Menurut beliau, umat Islam mundur kerana telah meninggalkan ajaran Islam yang sejati. Beliau mengambil contoh fahaman terhadap qada dan qadar. Pada masa silam, fahaman ini memupuk keberanian dan kesabaran dalam jiwa umat Islam.
Sebab-sebab kemunduran umat Islam di bidang politik pula, menurut beliau, ialah munculnya perpecahan yang terdapat di kalangan umat Islam, pemerintahan yang zalim, mengabaikan pertahanan tentera serta adanya campur tangan asing.
Jalan untuk memperbaiki keadaan umat Islam menurut beliau adalah dengan melenyapkan salah faham yang dianut oleh umat Islam menerusi cara kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
Sumber (artikel penuh) : http://kinaizzati.blogspot.com/2009/09/jamaluddin-al-afghani-pejuang-islam.html
-------------------------------------------------
Kesimpulan sebab kelemahan:
1) Meninggalkan ajaran islam yang asli.
2) Salah faham terhadap konsep-konsep dalam Islam,
- misalnya salah faham terhadap konsep qada dan qadar, hasilnya ialah hilang sifat keberanian dan kesabaran.
3) Perpecahan umat
4) Pemerintah zhalim
5) Mengabaikan pertahanan tentera (i'dad dan jihad)
6) Gangguan musuh Islam
Cara untuk Mengembalikan kegemilangan:
1) Hapuskan salah faham terhadap konsep Islam
2) kembali kepada ajaran Islam yang tulin dan asli.
No comments:
Post a Comment