difikirkan oleh bapaku dan manusia..

Andai semua manusia hanya inginkan akhirat dan menolak dunia jauh-jauh, bagaimana manusia akan hidup di bumi? Bagaimana kemajuan akan berlaku? Tamadun manusia pun takkan membangun. Bahkan manusiapun tidak lagi melahirkan anak dan berketurunan, dan tidak mempunyai cucu cicit, tidak membiak di muka bumi. manusia juga tidak lagi menjadi khalifah yang memakmurkan muka bumi, dan membiarkan bumi ini dirosakkan oleh para perosak. Kerana semuanya mati syahid dan berpindah ke dalam syurga.. 

Seseorang rakan facebook menasihatiku supaya seimbangkan antara dunia dan akhirat, bukan tolak dunia ambil akhirat sahaja. Mungkin mereka bercakap berdasarkan pengalaman hidup mrk dan realiti kehidupan, sedangkan aku bercakap berdasarkan apa yang aku baca tanpa melihat realiti hidup.

Lihatlah dunia. Lihatlah realiti kehidupan manusia ini. Andai aku tersangkut di dunia, bagaimana aku nak berlari ke akhirat?

Aku perlu berlajar mengenai kehidupan dunia, aku mesti berlajar mengenai kehidupan manusia. Kerana ini akan membantuku mencapai cita-cita akhiratku.


Hudri Maahadi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah