Derita hati tak tertahan air mata melimpah....
kerana tidak dapat berhijrah ke madinah..
bersama suaminya Abu Salamah..
Dalam perjalanan hijrah ditangkap dan ditawan musyrikin mekkah..
maka terpisahlah Abu Salamah dan isterinya ummu Salamah..
Akhirnya cukuplah setahun air matanya tumpah..
Kaum musyrikin merasa kasihan dan bebaskan dia berhijrah..
Maka mengembaralah dia bersama Salamah..
Terjumpa Usman Affan di pertengahan jalan yang cerah..
Nak pergi kepada suaminya yg telah berhijrah ke Madinah mengikut Rasulullah..
Usman pun menjaga pengihjrahannya dan akhirnya sampailah dia ke Madinah.
Kesedihan bertukar menjadi gembira dan kisah yg indah..
Inilah sebahagian kisah hijrah..
yang penuh derita dan air mata darah..
untuk melaksanakan tuntutan syahadah..
untuk membuktikan keimanan kepada Allah..
********
قال تعالى
أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن ءامن بالله واليوم الئاخر وجاهد في سبيل الله لا يستوون عند الله والله لا يهدى القوم الظالمين
الذين ءامنوا وهاجروا وجاهدوا في سبيل الله بأموالهم وأنفسهم أعظم درجة عند الله وأولائك هم الفائزون
يبشرهم ربهم برحمة منه ورضوان وجنات لهم فيها نعيم مقيم خالدين فيها أبدا إن الله عنده أجر عظيم
Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidilharam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim.
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.
Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal.
(At Taubah: 19-21)
No comments:
Post a Comment