بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Thursday, 14 June 2012

Para Sahabat Nabi adalah Pemuda

Para Sahabat Nabi Adalah Pemuda


 Pembinaan Rasulullah s.a.w terhadap pemuda dan menyediakan diri mereka untukmengharungi kehidupan.




 Kepada kamu -wahai pemuda-, saya kemukakan beberapa pesanan Rasulullah s.a.wmengenai persediaan ini agar kamu mengetahui bagaimana cara pembinaan yangdilakukan. 




 Di dalam menyediakan pemuda supaya mentaati Allah, mengabdikan diri kepadaNya danmenjauhi segala perkara yang dilarang... Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam hadisyang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:


 سبعة يظلهم الله يوم لا ظل الا ظله ...وعدد منها : شاب نشأ فى عبادة الله 


 Maksudnya: Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di hari yang tidak ada perlindungankecuali perlindunganNya... pemuda yang hidup di dalam keadaan memperhambakan diri kepadaAllah. 




 Di dalam menyeru pemuda supaya mengambil segala kesempatan untuk membentukperibadi mereka samada dari sudut rohani, jiwa, jasmani, mental dan akhlak... bagindabersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al Hakim: 


 اغتنم خمسا قبل خمس: حيا تك قبل موتك وصحتك قبل سقمك وفراغك قبل شغلك وشبابك قبلهرمك وغناك قبل فقرك 


 Maksudnya: Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidupmu sebelum matimu,sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dankayamu sebelum miskinmu. 




 Di dalam memelihara jiwa pemuda daripada terpesong, terseleweng dan menjagakesuciannya dengan berkahwin seperti yang telah di syariatkan oleh Allah kepada umatIslam... Baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jamaah: 


 يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فانه اغض للبصر واحصن للفرج


 Maksudnya: Wahai para pemuda, sesiapa dari kalangan kamu yang mampu untuk berkahwin,hendaklah dia berkahwin kerana ia dapat menjaga pandangan dan memelihara kemaluan. 




 Di dalam memuhasabah tanggungjawab pemuda di hadapan Allah s.w.t di akhirat kelak...baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi: 


 لاتزول قد ما عبد يوم القيامة حتى يسأل عن أربع :عن عمره فيما أفناه وعن شبابه فيما أبلاه وعنماله من اين اآتسبه وفيما انفقه وعن علمه ما عمل فيه


Maksudnya: Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentangumurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya,hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yangtelah dilakukan dengannya. 




Di dalam istiqamah pemuda di atas manhaj Islam dan berterusan di dalam ketaqwaankepada Allah... baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh ImamAhmad dan Abu Ya’la:


 ان الله ليعجب من الشباب الذى ليس له صبوة


 Maksudnya: Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda(untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah).




 Di dalam wasiat Rasulullah s.a.w kepada Umat Islam supaya menjaga pemuda danmenjelaskan tentang kelebihan mereka berbanding dengan orang-orang tua... baginda s.a.wbersabda: 


 أوصيكم باالشباب خيرا فانهم أرق أفئدة لقد بعثنى الله بالحنفية السمحة فحالفنى الشباب وخالفنىالشيوخ 


 Maksudnya: Aku berpesan kepada kamu supaya berbuat baik kepada pemuda, sesungguhnya hatimereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutus aku membawa agama Hanafiah lalu parapemuda bergabung dengan aku dan orang-orang tua menentang aku. 




 Itulah asas-asas terpenting kepada pembinaan peribadi pemuda dan masyarakat. Tidak syaklagi bahawa matlamat daripada pembinaan dan persediaan ini adalah supaya pemudaterbentuk dengan pembentukan yang sempurna dari aspek rohani, akhlak, mental, jasmanidan jiwa... serta seluruh aspek yang menyempurnakan keperibadian mereka. 


 Dengan pembentukan ini para pemuda akan lebih berkemampuan untuk menghadapiberbagai cabaran, melaksanakan tanggungjawab dan berpegang teguh dengan dasar-dasarIslam. Mereka tidak akan terseleweng, merasa lemah, terpesong bersama bawaan anginfitnah, menyerah kalah kepada tipu daya kefasadan, berputus asa dan lemah semangat.Begitu juga mereka tidak akan tergelincir ke dalam lubang keruntuhan dan penyelewengan. 


 Begitulah, pemuda muslim akan kekal sebagai seorang yang sihat, teguh, beriman, berjihadmenyampaikan risalah Islam, menunaikan amanah dan bekerja untuk Islam... sehingga diadimatikan oleh Allah dalam keadaan yang mulia atau dia mengadap Tuhannya sebagaiseorang syuhada’. Memang benar mereka adalah pemuda. 


Pemuda yang sedang mengecapi nikmatkemudaannya, menjauhkan diri dari kejahatan mata, lari daripada kebatilan kaki-kakimereka, beribadah (‘abid) di waktu malam dan pejuang di siang hari. Mereka berjihad dijalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Mereka diutuskan oleh Allahuntuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan diri sesama manusia kepadaperhambaan diri kepada Allah, Tuhan sekelian alam dan daripada kesempitan duniakepada keluasannya, daripada kedurjanaan agama-agama yang lain kepada keadilan Islam.


Adakah kamu mengetahui -wahai para pemuda- panji-panji Islam tidak akan dapatditegakkan di dalam jiwa manusia sejagat, kekuasaannya tidak akan meluas ke seluruhpelusuk bumi dan dakwahnya tidak akan tersebar ke seluruh alam kecuali melalui tangantanganpemuda yang telah ditarbiah di madrasah Rasulullah s.a.w dan keluar daripadaintitusi yang lengkap itu?!! 


 Rasulullah s.a.w, ketika wahyu di turunkan kepada baginda, umurnya baru menjangkauempat puluh tahun. Ia merupakan peringkat kesempurnaan pemuda. Abu Bakar lebih mudadaripada baginda s.a.w sebanyak tiga tahun. Umar bin al-Khattab, ketika memeluk Islamberumur dua puluh tujuh tahun. 


Usman bin Affan lebih muda daripada Rasulullah s.a.w.manakala Ali pula adalah yang termuda di kalangan mereka semua. Begitu juga Abdullahbin Mas’ud, Said bin Zaid, Abdul Rahman bin Auf, Bilal bin Rabah, Mus’ab bin ‘Umair danberpuluh-puluh bahkan beratus-ratus lagi dari kalangan para sahabat semuanya adalahpemuda. 


 Para pemuda generasi pertama dan orang-orang yang mengikut jejak langkah merekaadalah orang-orang yang telah menjulang bendera “dakwah kepada Allah” dan pengibarpanji-panji jihad... lalu Allah memberikan kemenangan yang besar dan tertegaknya daulahIslamiah melalui tangan mereka. 


Kamu semua mengetahui -wahai pemuda-, bahawatewasnya dua kerajaan besar dan kuat iaitu Rom dan Parsi, begitu juga tunduknya Syam,Mesir, Iraq, Tripoli dan Utara Afrika di bawah keadilan Islam adalah melalui tangan parapemuda. 


Semuanya ini sempurna dalam tempoh masa 35 tahun di zaman pemerintahanKhulafa’ ar-Rasyidin. Pada tahun-tahun berikutnya kerajaan Islam telah meluas dan kekuasaan mereka tersebarhingga sampai ke Sind, sebahagian besar India, Turkistan dan sehingga ke sempadan Chinadi Timur. 


Ia juga telah memasuki Sepanyol yang terletak di sebelah Barat Eropah.Kekuasaan Islam sentiasa meluas ke Timur dan barat, Utara dan Selatan sehinggamenguasai sebahagian besar permukaan bumi. Khalifah kerajaan Abbasiah, Harun ar-Rasyid telah menggambarkan keluasan dunia Islam. Beliau telah berkata kepada awan yangbergerak diatasnya tetapi tidak menurunkan hujan kepadanya: “Turunlah di mana sahajakamu mahu. Sesungguhnya hasil keluaranmu akan di bawa kepada kami”. 


 Semuanya tidak akan tercapai kecuali dengan keazaman, pengorbanan, jihad dan keinginanuntuk syahid para pemuda. Ya Allah! Sediakan bagi umat ini para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanandan jihad seperti orang-orang yang terdahulu daripada mereka... 


Semoga merekalah orangorangyang akan mengembalikan kekuasaan daulah Islamiah, kemuliaan dan keagunganbagi umat Muhammad ini. 



 Sumber: Pemuda Muslim Dalam menghadapi Cabaran masa Kini, Abdullah Nasih Ulwan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah