بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Sunday 3 August 2014

Aku Tinggalkan Fikrah Pengganas

Saya sudah berbeza skarang, jika dulu saya ingin berjihad, sehingga tersilap pilih jalan, hingga terambil jalan khawarij, namun kini Tuhan sudah membimbingku ke jalan yang benar, setelah aku belajar dari ulama azhar, barulah aku sedar bahawa aku tersalah jalan sebelum ini.

Banyak tulisan-tulisanku yang ekstrim tentang jihad sebelum ini, aku juga menulis dan mengobarkan semangat jihad di internet, aku ingin tarik kembali semua yang pernah aku lakukan itu. Aku tahu apa yang aku lakukan itu salah, ajaran khawarij tidak boleh dikembangkan, ia perlulah dihapuskan dan dicegah

Diantara perkara yg jelas dibawa oleh fikrah khawarij ialah mengkafirkan umat Islam, melancarkan jihad memerangi umat Islam, memecah belahkan umat Islam, menimbulkan huru hara dan peperangan dalam     negara umat Islam, dan kemudiannya perjuangan mereka berakhir dgn kematian diri mrk

Aku menyesal kerana banyak menghabiskan umurku hanya untuk membaca dan mengkaji tentang fahaman yang salah ini, andai aku gunakan umur ini dengan mengkaji tentang hal lain yang lebih bermanfaat kan lebih bagus.

Jika anda menemui mana2 tulisanku yg salah sebelum ini, maka abaikan saja, jangan baca

Monday 3 March 2014

Tekad, Stamina dan Stratergi

Kekuatan hati atau kemahuan, atau azam, atau semangat adalah satu jenis kekuatan yang sungguh kuat. Ianya berada di hati, apabila hati mahu, maka tenaga akan jadi kuat dan minda akan memikirkan cara untuk mencapai kemahuan. Segala rintangan juga sanggup disabari sehingga 0bjektif/hadaf tercapai.

Stamina adalah tenaga fizikal, kekuatan lahiriah, ketahanan p0wer dan energy. Ia berada pada tubuh badan, harta benda, barang, kelengkapan, peralatan yang unggul dan kuat. Ia dapat mematahkan tenaga yang lebih lemah darinya selalunya. Kebanyakan 0rang menang disebabkan kekuatan fizikal.

Stratergi adalah cara atau kaedah atau pendekatan yang diambil untuk mencapai matlamat. Ia berada di minda dan ia ada pada gerak kerja. Ia dapat memperdayakan musuh, dapat mengganggu tumpuan dan f0kus 

Siapa yang mempunyai ktiga-tiga perkara ini pastilah akan menang dan berjaya

Monday 17 February 2014

Mengukuhkan Tautan Ukhuwah

~‘Mengukuhkan Tautan Ukhuwah’~

Umum mengetahui bahawa asas kekuatan dan kejayaan ialah perpaduan. Tidak hairan perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah di madinah ialah mempersaudarakan kaum anshar dan muhajirin , bukan memecah belahkan masyarakat, bahkan suku Aus dan Khazraj juga dipersatukan. Perpecahan akan mengakibatkan kelemahan serta menghasilkan kemunduran. Firman Allah

ولا تنازعوا فتفشلوا وتذهب ريحكم واصبروا إن الله مع الصابرين
Janganlah kamu berkelahi nanti kamu brpecah dan hilanglah kekuatanmu, hndaklah kamu brsabar Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bersabar.

Malah Allah juga menyuruh agar mmpersatu dan menjaga hubungan sesama muslim, firman Allah:

إنما المؤمنون إخوة فأصلحوا بين أخويكم  واتقوا الله لعلكم ترحمون
Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Maka damaikanlah diantara dua orang saudaramu itu dan brtaqwalah kepada Allah mudah-mudahan kamu diberi rahmat

Hikmah disebalik perintah ini ialah kita dapat mengacapi nikmat keamanan dan keharmonian hidup. Musuh akan gerun melihat perpaduan ini dan mreka sebolehnya cuba untuk mencetuskan pertelingkahan sesame kita.

Contoh seperti peperangan jamal yang berlaku antara saidatina aisyah dan saidina ali, dan peperangan antara khawarij, dan saidina Ali. Semua peperangan itu dicetuskan oleh keturunan yahudi yang ingin untuk melihat prkelahian, perpecahan dan kehancuran umat Islam disbabkan percakaran sesame sndiri.

Ktika mlakukan saf untuk solat berjemaah, kita disuruh untuk merapatkan saf tidak membiarkan saf terputus sebagai simbolik hendaklah kita menjaga hubungan silaturrahim sesame muslim, jangan memutuskan silaturrahim. Hendaklah kita meluruskan saf, tiada yang terlebih ke depan dan tiada yang terlebih ke belakang untuk mengajar kita bahawa hendaklah kita sepakat dan bersatu nscaya kita akan jadi kukuh dan gagah.
Firman Allah:

إن الله يحب الذين يقاتلون في سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص
Ssungguhnya Allah mencintai 0rang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan bagaikan mrka itu binaan yang kukuh.

Maka jelaslah kepada kita bertapa pentingnya ukhwah. Tapi apakah dia ukhuwah?

Ukhwah menurut hasan al banna, mengikat hati-hati dengan ikatan aqidah, ikatan aqidah adalah ikatan yang paling kukuh,ukhwah adalah saudara iman, perpecahan adalah saudara kekufuran, kekuatan pertama adalah kekuatan kesatuan, tiada kesatuan tanpa kecintaan, sekurang-kurang kecintaan ialah brlapang dada, setinggi-tinggi kecintaan ialah mndahulukan kepentingan orang lain berbanding diri.

Menurut Abdullah Nasih ulwan, ukhwah juga adalah kekuatan iman yang melahirkan perasaan kasih, cinta, hormat dan percaya terhadap siapa saja yang diikat dengan ikatan aqidah, iman dan taqwa. Ukhwah akan menghasilkan sikap tolong menolong, mendahulukan kepentingan orang lain, simpati, maaf, dan bantuan di waktu susah.

Jadi, bagaimana cara untuk men’tahaqquq’kan ukhuwah dalam kehidupan seharian?

Untuk merealisasikan ukhuwah, kita berhadapan dengan plabagai cubaan yang boleh mencalarkan ukhwah serta menggugat kesatuan. Antara cubaan tersbut ialah akhlak keji yang ada pada diri kita sendiri. Contohnya seperti mementingkan diri sendiri, tidak menghormati orang lain, tidak menyayangi orang lain, tidak memuliakan orang lain, tidak suka maafkan, tidak berbaik sangka, hasad dngki, mengumpat, dan contoh-contoh yang lain.

Meskipun demikian, Islam telahpun mengajar kita akhlak terpuji dan adab untuk kita amalkan supaya kesatuan ukhuwah dapat dipertahankan walau badai melanda. Masalah ini dapat diselesaikan dengan memperdalami ilmu tasauf, agar kita mengenali sifat-sifat terkeji dan cara untuk menmbersihkannya, mengtahui sifat-sifat terpuji dan cara untuk berhias dengannya supaya kita dapat memperbaiki hubungan kita dengan Allah dan hubungan dengan manusia.

Antara dalil yang menerangkan adab dan akhlak dalam berukhwah ialah:

Sabda Rasulullah:
المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده
Orang Islam ialah orang yang menyelamatkan 0rang2 islam dari kejahatan lidah dan tangannya.

الراحمون يرحمهم الرحمان ارحموا من في الأرض يرحمكم من في السماء
Orang orang yang penyayang disayangi Allah yang Maha Penyayang, sayangilah siapa yang ada di bumi nescaya siapa yang ada di langit akan saying padamu

Perkara paling mudah untuk kita lakukan sebagai silmbol akhlak ialah menceriakan wajah, senyum, memberi salam dan bertanya khabar. Senyuman akan memadamkan api kemarahn yang ada, sekaligus menggembirakan hati orang lain.

Berakhlak melalui wajah ialah dengan menceriakan wajah, akhlak melalui pertuturan ialah melemebutkannya serta jangan meninggikan suara.

فبما رحمة من الله لنت لهم ولو كنت فظا غليظ القلب لانفضوا من حولك فاعف عنهم واستغفرلهم وشاورهم في الأمر
Maka dengan belas kasih Allah, engkau pun bersikap lembut terhadap mereka, sekiranya engkau bersikap kasar keras hati nescaya mereka akan lari darimu, maka maafkanlah mereka, mohon keampunan untuk merka dan berbincanglah dengan mereka.

Sabda Nabi
لا تحاسدوا ولا  تناجشوا ولا تباغضوا ولا تدابروا ولا بيع بعضكم على بيع بعض وكونوا عباد الله اخوانا المسلم اخو المسلم لا يظلمه ولا يخذله ولا يكذبه ولا يحقره التقوي هاهنا –ويشير الى صدره ثلاث مرات – بحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم كل المسلم على المسلم حرام دمه وماله وعرضه
رواه مسلم
Janganberdengki, jangan benci membenci, jangan memulau, jangan menawar lebih dari apa yang ditawarkan oleh saudaramu,hendaklah kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara, muslim adalah saudara muslim, tidak boleh menzaliminya, tidak boleh mengabaikannya, tidak boleh menipunya dan tidak boleh menghinanya, taqwa itu di sini –Nabi tunjuk kepada dadanya tiga kali- cukuplah seseorang itu dianggap jahat apabila dia menghina saudaranya yang muslim, setiap muslim haram menumpahkan darah muslim, haram merampas hartanya, haram menjejaskan kehormatannya.

Firman Allah
يائيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم ولا تجسسوا ولا يغتب بعضكم بعضا أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتموه واتقوا الله إن الله تواب الرحيم
Wahai orang orang beriman, jauhilah kebanyakan pra sangka, sbahagian dari pra sangka itu dosa, janganlah kamu saling mengintip aib dan jangan saling mengumpat, adakah kamu suka makan daging mayat saudaramu sendiri, pastilah kamu tidak suka, maka bertaqwalah kepada Allah Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi maha penyayang
(Hujurat;12)

Kita bukan hanya perlu berakhlak dengan orang islam, malah turut berakhlak dengan orang kafir, dengan kawan-kawan, dengan ahli keluarga, dengan masyarakat, dengan guru dan dengan orang yang lebih tua, lebih muda.

Suatu hari, ktika Nabi tidur di bawah pokok, seorang kafir mendekati baginda, mengambil pedang baginda dan meletakkannya pada leher Rasulullah. Dia Tanya; apa yang dapat menyelamatkanmu sekarang?
Nabi jawab; Allah. Maka gugur pedang tersebut disebabkan kegerunan yang ada dihati kafir itu. Nabi ambil pedang itu dan letak semula ke leher kafir itu seraya bertanya balik soalan yang sama, maka orang itu diam.

Kemudian Nabi memaafkan orang itu dan membebaskannya. Disebabkan sikap dan akhlak yang sungguh baik ini, orang itu kagum dan mengucap kalimah syahadah. Inilah buktinya Islam tersebar dengan akhlak, bukan dengan pedang. Dengan musuhpun Nabi berakhlak, apatah lagi dengan orang Islam sendiri. Disebabkan akhlak, musuh pun bertukar menjadi rakan.

Sebagai penuntut ilmu, kita sebaiknya berukhuwah dengan orang yg b0leh kita berikan manfaat padanya atau orang yang kita mencari manfaat darinya. Elakkan diri dari melakukan kerja-kerja yang boleh menghilangkan focus terhadap menuntut ilmu. Mencegah itu lebih baik dari merubati, elakkan dari masalah persaudaraan yang merugikan, dan selesaikan dengan cara yang paling terbaik  tanpa kekerasan.
Siapa kita berkawan itulah yang akan mencorakkan diri kita, jika berkawan dengan penjual minyak wangi, kita mendapat tempias kewangiannya pada diri kita. Bermasyarakat adalah salah satu cara untuk mencerdaskan minda, kerana melalui hal ini kita akan saling bertukar informasi, idea, fikiran dan maklumat selain bertukar bantuan. Kita akan mendapat faedah dan manfaat baru.

Janganlah menyakitkan hati sesiapa, jika orang menyakitkan hati kita,  maafkan saja, lupakan. Jika kita memberi, jangan harapkan balasan, lupakan saja pemberian. Anggaplah orang lain bagaikan diri kita sendiri, sayangi orang lain seperti kita sayangi diri kita sendiri.

Fikirkan bagaimana perasaan orang lain dengan membayangkan kita berada di tempatnya, tunaikan haknya tanpa diminta, permudahkan urusan orang lain, ringankan diri memberikan pertolongan dengan mengharap balasan Allah.

Cara untuk menyuburkan rasa ukhuwah:
1)      Apabila cinta pada seseorang hendaklah memberitahu orang itu.
2)      Apabila akan berpisah dari seseorang maka hendaklah memohon doanya.
3)      Apabila bertemu, hendaklah menceriakan wajah.
4)      Apabila bertemu, hendaklah segera menghulurkan tangan untuk bersalam
5)      Selalu menziarahinya masa demi masa
6)      Mengucapkan kata-kata yang menggembirakan serta penghargaan
7)      Memberikan hadiah
8)      Perihatin dalam memenuhi keperluannya
9)      Menunaikan hak-hak ukhwah dengan sempurna

Antara hak-hak ukhuwah yang perlu ditunaikan ialah Menyebar dan menjawab salam, Menziarahi orang sakit, Menguruskan jenazah, Memenuhi jemputan, Menolong orang yang dizalimi, menasihati, menghilangkan kesedihan, memudahkan hal yang susah, menutupi aib dan menjauhi sifat-sifat terkeji seperti hasad dengki, marah, zhalim dan penghinaan.

Berdasarkan huraian diatas, maka jelaslah kepada kita cara-cara untuk mengukuhkan tautan ukhuwah.

Kesimpulannya, punca masalah ukhuwah ialah  sikap kita. Maka hendaklah kita mempelajari ilmu akhlak supaya kita dapat mengetahui keburukan sikap kita dan dapat membersihkannya. Serta dapat mengetahui sikap-sikap yang baik supaya kita menghiasi diri dengannya. Apabila kita sudah bersih dari sikap yang buruk dan berakhlak serta beradab, maka masalah ukhwah akan selesai. Apabila ukhuwah disemai ia menghasilkan buah yang enak, iaitu hidup kita menjadi aman, harmoni, masyarakat Islam bersatu padu, ilmu menjulang, ekonomi kukuh, peradaban maju, dakwah tersebar dan  agama menjadi izzah gemilang.
Rujukan:
1)      Himpunan Kertas kerja tarbiah, yahya al hajj usman
2)      Al ukhuwah Al islamiah, Abdullah nasih ulwan
3)      Maalimu Al Irsyadiah li Shinaáti tholibil ilmi, Muhammad awwamah
4)      Soheh Muslim
5)      Quran
6)      Isi Kandungan talaqi bersama syeikh Yusri Rusydi Al jabari

Dikarang oleh: Mohamad Hudri B Md Isa
Kitab Rujukan disediakan oleh: Muhammad Atha’ B Ibrahim

Thursday 28 November 2013

Kesihatan Mental

Mental yang sakit akan membuatkan seseorang itu kehilangan daya dan membuatkan dia menjadi orang yang tidak produktif.

DIANTARA PUNCA SAKIT

1) Berkeinginan besar tapi tidak tercapai
2) Jatuh cinta pada seseorang tapi tidak mendapatinya
3) Tidak cukup tidur
4) Tidak tahan dengan beban masyarakat
5) Bermeditasi atau bertapa

CARA MERAWAT MENTAL

Fikirlah bahawa andai kita mempunyai kecacatan, pasti kita mempunyai kelebihan lain yang boleh menampung kecacatan kita, atau kelebihan lain yang boleh mengimbangi kekurangan kita. Cari di mana kelebihan diri.

Di waktu terlalu tertekan sangat, 
1) Manjakan diri, pergi makan makanan yang sedap2, tinggal di tempat yang selesa, 
2) Buat perkara baru, pakai pakaian yang mahal dan cantik, layan diri baik, buat perkara2 baru, pakaian baru, rambut baru, bertukar cara, jalan2 cari kawan baru.. 
3) Buat apa-apa yang dapat membuatkan kita senang, gembira dan ceria
4) Layan diri dengan baik, beri pertolongan dan dokongan untuk diri sendiri, berikan perhatian dan kasih sayang untuk diri sendiri



CARA MENYALURKAN EMOSI
Menahan naluri batin akan membuatkan kita sakit, naluri perlu dilepaskan asalkan dengan cara yang baik.


-----------------------------
Sumber rujukan: Internet


Mohamad Hudri B Md Isa
Kuliah Syariah Islamiah,
Universiti Al Azhar

Tuesday 26 November 2013

Kunci Kejayaan

MACAM MANA NAK BAGI ADA RAMAI KAWAN?

Rajin senyum,
bagi pandai buat lawak, 
berfikir yg baik2, 
dengar orang cakap, 
yakin diri, 
kenal kehebatan diri,
jujur, 
pandai menempatkan diri,
sederhana dengan apa yg ada,
membuka diri utk org lain,
boleh menerima prubahan..


---------------------------------------


Mungkin anda tercari-cari BAGAIMANA MENANAM MINAT MEMBACA?

Caranya begini:

1) Lihat/berkawan dengan orang yang rajin membaca, setiap kali anda melihat dia membaca, anda akan terangsang untuk membaca/ untuk mengikutinya/ terpengaruh dengannya.

Atau jika anda ingin mendidik anak anda membaca, maka anda perlu membaca buku, bila dia melihat anda membaca, maka anda adalah contoh teladannya, dia akan ikut anda.

2) Biasakan diri dengan membeli buku, tengok buku, main buku, belek buku, lama2 anda akan timbul minat untuk mengetahui ilmu yg terkandung dalam buku.

Beli buku plastik untuk anak anda, biarkan dia main, lama2 dia akan lihat gambar2 dlm buku tu, lepastu timbul minat untuk mengetahui apa yg ada dalam buku.

3) Wujudkan perpustakaan kecil di rumah/bilik.

4) Buat target, dalam sebulan berapa mukasurat mahu baca, atau berapa buku mahu khatam. berapa buku baru mahu beli.

5) Rajin pergi kedai buku

Asuh anak anda, dengan membawanya pergi ke kedai buku, buat macam tu banyak kali, maka dia dengan sendirinya akan pergi kedai buku, kerana perasaan minat, sayang dan suka buku sudah ada di jiwanya.


-----------------------------------------------


Pernah anda terfikir BAGAIMANA MAHU JADI PAKAR DALAM SESUATU ILMU?

Caranya begini:

1) Baca pelbagai jenis buku tentang topik ilmu yang anda ingin pakar, sekurang-kurangnya 5 buku.

2) Search di google, dan baca sekurang-kurangnya 10 sumber tentang topik yang anda ingin pakar

3) Belajar dari pelbagai guru tentang topik yang ingin anda pakar itu

Contoh:

Saya sangat minat dengan jihad fi sabilillah, saya akan beli semua CD tentang jihad, saya akan beli semua buku tentang jihad, saya buka internet search tentang jihad, saya belajar tentang jihad dari ramai guru.

Rakan-rakan saya akui bahawa setiap orang itu ada kelebihan dan kepakaran yang tersendiri.


------------------------------------------------------


PERSEDIAAN SEBELUM BERBICARA DI HADAPAN UMUM
1) INFO MAKLUMAT/ ILMU
-Buka google, baca 10 sumber berkenaan topik anda
-Beli sekurang-kurangnya 5 buah buku berkenaan topik dan baca semua

2) HADIRI CERAMAH/SEMINAR
-Lihat cara orang ceramah, dapat idea baru bagaimana cara untuk menyampaikan maklumat

3) PRAKTIS
-praktis banyak kali, dan praktis sepertimana sistuasi sebenar yang akan kita buat
-apa yg kita buat dalam praktis akan menggambarkan apa yg kita akan buat di situasi sebenar
-apa yg kita buat dalam praktis, itulah yang kita akan buat kelak


--------------------------------------------------------

SEMALAM 15.11.2013, saya sembang dengan pegawai MARA yang bertugas di Iskandariah, dia dulu belajar di Maktab Mahmud Alor Setar dan di Universiti Al-Azhar juga. Dia kata, belajar di mesir ni kena MUJAHADAH, SEMANGAT KENA KUAT.

Dia kongsikan tips2 nak berjaya:

1) Bangkit pagi, p belajar di kuliah,
2) balik dan buka balik kitab tadi, baca balik, jika tidak kita akan lupa
3) Esok, bangkit pagi, p kuliah, lepastu balik dan buka balik kitab tu
4) Di ujung minggu, buka balik kitab dan baca balik semua yang kita dah belajar dlm seminggu
5) Tulis apa yg kita faham, jangan tangguh, kalau tangguh nanti jadi bukit, payah nak perhabis

Waktu baca buku,
1) Jangan main baca saja, tapi kena kenal apa yang dia nak habaq, tahu benda penting yang dia nak habaq
2) Hafaz benda penting, hafaz dapat membuatkan kita semakin tahu bahasa pengarang, dan supaya doktor faham apa yg kita jawab

Dia kata, kena ada sistematik,..

Saya rasa tips2 ini sangat penting, perlu diamalkan, jika usaha punya usaha punya usaha tanpa ada sistem yang tersusun, maka tiada hasilpun yang dapat, kerana itulah usaha perlu ada sistem.


----------------------------------------------------


STRATERGI FAHAM PELAJARAN:

1) Baca siap2 buku tu sebelum ia dibaca bersama guru/ sebelum masuk kuliah

2) Dalam kelas, dengar betul2 apa yg guru syarahkan, ambil kefahaman, dan catit

3) Bila balik rumah, buka balik buku tadi, buat ulang kaji

4) Buat nota dan peta minda di ujung minggu

5) Perbanyakkan perbendaharaan kata, supaya mudah faham setiap kalimah yang disebut oleh guru


----------------------------------------------------

Cara menguatkan mental

Meskipun bebanan yang maha besar perlu ditanggung, namun fikirkanlah bahawa kita mampu, selagi belum mati selagi itu kita mampu berjuang berjuang dan berjuang sehingga mati. Kematian takkan hadir jika tidak diizinkan Allah.

Apabila emosi dan mental terjejas, kata-kata semangat adalah diperlukan.

Ketika keletihan mula memenuhi jiwa, menyanyi lagu semangat adalah penting.

Di saat perjalanan masih jauh, berbual adalah penting untuk meringankan beban yang dirasai.

Biar apapun cabaran, provokasi, kritikan, dan reaksi negatif yang mendatang, pedulikan semuanya, kosongkan fikiran, fokus pada stratergi yang sudah diatur, terus bersemangat garang melakukan stratergi, terus bergerak dan berjuang, haram lemah selagi belum tiba ke destinasi.

Bersiap sedia untuk menghadapi sebarang tragedi pahit, semua tragedi adalah perkara biasa dan lumrah kehidupan.


----------------------------------------------------------


MATLAMATKU:
1) Cemerlang dalam peperiksaan di Al-Azhar
2) Menjadi pendakwah, imam, pengkhutbah, mutowif, penceramah yang hebat setelah pulang dari al azhar
3) Menjadi peniaga yang berjaya, pemimpin yang adil, pejuang yg berani dan ilmuan yg bijaksana
4) Sangat bermanfaat kepada manusia, dan berjaya di dunia dan akhirat

TUGAS:
1) Baca kitab-kitab kuliah sehingga habis dan ulang baca lagi, beserta kefahaman
2) Baca buku-buku yang membina, tengok orang2 yg hebat, belajar dari mereka
3) Praktis, berlatih, beramal

(SIAPKAN DIRI DENGAN ILMU, DIIKUTI DENGAN PRAKTIKAL DAN LATIHAN)

Musuh:
1) Perkara yg membawa kpd kelalaian/dosa


Mohamad Hudri B Md Isa
kuliah Syariah Islamiah 
Universiti Al-Azhar mesir

Saturday 2 November 2013

Rancangan Makanan

Makanan adalah perkara penting, kerana ia berkait rapat dengan tenaga, kekuatan otot, kesihatan dan tumbesaran badan. Oleh itu, makanan hendaklah dijaga dan disediakan dengan baik. halalan thoyyibah, halal lagi baik.

Nak makan apa di mesir?

1) Telur separuh masak 2 biji/ telan telur mantah 2
Untuk mendapatkan protein, protein akan digunakan untuk menghasilkan otot dan tenaga, ia juga menghasilkan sel tisu, dan membina badan. Badan yang kekurangan protein akan kurus, lemah longlai, tidak berdaya melakukan apa kerja, dan cepat letih,  rendah keyakinan diri.

2) Madu
Untuk kesihatan perut, untuk menguatkan anti body, untuk mencerdaskan fikiran, supaya dapat menuntut ilmu dengan mudah, untuk meningkatkan tenaga.

3) Kacang
Untuk menjana protein

4) Nasi
Untuk mengenyangkan perut, bila perut kenyang hidup pun senang, bila perut lapar hidup merana, kerja tergendala.

5) Gargil
Untuk menguatkan fikiran

6) Ayam/ikan/daging
Untuk mendapatkan protein


Cara mudah menyediakan makanan ialah masak nasi, kemudian buat ayam panggang, makan nasi+ayam panggang+gargil =kenyang lagi halalan thoyyibah. Ayam masak separuh/seekor, ambil sikit, selebihnya simpan dalam peti ais, petang dan satgi ambil makan saja, tak payah masak banyak kali dah.

Sarapan Pagi
Sebelum tidur, buat telur separuh masak 2 biji, bangun pagi makan telur separuh masak dan roti, dan madu, gargil.

Tengah hari
Masak nasi, buat ayam panggang, makan nasi+ayam panggang+gargil.

Petang dan malam
Makan nasi dan ayam panggang yang sudah dimasak tadi.


Inilah masa makan.. InsyaAllah Makan tidaklah akan mencuri masa studi ku, makan adalah perkara wajib, krn tanpa makan, kesihatan badan terjejas, dan akan menjejaskan pelajaran. Makan jangan dilarang krn ia bawa faedah kepada diri sendiri. Yang perlu dilarang ialah melayari internet terlalu lama, kerana ia akan mencuri masa makan, curi masa studi, curi masa tidur, hingga aku tidak dapat melakukan apa2 melainkan 1 iaitu dok depan laptop. Laptop adalah perkara yang perlu dilarang dan dibatasi, makan tidaklah perlu dibatasi. kerana ia bermanfaat.


MHMI

MAHU BERHIJRAH

1 MUHARRAM kelak, saya BERHIJRAH  ke Mesir.

Saya mahu berhijrah tempat, dari kampung yang tiada cabaran kehidupan, tiada kesusahan, tiada kerisauan, kepada tempat yang banyak duri-duri cabaran, lautan kesusahan dan gunung-ganang kerisauan.
Aku cintakan kesusahan, kerana ia mendidikku menjadi seorang lelaki dewasa.
Sedangkan tempat yang tiada cabaran akan membuatkan aku lemah longlai, kusut masai dan ketinggalan zaman. Kesusahan akan membuatkan aqalku ligat tajam berfikir, semangatku tinggi dan kental, tenagaku gagah perkasa. Lebih berdisiplin, teratur dan terancang.

Aku mahu berhijrah perangai, dari perangai yang tidak mantap, kepada perangai akhlak yang mulia lagi terpuji serta disukai.

Aku mahu berhijrah ilmu, dari ilmu yang cetek dan tidak bertambah, kepada ilmu yang luas dan sentiasa bertambah, ingatan yang lebih kuat, lebih banyak beramal dengan ilmu dan tegar menyampaikannya.

Aku mahu berhijrah jiwa, dari jiwa yang lemah dan hanya berserah kepada nasib, kepada jiwa yang besar dan garang berani, menentukan nasib sendiri dan mengatur nasib yang terbaik untuk diri sendiri. Dari jiwa yang luntur bila ditiup angin, kepada jiwa yang kukuh pendirian dan keingingan, tidak goyah walau dilanda ribut taufan dan gelombang tsunami. Dari mudah patah hati dengan cabaran kecil kepada jiwa yang teguh tidak retak, tidak lemah, tidak patah, kukuh sekukuh gunung jerai yang telahpun aku tawan.

Aku mahu berhijrah diri, dari seorang yang biasa, kepada seorang perwira, paahlawan yang gagah perkasa, berani tangkas dan handal lagi cekap.

Aku mahu berhijrah nasib, dari nasib yang selalu malang kepada nasib yang selalu untung dan menang lagi senang. Dari nasib yang selalu gagal, kepada nasib yang selalu menang. Dari selalu ketinggalan, kepada sentiasa kehadapan dan paling maju. Dari sentiasa tidak berjaya, kepada sentiasa berjaya apa sahaja.

HIJRAH..
DISEBABKAN HIJRAH LAH ISLAM MENCAPAI KEJAYAAN
DISEBABKAN HIJRAH LAH ISLAM SELAMAT DARI KEBINASAAN
DISEBABKAN HIJRAH ISLAM MEMPEROLEHI KEKUATAN
DARI HIJRAH ISLAM MEMERINTAH ALAM

DENGAN HIJRAH AKANKU CAPAI KEJAYAAN
DENGAN HIJRAH AKANKU SELAMAT DARI KEBINASAAN
DENGAN HIJRAH AKANKU MEMPEROLEHI KEKUATAN
DARI HIJRAH AKANKU MEMERINTAH ALAM


Mohamad Hudri B Md Isa
Universiti Al Azhar Mesir

Tuesday 29 October 2013

aPA aku buat waktu cuti 4 bulan d malaysia?

DULU waktu kecil2, saya bercita2 mahu menjadi mujahidin, sebab saya ingin berjaya di akhirat kelak. Kehidupan dunia pula saya tak ambil peduli.

Nasib baiklah saya sempat membaca kitab fiqh nashr wat tamkin, karangan syeikh ali shobuni. Bacaan ini mengembangkan fikiran saya bahawa kejayaan bukan semata-mata di akhirat sahaja. Kejayaan di dunia boleh dimanfaatkan untuk akhirat jua.

Saya pun mengubah cita2, saya ingin menjadi jutawan beriman, ingin jadi ilmuan yang soleh, ingin jadi orang yang mempunyai kekuatan dan kuasa yang bertaqwa. Saya juga ingin jadi mujahidin, tapi itu adalah cita2 terakhir.

Alangkah baik jika saya baca buku itu sejak dulu lagi..

Kini, apa yang saya jadi? 


1) saya memulakan langkah dengan perniagaan kain tudung saya, alhamdulillah sudah lincin, meskipun keuntungan hanya 40% sahaja..

2) saya bertani di kampung, tanam ubi kayu dan tebu.. saya buat sistem saliran air ke kawasan tanaman, hingga kini tanaman mendapat air yg cukup.. Tak lama lagi akan dapat hasilnya.

3) Saya pergi ke perpustakaan, baca buku, saya dengar ceramah, buat lawatan ke pondok, membuat lawatan ke beberapa buah masjid. saya menggunakan peluang untuk mengimami solat fardhu, solat terawih, dan solat 2 hari raya d surau. saya menyampaikan tazkirah/ kuliah di surau. saya berjalan2 di sekitar utara malaysia, melihat keadaan dunia ini.

4) Waktu bulan ramadhan, saya berjaya khatam Quran pada 10 ramadhan. saya cuba menghabiskan bacaan kitab asbabun nuzul dan kitab nahu sorof namun berat kepala, kena berhenti baca sebab nak bagi ruang rehat kpd minda. jika teruskan membaca juga, ia bagaikan air yg melimpah dari cawan.

5) selebihnya saya merehatkan diri dengan berenang, menembak, main game, tengok tv.. tidur, makan, mandi, sembang, main dgn anak2 menakan..


6) Belajar masak dari mak, berlatih bawa kereta dengan ayah, tolong mak dan ayah, tolong tokwan, tolong keluarga
Alhamdulillah.. saya tidaklah membazirkan masa cuti saya di malaysia ini..

Demi Harapan Orang Kampungku

Kalau nak ikutkan hati, saya tak mau jadi ustaz, tak mau jadi pendakwah, tak mau jadi imam, tak mau jadi ulama, sebab saya tak layak, sebab saya banyak kekurangan.

kalau nak ikutkan hati, saya nak main game saja, tak mau ambil tahu apa, nak tanam ubi, tanam pokok, lepastu tunggu hasil.. tak mau campur dengan dunia ni..

Kalau boleh, lepas saya p mesir, saya tak mau balik dah ke malaysia, sebab saya tak layak untuk menggalas semua tugas mulia itu.. Biarlah orang lain yang ambil tugas itu, saya tak mau bebanan, saya nak bebas merdeka dan ringan..

Tadi, surau saya buat bacaan yaasiin, untuk anak2 kampung yg nak ambil SPM, dan juga untuk saya sebagai anak jati kampung yang nak p belajar d Mesir. Tok imam kata semoga Adik Hadri ni p mesir ambil ilmu2 yg bermanfaat kemudian pulang dan bagi kat kita.

Perasaan saya ketika itu, saya rasa 'aku tak mau balik ke malaysia lah, aku mana layak jadi pendakwah..'

Tapi.. ayah dan mak saya kata ini adalah hasutan syaithon, supaya saya tidak berdakwah, berdakwah adalah pahala, sepatutnya saya sukakan pahala dan suka kepada kerja yang dapat membuatkan saya memperolehi pahala.

Sepatutnya, saya bersyukur kerana inilah peluang untuk saya memberi sumbangan kepada masyarakat dan agama Islam. Sepatutnya saya gembiralah krn dapat mengimarahkan surau itu. Sepatutnya saya lega lah krn saya tidaklah menjadi seperti kereta yang keusangan kerana tidak digunakan, sekurang-kurangnya saya bergerak juga.

Sepatutnya, saya tidak perlu sibuk memikirkan tentang ketidak layakan saya ini. Sebaliknya, fikirlah tentang kemestian saya untuk melakukan kerja tersebut. Buat apa saya fikir tentang hal yang akan membuatkan saya ragu-ragu dan tidak yakin diri, itu akan membuatkan saya memecilkan diri dan menjadi orang yang tak berguna kepada nusa dan bangsa.

Lebih baik saya fikir tentang hal2 kemestian saya untuk melakukan kerja2 itu, supaya ia membuatkan saya menjadi lebih berkeyakinan diri, lebih berani, lebih aktif dan memberikan banyak jasa kepada masyarakat.

Saya tengok tok imam saya tak macam saya pun, mana dia dok susah hati sambil berkata 'aku tak layak.. aku tak layak..' sebaliknya dia bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk berbakti. Dia buat dengan baik saja, tanpa ragu2 pon.. dia x malu2 pon..

Semua orang ada kekurangan, kekurangan itu perkara biasa. Meskipun ada kekurangan, janganlah jadikan itu sebagai penghalang untuk berbakti, apabila kita mampu melakukan kerja tersebut dengan baik, maka tidak syak lagi kita memang layak melakukan kerja itu.



Mohamad Hudri b md isa

Apa Aku Nak Buat Kat Mesir?

A) Apa benda aku nak buat di Mesir?



BENDA WAJIB:

1) Cari kawan, supaya boleh bertukar2 informasi dan bantuan.

2) Cari tempat tinggal, supaya boleh tidur, rehat dan hidup

3) Cari sumber makanan, supaya dapat tenaga untuk hidup

4) Daftar pengajian, supaya boleh dapat kad pelajar dan ambil periksa

5) Belajar siang malam hingga benar2 pandai dan dapat result yang gempak dalam peperiksaan.




BENDA SUNAT:

1) Tanam gargil hahahaa...

2) masak benda yg sedap2

3) buat bisnes

4) mengembara

5) main game

6) berpersatuan

7) bela arnab

 hiasi bilik lawa2

9) bersukan

10) baca buku dan belajar ilmu yang x masuk periksa





 Lepas balik dari mesir, apa benda aku nak buat?
1) jadi imam di surau

2) bagi tazkirah/kuliah/mengajaq kitab/ceramah/motivasi

3) cari kerja, supaya dapat duit

4) jadi ulama/ustaz/pendakwah

5) jadi jutawan beriman, ilmuan soleh, dan orang hebat yg bertaqwa


BERIMAN DAN BERAMAL SHOLEH
HIDUP UNTUK DIISI DENGAN KERJA YAG BAIK2



mohamad Hudri b md Isa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah