بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Monday, 10 September 2012

Tanamkan Minat Membaca =)

(inilah perpustakaan peribadiku d rumah, dan tempat mencoretkan dakwat)


Saya sewaktu kecil adalah orang yang bencikan buku, krn malas membaca, tidak suka membaca buku melainkan komik, dan majalah ujang krn menarik minat. Namun, ketika mengaji d maktab mahmud, saya lihat kawan saya ada yg  minat membaca, mrk membawa buku d mana shj di samping mrk, mrk selalu membaca, dan natijahnya ialah mrk ada banyak modal untuk berceramah, banyak modal nak berdakwah. dan pengikut mrk pun ramai, krn pengikut mrk mendapati di sisi mrk itu banyak sekali ilmu, dan mrk menghormatinya krn dia mempunyai ilmu. Di sisi mrk, dia adalah org yg berilmu.

Maka saya pun mula terpengaruh dgn tabiat baik kawan saya itu, saya pun mula meminjam bukunya, saya pinjam buku dari rakan yg minat bersajak dan minat mengarang syair iaitu buku novel 'd atas sejadah cinta'.. saya juga pinjam buku kawan saya yg minat motivasi iaitu buku mengenai motivasi.. saya pinjam buku kawan2 dan baca buku mrk..

Lama-kelamaan, saya pinjam buku d perpustakaan dan baca, buku mengenai thariq bin ziyad, buku mengenai sultan muhammad al fateh, buku mengenai sholahudin ayubi..

itulah permulaan saya menjinakkan diri dgn tabiat membaca..


KESAN MEMBACA BUKU:

1) Terpengaruh dengan isi buku itu. Anda akan dididik atau dibentuk berdasarkan apa yang anda baca, apa yg anda baca akan mempengaruhi minda anda, dan memberi kesan kpd perbuatan dan tingkah laku anda seterusnya..

Andai anda memilih bahan bacaan yang baik, maka baiklah anda, andai anda membaca buku mengenai kejayaan, anda akan jadi org berjaya. Andai anda membaca buku mengenai sirah nabi, anda akan ikut sirah Nabi. andai anda membaca buku hukum hakam, anda akan mengikut hukum hakam, andai anda membaca buku mengenai apa pun anda akan semakin bijak.

Tetapi, andai anda tersalah memilih buku, maka nahaslah anda.. Oleh itu, jangan terus mempercayai apa yg anda baca, baca dahulu sekadar untuk pengetahuan tp jangan percaya dan jangan beramal lg, kaji lg, baca buku lain sama. baca dalam keadaan minda terbuka.. barulah dapat buat penilaian dan pertimbangan, dan dapat memilih tindakan yg paling sesuai..

Bacalah buku yang dapat membawa manfaat untuk dunia anda dan juga akhirat anda..


2) menjana ilmu pengetahuan. Anda akan dapat banyak maklumat dari bacaan anda, dan anda dapat menggunakan maklumat itu sabagai bahan fikir, dan dapat menjana keintelektualan anda. Anda dapat meng'intepretasi'kan maklumat itu untuk kehidupan anda. Anda akan menjadi orang yang bijak minda.

Anda akan menjadi ilmuan dan mempunyai daya pemikiran serta idea yg bernas.hasil pemikiran anda lebih mantap, banyak modal untuk bercakap dan berceramah.


3) Banyak modal untuk berceramah, berbahas dan mengupas tentang jalan penyelesaiaan untuk sesuatu masalah.


4) Menjadi orang yang berisi, dan mahal seperti emas permata dan berlian.. darjat meningkat tinggi.. disanjung orang ramai, dan dipanggil untuk berceramah  d sana sini..


Andai Malas Membaca...?

Biarlah anda membaca sedikit sahaja, asalkan anda faham betul2 dgn bacaan anda itu, dan dapat merubahkannya menjadi amal perbuatan anda. iaitu bacaan mengenai sirah nabi.. biar baca sikit, tp beramal dgn apa yg dibaca. 

itu lebih berisi dan orang yg banyak membaca, tp satu pun x faham apa yg dia baca, dan dia lupa apa yg dia baca.. dan kehidupan dia tetap sama seperti sedia kala.. tidak berkat, dan tidak membawa kebaikan dan kemajuan hidup.

Andai malas membaca..?

bacalah juga.. bacalah dalam keadaan yg anda rasa selesa, baca lah dalam keadaan yg anda suka, bacalah dalam keadaan yg anda rasa gembira agar semakin banyak yg anda boleh baca.. buatlah apa pun yg dapat menarik minat anda untuk membaca..


Ditulis oleh: Hudri Maahadi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah